Pembahagian harta sepencarian

Soalan

 

Di dalam perkahwinan, harta benda yang diperolehi selama perkahwinan menjadi harta benda bersama. Bagaimana jika si isteri tidak bekerja atas alasan suami tidak memberi izin? Adakah harta itu masih menjadi hak bersama walau pun ia diperolehi dari hasil kerja si suami sahaja? Jika terjadi pergaduhan si suami selalu mengungkit-ungkit yang harta itu dia yang punya dan si isteri tidak ada hak untuk ikut campur kerana dia tidak memberi sumbangan kewangan terhadapnya. Adakah semua ini benar?

 

Jawaban

 

Di dalam undang-undang kekeluargaan Islam terdapat apa yang dinamakan sebagai harta sepencarian. Harta sepencarian didefinisikan sebagai harta yang diperolehi bersama oleh pasangan suami isteri semasa tempoh perkahwinan atau yang diperolehi oleh  suami sebelum dan semasa tempoh perkahwinan tetapi berkembang semasa tempoh perkahwinan samada oleh usaha kedua belah pihak atau seorang sahaja.

 

Kadar hak si isteri terhadap harta sepencarian ialah

a.       mengikut kadar sumbangan kewangan secara langsung bagi memperoleh harta itu seperti kadar sumbangan CPFnya bagi membeli rumah, dan

b.      mengikut sumbangan secara tidak langsungnya dengan melakukan tugas-tugas pengurusan rumahtangga seperti menyelanggara harta berkenaan.

c.      Bagi isteri yang tidak memberi sumbangan kewangan langsung, dia masih mempunyai sedikit hak dengan menjalankan tugas sebagai isteri di rumah sebagai sumbangan tidak langsungnya.

 

Walau bagaimana pun, penentuan kadar sebenar samada dalam keadaan isteri yang mempunyai sumbangan langsung dan tidak langsung atau yang mempunyai sumbangan tidak langsung sahaja, haruslah ditentukan oleh Mahkamah Syariah.

 

Dalam membahagikan harta sepencarian, Mahkamah Syariah akan mengambil kira, pada harta yang diperolehi atas usaha bersama;

 

a.       kadar sumbangan kedua belah pihak dalam bentuk wang, benda atau tenaga.

b.       hutang yang ditanggung oleh salah satu pihak bagi manfaat kedua belah pihak.

c.       Keperluan dan kepentingan anak yang lahir semasa tempoh perkahwinan, jika ada.

 

Pada harta yang diperolehi oleh satu pihak, Mahkamah Syariah akan mengambil kira;

 

a.     kadar sumbangan dalam bentuk menjaga kebajikan keluarga dengan mengurus rumahtangga dan keluarga yang dibuat oleh pihak yang tidak menyumbang secara langsung bagi memperolehi harta itu.

b.     keperluan dan kepentingan anak yang diperolehi semasa tempoh perkahwinan, jika ada.

 

Kebiasaannya pembahagain harta sepencarian hanya berlaku apabila suami isteri itu bercerai kerana Mahkamah Syariah dalam keadaan sedemikian perlu membuat perintah untuk membahagi harta kepada kedua belah pihak atau apabila berlaku kematian kerana harta berkenaan perlu dibahagikan kepada ahli-ahli waris yang berhak.

 

Dalam keadaan suami isteri masih kekal dalam ikatan nikah, tiada keperluan untuk menentukan kadar hak masing-masing terhadap harta sepencarian kerana kehidupan rumahtangga haruslah diasaskan atas rasa perkongsian dan saling tolong menolong bukan atas dasar ‘ini hak aku kau tak boleh campur dan itu hak kau, aku tak kan campur’.

 

Walau pun harta berkenaan diperoleh melalui usaha si suami semata-mata, tetapi dia juga harus menginsafi bahawa isterinya juga mempunyai peranan seperti membantu menyelenggara harta berkenaan, memberi sumbangan psikologi seperti sokongan moral dan ketenangan dan membantu mengurus rumahtangga sehingga membolehkan dia keluar bekerja dan membeli harta itu. Menafikan peranan sedemikian dari isteri adalah tanda ketidaksyukuran yang dikeji oleh Islam kecuali jika isterinya itu nusyuz (derhaka).

 

Islam menggalakkan umatnya untuk membina sikap toleransi dan bermurah hati. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “Allah merahmati seseoraang yang bermurah hati pada ketika membeli, menjual dan menuntut haknya.” (Riwayat Al-Bukhari)

 

Jika bertoleransi dan berlebih kurang terhadap hak dan tanggungjawab dalam urusan perniagaan itu dipuji, maka pastinya ia juga sesuatu yang sangat dipuji dalam kehidupan rumahtangga.

 

Islam juga menganjurkan bahawa rumahtangga itu bukan hanya dibina atas dasar hak dan tanggungjawab masing-masing tetapi juga atas dasar ihsan antara satu sama lain. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya Allah mewajibkan ihsan dalam setiap sesuatu.” (Riwayat Muslim)

 

Jika kita berhutang, kita dianjurkan oleh Islam untuk membayar lebih hutang kita secara sukarela. Dalam sebuah hadits riwayat Muslim dinyatakan bahawa seorang sahabat meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah berhutang dengannya kemudian dia membayar dan melebihkan pembayaran.

