(Nota: Artikel ini dikutip dan diubahsuai dari buku Kesederhanaan Dalam Islam Mengikut Konteks Masyarakat Islam Singapura, terbitan Pergas, 2004)
Takfir bermaksud mengkafirkan orang lain atau sesuatu perkara. Islam menganggap perbuatan takfir sebagai satu perbuatan yang mempunyai implikasi yang serius, baik kepada yang membuat tuduhan atau yang dituduh. Jika tuduhan itu didapati salah, maka tuduhan berkenaan akan kembali kepada si pembuat tuduhan. Hal ini berdasarkan hadits-hadits dari Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Jika berkata seorang lelaki kepada saudaranya ‘Hai kafir’, maka jatuhlah ke atas salah satu dari keduanya.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
“Sesiapa yang bersumpah dengan agama selain Islam secara berbohong, maka dia adalah seperti mana yang dia kata. Dan sesiapa yang membunuh satu jiwa, dia akan diazab di api neraka. Dan melaknat seorang mukmin, sama seperti membunuhnya. Dan sesiapa yang melempar ke atas seorang mukmin dengan tuduhan kufur, maka ia sama seperti membunuhnya.” (Riwayat Al-Bukhari & Ahmad)
“Sesiapa yang memanggil seorang lelaki dengan kufur atau berkata ‘Hai musuh Allah’ sedang dia tidak sedemikian kecuali (tuduhan itu) berpaling kepadanya.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
“Tidak seorang lelaki memangggil seorang lelaki lain dengan kefasiqan atau kekufuran kecuali dia telah murtad jika lelaki itu tidak sedemikian.” (Riwayat Al-Bukhari)
Takfir juga dianggap serius kerana kekufuran adalah sebesar-besar dosa di sisi Allah taala. Allah taala berfirman yang bermaksud:
“Dan orang-orang yang kufur dan membohongi ayat-ayat kami, mereka itu adalah penduduk neraka. Mereka kekal di dalamnya.” (Al-Baqarah : 39)
Melakukan takfir bermakna menuduh seseorang itu telah melakukan satu dosa yang paling besar yang boleh menatijahkan akibat yang serius ke atas orang yang dituduh kerana seorang yang dihukumkan kafir sudah dianggap terkeluar dari Islam. Hal ini mempunyai implikasi dalam soal seperti pewarisan harta dan penyelenggaraan mayatnya.
Disebabkan persoalan takfir adalah satu persoalan yang besar dalam Islam, para ulama sentiasa memberi peringatan mengenai bahaya mentakfir dan sentiasa berhati-hati dalam persoalan ini.
Dalam buku Syarh Al-`Aqidah At-Tahawiyah telah dinyatakan;
“Ketahuilah bahawa bab takfir dan tidak mentakfir adalah satu bab yang besar fitnah dan cubaan di dalamnya. Banyak perpecahan berlaku di dalamnya. Bersimpang siur di dalamnya pelbagai pandangan dan nafsu dan saling bercanggah dalil-dalil mereka.”[1]
Tidak harus bagi seorang Muslim untuk melakukan takfir kecuali dengan bukti yang nyata dan dalil yang jelas.
Kecuaian & Pelampauan
Walaupun isu takfir ini satu isu yang besar dan bahaya, tetapi telah berlaku kecuaian oleh setengah-setengah pihak dalam masalah ini sehingga berlaku takfir secara longgar seperti berikut;
a. Mentakfir orang kerana melakukan maksiat.
b. Mentakfirkan penguasa secara mutlak kerana berhukum dengan bukan hukum Allah taala
c. Mentakfir pengikut-pengikut penguasa yang tidak berhukum dengan hukum Allah taala.
d. Mentakfir orang yang keluar dari jemaah.
e. Mentakfir orang yang tidak berhijrah.
f. Mentakir orang yang tidak mengkufurkan orang kafir mengikut pandangannya.
g. Mentakfirkan individu secara khusus tanpa panduan syara’.
h. Mentakfirkan masyarakat jahiliyah.
i. Mentakfirkan orang yang menetap di negara bukan Islam.
Contoh-contoh ynag boleh didapati ialah
a. Pernyataan Usamah bin Laden dalam
“The answer, as we have indicated on previous occasions, is so evident that it is comparable to the sun at high noon, admitting no hesitancy, nor stammering, or dodging, or evasiveness, or appeasement. It is clear that Kufr (disbelief) is taking you out of the fold of Islam according to the Noble Book, and the Sunnah and the consensus of the Ummah.” (Bertarikh Ogos 1995)
b. Pernyataan Usama b. Laden dalam temuramah dengan Aljazeera pada Oktober 2001:
“I swear that every one who follows Bush in his scheme has given up Islam and the word of the prophet. This is very clear. The prophet has said, “Believers don’t follow Jews or Christians.” Our wise people have said that those who follow the unfaithful have become unfaithful themselves. Those who follow Bush in his crusade against Muslims have denounced God. [Bin Laden recites verses from the Quran on same subject.] Those who support Bush, even with one word, have fallen.”
