(Dari rantauan.com, ruang Ask_Ustaz)
Soalan 1
Salam sejahtera
Ustadz Haniff
Saya nak tanya jika adanya solat dalam bahasa inggeris untuk memudahkan orang2 non-malays yang baru memeluki agama Islam. Saya pernah bertanya kepada seseorang hamba Allah saudara baru ni tentang solat, dia kata dia jarang solat kerana dia ada kesusahan nak menghafal. Beliau kata kalau ada dalam bahasa inggeris lebih mudah untuk menunaikan fardhu.
Saya kurang pasti dan ingin menolong saudara baru mendapatkan maklumat selanjutnya.
Sekian terimakasih
X1
Jawaban
Salam
Saya belum pernah terjumpa ulama yang muktabar membenarkan solat dalam bahasa Inggeris.
Mengenai saudara baru yang sukar bersolat dalam bahasa Arab, sebenarnya ada jalan keluar yang lain selain bersolat dalam bahasa Inggeris.
Di sisi mazhab Hanafi yang wajib dibaca dalam solat hanyalah apa jua ayat Al-Quran yang termampu walau hanya satu ayat (takkan satu ayat Al-Quran dalam bahasa Arab pun tak boleh hafal dan pronounce
Dibawah ini saya bawakan ringkasan dalil dari mazhab ini yg saya ambil dari sebuah nota kuliah fiqh perbandingan program Diploma Pengajian Islam Pergas.
Jika baca satu ayat Al-Quran pun tak boleh, bacalah subhanallah 1x atau beberapa kali pada setiap rukun solat, disamping itu teruslah belajar sehingga dapat terus membaiki kualiti solatnya.
Takkan dalam
——————————
Hujah mazhab Hanafi
1. Dalil al-Quran:
“Bacalah kamu apa-apa yang mudah daripada al-Quran.” (Al-Muzammil: 20)
Sesungguhnya firman Allah Ta`ala ini menyuruh orang yang bersolat supaya membaca mana-mana yang mudah bagi mereka dalam al-Quran. Ayat ini umum, termasuklah al-Fatihah dan selainnya di mana ianya sama sahaja.
Ini menunjukkan al-Fatihah tidak difardhukan sebagai ketentuan sahnya solat. Ini kerana ayat ini menunjukkan bahawa yang difardhukan dalam solat ialah apa-apa bacaan (surah) dalam al-Quran. Maka barangsiapa yang melakukan sesuatu yang telah difardhukan, maka terlepaslah tanggungjawabnya dan sah solatnya.
2. Dalil al-Sunnah.
2.1: Imam al-Bukhari, Muslim dan selain keduanya meriwayatkan daripada Abu Hurairah, bahawasanya Nabi s.aw bersabda kepada orang yang rosak solatnya:
“Bertakbirlah kamu, kemudian bacalah mana-mana yang mudah bagimu daripada al-Quran.”
Hadith ini sepertimana dalil al-Quran yang mana kalau sekiranya difardhukan al-Fatihah dalam menentukan sahnya solat, maka sudah tentu disuruh membacanya, dan ia tidak diberi pilihan berbanding ayat-ayat lain.
2.2: Al-Harithi dan Ibn `Adi meriwayatkan daripada Abi Sa`id bahawasanya
Nabi s.a.w bersabda:
“Tidak sah solat melainkan dengan al-Fatihah atau selainnya.”
Jika sekiranya al-Fatihah fardhu, mengapakan seorang yang bersolat boleh memilih antara al-Fatihah dan selainnya sebagai bacaan dalam solat. Tetapi Rasulullah s.a.w membuat pilihan. Ini menunjukkan ia tidak difardhukan.
2.3: Abu Daud meriwayatkan daripada Abu Hurairah, bahawasanya Nabi s.a.w bersabda:
“Tidak sah solat melainkan dengan bacaan al-Quran sekalipun dengan al-Fatihah.”
Sesungguhnya pernyataan sehingga akhir hadith menunjukkan bahawa makna (dengan quran) iaitu mana-mana bacaan dalam al-Quran sekalipun al-Fatihah. Ini menunjukkan harus dengan selain daripada al-Fatihah.
3. Dalil logik akal.
Al-Fatihah dan surah yang lain dalam al-Quran adalah sama dari semua hukum. Begitu juga dalam solat.
Soalan 2
Salam ustaz
Saya ada seorang kawan dari
Dalam salah satu majlis tazkirah kami dengan Ustaz di tempat kami, kami ada bertanya tentang doa dalam bahasa Melayu semasa kita dalam solat – misalnya semasa solat hajat – semasa sujud terakhir – kita berdoa segala hajat kita.
