Artikel Berkaitan
Kemusykilan Agama – ‘Janji Melayu’ ditepati? (Berita Harian [Singapura], 17 Januari 2014)
Sila klik imej di bawah untuk membaca.
Kemusykilan Agama – Tidak wajib bubuh ‘bin’ atau ‘binti’ pada nama (Berita Harian [Singapura], 3 Januari 2013)
Sila klik imej di bawah untuk membaca.
Kemusykilan Agama – Syarat hukuman zina dan taubat penzina (Berita Harian [Singapura], 27 Disember 2013)
Sila klik imej di bawah untuk membaca.
95 komentar untuk “Kemusykilan Agama – Talak 3 kerana marah (Berita Harian [Singapura], 6 Disember 2013)”
Komentar ditutup.
As salam ustaz..
Sy ada masalah was was
Saya takut untuk mengatakan perkataan bye2… pada isteri sy..
sebab terbaca pasal talak kinayah
sedangkan saya tiada niat,
Salam
Terus terang saya katakan was2 anda tu sangat tak munasabah ato boleh dikatakan merepek langsung 🙂
Ia tidak lain hylah gangguan psikologi dan setan yg wajib anda tolak.
Takde sama sekali dlm agama yg mengatakan bye2 itu adalah kinayah pd talak.
Kalo pun ia satu kinayah, tiada apa2 yg perlu anda bimbang selama anda tak nyatakan ia dgn niat ato tujuan cerai.
Bukan pula amalan umum org sebut bye atas niat cerai baik secara jelas ato kinayah.
Moga bermanfaat.
slm ustaz..adakah jatuh talak apabilla suami mengatakan ‘aku ceraikan hg talak tiga kalu keluar dr rumah ni’..suami dlm keadaan marah selpas begaduh dgn isteri..apakah hukumnya!!
salam
talak jatuh jika isteri keluar rumah.
tempoh lama mana istri xleh keluar…selepas berbaik isteri keluar apakah hukum itu?
kata2 itu dinamakan talak bersyarat.
oleh kerana kata2 itu tak meletakkan tempoh bila, maka syarat itu kekal mutlak sampai bila2.
secara teknikalnya, kalau isteri keluar rumah sahaja, walau pun selepas berbaik, talak akan jatuh.
macam mana nak selesaikan masalah ni?
sila laporkan ke mahkamah syariah utk diselesaikan.
ni lah padahnya kalau suami, gatal mulut dan tak tahu nak kawal emosi diri sebagai ketua keluarga.
bagaimana nk bezakan niat dan lintasan hati?
Umumnya niat dan lintasan hati adalah sama cuma niat tu asal dr bahasa arab.
Kecuali jika lntasan hati muncul srcars mendadak tanpa kesedaran ato keinginan kita. Yg ni boleh berlaku. Biasanya bisikan setan. Yg ni tidak kira sbg niat.
Assalam ustaz
Boleh ke saya berdoa
Ya Allah pastikanlah perkahwinan kami sah dan halal di sisi mu sehingga ke syurga-Mu kelak
salam
saya tidak dapati apa2 masalah pada doa tu.
Saya nk tanya..saya bergadoh ngan suami 2 ari lps die pukol saya dh lafas kn cerai talak 1 dpn kwn die dh lps tu die pujuk nk balik ngan saya..ada kn sah cerai nie dh kalaw nk rujuk mcm nana cara2 nye..trima kasih..
apa yang awak perlu buat ialah adukan kes awak ni ke mahkamah syariah.
apabila awak ke mahkamah syariah, beri tahu yang suami awak telah lafazkan cerai dan awak berdua ingin rujuk semula.
mahkamah akan siasat utk pastikan bhw cerai mmg benar2 telah jatuh.
mahkamah kemudian akan nasihatkan awak prosedur utk rujuk.
perkara ini hanya boleh dilakukan melalui mahkamah, tidak boleh dilakukan atas dasar suka-suka atau apa jua saluran di luar mahkamah.
jika awak mahu rujuk berlaku dengan segera, maka awak perlu adukan kes ini ke mahkamah sesegera mungkin, tanpa tangguh2.
salam
Salam,
Soalan saya, apakah yg perlu saya lakukan sekarang kerana apabila berlaku perbalahan suami sering berkata “ko nak cerai ke?”
Asal bergaduh je mesti cakap nk cerai..jd pd pemahaman saya suami mmg nk bercerai tp saya tak mahu. Kadang2 sbb balah pun remeh..contoh saye diamkan diri bile terase hati dgn suami..ataupun bile berbaring dlm bilik anak ( 8 tahun kahwin, sy dan suami bentang tilam tidur diruang tamu) saye perlukan privasi kdg2 nk berehat di atas katil sendiri tp suami tak paham…dia abaikan permintaan saye untuk beli katil or tilam untuk tidur dlm bilik sendiri..bila saya merajuk dan baring di bilik anak suami gertak pulak nk ceraikan saya…malang ke saya ni ustaz? Saya perlukan pandangan ustaz,apakah saya harus terima cadangan suami untuk bercerai? Kdg2 saya dapat rase suami anggap saye beban kerana saye surirumah .kami ade 3 org anak..saya tak bergaul dgn org.saya hanya duduk rumah uruskan anak2 dan suami.terima kasih ustaz.
salam
awak dan suami awak memerlukan bantuan kaunselor secara bersemuka bagi membantu atasi masalah yg sedia ada.
masalah awakini tak dapat dibantu melalui nasihat online sahaja.
jika suami awak tidak mahu jalani kaunseling, awak sendiri perlu dapatkan bantuan kerana:
1. ia akan meringankan beban emosi peribadi awak.
