Pelajaran 33 – Menguji Pendakwah

Allah taala berfirman

فَلَمَّا فَصَلَ طَالُوتُ بِٱلۡجُنُودِ قَالَ إِنَّ ٱللَّهَ مُبۡتَلِيكُم بِنَهَرٖ فَمَن شَرِبَ مِنۡهُ فَلَيۡسَ مِنِّي وَمَن لَّمۡ يَطۡعَمۡهُ فَإِنَّهُۥ مِنِّيٓ إِلَّا مَنِ ٱغۡتَرَفَ غُرۡفَةَۢ بِيَدِهِۦۚ فَشَرِبُواْ مِنۡهُ إِلَّا قَلِيلٗا مِّنۡهُمۡۚ فَلَمَّا جَاوَزَهُۥ هُوَ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُۥ قَالُواْ لَا طَاقَةَ لَنَا ٱلۡيَوۡمَ بِجَالُوتَ وَجُنُودِهِۦۚ قَالَ ٱلَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلَٰقُواْ ٱللَّهِ كَم مِّن فِئَةٖ قَلِيلَةٍ غَلَبَتۡ فِئَةٗ كَثِيرَةَۢ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ مَعَ ٱلصَّٰبِرِينَ ٢٤٩

“Maka tatkala Thalut keluar membawa tentaranya, ia berkata “Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan satu sungai. Maka siapa di antara kamu meminum airnya, bukanlah ia pengikutku. Dan barangsiapa tidak meminumnya, kecuali menceduk kecuali menceduk seceduk tangan, maka ia adalah pengikutku.”Kemudian mereka meminumnya kecuali beberapa orang di antara mereka. Maka tatkala Thalut dan orang-orang beriman bersama dia telah menyeberangi sungai itu, orang-orang yang telah minum berkata “Tak ada kesanggupan kami pada hari ini untuk melawan Jalut dan tentaranya.” Orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Allah berkata “Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah dan Allah berserta orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah: 249)

Pelajaran

1. Harus bagi aktivis dakwah dan gerakan dakwah menguji aktivis-aktivis dakwah.

2. Ujian ini dilakukan untuk mentarbiyah para aktivis, menentukan kelayakan bagi sesuatu tugas, membersihkan gerakan dari elemen-elemen yang tidak sihat dan lain-lain.

3. Ujian dilakukan terhadap aspek keimanan, komitmen, kefahaman dan kekuatan fizikal.

4. Apabila ujian dilakukan, maka akan wujud kemungkinan mereka yang gagal. Dalam sesetengah ujian ini, kegagalan akan mengaibatkan keguguran dari jalan perjuangan.

5. Hakikat ini perlulah difahami agar aktivis dakwah dan gerakan dakwah bersedia menghadapi akibat dari ujian yang dilakukan ke atas para aktivisnya. Dengan memahami hakikat ini, kekecewaan tidak akan menguasai diri setelah melihat hasilnya.

6. Sekiranya aktivis dakwah dan gerakan dakwah tidak menguji para aktivisnya, ujian akan tetap berlaku  kerana Allah taala menghendaki bahawa ujian adalah sebahagian dari sunnah di jalan dakwah.

7. Konsep yang sama juga dinyatakan dalam surah Al-Mumtahinah : 10.

Dipetik dari buku Sampaikan Daripadaku… Klik di sini untuk maklumat buku.