Buku – Meninjau Pemikiran Ustaz Ahmad Sonhadji Mohamad Milatu Daripada Khutbah-khutbah Karangannya, suntingan Mohamed Qusairy Thaha, Muhammad Haniff Hassan dan Mustazah Bahari

Buku terbitan Pergas ini boleh dibeli di sini.

Sinopsis

Buku 3 jilid ini adalah buku yang pertama yang menghimpunkan semua khutbah-khutbah karangan asli yang ditulis oleh Almarhum Ustaz Ahmad Sonhadji Mohamed dari tahun 1971-1980.

Setiap khutbah telah ditransliterasi ke tulisan Rumi, diberikan tahkik ringkas pada hadis-hadis yang terdapat di dalamnya dan dikategorikan kepada empat tema iaitu: Al-Quran dan Hubungan dengan Tuhan; Ekonomi, Kerjaya dan Pendidikan; Adab, Etika dan Integriti; dan Wanita, Kekeluargaan, Kemanusiaan dan Kemasyarakatan.

Penerbitan buku ini untuk edaran umum membolehkan ia dibaca oleh sesiapa sahaja dan menjadikan manfaat yang terkandung dalam karya Almarhum meluas.