2. kaunselor akan dapat membantu awak kenalpasti apa punca sebenar dari masalah ini dan cara2 tanganinya baik melalui ilmu atau kemahiran
moga allah meringankan beban dan membantu anda.
Salam,
Soalan saya ialah, saya baru dijatuhkan talak. Ini adalah talak kedua saya tapi sebelum ni suami saya pernah melafazkan talak kat saya. Tapi masa tu dlm keadaan yg sgt marah. Dia tak ingat yg dia cakap. Tapi yg baru ni dia sedar apa dia cakap. Saya nak tahu sama ada talak saya ini yg kedua atau ketiga. Suami cakap kedua, sebab dia tak ingat.
salam
semua talak yg dilafazkan suami wajib dilaporkan ke mahkamah syariah.
apabila di mahkamah, awak perlu menceritakan perkara yg awak sebutkan di disi.
mahkamah akan putuskan samada talak yg jatuh, no 2 atau 3.
Assalamualaikum ..adakah jatuh talak jika suami cakap..
‘Awak nak sangat ka??!!!skarang sya betul2 nak bagi TALAK kat lawak,pda raya kedua ni.’
salam
tak jatuh talak ia hanya pernyataan yg menyatakan keingkinan nak jatuhkan talak, bukan pernyataan yug benar2 menjatuhkan talak.
Ataupun…’awak betul2 nak talak kah hari ni..?’
tak jatuh talak
Sya telah bernikah tapi di tanjong pinang tak berdaftar di singapura..masalah sya..sya ade masalah dgn mantan suami sya kerana mantanye selalu menggangu hal rmhtangga kami..sya penah minta cerai ngan suami sya sebanyak 3 kali tapi suami suami tak pernah niat untuk ceraikan sya..suami lafazkan kerana takut dgn keadaan sya yg seperti hilang akal adekah sah talak nye?
salam
ada banyak ketidakjelasan dalam soalan awak.
harap jelaskan perkara2 di bawah sebelum saya dapat menjawab.
1. awak berkahwin sebagai janda?
2. jika ya, awak bermasalah dgn bekas suami awak dahulu? atau suami yg awak kahwin di tg pinang?
3. yg awak nyatakan suami melafazkan cerai rujuk kepada suami yg kahwin di tg pinang atau bekas suami sebelum kahwin di tg pinang?
4. apakah lafaz cerai yg disbeutkan oleh suami awak itu?
terima kasih
Salam ustaz.jatuh ke x talak kalau suami ckap blik nin kita cerai
salam
tidak jatuh
Salam ustaz. Suami saya ceraikan saya talak satu semasa saya mengandung. Lepas dua minggu kami rujuk semula. Lepas tu kami ada bergaduh tapi dia tidak ceraikan saya. Dia ceraikan saya talak yg kedua semasa selepas 3 minit anak saya dilahirkan. Tetapi dia dalam keadaan yang khayal. Selepas itu kami tidak rujuk semula. Sehingga la selepas beberapa hari kemudian tiba2 dia hantar sms dekat saya dia ceraikan saya talak 3. Tapi dia selalu dalam keadaan yg khayal. Bila sekarang saya tanya dia pasal talak tiga dia kata dia tak ingat langsung pasal tu. Sekarang kami mahu rujuk semula. Tapi kami tidak tahu boleh atau tidak utk rujuk semula. Tolong bantu saya dalam hal ini. Saya buntu sgt2.
salam
huraian bagi masalah awak hanya satu sahaja, iaitu laporkan masalah yg awak alami ini ke mahkamah syariah untuk diselidik dengan teliti dan dijatuhkan hukuman yang sesuai.
Rasa2 ustaz, adakah saya dan suami saya masih boleh rujuk? Saya sudah beritahu suami saya tapi suami saya takut mendapat jawapan yang kami sudah tidak boleh rujuk lagi.
maaf, saya tak boleh komen kerana masalah ini memang perlu dirujuk kepada dan hanya boleh diputuskan oleh mahkamah.
jika saya komen, tapi mahkamah buat keputusan yg berbeza nanti akan merumitkan lagi.
Salam ustaz. Sy nak tnya. Baru2 ni sy bergaduh dgn istri sy. Dan sy ckp kalau kau keluar rumah jatuh talak. Sy xlafaz kan waktu bile yg dia keluar rumah akan jatuh talak tu. Cume niat dlm hati sy jatuh talak kalau keluar rumah mlm ni je. Adakah besok atau lusa atau mngu dpn atau bln dpn kalau istri sy keluar rumah akan jatuh talak.
salam
taklik sedemikian sah dan dianggap takli secara umum tanpa ikatan waktu.
yang jadi hukum ialah lafaz taklik itu, bukan apa yang ada dalam hati suami.
oleh itu, jatuh talak jika isteri keluar rumah selama mana suami tidak membatalkan taklik itu.