c. Pernyataan seorang pemimpin kumpulan pelampau:
“But they refused to make pledge to the jamaah (group). We are the jamaah (group) of truth. All other than us are not Muslims. It is not permissible for there to be a number of Muslim jamaahs (groups).” (Dinukil dalam Abdul Rahman b. Mu`alla Al-Luwaihiq, Religious Extremism In the Life Of Contemporary Muslims, pp. 323-4.)
d. Sulaiman Abu-Al-Ghaits, jurubicara Al-Qaeda, membuat pernyataan berikut:
“In this regard, we support the religious rulings issued by senior clerics in the Kingdom of Saudi Arabia, led by His Eminence Shaykh Humud Bin-Uqlah al-Shu’aybi, who said that it is impermissible to co-operate with Jews and Christians and that he who co-operates with them and gives them his opinion or take actions in supporting them becomes apostate and revokes his faith in God and his Prophet, may God’s peace and blessings be upon him.” (BBC Online, 14 Oktober 2001)
e. Mahir Bakri menulis;
“… that the one who dwells among the polytheist while he has the ability to leave them, but then he refrains from leaving them while knowing the prohibition of living among them, he is a disbeliever. Allah will not accept any deed from him.” (Dinukil dari Abdul Rahman b. Mu`alla Al-Luwaihiq, Religious Extremism In the Life Of Contemporary Muslims, p. 333.)
Memahami Kufur Sebelum Takfir
Kufur dalam Islam mempunyai martabat-martabatnya, sebagaimana iman juga mempunyai martabat-martabat. Ia bukan sejenis dan satu martabat yang layak baginya satu hukum sahaja, iaitu keluar dari Islam dan kekal dalam neraka.
Perkataan kufur dalam pelbagai dalil syara’ kadangkala memberi makna keluar dari agama dan kadangkala tidak. Kufur yang terdapat dalam dalil-dalil syara ada dua;
a. Kufur yang mengeluarkan seseorang dari agama dan kekal dalam neraka.
b. Kufur yang hanya mewajibkan seseorang mendapat siksa tanpa kekal dalam neraka.
Kufur jenis pertama ialah kufur yang melibatkan sikap membohongi ajaran agama, mengingkari hukum, bersikap sombong terhadap agama, meragui ajaran agama dan bersikap munafiq.
Kufur jenis kedua ialah kufur kerana melakukan maksiat. Perbuatan ini menatijahkan seorang itu diazab tetapi tidak keluar dari agama dan tidak kekal dalam neraka.
Contoh-contoh kewujudan kufur dalam erti sedemikian dalam dalil-dalil syara’ adalah banyak antaranya ialah;
Allah taala berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya kami menunjukkan dia jalan, samada dia bersyukur atau kufur.” (Al-Insan : 3)
“Dan siapa yang bersyukur, sesungguhnya dia bersyukur bagi dirinya sendiri dan siapa yang kufur sesungguhnya Tuhanku amat kaya dan mulia.” (An-Naml : 40)
Dalam kedua ayat ini Allah taala menggandingkan syukur dan kufur. Sebagaimana diketahui, tidak bersyukur dengan Allah taala sahaja tidak menjadikan seorang itu terkeluar dari agama.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Janganlah kamu tidak suka terhadap bapa-bapa kamu. Sesiapa yang tidak suka akan bapanya, maka dia telah kufur.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Dalam hadits ini Rasulullah s.a.w menggunakan perkataan kufur ke atas perbuatan yang tidak mengeluarkan seseorang dari agama tetapi hanya dianggap sebagai maksiat sahaja.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Bukan dari kalangan kami sesiapa yang menyandarkan dirinya pada orang yang bukan bapanya sedangkan dia tahu kecuali dia telah kufur.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Kufur di sini bermakna kufur terhadap nikmat bukan kelaur dari Islam. Ia hanya ditafsirkan keluar dari Islam jika yang melakukannya melakukan atas niat menghalalkan apa yang dilarang oleh Allah taala.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Memaki seorang Muslim ialah fasiq dan membunuhnya ialah kufur.” (Riwayat Al-Bukhari & At-Turmuzi)
Kufur di sini bukan bererti keluar dari agama kerana Allah taala berfirman;
“Dan apabila dua kelompok dari orang-orang beriman saling berbunuhan, maka pebaikilah antara keduanya.” (Al-Hujurat : 9)
Ayat ini masih mensifat kelompok yang saling berperang itu dengan sifat mukmin. Ini bermakna bahawa erti kufur di dalam hadits di atas bukan bermakna keluar dari agama tetapi bermakna maksiat.
Begitu juga hadits yang bermaksud:
“Jika bertemu dua orang Muslim dengan pedang mereka, maka yang membunuh dan dibunuh masuk neraka.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Rasulullah s.a.w tetap menyifatkan keduanya sebagai Muslim walaupun masuk neraka kerana saling bunuh membunuhi.
Begitulah juga dengan hakikat zalim, fasiq dan jahil. Kesemuanya itu berperingkat-peringkat. Ada yang mengeluarkan seseorang dari agama dan ada yang tidak.