Kemusykilan Agama – Anjing punya hal :)

salam ustaz..

saya mempunyai masalah was-was yang agak teruk, sehingga membuat kehidupan saya kurang sempurna.

kadang2 saya mengambil keputusan untuk tidak keluar rumah kerana was-was akan kesucian persekitaran.

saya juga kini takut sekiranya terserempak dengan anjing kerana was-was air liurnya terkena pada saya.

saya hampir menempuh kemalangan gara2 ingin mengelak laluan yang sudah dilalui oleh anjing.

saya cuba mengelak kerana takut air liur anjing terkena pada roda kenderaan saya dan saya harus samak [sic.].

sebelum ini saya sering menyamak [sic.]untuk perkara2 yang tidak masuk akal gara was-was.

ustaz saya teringin sangat nak menjalani kehidupan seperti umat yang lain tanpa was-was. saya mohon ustaz memberi penjelasan berkaitan masalah anjing yang saya alami.

apa kita boleh melalui jalan yang sudah dilalui oleh anjing..? bagaimana jika anjing tersebut mencium/menjilat jalan raya..apa kita harus samak [sic.] roda..?

sekian terima kasih..

—————————————

Salam 

Pada pendapat saya, masalah awak bukan pada dasarnya soal agama, tapi lebih kepada soal psikologi. Saya cadangkan awak dapatkan rawatan psikologi dari hanya mengetahui hukum agama bagi masalah yang awak was-waskan.  

Jika awak mengetahui hukum sekalipun, tapi tiada kekuatan psikologi untuk melawan was-was itu, awak akan menghadapi kesukaran untuk berubah. Untuk melawan, diperlukan teknik dan kaedah yang kepakarannya berada pada pakar psikologi bukan guru agama seperti saya. 

Dari segi hukum, anjing memang najis dan jika disentuh, perlu sertu, mengikut pendapat majoriti ulama. Namun, hukum ini hanya dilaksanakan jika ia benar-benar berlaku secara yakin i.e. nampak benda itu berlaku atau memang ada najis anjing di tempat itu, bukan atas andaian i.e. sangkaan mungkin ada anjing kencing di situ, atau semalam ada anjing jalan di situ. 

Jalan raya atau padang yang pernah dilalui anjing atau pernah dinajisi oleh anjing, tidak semestinya akan menajisi sesiapa yang melaluinya kerana hukum bagi keadaan seperti itu ialah apabila hilangnya najis2 itu disebabkan matahari dan alam, maka hilanglah hukum najisnya = tak perlu disertu seluruh padang atau jalan tu. 

Kalau tayar kereta  atau motor atau basikal kena najis anjing, tidaklah wajib disertu. Sertu cuma perlu kerana kita nak solat = perlu suci.

Mana ada kita solat pakai kereta atau motor atau basikal yang memerlukan kita sertu segala benda-benda itu?? Kalau najis tu kemudiannya hilang disebabkan kering dan alam, maka dengan sendirinya hukum najis telah tiada J 

Salam

758 komentar untuk “Kemusykilan Agama – Anjing punya hal :)”

  1. Oh Ustaz, saya pun ada satu kemusykilan agama tentang anjing punya hal juga.

    Kelmarin, saya makan di restoran makanan segera yang mempunyai sijil halal. Restoran ini ada tempat duduk di luar untuk kawasan merokok. Di tempat ini, sekeluarga Cina sedang menikmati sarapan pagi mereka…beserta anjing peliharaan mereka yang didudukkan di atas salah satu kerusi di situ.

    Soalan saya, cukup sucikah sekiranya kerusi dan meja bekas tempat duduk anjing itu dilap/dicuci dengan air dan dilap dengan kain sahaja oleh pekerja restoran itu?

  2. salam

    seperti biasa.. jawapannya bergantung pada mazhab apa yg nak dipakai 🙂
    kalau mazhab syafii yg popular di sisi org melayu kat sini, mmg tak suci. tapi bagi pelanggan kemudian yg taktahu akan status kerusi itu, tiada hukum najis bagi dia kerana apa yg dia tidak tahu, tidak dipertanggungjawabkan. senang je 🙂

    yg agak ringan di sisi mazhab hanafi ialah, kalau anjing itu kering, maka tidaklah najis

    sila rujuk buku fiqh sunnah sayyid sabiq.. available in english di internet

    kalau nak lebih ringan pun ada, tapi tak yah tulis kat sini.. nanti timbul kontroversi.. satu hal pulak nak layan .. some ppl enjoy jumpin on me when there is opportunity 🙂

    salam

  3. salam

    seperti biasa.. jawapannya bergantung pada mazhab apa yg nak dipakai 🙂
    kalau mazhab syafii yg popular di sisi org melayu kat sini, mmg tak suci. tapi bagi pelanggan kemudian yg taktahu akan status kerusi itu, tiada hukum najis bagi dia kerana apa yg dia tidak tahu, tidak dipertanggungjawabkan. senang je 🙂

    yg agak ringan di sisi mazhab hanafi ialah, kalau anjing itu kering, maka tidaklah najis

    sila rujuk buku fiqh sunnah sayyid sabiq.. available in english di internet

    kalau nak lebih ringan pun ada, tapi tak yah tulis kat sini.. nanti timbul kontroversi.. satu hal pulak nak layan .. some ppl enjoy jumpin on me when there is opportunity 🙂

    salam

    1. as salam ustaz, di mana saya bleh dapatkan bahan dari segi buku atau link internet di dalam perbezaan pendapat dalam hukum feqh. Saya ingin tau lebih lanjut ttg perbezaan2 pendapat yg ada yg merujuk pada feqh al muqarranah. Syukran

      1. Muhammad Haniff Hassan

        salam

        anda boleh search buku fiqh al-sunnah oleh sayyid sabiq.
        ada versi bahasa inggeris dalam bab ibadah sahaja.
        versi penuh dalam bahasa melayu dalam bentuk buku ada banyak di pasaran.
        versi buku juga boleh merujuk pada kitab fiqh islam oleh sheikh wahbah al-zuhaili yg telah diterjemahkan ke bahasa melayu oleh dbp tapi saya tidak tahu sudah sampai ke bab apa.
        kalau dalam bahasa arab, sila ke ke pustaka online di link di bawah. anda akan jumpa pelbagai fiqh dan lain2 di sana.

        http://library.islamweb.net/newlibrary/index.php

  4. Haha, Ustaz!
    Elakkan kontroversi..memang tak balik modal nanti!

    memang saya terfikir seperti apa yang Ustaz terangkan.
    Kesucian kerusi itu menjadi tanda tanya…terfikir juga kalau anjing tu menjilat kerusi atau meja itu.
    Sebagai saksi, saya berbelah bagi sekejap…namun sekurangnya, saya tahu pengurus restoran telah menegur keluarga Cina tersebut dan menyuruh pekerjanya membersihkan tempat duduk itu.
    Dan saya juga terfikir bahawa, kerana kerusi itu terdedah kepada matahari, angin dan sebagainya,hukum najis itu tidak jatuh kepada pelanggan Muslim yang duduk kemudian.

    Ok Ustaz, terima kasih atas penjelasan!

  5. saya pun ada perkara untuk tanya pada uztaz.harap uztaz boleh tolong..
    saya mempunyai masalah yang sama iaitu masalah was-was yang teruk.

    1.kakak saya mempunyai anak kecil yang berusia 3 tahun,namanya Qistina.Qistina kalau tidak dipakaikan lampin masa dia tidur,mesti dia terkencing.Ini yang menyebabkan saya was-was sangat.
    Semalam dia terkencing di karpet ruang tamu,karpet itu dialaskan toto yang nipis.Ayah saya sudah bersihkan Qistina tetapi tidak pada karpet.Pada mulanya mak saya cakap karpet tersebut tidak kena tetapi ini menimbulkan was-was dalam diri saya.kemudian pada waktu tengahari saya bertanyakan perkara yang sama kepada mak saya.mak saya pula berkata bahawa dia tidak tahu..
    soalan saya uztaz,haruskah saya membersihkan satu rumah kerana saya was-was ahli-ahli di rumah itu memijak dan berjalan ke serata rumah?haruskah saya mengemop lantai semula di seluruh rumah dan membasuh semua cadar?,

  6. salam

    jawapannya adalah tidak perlu kerana

    1. berdasarkan kaedah yang bebrunyi asal sesuatu adalah suci
    2. berdasarkan kaedah fiqh juga hukum asal yang suci, tidak boleh dihilangkan disebabkan was-was.

    tinggalkanlah was-was sedemikian kerana ia lebih merupakan gangguan syaitan yang ingin menyusahkan anda. lagi pula, kalau anda ingin berspekulasi mengikut was-was yang ada, ia tidak akan terbatas. islam agama yang mudah. jauhilah cara amalan agama yang menyusahkan diri disebabkan was-was dan spekulasi yang tidak bertepi.

    sila lihat jawaban saya mengenai amsalah was-was di bahagian tag kemuskilan agama.

    salam

  7. salam,saya juga mempunyai sifat was2 yang teruk,ini membuatkan kehidupan saya susah hati dan stress setiap hari,apabila berjalan diatas jalan,lantai kaki lima di bandar atau tempat2 lain akan terdapat benda2 warna hitam,coklat dan saya tak tahu itu najis atau sisa makanan atau benda2 lain?Macam mana hendak mengatasi masalah ini?Persoalan kedua,boleh kah najis dibersihkan melalui angin,cahaya matahari, atau udara ,maksud saya najis tersebut telah lama dan telah kering,sifat kenajisan atau kekotoran telah hilang tetapi ain nya masih lagi dapat dilihat?Terima kasih.

