Kemusykilan ini telah diterbitkan oleh Berita Harian (Singapura), 27 Oktober 2013, dengan tajuk “Beberapa pertimbangan penting dalam isu pemakanan halal”
——————–
Soalan
Bolehkah Muslim melanggani kedai atau pembekal makanan yang tiada sijil halal tetapi menayangkan label “no ork, no lard” (tiada daging babi, tiada lemak babi)?
Jawapan
Makan makanan halal adalah wajib ke atas semua Muslim (Al-Baqarah:168 dan 172).
Namun para ulama berbeza pendapat tentang jenis-jenis benda yang dianggap halal dan haram dimakan.
Sebagai contoh sebahagian ulama tidak mengharamkan binatang dua alam (air dan darat) dan sebahagian ulama pula hanya menghalalkan ikan sahaja dari makanan laut, berbeza dengan pegangan mazhab Al-Syafi’ii di rantau ini.
Oleh itu, terdapat ruang perbezaan yang luas dan keanjalan dalam soal pemakanan halal di sisi Islam, walau pun prinsipnya sama.
Namun dalam konteks Singapura dan kerana keterbatasan ruang, biarlah persoalan ini dibataskan hanya pada mazhab yang lazim di sini sahaja.
Berdasarkan kriteria makanan halal oleh Muis, yang dimaksudkan dengan makanan yang halal ialah makanan yang selain dari berikut:
- Babi dan segala bahagian tubuhnya
- Anjing dan segala bahagian tubuhnya
- Bangkai (binatang yang halal dimakan tapi mati tidak disembelih mengikut syarat sembelihan yang betul)
- Binatang yang bertaring seperti beruang, singa dan monyet
- Burung pemangsa dan berkuku tajam seperti helang
- Binatang yang dilarang agama membunuhnya seperti semut dan lebah
- Binatang yang diperintahkan agama untuk membunuhnya seperti ular, jengking dan tikus
- Binatang yang kotor dan menjijikkan seperti lalat dan kebanyakan serangga
- Binatang yang hidup di dua alam seperti katak
- Darah
- Alkohol dan segala yang memabukkan
- Najis
- Tumbuhan-tumbuhan yang beracun atau boleh memudaratkan kesihatan
Oleh itu, apa jua makanan yang isi kandungannya mengandungi bahan-bahan terlarang yang dinyatakan di atas dianggap tidak halal, atau dengan kata lain juga, adalah haram di makan.
Cara mudah bagi kalangan awam untuk memastikan makanan halal ialah dengan melihat logo atau sijil halal yang dikeluarkan oleh MUIS atau institusi luar negara yang berwibawa.
Anda boleh minta bantuan dari bahagian halal MUIS jika terdapat kemusykilan tentang sijil atau logo halal dari institusi luar negara.
Perlulah dijelaskan bahawa apa jua makanan yang tidak memenuhi kriteria di atas tetap tidak halal walaupun penyedia, penjual, pengendali kedai atau tukang masaknya seorang Muslim.
Sebaliknya, makanan tetap halal jika memenuhi segala kriteria walau pun penyedia, penjual, pengendali kedai atau tukang masaknya seorang bukan Muslim.
Bagi makanan yang tidak mempunyai logo atau sijil halal, ada dua pilihan yang boleh dipertimbangkan.
Pertama, boleh menganggap makanan itu halal setelah melakukan penilaian yang munasabah dengan membaca senarai kandungan atau pemerhatian tempat (site) dan tidak didapati pada zahirnya bukti yang menjadikan makanan itu haram.