wallahu a`alam
Mcm mne nak membatalkn taklik tu
cakap lah kat isteri awak bahawa awak tarik balik kata2 itu dan membatalkannya.
saya harap awak dapat bermuhasabah diri – kenapa boleh melafazkan taklik tapi tak tahu membatalkannya?
bukan tujuan saya utk mencela awak. tapi tidakkah pelik kalau suami hanya tahu mengucapkan lafaz taklik talak ke atas isteri tapi tak tahu macam mana nak membatalkannya atau menangani kesan dari perbuatannya?
maka sebab itulah.. paling kurang perlu ada kemampuan utk kawal diri dari mudah melafazkan kata-kata yg berkaitan talak apabila bermasalah dengan isteri.
tak boleh bagi seorang suami hanya tahu guna kuasa tapi tak tahu bagaimana hadapi risiko dari kuasa itu.
moga bermanfaat.
Terima kasih uztaz. Mengikut undg2 kat malaysia. Taklik yg dah di lafazkn tak boleh tarik balik. Blh tak uztaz bg sikit penerangan
As salam ustaz.. sy nk bertanya..
Baru ni sy bergaduh dgn suami melalui whatsapp..
Dlm pergaduhan suami ada menyatakan “aku nak lepaskan ko”
Adakah jatuh talak?
Terima kasih ustaz..
salam
tidak jatuh talak kerana ia hanya menyatakan hasrat sahaja bukan benar2 menjatuhkannya.
Ustaz,
Salam.
Tadi pagi semasa saya tengah marah anak saya, isteri saya masuk campur suruh saya berhenti.
Keadaan saya pada masa itu cuma marah ngan anak saya.
Tapi apabila isteri saya masok campur saya jadi marah kat isteri saya berbual marah2 kat dia.
Saya ni memang panas darah.
Ada kali marah sampai hilang kawalan mulut saya.
Ada kali saya kalau marah sampai tangga saya semua menggeltar.
Jadi saya tersalah kata aku ceraikan kau.
Apa yg saya ada dalam hati ingin berkata kalau kau sebagai isteri tak bole support aku discipline anak, kita cerai sahaja.
Saya tak perasan yg saya sudah berkata begitu sehingga la isteri ingatkan yg saya sudah lafazkan kata2 itu.
Saya bantah cakap isteri dengan berkata saya tak ceraikan awak cuma cuma hanya mahu bagi amaran je.
Bole ustaz beri pendapat sekarang apa status kami suami isteri.
salam
awak telah melafazkan cerai yang sarih. oleh itu, awak perlu melaporkannya ke mahkamah syariah walaupun ia dilafazkan dalam keadaan marah dan tanpa niat.
hanya mahkamah syariah yang dapat menentukan samada talak telah jatuh atau tidak.
Assalamu’alaikum Ustaz
Suami saya telah melafazkan talak , 7hari selepas Itu kami bersatu. Kami sudah melaporkan ke mahkamah. Sekiranya, saya mengandung apa yang harus dilakukan. Suami saya masih lagi dalam state of denial.
Saya tersangat bingung sekarang.
salam
oleh kerana awak telah laporkan ke mahkamah, mahkamah akan panggil awak berdua dan interview. apabila diinterview, bagu tahu mahkamah perkara ini dan jika awak telah mengandung. mahkamah akan buat keputusan dan menasihati awak apa yg sepatutnya.
Salam Ustad
Terima Kasih.
Kami hanya melaporkan/declaration of the talak at Mahkamah Syariah. Petugas cuma nasihat, jika ingin rujuk harus datang kembali ke mahkamah Dan jika ingin proceed harus menfailkan application .
salam
oleh itu, awak berdua perlu buat keputusan samada nak teruskan cerai atau nak rujuk.
dalam kedua2 kes, perlu datang semula ke mahkamah utk failkan permohonan utk cerai atau rujuk.
atau dengan erti kata lain, status perkahwinan awak diandaikan telah bercerai cuma belum dirasmikan.
utk rasmikan, awak perlu fail application cerai.
tapi kalau awak berdua putuskan mahu rujuk = kena datang juga ke mahkamah bagi proses rujuk.
Salam ustaz..adakah jatuh talak jika suami sdg marah dan bercakap dgn kawannya dgn mengatakan aku nak ceraikan dia.mohon ustaz bg pencerahan.sy btol2 buntu
salam
kata2.. aku nak ceraikan dia, tidak menjatuhkan talak kerana ia hanya menyatakan hasrat utk menjatuhkan talak, bukan kata utk menjatuhkan talak.
mana sama antara saya nak pukul dia dengan saya pukul dia
Salam ustaz..
Jika suami kata ‘aku takde bini cm ko’ tanpa niat cerai.. jatuh talak ke?