  8. nazim, salam

    jika awak pasti bahawa awak telah hadapi sifat was-was yg teruk, maka pergilah berjumpa dengan psikiatri untuk rawatan.

    fahamilah antara najis yang dimaafkan ialah najis yang berterbangan di udara, setelah kering. maka, mengandaikan diri kita telah dinajisi kerana terkena debu-debu jalanan yang ebrcampur dengan najis adalah satu andaian yg tidak perlu disisi agama.

    ada pun, jika ternampak benda-benda hitam, jika kita tak pasti samada najis atau bukan, maka andaikan sahaja ia bukan najis kecuali ada bukti sebaliknya dan tiada keperluan untuk kita mencari bukti akan sifat benda itu najis atau bukan kerana asal sesuatu ialah suci.

    lihat
    http://hanifiyah.multiply.com/journal/item/411/Kemusykilan_Agama_-_Diserang_Was-Was
    http://darululumonline.wordpress.com/2010/03/10/cara-atasi-masalah-was-was/
    http://hariaruhuba.blogspot.com/2008/11/fenomena-was-was-dalam-diri.html
    http://berpetualangkeuk.blogspot.com/2009/01/masalah-was-was-dan-penyakit-mental-ocd.html
    http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=93&t=36667

    salam

  9. salam……satu lagi pertanyaan,jika najis seperti tahi cicak,haiwan atau manusia yang sudah kering di dalam rumah,maksud saya bau dan kenajisannya yang sudah hilang tapi aini masih ada lagi,adakah najis itu kotor lagi atau bersih?

    1. As salam Ustaz. Dulu saya ada masalah kesihatan, apabila saya batuk, saya tidak dpt kawal kencing saya. Maaf Ustaz bahasa saya. Saya terkencing kena pd setiap kerusi yg saya duduk. Skrg masalah ini dpt saya atasi tapi saya rasa bersalah dan berdosa krn meninggalkan najis pd kerusi2 itu. Soalan saya Ustaz adakah saya berdosa krn membiarkan najis di kerusi2 itu. Saya dan suami saya kdg2 berkongsi kereta yg sama. Risau juga kalau najis itu melekat pd seluar suami saya, mcm mana pulak dgn solat beliau dan beliau pulak duduk di kerusi lain. Ustaz, adakah najis itu boleh merebak ke tempat lain? Saya lap kerusi2 kepunyaan kami yg pernah saya duduk dgn kain basah tapi kerusi kepunyaan org lain, saya tak cuci….. Malu kalau org tahu penyakit saya. Ada kerusi2 yg saya cuci di buat dr kain atau sponge. Mcm mana nak bersihkan kalau air kencing da masuk kusen. Apa hukumnya? Nasihatkan saya Ustaz.

  10. salam..saya ada pertanyaan mengenai laluan anjing.Pada satu pagi, saya ada ternampak 3 ekor anjing sedang berlepak-lepak di satu tempat di kawasan kolej saya. Beberapa jam selepas itu, apabila saya hendak pergi ke kelas, saya tidak sedar yang saya telah melalui tempat lepak anjing tersebut. Lepas sahaja saya lalu, baru saya sedar. Adakah saya perlu samak??(kerana saya tahu anjing telah melalui dan lepak di kawasan itu)
    TQ

  11. salam

    jawapannya ialah tidak perlu. lihat hadits di bawah

    “Dari Hamzah bin Abdullah dari bapanya beliau berkata : Didapati ada anjing-anjing yang kencing dan keluar masuk masjid di zaman Rasulullah s.a.w maka tidak seorangpun (dari para sahabat) menjirus (atau menutup dengan sesuatu) air kencing anjing tersebut.“ (Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ahmad dan Malik)

  12. salam ustaz..sy ad masalah was-was yg truk..dulu mase sy skola sy penah terpijak tahi..kmudian sy kesat di tanah..ketika tue sy bermain bola..kmudian sy gosok2 kaki sy dekat tmpat duduk basikal kawan sy..adakah ia perlu sertu..?kadang2 sy jumpa kawan2 sy , sy rase was-was..nk salam dgan kawan pon rase mcm tgan dorg ad najis tue..mcamane nk hilangkan was2 nie..

  13. Salam

    1. Jika anda tidak pasti najis apa yg anda pijak, tidak perlu anda andaikan ia najis anjing. Oleh itu, memadai jika anda basuhkan sahaja nasji itu seperti biasa.

    2. Oleh itu, segala was2 anda tidak perlu dilayan kerana pastinya teman2 anda itu sudah mandi dan basuh tangan seperti biasa setiap hari.

    3. Mengenai basikal itu, proses semulajadi i.e. Kering oleh angin, matahari dan hujan hingga menghilangkan bau, warna dan rasa sudah memadai untuk mensucikannya dari najis.

    Tinggalkan lah was2 itu kerana ia adalah gangguan syaitan. Itulah cara terbaik melawan wasa2.

    Moga bermanfaat. Salam

  14. Salam ustaz. saya ada masalah berkenaan anjing, dulu pakaian saya pernah melekat bulu anjing, sebelum saya mencuci pakaian tersebut saya memastikan tiada bulu anjing yang melekat di pakaian tersebut, selepas mencuci dan kering, saya mendapati ada bulu putih melekat di pakain saya, tapi saya tidak pasti sama ada bulu tersebut bulu anjing atau habuk dari pakaian saya, saya pun menyamak pakaian saya, tapi saya pernah mengunakan baldi tersebut untuk mencuci pakaian lain, dan saya menyedari hal ini kemudiannya, adakah saya perlu menyamak setiap pakaian saya kerana pernah mengunakan baldi tersebut, atau anggota badan saya kerana pernah mengunakan pakaian yang pernah di cuci di baldi tersebut, atau setiap pakaian lain yang pernah terkena pakaian saya yang pernah di cuci dalam baldi tersebut?

  15. salam ust..hari tu sy ad menaiki motosikal..kmudian lalu di sbelah kelopak air yg ad bangkai anjing di dalamnya..jd sy nk tnya..adkah kalu sy terkena sedikit renjisan(tidak perasan) air lopak tue..adakah perlu samak??mcmana nk tanamkan dalam diri untuk lawan sifat was-was nie..jazakallah ust..wasalam

  16. salam,

    jika anda yakin mmg air yg percik tu datang dari lopak yg ada bangkai anjing, maka baiklah anda sertu (bukan samak) tubuh yg terkena air itu.

    jika ada kemungkinan air tu datang dari tempat lain, tak perlu anda sertu.

    ada pun apa yg berlaku sebelum ini i.e. sebelum anda sertu dikira dimaafkan.

    mengenai cara ubati was2, sila baca jawapan2 di bawah.

    salam

  17. Ustaz,
    Nak tanya saya pergi ke sebuah bengkel Cina. Tiba2 saya ternampak seekor anjing melintas di depan. Pada masa yg sama saya terlihat ada beberapa kawasan yg basah tapi tak sekata dan tempat yg lain memang kering. Masa tue saya tak nampak adakah anjing itu telah terpijak kawasan air berkenaan. Soalannya adakah perlu menyamak tayar kereta saya bimbang dikhuatiri telah melalui kawasan bssah di bengkel tersebut dan dikhuatiri takut pekerja di bengkel tersebut telah terpijak laluan berkenaan dan masuk ke dalam kereta saya. Perlukah saya menyamak tempat yang saya sebutkan tadi walaupun saya tak pasti adakah anjing tue ada terpijak atau tak pada beberapa kawasan yg basah tadi. Saya memang tak pasti ustaz…

  18. harimau sidiksigaraga, salam

    oleh kerana anda tak pasti di mana anjing itu menapak, maka hukum najis yang anda ragukan tidaklah berlaku, baik pada tayar atau dalam kereta anda kerana asal hukum sesuatu adalah suci kecuali ada dalil yang yakin akan adanya najis. keraguan dan ketidakpastian anda tidak boleh mengubah hukum asal yang yakin kerana kaedah hukum berkata “hukum yang pasti/yakin tidak berubah disebabkan keraguan.”

    kalau pun tayar atau dalam kereta anda telah terkena najis anjing, tidaklah wajib untuk disertu kerana anda bukannya akan gunakan bahagian2 itu untuk solat dan ia bukan tubuh badan anda yg perlu dipastikan bersih dari najis selalu.

    salam

  19. salam,
    Ustaz..saya ada sedikit pertayaan,smlm saya ada terlangar seekor anjing..bulu anjing dan kotoran pada badan anjing tersebut terlekat pada “bumper”atau badan kereta saya…adakah saya perlu samak kereta saya?adakah cara samak sama macam dilakukan pada anggota badan yg terkena najis anjing?