 

Maka dalam kehidupaan rumahtangga adalah utama ke atas suami dan isteri untuk sanggup memberi lebih dari apa yang sepatutnya kepada setiap pihak. Jika ini dihayati oleh kedua belah pihak, maka akan menjadi indahlah kehidupan rumahtanggaa kerana kita lebih mementingkan untuk menunaikan hak orang lain dari menuntut hak kita.

 

Wallahu A`alam

16 komentar untuk “Pembahagian harta sepencarian”

  1. bagaimana pula bila ibubapa mengatakan apa2 kepunyaan anaknya(lelaki) adalah miliknya(ibu) juga.. ibu mertua mengongkong harta anaknya. contoh: hendak pakai kereta suami pun, siibu perlu hendak tahu..ibu mertua menjadi berang bila tahu besannya juga naik kereta anaknya… Innalillah…

  2. Ustaz, offshoot sikit dari harta sepencarian ni…tentang nafkah untuk anak yang diperolehi semasa perkahwinan itu, adakah peratusan atau jumlah wang nafkah yang ditetapkan oleh Mahkamah Syariah etc yang perlu disediakan oleh bapanya selepas penceraian dan hak penjagaan diberikan kepada ibu?

  3. salam
    @hasnah… kereta anak tidak menjadi milik ibu secara otomatik. perbuatan si ibu yg sedemikian adalah tidak wajar. tapi huraiannya bukan terletak dengan menghukum perbuatannya itu haram atau tidak. tapi, melalui usaha membina hubungan atau mengubah sikapnya secera bijaksana. cubalah minta nasihat atau baca bahan-bahan berkaitan psikologi mengenai bagaimana menangani masalah ibu mertua sedemikian.

    @dew.. biasanya apabila mahkamah buat order ttg nafkah anak ia akan buar order yg separate dan jelas akan jumlah yg wajib dibayar setiap bulan bagi setiap anak. contoh – nafkah bagi anak A yang berusia 12 tahun sebanyak sgd400 / bulan dan nafkah bagi anak B yang berusia 18 tahun sebanyak sgd700 / bulan. beserta tambahan bayaran one off sebanyak sgd 200 dan sgd400 respectively untuk hari raya / perbelanjaan sekolah tahun baru.

  4. Ah! Syukran Ustaz…terlalu ramai kaum ibu yang fikir bahawa memandangkan hak penjagaan anak di tangan mereka, mereka boleh menuntut sewenang-wenangnya.
    Ini akhirnya menjadi satu penindasan terhadap para bapa.

    Yang Haqq itu semestinya 'Adil.
    Bukankah begitu, Ustaz?

  5. Terima kasih Ustadz..issue pengurusan emosi, apalagi golongan warga emas yg menjadi mertua sendiri/insan teristimewa dalam hidup suami adalah terlalu sensitif. Minta pada Pemilik hati…ArRabb semuga hati2 kami disinari nuur hidayah…Ya muqalibaal quluub…..
    Thnx again atas pandangan Ustadz. Semuga Allah merahmati anda & keluarga

  6. @dew.. betul. cuma kadangkala sesuatu permintaan tu on paper nampak macam berlebihan, bukan kerana nak menindas, tapi hanya satu strategi peguam sahaja = target the moon, hit the star 🙂 . lebih2 lagi kalo peguam isteri tahu yg si suami pun ada peguam

  7. Aik! Ada peguam aje considered ada kemampuan ke?
    Bukankah ada peguam maknanya minta keadilan yang sepatutnya..sebab tak faham latar belakang undang-undang dan perlukan perwakilan?

    Licik dan kejam permainan manusia ni, Ustaz…
    Naik seram saya perhatikan…
    Lebih lagi pasal duit!
    All systems go!!
    *heh*

  8. salam ..ustaz..
    sy ada musykil sikit..begini ustaz…suami sy menjalankan perniagaan sendiri dah 10 thn lbh dan sy membantu sepenuhnya di ofis..dr beli rumah kereta dan mcm2 lg adalah sepenuhnya dr hasil perniagaan tersebut..dlm hujung thn 2008 suami sy telah berkahwin lg dan sy sekrg hidup bermadu..apakah salah @ tidak sekiranya suami menanggung madu sy dgn hasil perniagaan tersebut memandangkan itu adalah harta sepencarian saya dgn suami.?? TQ

  9. salam

    1. boleh, jika anda rela dan halalkan
    2. boleh, jika diandaikan dia tanggung isteri kedua itu gunakan bahagian dari share dia itu.

    anda boleh pertimbangkan berbincang dgn suami anda mengenai
    1. status harta perniagaan itu, berapa bahagian anda dan berapa bahagian dia. demi kejelasan setiap pihak. hal ii akan menjafi lebih penting dan komplikated kerana ia akan melibatkan aspek warisan, jika apa-apa berlaku pada salah satu dari anda kerana ia telah melibatkan org ketiga.
    2. soal penggunaan pendapatan perniagaan utk nafkah isteri satu lagi – samada ia menjejas hak milik anda.

    namun, lakukanlah dgn bijaksana.

    salam

Komentar ditutup.

Scroll to Top