Artikel – Pemikiran Asas Berkaitan Islam dan Penuaan

Klik di sini untuk membaca dan muat turun artikel.

——————————————————

Ringkasan Eksekutif

  1. Islam memberi perhatian dan mengambil berat tentang isu penuaan dengan menyebutnya di dalam beberapa ayat Al-Quran untuk menarik perhatian Muslim, menjaga kebajikan warga tua dengan memberi hak yang wajib ditunaikan oleh orang lain kepada mereka dan mengingatkan Muslim akan perkara-perkara penting yang wajib mereka pastikan apabila menjangkau usia tua demi mencapai kebahagian hidup selepas mati yang semakin dekat bagi golongan seperti mereka.
  1. Islam anjurkan Muslim bersikap positif terhadap penuaan, walau pun ia datang dengan pelbagai cabaran dan risiko.
  1. Islam anjurkan Muslim bersikap proaktif dalam menghadapi penuaan dengan membuat perancangan bagi meminimakan risiko dan mengurusnya dengan baik dan berkesan, bukan sikap pasif dan berserah pada keadaan.
  1. Institusi masjid memikul tanggungjawab untuk menangani isu penuaan (menjaga kebajikan warga tua) bagi memenuhi fardu kifayah (kewajiban kolektif) masyarakat Islam, sebagai tambahan ke atas tanggungjawab individu warga tua sendiri, keluarganya dan negara.
  1. Dalam perancangan bagi menangani penuaan, aspek-aspek yang perlu diberi perhatian ialah kerohanian, kesihatan dan ekonomi warga tua.