Keterbelakangan umat Islam hari ini di banding dengan umat yang lain bukanlah disebabkan oleh kekurangan sumber, samada sumber yang bersifat material atau manusia.
Sesiapa sahaja yang meneliti data mengenai umat Islam pasti akan dapati bahawa Allah taala telah mengurniakan umat ini dengan sumber material dan manusia yang melimpah.
Bumi umat Islam diberkati dengan sumber minyak yang kaya yang kesannya dapat dilihat di negara-negara Teluk dan
Lihat pula kekayaan sumber bumi di
Walau pun pencapaian umat Islam dari segi ilmu pengetahuan dan teknologi sememangnya terkebelakang dibandingkan dengan umat lain tetapi hakikatnya ia tidaklah miskin dari segi sumber kemanusiaan. Di Amerika dan Eropah terdapat ratusan ribu saintis dan tenaga pakar Muslim yang bekerja membantu pembangunan negara berkenaan. Mereka pergi ke negara lain kerana tanah tumpah lahirnya sendiri tidak mampu menampung dan memanfaatkan kemampuannya. Bahkan sumber manusia yang masih kekal di negara umat Islam seperti di
Nyatakan apa sahaja bidang sains, pasti pada hari kita ini akan menemukan seorang Muslim yang menceburi dan berkemahiran didalamnya. Sebahagian di antaranya adalah ilmuwan bertaraf dunia.
Walau pun kebanyakan tenaga pakar ini berada di pelbagai penjuru dunia tetapi ia tidak bermakna umat Islam tidak dapat memanfaatkan mereka kerana globalisasi dan keterbukaan dunia hari ini sepatutnya memudahkan sedemikian.
Namun apakah yang menyebabakan umat Islam berada dalam keadaan seperti hari ini?
Mungkin sahaja terdapat banyak jawaban bagi soalan berkenaan tetapi antara yang penting ialah kesatuan. Inilah sebenarnya musibah umat Islam hari ini dan musibah yang melemahkannya sepanjang zaman. Kekayaan bumi Arab tidak memberi negara-negara umat Islam di
Yang parah ialah musibah perpecahan ini bukan hanya menimpa daerah politik bahkan juga melimpah ke daerah penggerak dakwah, bahkan tidak melampau jika dikatakan bahawa ia juga melimpah dikalangan ulama dan ilmuwannya juga.
Yang kedua ialah tiada ketertiban dalam mengurus hidup. Sumber yang kaya yang dimiliki umat iin terbazir kerana ia tidak diuruskan dengan baik. Ini berlaku samada kerana sikap malas untuk mengurus, jahil dalam pengurusan atau paradigma hidup yang selesa atau merasa tidak mengapa dengan budaya hidup ‘tunggang langgang’, ‘asal boleh’ atau ‘tidak mengapa’. Kerana tidak mengurus, maka sumber yang ada jatuh ke tangan orang lain atau diurus oleh orang lain.
Jika dua faktor berkenaan menjadi penyebab akan kelesuan umat ini, ia juga menjadi penyebab pada kelesuan mana-mana organisasi dan masyarakat. Apa jua organisasi yang hilang dari dirinya kesatuan dan gagal mengurus diri hanya akan menerima nasib yang sama seperti umat Islam hari ini; mundur dan terpinggir, mengikut tidak memimpin, menjadi pengguna bukan penghasil, dicorak bukan pencorak, apabila ia bersuara tidak didengari, apabila marah tidak digeruni dan apabila ia mengancam hanya menjadi bahan ketawa.