Hal ini sesuai dengan kaedah fiqih yang diterimapakai, “asal sesuatu adalah halal kecuali ada bukti sebaliknya”yang berdasarkan hadis-hadis:
“Sesungguhnya Allah taala telah memfardukan beberapa fardu,janganlah kamu menghilangkannya (iaitu janganlah kamu mempersia-siakannya dan meninggalkannya). Dia telah menentukan beberapa batasan, janganlah kamu melampauinya. Dia telah mengharamkan beberapa perkara, janganlah kamu mencabulinya dan Dia tidak menyatakan hukum tentang beberapa perkara, janganlah kamu cuba menyelidikinya.” (Riwayat Al-Daruqutni)
“Apa yang Allah telah halalkan dalam kitabNya, ia adalah halal. Apa yang Allah telah haramkan, ia adalah haram. Apa yang Dia berdiam diri mengenai satu perkara, ia adalah satu kemaafan (keringanan). Maka terimalah kemaafan (keringanan) dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan selama-lamanya lupa. Rasulullah s.a.w kemudian membaca, ‘Dan tidaklah Tuhan kamu itu lupa’.” (Riwayat Al-Hakim dan Al-Bazzar)
Kedua, tinggalkan makanan itu atas dasar warak (berhati-hati) terutama jika ada perasaan tidak selesa atau was-was dalam diri sesuai dengan hadis, “Tinggalkanlah apa yang meragukan kepada apa yang tidak meragukan.” (Riwayat Al-Turmuzi)
Terutama jika terdapat banyak pilihan lain yang jelas halal dan tidak meragukan.
Ini adalah pilihan yang selamat, walau pun bukan sesuatu yang wajib dalam semua keadaan.
Ada pun kedai makanan yang menggantung papan notis “no pork, no lard”, berikut adalah beberapa nota yang perlu diketahui.
“No pork, no lard” bukan jaminan penuh bahawa makanan berkenaan adalah halal kerana kriteria halal bagi makanan sebagaimana yang dinyatakan di atas bukan hanya bergantung pada ketiadaan unsur-unsur babi dalamnya.
Makanan berkenaan boleh tidak halal kerana daging yang digunakanbukan sembelihan yang sah di sisi Islam.
Ia juga boleh mengandungi bahan-bahan dari alkohol atau najis.
Yang lebih tepat ialah meletakkan makanan-makanan berstatus “no pork, no lard” ini sama seperti makanan-makanan yang tiada logo atau sijil halal yang dinyatakan di atas dan menggunakan prinsip yang sama untuk membuat keputusan samada makanan berkenaan boleh dimakan atau tidak.
Perlulah diingatkan bahawa Allah taala mencipta manusia penuh dengan kepelbagaian, baik dari segi ilmu, personaliti dan lain-lain.
Hal ini menyebabkan perbezaan, antara lain, pada tahap konservatisme.
Ada yang mempunyai konservatisme yang tinggi dan ada pula yang rendah sehingga mencorakkan pilihan-pilihan dalam kehidupan, termasuklah dalam soal pilihan makanan.
Oleh sebab kepelbagaian tabi’ii manusia, kita dapati ada yang hanya selesa dengan makanan yang mempunyai logo atau sijil halal atau yang dikendalikan oleh orang Muslim sahaja dan ada pula yang lebih terbuka dan anjal.
Ada yang condong untuk berpegang pada prinsip warak dan selamat, dan ada pula yang berpada pada hukum asal sesuatu (halal) hingga jelas terbukti sebaliknya.
Ada yang ingin meneliti dengan mendalam sebelum memutuskan sesuatu makanan itu halal dan ada pula yang berpada pada penelitian zahir sahaja.
Apabila dimasukkan faktor perbezaan pendapat yang terdapat dalam mazhab-mazhab lain dalam soal pemakanan yang mana semakin ramai anak-anak muda yang condong padanya kerana penambahan ilmu mereka dan bertambahnya jumlah Muslim dari negara-negara lain di Singapura yang mempunyai budaya dan pegangan mazhab yang berbeza, pastilah gayap emakanan halal menjadi semakin rencam dan pelbagai.
Dalam hal ini menangani kerencaman pendirian dalam soal memilih makanan halal juga menjadi semakin penting bagi mengelakkan salah faham yang boleh menimbulkan reaksi negatif yang tidak disukai agama.
Nasihat yang dapat dipertimbangkan ialah:
Janganlah cepat menghukum haram atau salah mereka yang memilih makanan semata-mata kerana ia tiada sijil atau logo halal atau yang melanggan “no pork, no lard”, kecuali kita tahu dengan jelas dan berbukti bahawa makanan itu adalah haram.
