Kemusykilan Agama – Mengenai perbuatan memfitnah

(Nota: Dipetik dari ruang Ask_Ustaz di rantauan.com)

Soalan

Apakah itu fitnah dan pandangan Islam mengenainya?

Apakah hukum orang yang membenarkan fitnah dan tak mahu mencari kebenaran?

———————————-

Jawapan

1. Fitnah tu bermaksud mengatakan sesuatu yg tidak benar mengenai orang lain. Ia adalah satu bentuk pembohongan. Ia dilarang oleh agama.

Hadits-hadits mengenai larangan fitnah dan segala kejahatan lidah boleh dilihat di
http://www.witness-pioneer.org/vil/hadeeth/riyad/00/chap027.htm
http://www.witness-pioneer.org/vil/hadeeth/riyad/17/book17.htm

2. Seorang yang telah melakukan fitnah, wajiblah ia meminta ampun dari Allah kerana melanggar larangannya dan dari orang yang berkenaan kerana telah melanggar haknya.

3. Perbuatan memfitnah boleh juga dikenakan tindakan undang-undang jika ia bersifat libel atau slander.

4. Untuk mengelakkan dari melakukan fitnah, hendaklah kita sentiasa berhati-hati dalam menyampaikan berita mengenai seseorang. Sebagai contoh, kalau kita menerima emel yang bersifat gossip, janganlah terus kita menyebarkan kepada orang lain. Islam mewajibkan Muslim utk mencari penjelasan atau kebenaran sesuatu fakta sebelum kita membenarkannya. lihat al-hujurat: 6.

5. Kalau pun berita yang kita terima mengenai keburukan itu telah dipastikan benar, Islam menganjurkan agar sebaiknya kita tidak menyebarkan keburukan itu kepada orang lain, kecuali jika ada keperluan yang besar. Jika kita tahu keburukan seseorang, hendaklah kita bantu membaikinya dan menutupi keaibannya dari orang lain. Lihat di http://www.witness-pioneer.org/vil/hadeeth/riyad/00/chap028.htm

6. Seorang yang telah difitnah atau dianyiaya, sila lihat jawapan saya di sini http://www.rantauan.com/forum/viewtopic.php?t=4315

7. Kalau kita dengar seseorang tu telah menyebarkan sesuatu yang buruk mengenai kita, jaganlah kita terus marah dan melenting. Sekali lagi, hendaklah kita pastikan dahulu kebenaran berita tu. Jika telah dipastikan, cuba tanyakan dahulu penjelasannya. seseorang yang telah melakukan kesalahan ke atas kita, kadangkala bukan kerna dia berniat jahat, tapi kerana kesilapan dan kelemahan diri. Kalau kita cakap baik-baik dan beri penjelasan, mungkin ia akan sedar dan minta maaf.

8. Apabila kita lihat sesuatu yang tidak kena mengenai seseorang, jangan cepat-cepat buat kesimpulan negatif. Sewajarnya, kita bersangka baik dahulu. Lihat Al-Hujurat: 12 dan http://www.witness-pioneer.org/vil/hadeeth/riyad/17/chap272.htm

9. Jika kita tahu dua pihak berselisih, hendaklah kita berusaha untuk mendamaikan. Lihat Al-Hujurat: 10-11. Ertinya, tak semestinya kita take side dengan pihak yang benar sekalipun. kerana kalau kita dah terus take side, akan susah untuk kita memainkan peranan sebagai pendamai.

salam

Trackbacks

  1. […] translation (with some amendments) of a religious query posted at my haniff.sg Malay site. See http://haniff.sg/kemusykilan-agama/kemusykilan-agama-mengenai-perbuatan-memfitnah/ . I would like to thank sis. Azira for her help in translating this […]