Sekadar kepastian….
salam.. tak jatuh talak kerana kata2 itu
Asalam ustz…..sy ingin bertanya jatuhkah lafaz talak jika suami tidak rela dan dipaksa oleh isteri..ceritanya begini apabila terjadi pergaduhan suami tidak balik rumah dan mengambil dadah jenis ice.akibat marah yg terlampau sy memberi pilihan jika suami keluar juga jatuh talak..Dan sy terus membebel dan medesak suami dengan suara yg kuat mcm tidak sedar apa yg diucapkan berulang kali..disebabkan terlalu pening Dan dipaksa bertubi2 maka suami lafaz cerai dgn tidak rela dan berfahaman tidak akan jatuh talak jika tiada saksi..sb Masa bergaduh itu suami ada sebut ko nak sgt pegi pangil sorang saksi dan tak sah cerai tx de saksi..Mohon ustaz jelaskan Situasi sy..
salam
apabila suami melafazkan talak, ia wajib dilaporkan ke mahkamah syariah, tidak kira samada dia lakukan kerana marah, mabuk, terpaksa atau tanpa niat.
menjatuhkan talak pula tak perlu saksi.
hanya mahkamah yg dapat buat keputusan samada talak telah benar2 jatuh setelah menyiaat segala fakta dengan teliti.
saat ini awak perlu andaikan bhw talak telah jatuh dan segera membawa kes ke mahkamah syariah utk keputusan akhir.
Sorry to ask in english but im a muslim in Taiwan and have some doubts regarding talaq.My question is:
If a husband while quarrel saying to his wife, “if you unsatisfied with me,you can get the paper documents for divorce and I will sign it.I will just follow what you want.” after a few minutes he said that he mentioned that he didn’t mean to say that to his wife. He just want to scare his wife due to the quarrel and never had an intention to divorce his wife.
Is it valid Talaq or did the talaq took place? although he didn’t say the word Talaq literally and with no firm intention to it? and can you explain what the husband and wife should do in this kind of situation.
Due to lack of resources about islam in Taiwan, im searching many online website regarding this issue and i found this website is really useful. Thank you and good job to the author of this blog.
salam
talaq did not occur with such statememt bcos it was not considered as valid statement to effect talaq.
the husband merely said that he would accede to the request of the wife if any but did not utter the talaq on her.
you dun have to do anythinh.
jist be careful not to bring the issue of divorce when having quarrel with your spouse.
rds
Thank you very much for the explanation, and may i ask you what does rds means?
I enjoyed reading the useful materials written in this website and would love to hear some of your views regarding the tension between China and Uighurs recently happened as some parts of our muslims friends are prohibited to fast Ramadhan by the authorities. As a muslim lived in Taiwan, this issue slightly affected the minority groups of muslims here indirectly.
rds is my short form of regards
i am not familiar with issues related to the muslim uighur in xinjiang.
if you are interested to know more about the problem of radicalism and extermims that have plagued muslims these days, you can visit my other site at counterideology2.wordpress.com
in particular is https://counterideology2.wordpress.com/2013/08/14/mobilization-of-muslims-for-jihad-insights-from-the-past-and-their-relevance-today/
Salam ustaz.. Saya cuma nk pastikan sy ada bergaduh dgn suami.. Sy ada trdengar die ckp I ceraikan u.. Tp bila sy tnye blik die kata die tak ckp mcmtu.. Die cuma ckp jgn smpai I ceraikan u.. Persoalannye sekarang sy da tnye die bnyk kali.. Tp die ckp mmg die takde ceraikan sy.. Sy cuma nk pastikan jatuh ke talak pada sy.. Ketika tu keadaan mmg tegang.. Kami gado besar sgt.. Tp mmg sy da tnye die bnyk kali dan jwpn die masih sams
salam
jika dia menafikan, maka hukum ikut dakwaan dia iaitu dia tidak ucapkan kata2 itu kerana dia lebih tahu akan kata2 dia.
kalo kamu ttp tak puas hati dan ragu2, kamu blh bawa isu ini ke mahkamah syariah utk buat keputusan yg muktamad.
as salam ustaz ..baru baru ni saya ada bergaduh dengan isteri dan mengeluarkan ayat” kita bercerai jelah,habis cerita” tanpa niat untuk bercerai tetapi sebagai ugutan kerana sikap biadapnya.. adakah jatuh talak…. terima kasih
salam
tidak jatuh talak. hentikan perbuatan ajar isteri dgn ugutan talak apabila ada masalah. ia bukan sikap suami yg baik.
as salam ustaz..sy telah bergaduh dgn suami..sy minta dilepas kan or diceraikan kerana tidak tahan dgn perangainya yg panas baran…suami mmg susah lepaskan sy..tp kejadian harini ketika sy bergaduh dgn suami dan minta diceraikan talak 3 suami melafazkan ‘aku lepaskan..talak 3’ sambil membelasah sy sehingga naik benjol di pipi dan dahi dan menghantukkan kepala sy kedinding byk kali..itu adalah perlakuan suami sy setiap kali naik marah..adakah sy perlu buat pemeriksaan diklinik dulu sebelum membuat report di mahkamah syariah?
salam
ya, awak perlu ke doktor utk buat pemeriksaan dan dapatkan laporan kecederaan darinya.
setelah itu awak perlu ke mahkamah syariah utk adukan lafaz yg telah diucapkan oleh suami utk siasatan dan mengenai penderaan fizikal ke atas diri awak.
awak juga perlu dapatkan protection order dari mahkamah sivil bagi memelihara diri awak dari penderaan di masa akan datang.
sila baca di http://www.lawyerment.com/library/kb/Families/Domestic_Violence/1038.htm
Assalaamualaikum wbt ustaz. Suami naik marah dgn saya. Dia pukul dan lafazkan 3 kali aku ceraikan kau, aku ceraikan kau dan aku ceraikan kau pada masa yg sama. Berapakah talak yang jatuh kepada saya
salam
awak wajib laporkan insiden ini ke mahkamah syariah segera.
mahkamah akan buat siasatan dan yang akan tentukan berapa talak yg jatuh.