  20. azihan, salam

    saya berpendapat tak wajib untuk sertu (bukan samak) kereta anda kerana anda pasti tidak gunakan kereta anda utk solat, yg memerlukan ia disucikan secara sertu.

    cuci sahajalah kereta itu seperti biasa. tapi kalau anda hendak sertu juga kerana utk menenangkan hati, sertunya sama seperti menyertu anggota badan kena najis anjing i.e. 7 kali cucian, yg pertama dgn air bercampur tanah.

    nota – samak ialah proses mensucikan kulit bangkai binatang agar boleh digunakan utk pelbagai kegunaan.

    salam

  21. Assalamualaikum Ustaz,

    Saya sekarang berkerja di taman haiwan dan di antara haiwan di bawah tanggungan saya adalah sejenis species anjing liar “red dhole”. Walaupun saya tidak akan memegangnya, kadang kadang saya mesti mencuci kandangnya menggunakan hos. Saya akan turut sertu tangan saya itu selepas itu kerana memegang hos. Namun tetapi, saya rasa ragu ada percikan air atas pakaian saya dari lantai kandang itu bila menggunakan hos dan wajibkah saya sertu pakaian saya?

    Also, saya pun telah mencuci pakaian itu dalam washing machine dengan banyak pakaian yg lain (walaupun saya telah mencucinya pakai tangan sebelum itu). Wajibkah saya sertu semua pakaian tersebut kerana memang banyak dan saya tidak ingat pakaian yg mana dicampurkan.

    Terima kasih Ustaz. Semoga Allah rahmati anda kerana sudi menolong kami menjawab kemusykilan agama kami demi memastikan ibadah yg sempurna.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      khalid, salam

      kewajiban sertu tubuh dan pakaian apabila sentuh atau terkena anjing adalah pendapat mazhab shafi’ii anutan majoriti orang melayu. namun ia bukan satu-satunya pendapat yang ada dalam fiqh islam.

      berikut adalah pendapat2 tentang anjing di sisi para ulama fiqh:

      1. mazhab shafi’ii: anjing adalah najis pada keseluruhan tubuhnya = wajib sertu (1 kali air bertanah+6 kali air biasa)
      2. mazhab hanafi: anjing hanyalah najis pada mulutnya = wajib sertu bila terkena mulutnya sahaja
      3. mazhab hanbali: anjing adalah najis, tapi tak wajib guna air bertanah. sabun biasa pun boleh.
      5. mazhab maliki: anjing tidak najis. tapi wajib sertu hanya pada bejana yg dia jilat untuk minum kerana hadits cakap seperti itu, bukan pada benda2 lain. benda2 lain, tak wajib sertu.

      kalau ikut mazhab shafi’ii, saya berpendapat, apa yg terpercik ke baju anda tidak pasti najis kerana tak pasti samada dia terpercik dari bahagian yg terkena anjing atau tidak. selagi ada kesamaran seperti ini, ada keringanan untuk kembali kepada hukum asal = asalnya tidak najis kecualai jelas ada bukti.

      oleh itu, tak mengapalah pakaian anda itu dan tak jejas cucian dalam mesin basuh.

      tapi kalau anda nak elak was2 atau lebih berhati2, anda mungkin boleh guna lapik baju dengan plastik seperti yg dipakai oleh penjual daging ketika mencuci tempat itu.

      namun saya condong mencadangkan anda agar mempertimbangkan pendapat mazhab lain i.e. maliki yg lebih memudahkan anda kerana keadaan pekerjaan anda. menggunakan mazhab lain dalam keadaan anda bukan sesuatu yg salah, sama seperti kalau seorang itu mengguna pendapat mazhab hanafi dalam soal batal wuduk apabila bersentuh wanita bukan mahram ketika menunaikan tawaf untuk haji demi kemudahan. mazhab hanafi berpendapat tak batal wuduk jika hanya tersentuh sahaja wanita bukan mahram. begitulah juga pegawai polis muslim di negara2 islam seperti saudi arabia dalam unit anjing – mereka gunakan mazhab yang lebih sesuai dengan keadaan mereka.

      di bawah ini saya berikan juga pautan2 untuk rujukan lanjut:

      http://onislam.net/english/ask-about-islam/islam-and-the-world/art-and-culture/168828

      http://www.onislam.net/english/ask-the-scholar/acts-of-worship/purification/impurities-and-methods-of-purification/449614-washing-machine.html?methods_of_purification=

      moga bermanfaat.

      salam

  22. Assalamualaikum ustaz,saya ada 3 soalan:
    1.saya ambil tanah tepi jln untuk sertu(1x air tanah & 6x air bersih).sahkah sertu sy guna tanah tepi jln kenana dikuatiri sekiranya anjing telah melalui di ata tanah tersebut?
    2.saya sertu guna tanah didalam pasu bunga(1xair tanah &6x air bersih)tetapi ada cebisan plastik gula2 didlm pasu tersebut.sahkah sertu sy.jika sy dh buang plastik tu dan hujan telah membasahi tanah dlm pasu itu bolehkah sy gunakan tanah tersebut untuk sertu lg?
    3.sy kekedai ketika hujan,kwn sy msuk kekedai dgn selipar basah, didepan kedai ada alas getah besar, sebwntar kemudian ada anjing menapak diatas alas tersebut.kaki anjing mesti bsh sbb hjn.selepas tu kqn keluar dan pijak atas alas itu tetapi tidak pasti terpijak atas laluan ke tidak kerana sy didlm kereta dan tidak mengukur jarak anjing melangkah dan terus masuk kereta.adakah perlu sertu selipar & padal kereta dan simen dpn rumahnya kerana terkena tapak selipar tersebut ketika basah.jika anknya menakai kasut sekolah dan menapak diatas simen tersebut ketika bsh bagaimana nk cuci kasut sekolah?terima kasih.harap dpt keputusan cepat sbb melibatkan tugasan harian

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      1. sah, kekhuatiran itu tak perlu dilayan kerana asal sesuatu itu suci kecuali ada bukti sebaliknya.

      2. sah, kerana palastik tu tidak menjejas apa-apa sifat tanah dan air berkenaan.

      3. tak perlu, kerana asalnya segala benda itu suci. prinsip hukum dalam islam ialah keraguan tidak boleh menghilangkan hukum asal. oleh kerana anda tidak pasti samada terkena najis atau tidak, maka kembalilah ke hukum asal = suci.

      moga bermanfaat.

      salam

  23. Assalamualaikum, terima kasih atas jawapan itu cuma sy masih ada soalan lg.kawan saya pernah memberitahu dpn rumahnya byk anjing yang lalu lalang dan berak.tp tidak pasti di luar pagar atau dlm.dia ada juga memberitahu jika ada najis anjing dia hanya menyembur dgn air dan selawat je.suatu hari saya kekedai dgn kwn sy itu dan membeli baju baru malangnya dia telah terpijak baju baru tersebut dgn seliparnya.adakah saya perlu sertu baju baru tersebut kerana selipar yang dipakai oleh kwn saya digunakan hari2 dan melalui kwsan depan rumahnya.terima kasih.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      tidak perlu sertu baju itu. selama mana anda hy syak sahaja, hukumnya kembali kepada asal = suci seperti yg saya jelas. anda hy perlu sertu jika, anda pasti yg selipas itu mmg terkena najis anjing atau pada baju yg dipijak itu ada najis anjing.

      begitu juga dengan kereta.

      tanah atau tempat yg pernah dipijak anjing atau dikencing dan berak oleh anjing apabila kering dan hilang zat najis itu secara alami, ia dihukum suci dan dianggap sesuatu yang dimaafkan agama. jika tidak semua tanah di jalanraya boleh diandaikan bernajis oleh pelbagia sebab i.e. baja, najis binatang dll dan ini amat menyusahkan. sedangkan islam agama yg memudahkan.

      salam
      haniff

  24. Mengenai soalan ketiga sy pd 6hb, sekiranya kwn sy memijak laluan anjing dan terus kereta adakah dia kena sertu ternasuk pedal kereta dan simen dpn rumahnya.sbb sekarang sy sudah jd keliru adakah dia pijak atau tidak sbb benda berlaku kalau xsilap sy thn lps.memang sy tgk anjing memijak alas tersebut dan kwn juga memijak alas tp sy mcm dh keliru.

  25. Salam.setahu sy kalau selipar kita pijak laluan anjjng diatas lapik kaki yg basah dgn selipar tidak perlu sertu krn tidak guna utk solat.kalau boleh jwpan ikut mazhab shafie.
    1)selipar tersebut pijak simen dpn rumah ketika bsh adakah perlu sertu kawasan tersebut?
    2)anak pakai kasut sekolah dan pijak simen yg telah dipijak selipar ketika bsh adakah perlu sertu kerana kasut sekolah di basuh setiap minggu?
    3)bilik air tempat basuh kasut adakah perlu sertu?dan pakaian yg dibasuh di atas lantai bilik air tersebut?

