Pelajaran 2 – Dakwah Hendaklah Mengemukakan Alternatif

Allah taala berfirman

وَجَآءَهُۥ قَوْمُهُۥ يُهْرَعُونَ إِلَيْهِ وَمِن قَبْلُ كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ ٱلسَّيِّـَٔاتِ 
قَالَ يَـٰقَوْمِ هَـٰٓؤُلَآءِ بَنَاتِى هُنَّ أَطْهَرُ لَكُمْ فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَلَا تُخْزُونِ فِى ضَيْفِىٓ 
أَلَيْسَ مِنكُمْ رَجُلٌ رَّشِيدٌ

“Dan datanglah kepadanya kaumnya dengan bergegas-gegas. Dan sejak dahulu mereka selalu melakukan perbuatan-perbuatan yang keji. Lut berkata ‘Hai kaumku, inilah puteri-puteri (negeri)ku mereka lebih suci bagimu, maka bertakwalah kepada Allah dan janganlah kamu mencemarkan (nama)ku terhadap tamuku ini. Tidak adakah di antaramu seorang yang berakal.” (Hud : 78)

Pelajaran

1. Nabi Lut bukan hanya menyalahkan kaumnya dan mengkritik kesalahan mereka tetapi mengemukakan alternatif bagi menyelesaikan masalah mereka dengan menawarkan anak perempuannya.

2. Aktivis dakwah bukan hanya mengkritik tetapi juga mengemukakan penyelesaian dan alternatif.

3. Setengah ahli tafsir menyatakan puteri-puteri yang ditawarkan memang anak Nabi Lut a.s.. Jika ini benar, maka ia menggambarkan tahap pengorbanan yang tinggi untuk dakwah – kesanggupan untuk menyerahkan anak-anak sendiri asal sahaja ia dapat mengubah perangai buruk umatnya.

Dipetik dari buku Sampaikan Daripadaku… Klik di sini untuk maklumat buku.