Assalamualaikum ustaz..sy was2..suami sikap panas baran..pe sy ckp semua buruk di mata suami..perkara kecil dia besar kn..sy sentiasa di pukul n di terajang …suami sy bersikap dua perwatakan..Bila dgn kawan semua baik n di layan dgn baik walaupun kawan dia buat bising @ ckp byk..tp dgn sy bila sy baru nk berckp sedikit dgn suami..dia terus ckp kau ni membebel jer..memekak je..sy baru 2 bulan bernikah dengan suami..suami ckp benci sy..dia ckp sy jahat selalu cari gaduh..sy tak mcm isteri org lain..tak buat suami marah..semasa bernikah dengan suami sy di tipu oleh suami kononnya dia duda ank dua..hakikatnya dia masih ada 2 isteri lg..sy isteri nombor 3..dlm hati sy memang nk bercerai dengan suami..sy pernah minta cerai dgn suami..tp dia tak pernah lafazkan..dia sentiasa berubah sikap setiap hari..semua buruk pe yg sy lakukan setiap hari..dia ckp kita tak serasi duduk serumah..hampir 2 hari sekali dia halau sy..mlm td dia nk halau sy lg..dia campak semua pakaian sy..
Assalamualaikum ustaz..Nikah kt thailand baru dua bulan.sy tipu oleh suami sy kononnya dia duda..masa akad nikah baru thu dia masih mempunyai isteri.perkara kecil sy di pukul oleh dia..suami sy halau isteri dia..dia tak bg jejak kt rumah ni lg..sy di halau oleh suami sy mlm td..dia campak semua pakaian sy..sy ckp dgn suami..sy akan keluar dari rumah ni klu dia ceraikan sy..dia ketika marah terus lafazkan cerai..” aku ceraikan kau” dua kali dia lafazkan.. sy was2 adakah sah perceraian sy tu..lepas tu semua sy pujuk sy semula..sy keliru adakah sah perceraian sy ni..memandangkan suami sy tak lafazkan talak..atau nama yg betul..adakah harus sy duduk serumah dengan suami sy lg..
salam
kata-kata itu menjatuhkan talak.
sebaiknya awak segera melaporkan kes awak ini ke mahkamah syariah atas sebab:
1. suami telah melafazkan talak utk mahkamah siasat dan membuat hukum yang muktamad, atau
2. awak telah dipukul utk mahkamah buat tindakan yg sepatutnya.
assalammualaikum ustaz..sy ingin bertanya..jatuh dan sah ke kalau seorang suami melafazkan ‘aku ceraikan kau dengan talak 3’ dalam keadaan marah dan tidak sedar apa yang dkatakan? dan jika benar jatuh apa cara utk rujuk kembali selain berkahwin dengan seseorang yg lain
salam
di sisi undang2, apabila kata2 sedemikian dilafazkan oleh suami, walau pun dalam keadaan marah, ia wajib dilaporkan ke mahkamah syariah utk disiasat dan ditentukan hukum yg muktamad.
secara zahir, kata2 sedemikian ialah kata2 yg menjatuhkan talak, kecuali mahkamah syariah putuskan sebaliknya.
Assalamualaikum ustaz..saya ingin bertanya, apabila berlaku perselisihan faham dengan suami, suami kerap guna ayat “aku bertahan ni sebab anak-anak je..kalau x dah lama dah”…dan yang terkini suami ada lafazkan ayat “ko nak sangat ke..kalau nak, nanti kat mahkamah aku lafazkan.”
sehingga kini, saya berfikir, suami hanya bertahan dengan saya kerana anak-anak..sy ada bertanyakan pada suami untuk penjelasan tapi jawapan yang diberikan hatinya bercampur baur..
apa perlu saya buat? terima kasih.
salam
kata2 itu tak menjatuhkan talak.
tapi ia menunjukkan masalah yg serius dalam rumahtangga.
yang eprlu dibuat, ialah:
1. dapat bantuan kaunselor utk membantu huraikan masalah ini dan mengharmonikan semula hubungan suami isteri, jika tidak tidak boleh atau tidak berjaya
2. dapatkan bantuan dari mahkamah syariah, jika masih tidak berjaya
3. terserahlah bagi awak samada ingin bersabar atau berpisah sahaja
Assalamualaikum Ustaz..
Saya nk buat pertanyaan. Suami saya seorang yang panas baran.
Setiap kali kami bergaduh, dia akan lafazkan kata2 seperti “Kita habiskan saje perkahwinan ni”, “Sumpah. Demi Allah. Aku dah tak nak kau lagi”,
“Kita memang dah tak boleh together”, “Pergi berambus dari hidup aku”, “I want to end this marriage” dan sebagainya. Dia akan lafazkan ayat2 seperti berikut dah bnyk kali dan pada setiap kali kita bergaduh besar dan selepas itu bila reda, bila dibincangkan hal tersebut dia seperti tidak sedar dan anggap perkara ini remeh sahaja. Biaselah terlalu marah katanye. Tapi untuk saya, saya tidak pasti lagi jika perkahwinan ini masih sah dan jika ada kata2nya telah menyebabkan talak jatuh.