    1. Kalau tgk jawapan tersebut basah kena sertu tu sy faham tp yang hal kasut sekolah tu sy tidak jelas lg.kasut sekolah kita basuh tiap minggu maknanya tiap kali bila kasut sekolah pijak tempat yg selipar penah menapak dilaluan anjing kasut sekolah tersebut juga kena sertu begitu juga dgn bilik air tempat basuh kasut dan pakaian yg pernah dibasuh lepas menggunakan bilik air yang sama.kesimpulannya walaupun selipar tersebut yg memijak laluan anjing yg basah maka setiap tempat yg selipar itu menapak mana2 selipar lain yg menapak diatas kawasan yg pernah dipijak selipar tersebut ketika basah kita kena sertu.Contoh situasi, selipar yg pnh pijak laluan anjing pijak kwsan A yg basah.selepaz itu kasut lain pijak kwsan yg sama ketika basah.kasut tersebut dibasuh dlm bilik air.maka kasut tersebut,bilik air dan pakaian yg dibasuh diatas lantai bilik air yg sama selepas basu baju tersebut kena sertu.

  26. Muhammad Haniff Hassan

    salam

    pada pendapat saya, tak wajib sertu apa-apa, baik kasut, tandas, bilik mandi atau pakaian.

    pertama, situasi yg ada katakan itu memerlukan banyak andaian = tempat laluan anjing tu kekal bernajis (tidak hilang najisnya disebabkan faktor alam), kasut/selipar tu mmg benar2 pijak ditempat tapak anjing tu (bukan dilaluan yg sama) dll.

    disebakan ini, hukum kembali pada asal iaitu suci sehingga benar2 yakin ttg terkena najis. kaedah fiqh berkata = yg yakin (hukum asal_ tidak boleh dihilangkan oleh keraguan (kena najis).

    selain itu ada ada panduan jelas dari hadis di bawah tentang bagaimana menangani soal najis dari tanah dan kasut yg terkena najis

    “jika salah seorang kamu terpijak najis dengan sepatunya, maka tanah dapat mensucikannya.” (riwayat abu daud dari abi hurairah)

    “bila kamu terlihat kotoran pada (bawah) sepatu kamu, gosoklah ke tanah dan kemudian ia boleh dipakai semasa solat.” (riwayat abu daud dan ahmad dari abu sa`id)

  27. Terima kasih banyak2 En Hanif. Dgn jawapan ini saya rasa lebih yakin dan tidak ragu2 lg.maaf di atas sebarang kesulitan.Kesimpulan daripada kisah ini saya tidak perlu sertu dan boleh menjalani hidup dgn lebih yakin dan tenang.wassalam.

  28. Salam ustaz, kalau kita sertu pakaian boleh x dgn cara ini-mula2 saya sediakan air tanah dlm bekas lepas tusaya celup2 baju tu hingga serap.sbb saya takut kalau saya jirus je xserap sepenuhnya.selepas itu saya curahkan air tanah tersebut untuk sertu lantai bilik air sekali.sekepas tu saya siram baju dan lantai tersebut sebanyak 6 x air bersih.soalan sy sah ke sertu lantai sy sbb guna air tanah yg telah dicelup baju tersebut.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      1. tak perlu rendam dengan tujuan untuk serapkan air tanak ke baju. yang lebih utama ialah dengan jirus untuk alirkan air ke atas baju itu.

      2. tak perlu pula untuk setu lantai tempat mencuci baju itu kerana surahan air (1 bertanah dan 6 air biasa) dengan sendirinya mensucikan lantai itu. kalau tidak, akan banyak lagi benda yang anad akan terfikir untuk sertu i.e. kaki yg terkena air basuhan, badan yg terkena air basuhan dan seterus dan seterusnya.

      salam

  29. salam ustaz… mengenai masalah najis anjing ni… jika kita terpijak kita kena sertukan? tp saya terbaca di laman web jakim, yg kasut jika terpijak…. kita tak perlu sertu, jika kering kedua-duanya dan jika kita tidak sertu pun tidak apa. sebab kasut kita tak bawak dalam solat, cukup lah sekadar buang najis itu. persoalannya, adakah najis itu terus hilang dari kasut dengan kita buang begitu sahaja atau kita mesti sertu untuk buang najis itu?

    saya juga ada terbaca tentang satu hadis yang mengatakan jika ada najis pada kasut, hanya gosok pada tanah dan terus solat. tapi saya tidak tahu taraf hadis ini diterima, sahih atau tidak.

    ini link di laman web jakim yg saya cakapkan di atas ini : http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/46258

    terima kasih.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      shameem, salam

      jawapan yang anda jumpa dari jakim adalah benar.

      jawapan yang sama juga telah saya berikan dalam soalan-soalan yang lalu.

      hadis yang anda nyatakan juga ada saya poskan dalam beberapa jawapan yang lalu.

      harap dapat rujuk.

      moga bermanfaat.

      1. terima kasih ust…
        kiranya najis yg basah atau kering yg kat kena kat kasut, kita hanya perlu buang/ atau kesatkan kat tanah je lah sebab kita tak bawa dia dalam solat?…

        Terima kasih.

  30. Salam ustaz,
    Sah ke sertu saya tu sbb saya celup2 untuk ratakan air tanah tu ke saya kena sertu blk dgn jirus air tanah ke atas baju?terima kasih

  31. Salam..saya nk minta pendapat..situasi begini..saya terbau hancing pd kain lap kereta saya dan saya assume itu adalah bau kencing kucing sbb mmg ada kucing berkeliaran di kawasan rumah saya..jd sy pun basuh saje kain tersebut guna air paip utk menghilang bau dan nenggunakan kain tersebut utk membasuh dan mengelap kereta..masalah saya adalah saya tiba2 was2 sama ada betul ke itu najis kucing (air kencing) kerana baru teringat terdgr bunyi anjing menyalak di luar rumah saya mlm sblm saya basuh kereta..saya jd keliru sama ada ia najis kucing atau anjing..saya jadi was2 tentang tgn saya yg memegang dan mencuci kain tersebut serta brg2 lain yg sy sentuh..tlg la jwp..saya sgt risau..wasalam

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      apa yang awak buat sudah memadai kerana tiada bukti jelas bahawa kain itu terkena najis anjing yang perlu disertu. anda hanya was-was dan mengandaikan kemungkinan ia adalah najis. hukum najis anjing tidak boleh didasarkan atas andaian sedemikian.

      moga bermanfaat.

  32. muhammad syazani

    Salam. saya terpijak lubang pada tanah di padang bola yang disondol oleh babi. perlukah saya sertu kaki saya?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      pada pendapat saya tak wajib sertu kerana apabila babi menyodol tanah, bukan semua tanah yg terusik itu terkena babi. oleh itu terdapat kesamaran samada tanah yg awak pijak adalah tanah yg terkena langsung oleh babi atau bukan. atas kesamaran ini, boleh diandaikan tanah yg awak pijak bukan bahagian yg disondol langsung oleh babi.

      moga bermanfaat.

  33. Assalamualaikum ustaz. Saya telah membeli dan menggunakan lotion yang mengandungi glycerin iaitu bahan yang boleh diperbuat dari binatang atau tumbuhan. Saya rasa was was jika ia diperbuat dari binatang yang najis. Apa perlu saya buat? Perlu sertu ke? Dan semasa saya menggunakan lotion tu saya pegang benda lain juga. Apa perlu saya buat?? Terima kasih

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      glycerin mmg tersenarai sebagai bahan yg dianggap syubhat kerana tidak jelas samada dia bersumber dari tumbuhan atau binatang. boleh rujuk pada halaman halal muis (singapura).
      jika anda rasa tak selesa, tinggalkan dari gunakan bahan ini sebagai berhati2, bukan kerana haram atau najis kerana asal sesuatu adalah halal dan suci kecuali ada bukti yg jelas.
      tak wajib sertu atau cuci tubuh anda atau barang2 lain kerana ia hy sesuatu yg diandaikan sahaja.
      kalau pun bahan tu bernajis, tubuh anda telah suci apabila anda cuci atau mandi. ini sudah memadai.

      moga bermanfaat.

  34. Saya telah membuat research tentang produk lotion itu (body shop body butter) ada argument mengatakan ia diperbuat dari binatang najis dan ada mengatakan tidak. Saya takut kerana tidak ada bukti kukuh yang menyatakn halal arau haram nya benda itu… Terima kasih atas ilmu yang anda kongsikan. Memang melepas kan perasaaan ragu saya. Semoga anda di berkati fan dipelihara Allah

  35. Salam ustaz,
    Saya ada sedikit keraguan untuk ditanya..saya bekerja dikawasan kilang..ofis saya didalam kabin..dan memerlukan saya tanggal kasut diluar kabin..apabila saya keluar untuk memakai kasut,saya melihat terdapat tong sampah bersepah seperti dikais anjing..kasut tersebut saya selalu guna untuk pergi ke surau..jadi,perlukah saya Sertu kasut tersebut @ hanya dengan membasuh?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      pada pendapat saya, tak wajib disertu kerana tak jelas yg mana satu dari sampah dan tempat tu yg terkena anjing. perkara ini sama seperti soalan mengenai beka stanah yg disondol babi yg telah saya jawab di atas.

      moga bermanfaat.

