(Nota: Artikel ini dikutip dan diubahsuai dari buku Kesederhanaan Dalam Islam Dalam Konteks Masyarakat Islam Singapura, terbitan Pergas, 2004)
Muslim Mendokong Kemajuan & Pembangunan[i] Negara
Kita mendokong kemajuan dan pembangunan bagi manusia, ekonomi dan negara. Hal ini adalah kerana Islam menggalakkan kemajuan. Allah taala berfirman yang bermaksud:
“Hendaklah ada dari kalangan kamu satu umat yang mengajak kepada kebaikan dan menyeru kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar dan mereka itulah golongan yang berjaya.” (Al-Qasas : 87)
Dalam ayat di atas terdapat pernyataan ‘mengajak kepada kebaikan’ dan ‘menyuruh kepada yang makruf’. Keduanya pasti tidak merujuk kepada perkara yang sama kerana kalau sedemikian ia akan bertindan. Maka ‘mengajak kepada kebaikan’ itu bolehlah diertikan dengan usaha-usaha pembaikan yang umum yang meliputi pembangunan dan kemajuan.
“Dia telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu pemakmurnya.” (Hud: 61)
Ayat ini menerangkan peranan manusia ialah untuk memakmurkan bumi ini dengan melakukan kemajuan dan pembangunan yang baik.
Islam juga menggalakkan umatnya untuk sentiasa membaiki diri. Salah satu ciri kemajuan dan pembagunan. Islam memerintah umatnya agar menghayati ihsan. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;
Sesungguhnya Allah mewajibkan ihsan dalam semua perkara.” (Riwayat Muslim)
Ihsan bermaksud berusaha sebaik mungkin. Maka keadaan seseorang yang statik, tidak maju dan berkembang tidak sejajar dengan konsep ihsan yang dianjurkan. Islam menganjurkan sifat berlumba-lumba buat kebaikan. Allah taala berfirman yang bermaksud:
“Dan berlumba-lumbalah kamu dalam (melakukan) kebaikan-kebaikan.” (Al-Baqarah: 148)
Sifat berlumba-lumba menuntut umat Islam agar sentiasa maju kehadapan untuk mengatasi kemajuan orang lain.
Islam meletakkan kepentingan ilmu, baik ilmu berkaitan agama atau ilmu berkaitan sains dan teknologi. Allah taala berfirman yang bermaksud:
“Allah mengangkat mereka yang beriman di antara kamu dan mereka yang diberi ilmu beberapa darjat.” (Al-Mujadalah: 11)
Di dalam Al-Quran pula terdapat banyak ayat-ayat yang bercakap mengenai sains dan teknologi. Sesiapa sahaja yang bercakap mengenai pembangunan dan kemajuan akan pasti meletakkan kemajuan ilmu, sains dan teknologi. Islam amat memberi perhatian terhadap ke semua itu.
Islam juga menganjurkan umatnya agar bersikap terbuka dengan pengaruh luar yang positif, mengambil manfaat dari orang lain dan mencari kebaikan dari mana sahaja. Satu sikap yang amat penting bagi mengerak kemajuan dan pembangunan. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Hikmah itu satu benda yang hilang dari orang yang beriman. Di mana ia menjumpainya, maka dia lebih berhak ke atasnya.” (Riwayat At-Turmuzi & Ibn Majah)
Rasulullah s.a.w menunjukkan contoh amali dengan menggunakan parit bagi mempertahankan Madinah dari serangan musuh yang diambil dari teknik perang orang Parsi dan menggunakan mohor bagi surat-suratnya kepada raja-raja sebagai mengikuti protokol di masa itu.
Omar r.a menggunakan pelbagai sistem pentadbiran Rom dan Parsi bagi mengurus negara Islam seperti sistem Diwan (seumpama kementerian di masa kini) dan rekod pentadbiran.
Atas dasar itu, kita tidak menolak kemajuan dan pembangunan. Kita pro-kemajuan dan pembangunan dan kita development/progess centric. Kita bersikap positif terhadap kemajuan dan pembangunan ekonomi dan kebendaan.
Apa yang menjadi isu ialah konsep, falsafah dan nilai yang mendasari pembangunan dan kemajuan baik bagi manusia, masyarakat, ekonomi, negara dan sebagainya.[ii]
Kita mahukan kemajuan dan pembangunan yang mengambil kira aspek pembangunan manusia[iii] yang meliputi segala dimensinya dan tidak mengabaikan akhlaq dan nilai-nilai murni atau moral.
Menanggapi Kemodenan
Kita tidak menolak kemodenan, jika yang dimaksudkan oleh kemodenan itu kemajuan dalam bidang sains, teknologi, ekonomi bahkan kemajuan dan penggandaan kebendaan (material) sekalipun.
Islam memerintahkan umatnya agar mengurus ekonomi dengan baik sebagaimana yang dicontohkan dalam kisah nabi Yusuf a.s yang mentakwil mimpi Firaun di Mesir. Beliau kemudiannya pula menjadi penjaga perbendaharaan Negara mesir dan mengurus kekayaannya.[iv]
Apa yang kita tolak ialah modernisme yang terkandung di dalamnya humanisme[v], relatifisme[vi], permisifisme[vii] dan lain-lain fahaman yang mengasingkan manusia dari tuhan, menolak peranan agama dan menjadikan segala sesuatu bersifat relatif dan subjektif.
Kita juga menolak modenisme yang menentang segala bentuk tradisi.