Jadi dari itu, saya perlu pengesahan dari Ustaz jika kata2 nya seperti diatas itu telah menyebabkan terjatuh talak. Harap Ustaz dapat berikan pengesahan.
salam
kata2 itu tidak menjatuhkan talak secara otomatik.
ia hanya jatuh talak jika si suami ketika mengucapkannya berniat utk menjatuhkan talak.
jika ditanya, dia kata dia tidak berniat, maka hukumnya tidak jatuh talak.
namun, sikap sedemikian jelas menunjukkan masalah dalam hubungan awak berdua atau dalam diri suami awak yg memerlukan bantuan kaunselor.
pergilah dapatkan bantuan kaunseling supaya masalah ini dapat diatasi dan tidak memburuk atau berlaku kemudian hari nanti sesuatu yg akan menatijahkan penyesalan.
‘hg keluar dr rumah ni’aku cerai hg talak 3’.suami dlm keadaan marah selepas begaduh dgn istri..apakah jatuh talak ats kata-kata suami itu ustaz
saya sudah jawab soalan ni.
jatuh ka tdk ustaz…
Salam,
Ustaz saya ingin bertanya, bagi pihak kawan saya.
Suaminya bertunang dlm diam, dan beritahu isterinya selepas itu. Hidup isterinya semuanya diurus oleh suaminya dsri segi duit dan perbelanjaan hidup lah. Suaminya sering menipu isteri dan sejak bertunang ni dia tidak adil kpd isteri. Suami juga menggunakan duit isteri untuk kemudahan tunang dia.
Suami pernah hendak memukul isteri dgn kerusi kayu tetapi menghempas ke lantai. Suami juga sering maki hamun”bodoh” “babi” kan anak bini,
Suami tu juga pernah melafazkan ayat ini sebanyak 2 kali “kalau kau menyusahkan dan mengaibkan aku, aku lepaskan kau”.
Isteri menggaku telah menyusahkan dan mengaibkan dia maka jatuh ke tak talak tersebut.
Hidup anak isteri jugak menderita kerana sikap si suami yang tak adil dan hanya baru bertunang sudah tergamak berbuat demikian.
Sila bantu secepat mungkin ustaz.
Terima kasih
salam
semua kata-kata itu tidak mejatuhkan talak.
perbuatan suami bertunang lagi tanpa izin isteri, mengguna harta isteri tanpa kerelaanny dan memaki isteri adalah dikira penderaan yang salah.
isteri patut adukan perkar aini ke mahkamakah syariah utk menuntut haknya dan menjaga kepentingannya.
Salam ustaz, sy Ada sedikit kemusykilan. Sy Ada bergduh dgn suami n saya Ada bgtau dia yg saya ingin pulang ke kmpg, dlm masa sy sama suami tanya sy utk apa pulang ke kmpg sudah xnk dia lagi ke nk tglkan dia. Sy hanya ckp sy nk balik kmpg juga, dlm masa suami Marah tu dia ckp “ha nak balik kmpg sgt balik la, tp nti awak fhm la apa maksudnya”.. Ni yg suami ckpkan jdi Sy tidak pulang ke kmpg, Bila dh berbaik sy tnya suami apa mksdnya adkah dia berniatkan talak.. Dia ckp jiwanya kosong dia xde mksdkan apa2. Adakah jatuh talak ustaz..terima kasih ustaz.
salam
tak jatuh talak kerana kata2 tu bukan kata2 yg menjatuhkan talak dan beliau hanya berniat utk menceraikan jika isteri balik kampung, bukan benar2 menceraikan dia.
Salam Ustaz,
Saya telah berumahtangga selama 8 tahun. Apakah hukum isteri meminta cerai kerana alasan “emotionally” mentally drain kerana kelemahan sikap panas baran dalam pertuturan nada suara saya ketika dalam keadaan marah. Bagaimanapun sepangjang perkahwinan kami, saya tidak pernah memukulnya dan menjalankan segala tanggungjawab seorang suami. Tapi kali ini, isteri bertegas dan keras hati untuk berpisah dan tidak memberi peluang untuk menebus kesilapan saya walaupun saya benar2 insaf. Saya benar2 ingin menyelamatkan rumahtangga saya. JiKalau dengan menerusi kauselling juga tidak dapat merubah keputusan isteri saya. Adakah alasan isteri saya dikirakan valid di mahkamah…..saya buntu mencari penyelesaiannya..harap ustaz dapat memperjelaskannya.
salam
di sisi undang, isteri dan suami mempunyai hak yang sama untuk mendaftarkan cerai di mahkamah syariah.
apabila pendanftaran cerai dibuat kededuanya dikehendaki menyatkan sebab dan alasan yg munasabah.
soal samada alasan itu valid atau tidak, ia tergantung pada penilaian mahkamah setelah mempertimbangkan semua fakta dan keterangan dari semua pihak.
perlu difahami, penderaan isteri bukan hanya dari berlaku dari sgei fizakal.
suami juga boleh disalahkan kerana mendera isteri atas sebab2 emosi.
sila baca semula taklik nikah yg diucapkan dan tandatangani setelah akad nikah.
pernahkah awak terfikir, kalau di tempat kerja dapat boss yg panas baran dan emotionally abusive, boleh stres dan kemudian resign, macam mana boleh anggap “ok” untuk isteri endure sahaja, kalau suami dah 8 tahun masih lagi panas baran.”
moga bermanfaat.