  36. salam ustaz. Pagi tadi ketika hujan lebat, saya hendak masuk ke dlm kereta nak pergi ke kelas. Tiba2 saya ternampak ada satu lenyekan seperti najis bersebelahan kereta saya kiranya di tengah2 jalan raya sbb kereta saya parking tepi. Saya tidak pasti ianya apa. Kemudian ketika saya hendak masuk ke kereta, ada sebuah kereta lain yang lalu melalui tmpt lenyekan tu. Saya was2 sgt sama ada terkena percikan air dri kereta itu yg berpunca dri lenyekan itu ataupun tidak. lagipun saya memakai seluar hitam, so mmg tak jelas la kaler air percikan tu kalau ada la. Skrg saya merasa tidak tenteram dan was2 nnk melakukan ibadah. Saya was2 terkena brg2 saya yg lain.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      Salam

      Oleh kerana anda sendiri tidak tahu benda itu apa, maka hukumnya kembali kepada asal iaitu suci dan bukan najis.

      Maka air percikan itu pun hanyalah dianggap sebagai kotoran biasa sahaja.

      Tinggalkanlah was2 kerana ia sebahagian dari bisiksn syaitan.

      Moga bermanfaat.

  37. Kalau mcm tu boleh ke saya buat mcm biasa je. Kiranya basuh seluar saya bercampur dgn baju2 lain seperti biasa? Saya takut2 kalau lenyekan tu najis anjing ke. Sbb kt kawasan rumah sewa saya ni byk anjing. Saya pun td ada tersentuh seluar saya kemudian saya menyentuh brg2 lain pula. Perlukah saya sertu ustaz?

  38. salam, saya nak tanya, sy tak perasan saya terkena air liur anjing smpailah kawan sy tego saya dah samak ke belum, dalam 2minggu jugak saya tak perasan, jadi sy nk tanya
    1. sah ke solat sy selama 2mggu tu ?
    2. orang sekeliling sy yang pegang tangan saya contoh ibu saya, perlu ke samak jugak ? or kite sendiri je samak ?
    harap ustaz beri jawapan segera, sy sangat2 musykil dgn solat sy sah atau tidak dan sebagainya.
    terima kasih 🙂

    1. Muhammad Haniff Hassan

      Salam

      Solat anda sah dan tak perlu ulang ketana tak perassn, tak tahu dan lupa falam konteks kes anda adalah seduatu yg dimaafkan. Tambahan pula, para ulama berbeza pendapat ttg cara membaduh nsjis anjing. Selsmaamasa tu pastinya awak ada cuci dgn sabun yg mana ia memadai di sisi mazhab lain.

      Mereka yg pernah pegang anda pun hukumnya sama seperti di atas kalo tak seyiap kali kita bersalan dgn bukan muslim nanti kena sertu pula.

      Moga bermanfaat.

  39. Assalamualaikum ustaz, sy nak tny.. Baru baru ne sy mendapati ada bulu binatang melekat kat seluar sy tp tak sure bulu anjing atau kucing sebab kat luar rumah sy ada kucing dan di uni sy ada anjing yang kebetulan sama warna bulu nya. Apa yang patut sy buat?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      telah di jawab soalan yg hampir serupa di atas.
      jawapan ringkasnya ialah anggap ia bulu kucing kecuali anda ada bukti jelas dan yakin bahawa ia adalah bulu anjing.

  40. Salam.saya nak tanya adakah sah jika sertu menggunakan tanah dalam pasu bunga yang saya tak pasti samaada ada baja atau tidak di dalamnya.Ini kerana ada sesetengah baja dicampurkan demgan najis haiwan. Kedua, saya telah menyentuh casing kulit untuk telefon bimbit di kedai. Kemudian baru perasan seperti ada tiga titik macam kulit babi. Perlukan saya sertu tangan saya? Apakah baju dan kawasan tangan saya yang lain perlu disertu juga kerana selepas menyentuh casing itu saya telah lap pada baju dan memegang anggota badan yang lain.terima kasih.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      boleh guna tanah yg ada di pasu bunga itu kerana apabila anda tak pasti samada pasu itu ada baja atau tidak, maka hukumnya kemabali kepada asal iaitu tiada baja.
      kalau pun ada baja, tetap boleh kerana baja apabila sudah larut dengan tanah dianggap sebagai debu di jalanan iaitu kotoran yang dimaafkan (jika bernajis). lagi pun kalau bernajis pun, ia akan dicuci oleh bilasan air sertu yg lain.
      jika anda tak pasti najis apa pada baja itu, maka diandaikan sebagai najis biasa sahaja kecuali ada bukti jelas ia adalah najis babi.
      namun perlu diketahui bukan semua baja berasal dari najis oleh itu mengandaikan kewujudan baja bermakna ada najis pun bukan satu andaian yg tepat.

      mengenai kulit, titil tiga bukan bukti pasti ia adalah kulit babi. bukti pasti ialah bila ia diakui oleh pakar atau ujikaji.
      apa yg anda perlu buat hylah buang casing itu sahaja sebagai langkah berhati2 dan tak wajib sertu tangan atau pakaian.

      moga bermanfaat.

  41. Salam..ustaz sy melalui lopak air yg kecil dan terkena percikan air dari lopak itu pada kaki sy.sebelum itu sy nmpk dgn jelas anjing melintasi lopak air itu.perlukah sy menyamak kaki yg terkena percikan air itu?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      saya berpendapat tidak wajib sertu.
      tapi jika melakukan sertu bukan sesuatu yg menyulitkan i.e. anda tinggal di kg atau rumah teres, tidak mengapa utk bersertu bagi hilangkan keraguan sama sekali.
      namun berwaspadalah dari jatuh dalam was-was yang membebankan kerana was-was yang sedemikian adalah gangguan syaitan.

      moga bermanfaat.

  42. Salam ustaz
    Baru-baru ni sy pergi ke sesebuah kedai runcit . ketika saya hendak masuk ke kedai itu tiba-tiba ada sekor anjing melintas di depan saya . ketika pulang dari kedai saya mendapati ade sehelai bulu berwarna putih yg sama warna dengan anjing tersebut dlm lipatan pada seluar jeans saya , lalu sy membuang bulu menggunakan tangan saya . persoalan , sy was2 sama ada bulu tersebut bulu kucing yg berterbangan atau bulu ajing itu yg melintas di depan sy . Adakah sy perlu sertu tangan sy dan seluar saya ? kerana sy pun tidak pasti tangan sy berkeadaan lembab atau pun kering ketika membuang sehelai bulu yg saya was2kan sama ada bulu anjing itu atau bulu kucing yg berterbangan yg melakat pada seluar sy itu. Bagaimana pula ibadah sy , sah atau tidak ? dan dengan brg2 yg lain yg sy telah pegang dengan tangan saya , adakah perlu disertu jugak ? sy mohon penjelasan dari ustaz . terima kasih .

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      awak tak perlu buat apa-apa kerana awak sendiri tidak pasti samada benda itu bulu anjing atau kucing atau mungkin juga benda-benda lain seumpama bulu.
      ibadah awak juga tidak terjejas.
      kaedah yang terpakai di sini ialah perkara yang yakin (asalnya awak dan pakaian suci) tidak hilang disebabkan keraguan (kena bulu anjing atau tidak).

      moga bermanfaat.

      1. salam
        Ok terima kasih ustaz atas penjelasan itu : ) . sekarang sy sudah merasa lega apabila kemusykilan sudah terjawab .

  43. Salam ustaz…
    Kawan saya ada tali pinggang yang saya ragui adalah dari kulit babi kerana ada tiga titik. Saya telah menyatakan padanya tetapi dia tidak percaya dan menyatakan itu adalah pvc dan dia masih pakai lagi. Jika dia pegang tali pinggang tu dan pegang saya perlukah saya sertu diri saya. Bagaimana pula jika tali pinggang itu terkena benda lain contohnya dinding dlm keadaan basah dan saya memegang dinding itu, perlukah saya sertu tgn saya?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      Salam

      Tanda titik 3 bukan bukti kukuh bahawa kulit itu kulit babi.
      Bukti jelas dalam hal ini ialah
      1. Pengakuan dari pembuat produk itu
      2. Ujian makmal
      3. Pendapat org yg memang pakar.

      Yg baik ialah jgn gunakan utk elakkan syubhat dan was2.
      Tapi kalau dia tetap nak gunakan, tiada kesalahan apa2.
      Tiada kewajiban ke atas dia atau awak utk melakukan sertu.

      Moga bermanfaat.

  44. Muhammad Haniff Hassan

    Ya… buangkan keraguan ttg apa yg telh berlaku. Elakkan dari brg berkenaan utk masa depan bg elakkan was2 dan keraguan.