Perlulah difahami bahawa beban bukti ialah ke atas mereka yang menghukum makanan itu haram kerana asal sesuatua dalah halal.
Bersifat warak adalah dianjurkan dan selamat tapi ia tidak boleh dipaksakan k eatas orang lain.
Bertanya dan dapatkan penjelasan sebelum menegur atau menghukum kerana mungkin dia ada maklumat yang kita tidak ketahui atau dia ada pegangan hukum yang berbeza dengan kita.
Jika kita tidak boleh atau tidak kuasa untuk bertanya dan meminta penjelasan dan tiada mempunyai bukti bahawa makanani tu haram, sebaiknya kita berbaik sangka dan menghormati pilihan orang berkenaan sebagaimana yang dianjurkandalam Al-Hujurat:12.
Kita boleh berkongsi pilihan yang lebih baik atau selamat atau pandangan kita terhadap pilihan makanan seseorang, tapi dengan cara yang berhikmah, tidak bersifat menghukum atau memaksa dan menyerahkan kepada yang berkenaan untuk menerima atau tidak.
Jangan sekali-kali menyamakan orang yang memakan makanan yang tidak jelas status halal seperti memakan makanan yang jelas haram seperti babi atau arak kerana kededua jenis ini tidak sama dari segi hakikat dan hukumnya.
Ustaz Muhammad Haniff Hassan adalah Zamil di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (NTU, Singapura).Beliau berkelulusan syariah dan undang-undang (UKM, Malaysia) dan pengajian antarabangsa (NTU).
Assalamualaikum Ustaz,
This statement is rather unsettling for me:”Janganlah cepat menghukum haram atau salah mereka yang memilih makanan semata-mata kerana ia tiada sijil atau logo halal atau yang melanggan “no pork, no lard”, kecuali kita tahu dengan jelas dan berbukti bahawa makanan itu adalah haram.”
I mean, bakeries tend to use ingredients that contain animal by products. So by saying that it’s sorta ok to buy from these “no pork, no lard” bakeries, is very disturbing. They may not use pork or lard, but they use other ingredients in their food like sausages, chicken floss, alcohol, rum, animal fat etc, etc.
Harap Ustaz dapat perjelaskannya.
Terima kasih.
salam
i have written in the paras above the part that you cited. See below
“Ada pun kedai makanan yang menggantung papan notis “no pork, no lard”, berikut adalah beberapa nota yang perlu diketahui.
“No pork, no lard” bukan jaminan penuh bahawa makanan berkenaan adalah halal kerana kriteria halal bagi makanan sebagaimana yang dinyatakan di atas bukan hanya bergantung pada ketiadaan unsur-unsur babi dalamnya.
Makanan berkenaan boleh tidak halal kerana daging yang digunakan bukan sembelihan yang sah di sisi Islam.
Ia juga boleh mengandungi bahan-bahan dari alkohol atau najis.
Yang lebih tepat ialah meletakkan makanan-makanan berstatus “no pork, no lard” ini sama seperti makanan-makanan yang tiada logo atau sijil halal yang dinyatakan di atas dan menggunakan prinsip yang sama untuk membuat keputusan samada makanan berkenaan boleh dimakan atau tidak.
Perlulah diingatkan bahawa Allah taala mencipta manusia penuh dengan kepelbagaian, baik dari segi ilmu, personaliti dan lain-lain.”
clearly, i have stated that no pork no lard is not a guarantee of halal.
it’s correct that some bakeries would use other non-halal ingredients. however, when comes to a specific outlet, one cannot say it’s definitely not halal until he has clear evidence on the matter. thus, a consumer must look further into the ingredients and follows the two recommended options mentioned in my article. to my view, such outlet should be regarded as uncertified halal yet, not confirmed non-halal.
hope this helps.