Assalamualaikum Ustaz,
Tanah dan rumah adalah milik saya sempurnanya kerana saya seorang yang membayar harganya. Tetapi nama milik tanah dan rumah adalah atas nama isteri kerana saya adalah orang asing. Saya suruh isteri untuk menjualkan harta tersebut. Dia enggan berbuat demikian atas alasan tidak kuasa dan kami bertengkar. Saya ucapkan ” kalau semua urusan jual beli tanah dan rumah selesai” , antara kita tiada apa-apa lagi” (yang membawa maksud berpisah). Adakah talaq terjadi selepas jual beli? Perlukah ada saksi pada kejadian tersebut?
Wassalam.
salam
jika benar awak niatkan dari kata2 itu sebagai maksud cerai, maka berlakulah talak secara taklik yg mana talak akan jatuh jika rumah itu selesai dijual.
jika ini berlaku, wajiblah dilaporkan ke mahkamah syariah. mahkamah syariah akan siasat dan membuat hukum yg muktamad ttg status perkahwinan awak.
untuk makluman, walau pun rumah itu dibeli dgn mengguna harta awak, dari segi undang2 ia adalah milik isteri, kecuali jika ada dokumen2 sah yg menyatakan bahawa si isteri hanya memegangnya sebagai amanah. oleh itu, awak tidak boleh memaksa dia utk menjual.
Salam Ustaz
Saya terserempak status suami saya di lelaman sosial.
Apakah hukum suami yang sanggup berbohong sudah “divorcee”/sudah atau jadi bapa tunggal untuk memikat wanita lain termasuk di FACEBOOK atau di lelaman sosial tapi tanpa niat menceraikan isterinya. Suami saya ingin berubah dan nampak memang sudah berubah tapi salah saya tak beri dia peluang dan kerap paksanya untuk cari yang lain kerana luka dihati. Saya menyesal dan suami saya mengaku dia berbohong dan tiada niat.. harap ustaz dapat perjelaskannya.
Salam Ustaz
Apakah hukum suami yang sanggup berbohong dengan meletak status sudah “divorcee” untuk memikat wanita lain termasuk di FACEBOOK atau di lain lelaman sosial tapi beliau mengaku tanpa niat untuk menceraikan saya.
Harap ustaz dapat jelaskan
salam
perbuatan itu berdosa kerana jatuh dalam kesalahan berbohong tapi tidak menjatuhkan talak.
assalamualaikum sy nk tye..suami sy selalu cko setiap kali gaduh suami sy ckp dia haramkn sy mkn kt rumah ni..suami sy byk kawan perempuan..tp dia tk pernah mengaku..semua yg jd isteri dia mesti kehilangan duit..kne bg duit pinjam n buat loan ..dari serendah 5k ~ 100k…sy isteri nombor 3 dia..dulu sebelum nikah pun dia gaku dia duda..lps nikah baru tahu semuanya..suami sy ada perempuan lain dia berhubung..suami sy mengaku dia bujang..n gf dia tu kehilangan duit 100k lebih..sy terperanjat ingat isteri dia yg lain msg..tp bila sy tye akak tu..baru sy thu dia gf suami sy..skrg suami sy ckp kau bukan isteri aku lg..bila sy tye knp tipu sy..suami sy ckp sy bohsia..memandangkan sy nikah dgn suami sy dulu memang sy mangsa rogol..tp sebelum nikah dia dh thu..dia tetap ckp sy bohsia n pelacur..dia selalu haramkn mkn sy ..pernah dia pukul sy bila tye kebenaran..sy minta duit utk keluar rumah ni..sbb sy dh tahan hidup mcm ni..dia ckp dia akan byr 3k n jatuh talak bila dia byr duit tu..tp skrg dia blm byr..bolehkah sy keluar rumah suami sy ..berdosa ker sy.memandangkan suami sy sering ckp sy pelacur n pukul sy n maki hamun sy bila nk marah..
salam
jika awak rasa sudah tak boleh tahan dan bertekad untuk berpisah, adukan kes awak ini ke mahkamah syariah atas sebab-sebab yang awak tulis. itu.
jika siasatan mahkamah syariah mendapati segala dakwaah awak tu betul dan terbukti, awak mempunyai alasan yg sah utk bercerai.
mahkamah pasti memberi izin utk bercerai.
sebaiknya awak jgn tinggalkan rumah dahulu sebelum mendaftarkan kes ke mahkamah syariah dan setelah mendapat nasihat dari mahkamah syariah.
Assalamualaikum Ustaz, ayah melafazkan kepada ibu saya ‘aku lepaskan kau, kau buat hal kau, aku buat hal aku’ sewaktu dia marah. Semenjak itu mereka tidak lagi duduk sebumbung. Ada kah jatuh talak?
salam
nasihat saya ia – kes ini patut diadukan ke mahkamah syariah bagi mahkamah memutuskan status sebenar lafaz itu dan perkahwinan berkenaan.
jika pasangan berkenaan, mmg nak bercerai sebaiknya ia dilakukan dgn betul dan bukan buat tindakan sendiri dgn hidup berasingan.
jika tidak mahu bercerai, seharusnya ada usaha utk menyelesaikan masalah dan bukan hidup dalam keadaan “perang dingin”.
moga bermanfaat
Salam ustaz. Suami saya melafazkan secara jelas “aku ceraikan kau dgn talak satu!”. Adakah sah talak tersebut? Tanpa saksi. Hanya depan anak2 yg masih kecil. Dan satu lagi. Kami bernikah di saat saya hamil 6 bulan. Adakah sah perkahwinan kami sebenarnya? Terima kasih.
salam
nasihat saya ialah laporkan masalah ini ke mahkamah syariah segera.