  45. Assalamualaikum Ustaz,

    Saya ingin bertanya, ada seekor anjing sedang minum air dan menjilat pada lantai konkrit. Lantai konkrit yang basah tersebut kemudiannya dilalui oleh motosikal. Adakah perlu disertu sekiranya kaki saya memijak kesan laluan tayar motosikal pada lantai konkrit yang dilalui oleh motosikal tersebut? Harap ustaz dapat membantu memberi pandangan. Untuk makluman ustaz saya mengalami masalah was-was dalam bab najis terutamanya najis berat.
    Terima kasih

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      tak perlu kerana
      1. anda pasti tak tahu dgn tepat bahagian yg dijilat oleh anjing berkenaan. oleh itu, anda juga pasti tak tahu dengan tepat samada motosikal itu benar2 telah kena tempat yg dijilat atau hy sipi2 sahaja, atau
      2. anda dianggap memijak bekas laluan motosikal bukan bekas jilatan anjing. bila motosikal lalu atas bekas jilatan, tanah dan kotoran tutp bekas jilatan itu, jadi bila anda lalu, anda tidak dianggap pijak atas bekas jilatan.

      tinggalkanlah was2 dan dapatkan rawatan, jika keadaannya hingga menyusahkan diri.

      moga bermanfaat.

  46. as salam ustaz..baju saya selalu terkena darah jerawat di badan hampir setiap hari.sucikah baju saya jika saya membasuh dengan mesin basuh baju tersebut kerana darah jerawat tergolong dalam najis yang dimaafkan…begitu juga dengan cadar yang terkena darah nyamuk..mohon penjelasan ustaz ………….

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      umumnya, darah yg keluar dari jerawat di badan adalah sedikit sahaja yg boleh dikategorikan sebagai najis yg dimaafkan sebagaimana yg telah dibicarakan oleh para ulama dalam kitab fiqh.
      begitu juga dengan darah dari nyamuk.
      ramai para ulama kontemporari berpendapat bahawa kaedah cucian mengguna mesin basuh masa kini adalah menyucikan i.e. tidak perlu pada bilasan sebelum atau sesudah basuhan mesin lagi.

      moga bermanfaat.

  47. salam ust.hari tu saya ternampak anjing hidu@dekatkan mulutnya di selipar saya. Seperti besentuhan mulut anjing itu dgn selipar saya. Tidak pasti ada liurnya atau tiada. Ust,kalau saya pakai slipar tu tanpa sertu dan masuk ke ruma,perluka ruma saya disertu?kaki saya perlu ka disertu?kalau org lain guna selipar saya,perluka kaki mereka jg d sertu. Saya trlalu memikirkn hnga susa tidur.sah ka solat saya,ibadah saya y lain?kalau saya pegang kaki saya dan menyentuh benda lain,perlu ka saya sertu jg?saya trlalu was-was.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      tak perlu.
      dari pernyataan kamu sendiri, kamu tak pasti samada hidung anjing tu terkena atau tidak selipar itu.
      tak perlu sertu selipar atau kaki awak.
      buangkanlah rasa was-was itu. ia adalah gangguan syaitan.

  48. mulut anjing tu bersentuhan dgn selipar sya,perlu ka sertu ust? Saya kadang2 tida mahu trlalu hiraukan,tp saya takut kalau ibadah saya tida dtrima atau lagha. Saya baca jawapan ust di soalan y lain tntg basikal 2,saya mengandaikan tida perlu disertu.kerna selipar 2 kdg2 dihujan,ditiup angin dan dbawa panas matahari.tp mcmana pula y memakainya sebelum kejadian alam tu. Boleka macam tu ust? Hilang najis di selipar tu disebabkn kejadian alam? Maaf ust,bnyk brtnya.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      tak perlu.
      masalah yg lebih yg lebih penting bukan anjing tu, tapi sikap was-was yg boleh memburuk jika awak layankan yg ini.
      kerana lain kali, awak pasti akan terasa was2 lagi dan seterusnya dan seterusnya.
      supaya tidak lebih memburuk, hentikannya sekarang dan caranya ialah buat pendirian yg sebaliknya.
      selagi ada kemungkinan utk meragui najis itu, gunakanlah keraguan yg ada walau sikit utk tolak was2.
      bayangkan kalau ditetapkan yg selipas itu bernajis, awak kemudian akan was2 pula ttg lantai, pakaian dan seluruh rumah… ini akan terus dan tak henti.
      tolak was2 itu dgn tegas.

      salam

  49. Salam… Saya ada perkara yang memusykil kan… Tadi saya pergi kerja di sebuah kilang… Kawasan situ memang banyak anjing… Lepas tu bos saya(cina) dia ambik tanah dari luar untuk kambuskan lubang… Saya pon sapu lantai yang ada sisa sisa tanah tu dengan tangan saya… Selepas itu saya tak sertu pon… Saya terus membuat kerja saya tanpa sedar saya telah lap pada seluar dan baju.. Masalah nya sekarang saya tak pasti sama ada tanah tu ada kesan anjing atau tak… Persoalannya perlu atau tak saya sertu kesemuanya??

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      sebagaimana yang telah saya jawab sebelum ini, apa jua ketidakpastian tidak boleh mentijahkan hukum najis pada sesuatu yang asalnya tidak najis.
      semua tanah adalah suci di dalam islam.
      anda sendiri tidak pasti samada tanah yang diambil itu ada najis anjing atau tidak, maka hukum tanah itu kekal suci, walau pun kawasan itu ada banyak anjing atau berdekatan dengan ternakan khinzir.
      demikian juga tubuh dan pakaian anda yang terkena tanah itu.

      moga bermanfaat.

  50. Salam ustaz

    Saya ada terpijak lopak air . Saya was-was adakah lopak air itu terdapat najis-najis anjing atau tidak . persoalannya , adakah saya perlu menyertu kaki saya yang terkene lopak air itu ? dan bagaimana pula dengan bende-bende lain yang telah saya pijak dengan kaki saya . Adakah perlu disertu jugak ? Bagaimana pula dengan ibadah saya ?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      selagi takde bukti ada najis di lopak itu dan anda hy was2 sahaja, hukumnya ada suci, walaupun keadaannya kotor.
      benda yg kotor bukan semestinya najis.
      oleh itu, takperlu bersuci dari najis dan tidak menjejas ibadah.

      salam

  51. Asslm.. sy ada sdikit kmusykilan.. sy jg ada pada pnyakit2 was was. Sll jg suami tegur.. smlm sy tlnggar bangkai anjing dgn kereta. Stelah btnya pada rakan2.. sy rlh myamak kereta dan krn was2 sy jg mnyamak kaki.. bimbang kaki jg x suci
    Kemudian… masuk kerumah..uruskn anak2 dan aolat
    . Kemudian tdeti km dihati adakah sy tlh samak kakoisy dgn betu. Kli x betul dan sempurna bgmana sgn solat sy.. pakaian..tempat yg sy pijak

    Sy sgt susah hati shingga tgnggu ksihatan. Mohon bantuan. Terima kasih

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      was2 adalah salah satu bentuk gangguan syaitan utk merosakkan ibadah kita dan menyusahkan diri kita hingga gagal buat ibadah.
      sebab itulah para ulama perintah kita utk tidak melayan was2.
      sebab itu jugalah para ulama menghukum dan menasihatkan, apabila kita sudah selesai lakukan sesuatu ibadat seperti wuduk, solat, mandi wajib lalu timbul was2 samada wuduk / solat / mandi tadi sempurna atau tidak, sah atau tidak, maka hukumnya ialah segala yg telah dilakukan itu hendakalh dianggap sah dan sempurna selama2 mana rasa tidak sah itu timbul dari andaian dan keraguan semata2.
      hal ini kerana jika anda melayan keraguan itu dan mengulang semula, ia akan berterusan, tiada akhirnya, hingga seseorang itu boleh sampai ke tahap obsessive disorder.
      begitulah juga dgn soal sertu yg anda tanyakan. tolak was2 itu kerana hukumnya di sisi para ulama dalam kes itu adalah sah sertu itu dan tak perlu diulang atau ditanya2kan lagi.
      tuhan kita maha pengasih dan bersedia memaafkan sedikit ketidaksempurnaan dalam apa jua yg kita lakukan kerana dia sensdiri yg coptakan kita tidak sempurna.
      salah satu sebab was2 ialah rasa takut kalau sikit silap atau kekurangan akan dalam ibadah kita i.e. satu bulu tak kena air = tak sah wuduk atau mandi wajib, akan ditolak, hingga kemudiannya masuk neraka.
      ini adalah bisikan syaitan yg sengaja memberi gambaran seolah tuhan kita ni “pelokek”, “bengis” dan tak boleh berlebih kurang langsung.

      moga bermanfaat.