Rgds
Aisha – What Ustaz Haniff had meant was for consumers not to judge an eatery by saying that it is haram just because there is no halal certification. Until we are able to prove that haram ingredients were used, we should refrain from judging whether something is halal or haram. The choice is yours whether you should or should not consume from the eatery but we should be mindful of spreading words or judgements of whether an item is halal or haram.
Ustaz Haniff said is true. As a Singaporean living in Kota Kinabalu, the ‘no pork no lard’ is common here. people would flock over especially if its really cheap. recently, a foodcourt operator in Centrepoint selling nasi ayam was to shut down because of the dirty procedures in handling food.
my point is, eventhough we can be sure that the food is slaughter, as muslims the cleanliness also plays a part too ‘halalan toyibbah’.
Its very disturbing when food operators usually non muslims will placed muslims (here, bumiputeras) at the counter to attract muslims customers.
I guess strong Islamic values also plays its part. These are the remarks i get for telling about these kind of eating places.
1) they only sell mihun fish soup.
2) got lady wear tudung at counter lah but only owner non muslim. we can eat their chinese food.
3) an elderly muslims informing how delicious the ‘ngau chap’ at a no pork no lard restaurant as a frequent diner.
Once again, i really appreciate how MUIS handles the halal issues in Singapore. I eat at halal eateries n indon stalls here but the best would be home cooked meal as we know what we put on our plate n the cleanliness of it : )
Salam. Saya ingin bertanya, kawan saya telah memberi saya marshmallow untuk dimakan. Secara umumnya marshmallow mengandungi gelatin dari babi.dia begitu bersunguh-sungguh offer makan sehingga saya pun makan kerana tidak mahu dia kecil hati. Dia kemudiannye memberitahu telah membelinya di kedai candy yang dijual oleh non-muslim dan saya amat pasti kedai tersebut tidak mempunyai sijil halal.dan sesetengah manisan yang dijual di situ tidak halal dan diimport dari negara luar. Apakah yang perlu saya lakukan.Perlukah saya menegurnya dan samak tangan saya yang memegang marshmallow itu. Persoalan kedua, tiada kaitan dengan makanan akan tetapi apakah hukumnya jika seorang perempuan meluruskan rambutnya di salun rambut. Kemudian dia menjadi was was kerana takut bahan yang digunakan seperti shampu dan sebagainya tidak halal. Bagaiman dengan ibadahnya? Bagaimana caranya untuk menyicikan kembali dirinya. Pasti susah jika perlu sertu seluruh rambutnya. Terima kasih
salam
walaupun umumnya marshmallow dikatakan dibuat dari gelatin, tapi dalam kes ini anda tak perlu lakukan apa2 kerana tiada bukti yg meyakinkan bahawa mashmallow yg anda makan itu mmg yg dibuat dari babi, bukan yg bukan dibuat dari babi. bukti yg meyakinkan di sini ialah bila awal lihat sendiri ingredient makanan itu yg jelas katakan ada babi atau ia ditest oleh makmal. oleh kerana ada ruang utk benefit of the doubt, maka hukumnya kembali kepada asal – iaitu kekal halal kecuali ada bukti yg yakin.
cuma lain kali lebih baik elak dari memakannya atas dasar prudence (berhati2 atau warak).
moga bermanfaat.
salam ustaz..hukum barangan dari bulu babi.
Apa hukum jika kita cat dinding rumah , pintu pagar ,guna berus cat dari bulu babi , sebab kita tak tahu , dan sekarang baru tahu ia dari bulu babi..
Perlukah kita samak dinding, pintu pagar dll tu ustaz…dan kalau cat yg telah dicelup dgn berus bulu babi tu kena paip air, air pun jadi najis ke?
salam
lihat di http://haniff.sg/kemusykilan-agama/kemusykilan-agama-berus-cat-dari-bulu-khinzir/
http://www.onislam.net/english/ask-the-scholar/acts-of-worship/concept-of-worship/169963-using-a-brush-made-of-boar-bristles.html
terima kasih ustaz diatas link yg diberi…
salam ustaz…saya dah beli rumah tp rumah masih belum siap..saya dtg ke rumah tu dgn tujuan saje nk tgk2..time tu pekerja di tapak pembinaan tu sedang cat pintu rumah tp dah selesai cuma catnya masa basah iaitu belum kering..
saya berdiri dipintu tersebut dan cat yg basah tu terkena tudung dan pakaian saya.
