Allat taala berfirman
ٱدۡفَعۡ بِٱلَّتِي هِيَ أَحۡسَنُ ٱلسَّيِّئَةَۚ نَحۡنُ أَعۡلَمُ بِمَا يَصِفُونَ ٩٦
“Tolaklah perbuatan buruk mereka dengan yang lebih baik. Kami lebih mengetahui apa yang mereka sifatkan.” (Al-Quran, 23:96)
Pelajaran
1. Prinsip pertama ialah apa yang tersurat dalam ayat ini, iaitu membalas sikap buruk pelanggan dengan layanan yang baik.
2. Prinsip kedua ialah apa yang tersirat iaitu memberi layanan yang lebih baik kepada pelanggan yang baik.
Logiknya, jika kita dianjurkan membalas keburukan dengan kebaikan, maka membalas budi dan kebaikan dengan kebaikan yang lebih pastinya lebih dianjurkan.
Ini pula ada sandaran pada hadis yang menganjurkan kita membayar hutang dengan pembayaran yang lebih secara sukarela.
Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya sebaik-baik manusia adalah yang paling baik dalam membayar hutangnya.” (Riwayat Muslim)
3. Prinsip ketiga juga tersirat iaitu memberi layanan yang baik kepada pelanggan apabila kita telah melakukan kesilapan kepadanya.
Logiknya ialah jika kita dianjurkan untuk membalas keburukan orang lain dengan kebaikan, pastinya lebih utama untuk kita melakukan kebaikan kepada orang yang telah kita lakukan kesilapan kepadanya.
Dalam khidmat pelangan ia dikenali dengan service recovery.
Al-Quran itu kitab panduan yang indah bagi segala situasi kehidupan bagi yang mahu berfikir.
Selamat mencuba dan moga bermanfaat.
Dipetik dari buku Sampaikan Daripadaku… Klik di sini untuk maklumat buku.
Salam ustaz, berniaga online dan seorang dropship,, ada seorang pemilik produk nie msj sy ,die ckp kalau sy jual brg dia dgn harga yg murah, jumpa dia kat makhamah Allah.. dia nk sy jual produk tu mengikut harga yg dia tetapkan..masalahnya ustaz, ramai yg dah jual produk tu dgn harga yg murah.. sy hanya dropship, brg tu suplier sy yg beli ngan dia.. apa yg perlu sy lakukan ye ustaz..harap ustaz faham apa yg saya cuba sampaikan..terima kasih 🙂
salam
maaf saya tak dapat menjawab soalan awak ini kerana a) saya tak pasti dan tahu apa sebenarnya perjanjian awak dengan supllier secara detail i.e. adakah kontrak tu mewajibkan awak jual ikut harga dia atau awak ada budi bicara, adakah kontrak antara awak dgn supplier sebagai agen, atau jual beli tangan atas tangan dll, b) saya tak pernah tangani kes sebegini jadi saya kurang familiar tentang proses jual beli online.
saya cadanagakan awak cuba bertanya denga ust zaharudin di http://www.zaharudin.net . dia lebih familiar dgn urusan jual beli masa kini. selain itu mungkin dia pernah tangani kes yg sama = mudah utk memberi jawapan.