Kemusykilan Agama – Menyambut Maulid Nabi

(Nota: Dipetik dan diubahsuai dari ruang Ask_Ustaz di rantauan.com)

Soalan

Assalammu alaikum Uztaz,

Apa hukumnya menyambut hari jadi nabi besar kita, Muhammad Rasulullah?
Sebab semasa saya di US masjid2 memang tak ada sebut atau menyambut maulidur rasul macam pat SG dan Malaysia. Ada yang mengatakan sambutan tu adalah suatu bida’ah sebab nabi sendiri pun tak pernah menyambutnya dan para2 sahabat pun tak pernah menyambutnya semasa nabi hidup atau selepas nabi wafat.

Salam

—————————————

Jawaban

salam

Pada pandangan saya menyambut maulid nabi atas tujuan utk mengambil iktibar dari sejarah nabi dan sebagai kesempatan utk menyampaikan dakwah adalah dibenarkan. 

Yang penting ialah cara ia dianjurkan.

Saya tak berpendapat bahawa penganjuran majlis maulid itu sendiri adalaha bid`ah yang dilarang tanpa mengira bentuk penganjurannya, walaupun saya sedar wujudnya pandanagn sesetengah ulama yang sedemikian.

Sila lihak link dibawah utk perbahasan

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503543944

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1144055261582

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1144161655187

Soal membincangkan boleh atau tak boleh menyambut maulid nabi ni adalah soal lama. Untuk terus berdebat mengenai pandangan mana yang betul, tidak akan ada penyelesaian. Kecuali dilakukan untuk tujuan bertukar pandangan yang disertakan adab menghormati pandangan setiap pihak, perbincangan mengenainya biasanya tidak membuahkan banyak faedah. Bahkan kadangkala, hanya menatijahkan perselisihan faham yang menjejaskan hubungan sesama Muslim. Oleh itu, siapa yang tak mahu menyambut maulid nabi, takyahlah sambut dan siapa yang nak menganjurkannya, lakukanlah dengan cara yang betul.

Wallahu A`alam


 

 

Trackbacks

  1. […] is English translation of a religious query posted at my haniff.sg Malay site. See http://haniff.sg/kemusykilan-agama/kemusykilan-agama-menyambut-maulid-nabi/ . I would like to thank sis. Azira for her help in translating this […]