Slm ustaz sy ingin bertanya.
Bru2 ni sy ada bergaduh di pasaraya dgn suami,,sy menghina suami n biadap didepan org ramai pasal duit..sy ckp kuat kat anak sy “adik nanti besar adik jgn kerja mcm papa,adik kerja tinggi2…n sy ckp kt suami sy u mati la senang…situasi terjadi di mall..lepastu suami sy rasa terhina n marah mendengar kata2 sindiran sy dgn sengaja n sgt biadap..pas tu dlm keta suami mengamuk n ugut sy cerai talak 3 klo sy ulang lgi mcm tu..mmg sy mngaku sgt biadap n sengaja melakukan terhadap suami sy…yg menjadi sy was2 skang selepas tragedi tu mmg sy jadi baik n xdak myakitkn hati suami sy…tpi bru2 ni ada masalah rumah kmi dengan owner…rumah owner xbyar..jdi jiran2 suka ambil thu hal rumah kmi,,jiran2 tnya itu ini,bila nk pindah..jiran2 mgutuk kmi mcm2…jadi ada satu ketika masa suami sy balek kerja sy ada ckp elok2 la xde gaduh ape apepun,sy ckp makcik2 tu mnyibuk betulla hal kita,,tanya kita bila nk keluar la,,sapa owner bru rumah la,,pas tu diorg bndingkan kerja u dengan org sebelah..maksud org sebelah tu jiran rumah yg xbekerja,padahal u bekerja je,,(org sebelah rumah kmi xbekerja dan kena halau dah dri rumah sewa,,kmi xkena halau pun sebab kmi byaq sewa)…slps sy bergosip n sembang kosong pasal sy nyatakan diatas suami sy bengang la dgn makcik2 yg duk menyibuk hal kmi…suami sy bengang apa kaitan kerja dia dgn jiran sebelah kmi..jiran sebelah kmi xkerja….yg jadi masalahnya sy lupa bila makcik2 ni ckp kt sy n sy kemungkinan membuat cerita..tetapi bila sy tnya suami n cerita sy bgi hint2 dia ckp bermula dri dia lafaz taklik dia mendaoppati xdak perkara yg sama berulang mcm perbuatan sy pada mlm itu…dia yakin sgt smpai m3njunjung alquran…dia cko dia letak taklik bukan saja2,,mmg ada sebab utk perbuatan mlm tu..dia ckp klo sy berbohong bukan utk taklik yg dia letak…mohon pencerahan
Sy dah tnya kanselor pej agama..xjatuh sebab xjelas…pas tu diorg xsuruh isi suarat apapun…cuma sy ni mnghadapi masalah was2…dri dulu sy suka was2..amik wudhu smpai 5 kali..solat kdg2 smpai ulabg…sy da pernah tnya kat sini tpi cri balek xjumpa..
kalau kaunselor dah kata tak jatuh = tak jatuhlah.
kalau awak nak ikut was2, 1000 ustaz awak tanya bagi jawapan yg sama pun tak ada guna kecuali awak berhenti dari layan was2 tu
As salam Ustaz,
Saya dan suami bergaduh kerana org 3. Suami masa tu dalam keadaan marah dan lafazkan talak 3 depan 2 saksi melayu. Selepas 4hari kami bersama….soalan saya. Adakah kami bersama telah rujuk semula ataupun itu adalah perbuatan maksiat antara saya dah dia (suami)?
Maaf soalan saya adakah talak 3 yg dilafazkan pada saya sah. Suami saya menjatuhkan talak dihadapan 2 saksi? Dia juga pernah mengaku yg dia masih bujang depan wanita2 lain, walaupun sudah berkawin.
salam
kes seperti in perlu dilaporkan ke mahkamah syariah kerana undang2 menetapkan apabila suami melafazkan talak ke atas isteri, pihak yg terbabit perlu melaporkannya dalam tempoh 7 hari ke mahkamah syariah.
hanya mahkamah syariah yg dapat membuat keputusan muktamad dalam hal ini, bukan mana-mana asatizah.
mahkamah perlu putuskan samada talak jatuh, berapa talak yang jatuh dan adakah boleh rujuk atau tidak.
jika anda iangin keluar dari dilema, segeralah laporkan ke mahkamah syariah.
Saya telah mencabar isteri saya dgn brkata “kau nak cerai ?” dgn nada marah. Sebab dicabar ,isteri saya terima cabaran trsebut dan lalu saya tersebut ” Cerai!!” 3 kali.. Soalan saya adakah Talak 3 telah gugur tanpa niat? Semua ini brlaku kerana Emosi antara isteri dan saya.
sila rujukkan perkara ini ke mahkamah syariah utk disiasat supaya hukum yg pasti dapat dibuat.