Jawaban
Salam
Tentang si ibu tu, cubalah bagi tahu dia supaya tukar cara solatnya dari berbahasa Inggeris kepada satu dua ayat Al-Quran atau tasbih dalam bahasa Arab. Tapi kalau dia insist jugak macam tu, biarkanlah dulu.
Lebih baik dia konsisten solat dalam bahasa Inggeris dari meninggalkan solat kerna tak tahu atau tak mahu guna bahasa Arab. Di lain kesempatan boleh pujuk lagi. Satu cara yang halus ialah menggunakan hujah up-grade/improvement cara solat, bukan menyalahkannya i.e solat membaca satu dua ayat Al-Quran dalam bahasa Arab lebih baik dari baca seluruh surah Fateha dalam bahasa Inggeris(???).
Mengenai doa dalam solat, jika ia ingin dilafazkan dari mulut, mestilah menggunakan bahasa Arab. Tapi kalau ingin berdoa di hati, apa bahasa pun ok.
salam
salam,
time kasih utz sbb menerangkan dalil2 pasal hukum bacaan dlm solat.. sbb skang ni sy berpikir panjang bekenaan semua nie.. kenapa wajib solat dlm bhsa arab? walau pn itu membuatkan org malas nak belajar sembahyang..sbb islam itu mudah dan ringkas.. pada yg boleh baca arab plak, jadi masalah xpaham plak.. adakah membaca mengikut syarat itu lebih penting drpd menjiwai ape yg dibace seterusnya menjiwai solat tersebut..
salam
1) pastinya memahami apa yg dibaca adalah satu perkara yg penting dalam ibadah solat dari hy setakat membaca sahaja kerana faham memberi makna pada apa yg kita buat sehingga ia tidak hy menjadi satu ritual yg diulang2.
2) namun, kewajiban membaca dalam bahasa arab tidak seharusnya kontradik dengan keperluan faham. hakikatnya tidak susah untuk kita faham apa yg kita baca dalam bahasa arab dalam solat kerana yg wajib di baca dan perlu difahami hylah sedikit sahaja dan ia boleh difahami jika kita pelajari – sedikit-sedikit, lama-lama pasti boleh. yg lain hylah sunat sahaja. itu pun kalau kita pelajari, pasti akan boleh fahami juga. yg menyebabkan ia menjadi susah ialah apabila tiada komitmen dan tak mahu memulakan langkah.
3) wajib solat berbahasa arab kerana ia melibatkan al-quran. membaca al-quran dalam bahasa arab mempunyai tujuan lain iaitu menjaga ketulenan al-quran itu sendiri. sejarah buku-buku suci agama lain telah mengajar, jika bahasa asal buku berkenaan tidak dipelihara dgn baik. ia akan terdedah pada perubahan dan korupsi, bila masa berlalu.
moga bermanfaat. salam
assalamualaikum. saya igin tanya tentang sujud sahwi. jika saya sujud sahwi dalam bahasa melayu, adakah sah solat saya ?
salam
sujud sahwi jika dilakukan sebelum salam, ia hendaklah dilakukan dalam bahasa arab, kerana ia masih di dalam solat.
segala bacaan dalam sujud sahwi hanyalah sunat sahaja. oleh itu, jika tak boleh membacanya dalam bahasa arab, bacalah dalam hati atau diam sahaja.
salam
assalamualaikum….ustaz….boleh tak solat dalam bahasa melayu atau solat dalam apa pun bahasa yg difahami oleh satu2 bangsa itu…..!! kerana saya ada terbaca dalam al quran ada sebut “al quran dipermudahkan dalam bahasamu”…….ada juga ayat tentang al quran untuk semua umat manusia…..dan tentang al quran sesuai pada setiap zaman……!!!!!!hati sy kuat cakap yg faham sebutan solat adalah perkara “wajib”……!!!kerana ingin membawa ketaatan diluar solat adalah keutamaan daripada taat di dalam solat…..bg saya solat adalah untuk mengingatkan diri untuk taat diluar solat……kerana islam itu adalah cara hidup……..jika tidak faham memang susah untuk taat di luar solat…….!!!!dan ayat yg terakhir yg sy terbaca adalah “kamilah yang menurunkan al quran dan kamilah juga yang menjaganya…….”bagaimana pandangan ustaz….??
salam
1. mengenai hukum bersolaat dalam bahasa arab, telah saya jawab di tas dan huraian bagi mereka yg belum boleh bersolaat dalam bahasa arab telah dinyatakan juga.