Soalan saya..jika org yg cat pintu tmenggunakan berus cat dari bulu babi, adakah pakaian dan tudung saya tu dianggap telah terkena najis berat?
Bagaimana cara utk menyucikannya?.
tk
tak payah sucikan apa2 kerana berus bulu babi tu hy sangkaan awak sahaja.
dalam soal hukum najis tak boleh berdasarkan “jika”
tak perlu pula awak siasat kalau berus tu benar2 bulu babi atau bukan kerana itu hy menyusahkan diri.
Salam, ustaz. Haritu saya teman non-Muslim friends makan di restoran non-halal. Saya tak makan atau minum, hanya teman saja. Perlukah saya samak bag atau baju saya? Sebab sudah tentu mereka ada pegang saya lepas makan. Terima kasih.
salam
tiada najis pada diri awak dan tak perlu mensucikan apa2.
Salam ustaz,
Saya baru sahaja beli suji yg dibelikan dari kedai makan yang ditanggung halal oleh Muis. Tetapi setelah memakan suji tersebut, saya dapati bahawa suji itu adalah buatan dari malaysia dan logo halal yang tertera di botol suji itu adalah logo halal yang bukan diiktirafkan oleh jakim malaysia. Jadi mcm mane ni ustaz? Perlukah saya sertu tangan, mulut saya? Ingredients suji yang ada di botol adalah icing, sugar, sodiuk bicarbonate, majerine, ghee dan flour.
Adakah kedai2 yang diiktirafkan halal oleh Muis semua diajar betul2 dgn makna halal?
salam
tak perlu sertu apa2.
makanan itu dianggap halal kerana asal sesuatu adalah halal selama mana tiada bukti jelas (bukan andaian) bahawa ia ada bahan haram.
dalam kes seperti ini, walau pun jika suji itu tiada tanda halal sama sekali pun.
apa yang tidak bersijil halal muis bukan bermakna tidak halal.
Terima kasih atas penjelasan ustaz. Saya ada 2 lagi soalan yg saya harap ustaz blh bantu.
1. Perlu ke niat sewaktu sertu? Puas saya research di internet tapi dpt jawapan yg berbeda.
2. Tempoh hari, saya telah teman kawan2 ke restaurant yg menjual makanan buat dari babi. Tapi saya tidak makan apa2, setakat order minuman gas dlm botol. Soalan saya, kalau saya telah terpegang sudu garpu do restaurant itu, perlu ke saya sertu tangan saya? Tak kira lah kalau sudu garpu itu sudah dipakai atau tidak sebab saya tidak tahu.
1. tak perlu.
2. awak perlu berhenti tanya soalan2 seperti ini. ia petanda awak sudah dihinggapi was2 yg tak bertempat. caranya ialah utk tak layan lagi soalan2 sedemikian. saya harus berterus terang kerana saya sudah bvanyak kali tangani masalah seperti ini – soalan yg awak kemukakan ini tak ditanya oleh orang biasa dan tak masuk akal. saya tidak akan jawap lagi soalan yg sebegini selepas ini.
maaf ya
Assalam ustaz
saya ingin bertanya bolehkah saya makan direstoran mempunyai tanda pork free dan kebanyakan perkerjanya melayu islam?menu2nya juga tidak meragukan..terima kasih
salam
ya, boleh.
Salam, saya kena buat public speaking pasal isu ni. But saya masih tak faham pasal isu ni sebenarnya. Boleh tolong explain pasal isu ni.
salam
saya dah tulis panjang lebar, nak explaian camne lagi?
cadangan saya, elok awak jumpa seorang ustaz secara bersemuka utk meminta penjelasan lanjut kerana ada kala dan ada individu yg lebih mudah emmahami sesuatu perkara melalui penjelasan dari mulut (jenis auditory), bukan melalui bacaan teks.