  52. Assalamualaikum ustaz. Saya nak tanya. Masa saya kecik-kecik dulu, saya ada terpegang anjing. Saya rasa ketika itu, ianya bulu kering. Tapi sikap was-was saya mengganggu saya. Sehingga saya fikir, adakah solat saya sah selama ni ? Perlu ke saya sertu ? Dah lama dah kisah ni ustaz. Cuma baru saya teringat. Risau pulak ibadah solat saya tak sah.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      jawapan saya ialah tak perlu sertu dan takde masalah pada ibadah yg lalu itu.
      tinggalkan was2.
      tuhan takdirkan wujud pelbagai mazhab supaya menjadi rahmat bagi umat islam.
      dalam masalah anda, pendapat mazhab hanafi bahawa anjing yg kering tidak najis boleh dijadikan huraian sebagai kemudahan dan rahmat.

      moga manfaat.

  53. Assalammualaikum ustaz..saya nak bertanya….

    1) terdapat seekor bangkai anjing berhampiran dengan kereta sorong saya dan paip diluar rumah, pada malamnya…hujan pula…adakah percikan air hujan mengenai bangkai anjing tersebut dan turut juga terpercik epada kereta sorong saya..adakah saya perlu sertu kereta sorong dan kepala paip tersebut sekalipun saya telah biarkannya terkena hujan, panas dan angin pada hari2 seterusnya dan bangkai anjing itupun telah saya buang…

    2) saya hendak bertanya…terdapat pasu bunga dan tempayan diluar rumah dan berhampirannya ada najis anjing yang telah dikambus dengan tanah..jika hujan, adakah aliran air hujan yg telah bercampur dengan najis anjing yg telah dikambus dengan tanah itu mengalir terkena pasu bunga dan tempayan…menyebabkan pasu dan tempayan itu bernajis? adakah dianggap suci jika terkena hujan dan panas pada hari2 berikutnya?

    3) abang sya telah menyimen…najis anjing yang lenyek yang beliau sendiri tidak perasan…dan saya meminta beliau menyertunya..tetapi dia enggan..adakah saya terlepas dosa tersebut ?

  54. saya juga hendak bertanya..jika selipar saya memijak najis anjing ketika basah dan saya hanya kesat selipar saya pada tanah…atau ianya hilang sendiri ketika saya berjalan diluar rumah..adakah selipar saya itu telah dianggap bersih???

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      1. air hujan yg turun berterusan telah pun membersihkan air percikan itu, jika pun ia berlaku. oleh itu, tak perlu sertu. lagi pula, buat apa anda menyertu kereta sorong tu kerana bukannya anda gunakan kereta sorong tu utk tempat ibadat hingga perlu ia disucikan dari najis. takde salahnya pun di sisi agama kalau kereta sorong tu tidak disuci dari najis anjing, sama seperti tayar kereta.

      2. jika najis itu telah dikambus dengan tanah dan telah berlalu waktu yg lama, maka hilanglah status najis pada tanah. kalau tidak, susahlah para peladang dan pekebun yg tanah ladangnya penuh dengan najis lembu, kambing dan lain2.

      3. mmg tak wajib disertu kerana pastinya abang anda menyemen tak guna tangan dia secara langsung, tapi guna alat. kalau pun alat tu kena najis, takde keperluan utk dia sertu alat tu sama seperti no. 1.

      4. ya.. sama seperti no 1 dan 2.

      sila lihat di http://soaljawab.wordpress.com/2008/08/23/gesek-kasut-di-tanah-untuk-hilang-najis/

      1. Assalammualaikum ustaz….saya nak bertanya…saya ada ternampak anjing memijak kawasan yang bersimen dan meninggalkan kesan tapak kakinya yg basah..kemudian kawasan tersebut terkena percikan air hujan yang mana kesan tapak kaki anjing tersebut sudah bercampur dengan percikan air hujan td . Terdapat seorang hamba Allah yang memijak kawasan tersebut tanpa beralas (berkaki ayam) dalam keadaan basah..apakah beliau perlu sertu kakinya?..

        1. hamba Allah tersebut tidak tahu pun kawasan percikan air itu telah dilalui anjing..saya khuatir untuk masuk kerumah beliau kerana bimbang lantai rumahnya juga bernajis

          1. Muhammad Haniff Hassan

            salam

            saya berpendapat tak wajib yg berkenaan sertu kakinya itu kerana percikan air hujan ke atas laluan anjing itu dianggap telah menghilangkan najis di lalun itu.
            oleh itu tiada isu ttg najis di tapak kaki dan dirumahnya.

  55. Salam ustaz..2 tahun yang lalu saya tersentuh kasut yang diperbuat daripada kulit babi tapi saya tidak melakukan sertu kerana kawan saya memberitahu tidak perlu jika kasut dan tangan saya kering. Adakah pendapat itu benar dan adakah segala ibadat yang dilakukan saya selama ini tidak diterima kerana tidak melakukan sertu…?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      Salam

      Ya.. mmg ada pendapat sedemikian dalam fiqah islam dan sesuai bagi masalah yg seperti ini.

      Tiada apa2 pd ibadah yg lalu.

      Moga bermanfaat.

        1. Muhammad Haniff Hassan

          Ada sedikit pembetulan. Pendapat yg kata tidak najis kalo tgn kita kering ialah jika tersentuh anjing.
          Najis babi tetap najis jika disentuh oleh tgn yg kering ato jk babi tu kering.
          Namun hukum bg masalah anda sama iaitu tak perlu sertu dan tiada masalah pd ibadah anda kerana bukan semua ulama mewajibkan sertu najis babi.
          Hatta imam nawawi tokoh mazhab syafii berpendapat najis babi hy perlu cuci seperti biasa.
          Oleh kerana masalah anda ini berlaku 2 tahun yg lalu. Maka bolehlah dlm hal ini gunakan pendapat ini bg huraian pd masalah ini sebagai kemudahan. Jika tidak akan terlalu memberatkan utk anda membayar balik solat2 yg lalu.
          Islam adalah agama yg memudahkan dan mmg perbezaan pendapat para ulama bertujuan utk memberi rahmat ato kemudahan bg situasi spt ini.

          Moga bermanfaat.

  56. As salam ustaz,

    1 incident, kereta saya hampir langgar bab1 tunggal yg melintas jalan. Esoknya, saya nampak ada percikan lumpur dari bab1 tu melekat kat bahagian depan kereta. saya x fikir nak cari hukum nye kena sertu, saya andaikan (memandai2 je haha)..bende tu xperlu sertu sebab lumpur. saya basuh macam biasa gosok dengan span and tangan pakai air and sabun. Ni lepas dah beberapa minggu baru terfikir nak search internet. Perlu sertu ke kereta saya?span saya?tangan saya?baju saya yg terpercik air pun saya x ingat pakai baju mana sebab dh 2-3 minggu lepas kan, lupe dah.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      pada pendapat saya terdapat seratus satu sebab utk anda andaikan bahawa lumpur berkenaan boleh datang dari pelbagai sumber2 lain selain dari babi tu kerana, seperti yang anda kata, anda tidak melanggar babi itu.
      oleh itu, tiada keperluan untuk melakukan sertu baik pada kereta, tubuh atau pakaian.
      soalan yang hampir sama telah saya jawab sebelum ini.
      sila semak soalan dan jawapan di atas.

      moga bermanfaat.

        1. Saya pasti sebab hari tu x hujan, and kereta xlalu kawasan lumpur. Masa beliau melintas lumpur tu terpercik sikit kat cermin depan kereta. So saya x buat andaian. Cuma nak tahu je kepastian perlu sertu x kereta, tangan, span dan baju tu. :). Nak jawapan dari ustaz jugak sebab kes saya x sama sangat dengan kes2 komen sebelum. saya dah stroll habis.

  57. Muhammad Haniff Hassan

    jawapan saya sama seperti jawapan bagi soalan sebelum kamu (tarikh 26 dec).
    masalahnya hampir sama.
    kalau pun mmg lumpur dari babi, khas bagi masalah seperti yg telah lapse masa yg lama digunapakai pendapat imam nawawi (masih dalam mazhab syafi’ii), memadai mensucikannya dengan cucian biasa sahaja.