2. ayat yg dinyatakan itu ialah 19:97. sefaham saya ayat itu rujuk pada nabi muhammad. perkataan asal yg diguna oleh quarn ialah “lidahmu”. ia boleh membawa dua makna, a) bahasa (dalam konteks iini bahasa arab kerana nabi berbahasa arab), 2) mulut, dalam hal ini tidak berkaitan soal bahasa.
3. membahasakan melayu tidak semestinya menjadikan org lebih kuat amal islam. mmg betul amalkan islam perlu kefahaman, tapi kefahaman boleh dicapai melalui proses diluar soal iaitu belajar dan baca terjemahan al-quran. adakah membahasa inggeriskan bible menjadikan majoriti umat kristian di eropah kuat amalkan agama mereka dan faham? jika kita faham tatacara solat yg wajib, kita akan tahu komponen bahasa arabnya tidak banyak dan tidak sukar utk mengupayakan diri utk memahaminya dalam bahasa melayu, tanpa memelayukan solat itu sendiri. lainlah kalau kita bayangkan solat mesti dilakukan seperti bacaan imam terawih di masjidil haram
salam
terima kasih kerana respon ustaz…….!!mgkin kah bahasa arab seharusnya menjadi bahasa wajib lulus di sekolah2…….ataupun perlu ada matapelajaran khas iaitu untuk belajar kefahaman solat ..kerana solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar…..!!!bagaimana jika solat seseorang tidak dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar….!!!!mgkin kah kerana tidak faham akan bicara taat di dalam solat seseorang itu….!!ada kemungkinan jika seseorang yg tidak bersolat tetapi hanya membaca terjemahan al quran sahaja tetapi dia mampu untuk taat diluar solat…..!!!sedang dia memahami akan bicara tunduk,,rukuk dan patuh yakni untuk membawa taat dan patuh itu di luar solat…..!!bagaimana pula jika seseorang itu bersolat, taat dan patuh juga diluar solat tetapi terperangkap didalam sistem wang kertas yakni “riba” yg digunakan di dunia ini…….sedang wahyu terakhir allah kepada “Rsaw” bicaranya berkenaan “riba” kalau tak silap saya……………!!!se olah2 wahyu terakhir itu penyelamat untuk “akhir zaman” jika mampu dipatuhi oleh umat islam jika kembali kepada “sunnah money” yakni dinar islam….!!saya harap pandangan dari ustaz untuk persoalan diatas….terima kasih..
salam
konsep solat mencegah kemunkaran, mmg perlukan si pelakunya penghayatan utk mencapainya. penghayatan pula memerlukan kefahaman dari segi ilmu dan nilai.
ini tidak semestinya dicapai dgn memelayukan solat sebagaimana yg telah saya sentuh dalam jawapan sebelum ini.
solat tidak menjadikan kita faham segala isi dan tuntutan agama. oleh itu, tak boleh harapkan dgn amalkan solat sahaja seorang itu tahu dan boleh laksanakan tuntutan agama.
apa yg solat lakukan ialah bina kefahaman akan kosep tunduk dan patuh pada tuhan. setelah faham perkara ini manusia perlu pula bertanya bagaimana harus tunduk dan patut. jawapannya kajilah agama allah. untuk ini, bai orang awam, tidaklah wajib utk kuasai bahasa arab kerana ramai yg tak tahu bahasa arab, belajar agama dengan cara betul, masih boleh jadi seorg muslim yg baik. agama tidak mewajibkan kita kuasai bahasa arab, maka tidaklah usah kita mewajibkannya kepada semua. lainlah kalau seorang itu, ingin jadi pakar agama.
kalau kita hanya sedar perlu tunduk dan patuh, tapi tak kaji dgn dalam agama ini, maka kita akan berisiko utk tetap lakukan larangan tuhan seperti makan riba, kerana tidak faham dan tahu, walaupun kita selalu solat.
demikianlah serba ringkas.
salam
salam….terima kasih…
walaupun solat bukan lah segala isi tuntutan agama tetapi solat itu diibaratkan sebagai “tiang agama”….saya rasa tiang “wajib” ditegakkan dgn kefahaman….tanpa tiaang maka robohlah agama
sy beri contoh mudah kepada ustas…….seorang itu bertafakur selama beberapa minit dengan penuh kefahaman dan kehambaan………dan seorang lagi solat tidak henti siang dan malam tanpa kefahaman dan rasa kehambaan…….yg mana satu kah akan membawa taat dan patuh itu diluar solat….
Saya minta tolong alih bahasakan kelima-Lima NIAT salat fardhu dalam bahasa Inggeris.
i pray two/three/four rakaat of fajar/maghrib/zohor/asar/isya’ fard facing kiblah for allah taala