Bagaimana Menyuburkan Kesederhanaan dan Menangani Pelampauan

(Nota: Artikel ini dipetik dan diubahsuai dari buku Kesederhanaan Dalam Islam Dalam Konteks Masyarakat Islam Singapura, terbitan Pergas, 2004)

Bagi menyuburkan penghayatan Islam yang sederhana dan mengatasi sikap melampau, berikut adalah langkah-langkah umum yang perlu dibuat;

 

1. Menyebarkan Tasawur Islam yang tepat kepada masyarakat.

 

Boleh dipertimbangkan untuk menyerapkan Tasawur Islam sebagai satu matapelajaran di madrasah-madrasah sepenuh masa. 

 

2. Mempopularkan ilmu-ilmu alat syariah di kalangan masyarakat Islam seperti Ilmu Hadits, Ulum Al-Quran, Usul Fiqh dan Qawa`id Fiqhiyah agar dapat membuka minda pemikiran mereka terhadap keluasan Islam dalam sesuatu isu. 

 

3.      Mempopular pembelajaran fiqh perbandingan agar dapat membuka minda masyarakat terhadap kepelbagaian pandangan ulama dalam sesuatu isu. 

 

4.      Mempopularkan pandangan fiqh yang bersifat kontemporari. 

 

5.      Menyejajarkan pendirian ulama dalam isu-isu penting. 

 

6.      Berinteraksi dengan kumpulan yang melampau melalui dialog dan perbincangan. 

 

7.      Merapatkan jurang antara ulama, pemimpin masyarakat dan pemuda. 

 

8.      Menerangkan sesuatu isu yang timbul.  

 

9.     Tidak menangani sikap melampau dengan sikap melampau yang lain atau dengan cara kekerasan. 

 

10.  Memelihara manhaj syar’ii dalam beristidlal dan istinbat hukum bagi menangani sesuatu hukum.  

 

11.  Mengelakkan dari polemik, kekecohan dan pertentangan dalam masyarakat awam. 

 

12.  Berhati-hati agar tidak melakukan sesuatu yang memberi hujah kepada masyarakat bukan Islam ke atas umat Islam.