Kita amat peka bahawa umumnya modenisasi dipergunakan untuk merujuk pertumbuhan rasional dan sekularisme dan proses yang menjauhkan orang dari tekanan regim yang zalim dan dari tekanan-tekanan tahyul, yang seringkali juga dikaitkan sama dengan agama dan perkara-perkara ghaib. Fahaman seperti ini amat meluas penggunaannya di negara-negara demokrasi Barat. Oleh sebab itu juga, orang menjadi cenderung untuk mengaitkan modenisasi dengan pembaratan (westernization).
[i] Aidit Ghazali, Development An Islamic Perspective, Pelanduk Publication, Petaling Jaya, 1990, ms 1 -2 telah menulis:
“How can development be defined? This itself is a contemporary subject generating varying opinions among advocates of development, who for most of the time are directed by their respective ideological inclinations. Upon deeper reflection and ponderance, there are strong indications suggesting that these differences lie basically in the scope of development as registered in the respective development concepts and definitions. At one end of the scope, development is viewed from strictly economic perspective. Hence the ensuing definition describes development as a process whereby the real per capita income of a country increases over a long period of time. At the end of the scope, development is all-encompassing, beginning from the moral and spiritual development of man and manifested eventually into his physical environment. Between these two polar definitions, lie the other definitions which incorporate some of the main elements of both polar. This in turn, has resulted in the contemporary-held conventional definition of development as one which meets the basic needs of society in an attempt to eradicate poverty, inequitable income distribution and the unemployment of idle resources, mainly labour… Despite the lack of consensus, there is one common positive element that can be extracted from these varying definitions, and that is, development generally seems to be perceived as highly desirable or beneficial. Inherent in this is that development is recognized as a concern of paramount importance.”
[ii] Aidit Ghazali, Development In Islamic Perspective, ms 10 – 11, dalam hal ini telah menulis:
“1. The detachment of the economic aspect of human life from its political and social setting distorts the problems that it has to study.
2. The methodology of isolating one key factor and the almost exclusive concentration on that would be theoretically untenable.
3. GNP per capita is an insufficient criterion of success for development policy.
4. The whole concept of development needs to be reviewed in order to incorporate man’s basic needs and not just the rates of growth of simplified development components.
5. The application of a development theory and strategy based on western experiences to a different socio-economic and ideological situation is, inappropriate and injurious to the prospects and progress of the development process.
6. Modification to the growth theory have not been succeeded fully in bringing such theory into conformity with the situation in the economically less developed countries.
7. There appears to be an incongruence between theory and the real world facts in the orthodox development paradigm, although the theory purports to explain realities.
8. It is doubtful if mere application and over-emphasized usage of sophisticated mathematical and econometric models have helped the economically less developed countries handle their multi-dimensional problems realistically.
9. Development economics is a normative field and cannot be value-free.
[iii] Aidit Ghazali, Development In The Islamic Perspective, ms 64 telah menulis:
“The conventional understanding of human resource development however stops short of determining the source of the qualitative development in human capital theory. This is largely true because the human capital theory sticks to the economic and deterministic aspects. This may be due to the dichotomy between the mundane affairs and his spiritual observations – a fundamental aspects of secularism is very much rooted in conventional economic doctrines. Hence, we find that qualitative development in the form of sufficiency of basic tools of education and training in technological skills accompany rather than precede the capital accumulation and utilization of many nations. Despite this however, the author does observe a positive trend among some writings on human resource which is converging towards realization that qualitative development must manifest from spiritual observations. Hopefully, this will ultimately be a widely accepted norms.
Specifically the proposed targets of human resource development can comprise the following;
1. Ensuring that individuals, in particular those involved directly in the development planning and implementation processes will develop deep sense of commitment, responsibility, trust and accountability to God and society, in upholding the universal values as propounded by Islam.
2. Inculcating basic tools of education and means of communication such as reading, writing, comprehension, research, creative thinking, critical outlook and decision-making at all levels of the society.
3. Acquiring suitable and if possible, the most modern technological and scientific knowledge and skills.
4. Developing a sense of self-reliance and self- confidence in one’s own capabilities and achievements. This will require the individual to feel audacious enough to stand up for and defend his principles while at the same time be receptive to objective and constructive criticism.
[iv] Lihat Al-Quran Al-Karim, Al-Kahfi : 44 – 49, 55 – 56.
[v] Bermaksud faham (pendirian, sistem dsb) yg mengutamakan nilai-nilai, kepentingan dan maruah manusia (dan tidak mementingkan nilai-nilai atau kekuasaan lain). Lihat Kamus Dewan (Edisi Baru), 1989. Termasuk dalam kekuasaan lain yang tidak dipentingkan oleh humanisme ialah kekuasaan Tuhan dan segala yang ghaib (pen.).
[vi] Rujuk relatif yang bermaksud tidak mutlak, nisbi. Lihat Kamus Dewan (Edisi Baru), 1989. Fahaman relatif menjadikan segala buruk dan baik menjadi tidak mutlak dan boleh berubah mengikut keadaan (pen.).
[vii] Rujuk perkataan permisif yang bermaksud mudah mengizinkan atau membiarkaan perbuatan yg melanggar ajaran agama atau peraturan akhlak, memberikan kebebasan yang keterlaluan; tidak mengambil peduli tentang akhlak, bersikap endah tak endah tentang pergaulan bebas lelaki perempuan (tentang keruntuhan akhlak dan sebagainya). Lihat Kamus Dewan (Edisi Baru), 1989.