  58. Assalamualaikum ustaz,
    Saya ingin bertanya mengenai permasalahan Babi ini. Saya Dan Kawan saya pergi ke pasar malam. Pasar mlm ini terdapat peniaga melayu bumiputera dan cina. Sebelum ini tidak pernah saya terjumpa daging yang tidak halal ini di sana. Tetapi pada dua hari lepas semasa saya melalui gerai2 di pasar mlm itu, saya melalui satu gerai yang menjual makanan seakan bebola ikan. Ianya di Dalam plastic Dan mungkin baru dikeluarkan Dari peti ais kerana kelihatan plastic itu basah2. Semasa melalui gerai itu saya terlohat di plastic nya tertampal sticker ‘pork ball’. Saya terus menjauhi gerai itu. Tetapi saya melihat kawan saya yang berjalan dihadapan saya amat rapat Dan gerai tersebut ( pasar malam itu sesak) sehingga kan saya melihat bag tangan yang di pakai olehnya sgt rapat dengan bungkusan pork ball tersebut. Saya kuathiri beg kawan saya telah terkena bungkusan pork ball tersebut atau mungkin terkena air pada plastic bungkusan pork ball tersebut ( kwn saya non Muslim). Setelah selesai membeli, kami pulang menggunakan kereta saya.
    Soalan saya, sekiranya beg kwn saya itu memang terkena bungkusan pork ball itu, Adakah saya perlu samak bahagian kerusi kereta yang die letak kan beg die itu? Melalui perbincangan atas, ustaz menerangkan Kalau tidak pasti tidak apa. Tapi bagaimana jika memang beg kawan saya itu terkena bungkusan pork ball itu kerana memang saya lihat beg sahabat saya lalu Diatas gerai tersebut Dan begitu rapat sekali dengan bungkusan tersebut. Jika saya tau ada daging yang tidak halal dijual di pasar malam itu saya tidak pergi ke sana. Saya harap ustaz mambantu saya menyelesaikan masalah ini. Terima kasih. Wassalam.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      jelas dari kata2 awak bhw awak sendiri tidak begitu yakin samada beg tu kena atau tidak plastik itu kerana awak cuma kata “sangat rapat” dan “khuatir” ini memadai utk menetapkan bahawa hukum asal iaitu beg berkenaan suci kekal dan tak berubah disebabkan syak dan keraguan. Ilihat jawapan saya pada soalan dulu2).

      kalau pun beg tu terkena plasti ia tidak memadai utk hukumkan najis kerana yg disentuh adalah plastik bukan babi. hukum plastik tak sama dengan babi, apatah lagi plastik di luar. sebagaimana boleh diandaikan plastik di luar dan airnya najis, boleh juga diandaikan tidak najis kerana hukum asal. oleh itu, perlu bukti konkrit utk hukumkan bhw plastik atau airnya tu mmg terkena najis bukan andaian sahaja.

      kesimpulan, tiada perlu tindakan apa2.

  59. Salam ustaz… saya ingin bertanya berkaitan bangkai anjing. Semalam semasa memandu, saya terlanggar bangkai yg sudah hancur dan lenyek di atas jln raya dan sudah kering. Mmg tidak dpt elak kerana byk kereta. Lagipun smlm mmg panas dan tidak hujan. Saya tak pasti itu bangkai apa kerana saya tak nampak kejadian accident binatang apa. Tetapi saya nampak kulit yg berbulu di atas jalan itu. Kalau kucing mungkin terlalu kecil. Saya rasa anjing. Selepas itu saya terus memandu sahaja tanpa berhenti dgn harapan tiada najis bangkai di tayar saya. Masalah saya, saya jadi was was dgn tayar kereta saya. Bila nak keluar kereta pun jadi susah takut terpijak gelekan tayar kereta sendiri di jln. Bila ingin melangkah saya akan cuba melangkah kawasan yg tidak dilalui tayar kereta saya. Saya susah hati sekiranya saya terpijak laluan tayar kereta saya nanti serpihan bangkai yg dilanggar terkena tapak kasut saya dan semakin merumitkan keadaan. Bantu saya ustaz…

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      selagi tiada bukti sebenar bhw binatang itu bukan anjing, bolehlah diandaikan ia bukan anjing. andaian sahaja tidak emmadai utk anggap bangkai itu anjing. oleh itu, tidak wajib sertu.
      namun bangkai binatang tetap najis cuma dihukumkan tayar tu suci kerana gesekan tayar itu pada tanah dan jalan ketika ia berpusing sudah dianggap pengucian baginya sama seperti perintah nabi mensucikan tapak kasut apabila terkena najis dalam hadis, “apabila salah seorang kamu memijak kotoran dengan seliparnya, maka sesungguhnya tanah adalah penyuci untuknya.” (riwayat abu daud). namun diakui pendapat ini tidak digunapakai oleh sesetengah ulama.

      oleh itu, tak ada apa yg perlu was2 kan ttg terpijak bekas tayar tu.

      moga bermanfaat.

      1. Terima kasih ustaz. Cuma sekiranya binatang itu adalah anjing bagaimana? Tayar tersebut masih dikira telah disucikan dgn gelekan tayar tersebut?

  60. Assalamualaikum. Saya ada penyakit was was yg sgt teruk sampai ke bab halal haram makanan. Hari tu saya ade prgi korea dan beli seaweed. Tiba tiba satu hr ni masa makan saya rasa mcm was was halal ke tak ni. Ingredientnya dalam bahasa korea dan saya penat nak google maksudnya sebab sebelum ni saya pernah buat masa nak check bahan yg digunakan utk barang yg saya beli dkt sana dan ia sangat memenatkan. Saya nak tanya, perlu ke saya sertu? Yang merisaukan saya lg adalah kerana saya seorang perempuan. Setiap bulan kan ade dtg bulan jd saya takut tak sah mandi wajib saya sebab tak sertu lagi tu. Ini terjadi juga semasa bulan yg lalu, saya terpaksa melewatkan mandi wajib kerana masalah was was seperti ini.
    Dan juga, bolehkah jika org seperti saya hendak mengikut mazhab lain yg lebih ringan walaupun tidak menuntut ilmu dalam bidang ini, utk masalah seperti ini kerana utk mengelakkan was was yang berlanjutan. Contohnya mazhab ulama’ yg berpendapat bahawa tidak perlu disertu? Harap ustaz boleh bantu

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam
      1. asal sesuatu makanan adalah halal kecuali ada bukti sebaliknya, apath lagi jika ia adalah seeweed. tak wajib utk anda nak selidik dan paham tulisan korea itu utk tentukan samada ada najis atau tidak.
      2. selagi takde bukti yg jelas bahawa ada babi dan selagi ada ruang utk andaikan bukan babi, tak timbul soal wajib sertu.
      3. sila baca hingga habis mengenai was2 di sini http://haniff.sg/kemusykilan-agama/kemusykilan-agama-diserang-was-was/

  61. Salam ustaz… saya ada sedikit permasalah berkaitan was was… Semoga ustaz dapat menjawab soalan saya… Ceritanya begini… Saya ada ke kedai makan di tepi jalan dan kedainya biasa biasa sahaja… Sebelum pulang saya singgah di bahagian hadapan kedai tersebut kerana tertarik dgn makanan (kuih) yg dijual secara berbungkus. Sementara melihat kuih muih, tiba satu keluarga ke kedai makan itu… dan laluan masuk ke kedai itu adalah sempit kerana banyak sgt makanan di showcase depannya… Setelah itu, saya ke kereta saya utk bergerak pulang… Semasa itu saya terlihat sesuatu seperti tahi anjing yg telah dipijak dan penyek berwarna gelap dan tak pasti sama ada telah betul-betul kering atau tidak… masalah saya ialah tempat tahi itu adalah laluan keluarga yg baru tiba tadi… serta merta saya berasa was was dan geli kerana saya juga melalui jalan semasa keluarga tersebut memasuki kedai tersebut setelah mereka masuk ke kedai makan itu dan pada masa yg sama saya sudah mahu ke kereta… saya terfikir fikir sekiranya saya telah memijak tapak yg sama dgn mereka di lantai jalan masuk kedai itu… saya berasa was was dan geli… semoga ustaz dapat menjelaskan permasalahan saya ini…

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam naufal

      tak perlu sertu kerana anda sendiri tak pasti najis itu najis anjing atau binatang lain. selagi ada alasan untuk andaikan benda itu bukan najis dan bukan najis anjing hendaklah kita andaikan sedemikian agar kita tak jatuh dalam was2 dan tidak menyusahkan diri.
      selain itu, anda sendiri tak pasti samada anda pijak najis pada laluan atau hanya sekitaran sahaja. sekali lagi, terdapat ruang utk buat andaian yg menjauhkan dari was2.

      moga bermanfaat.

  62. Assalamualaikum ustaz, perlu sertu ke sya lalu bekas tmpt anjing lalu dan laluan itu basah sebAb hujan. Dan semasa sya dan anjing tu lalu hujan masih turun.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam hamba allah

      saya dah jawab soalan yang serupa di atas. sila rujuk.
      ringkasnya, tak perlu sertu kerana air hujan yg turun mengalir dan membasuh bekas pijakan anjing itu. lagi pun, saya yakin, anda pun tak pasti samada anda benar2 jejak di jejak anjing itu atau hanya disekitaran sahaja.

      moga bermanfaat.

  63. salam. sy ingin bertanya, smalam sy telah pergi membeli aiskrim di sebuah kedai .cina.apabila membuka freezer tersebut dan apabila ingin mengambil aiskrim, sy terpegang satu plastik yg mengandungi daging.sy telah membuka plastik tersebut dgn tangan, namun masih tidak dapat mengenal pasti daging apakah itu. sy tidak menyentuh daging tersebut , hanya menyentuh plastiknya sahaja.dakah sy perlu samak tangan sy sedangkan sy was2 dan tidak mengetahui adakah itu daging babi atau sebaliknya. terima kasih

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      tiada perlu sertu kerana 1) awak tak pasti tu daging apa, 2) awak hanya pegang plastik sahaja (belum tentu plastik tu bernajis).
      ini berdasarkan kaedah fiqih a) asalnya tiada kewajiban apa-apa, b) asal sesuatu adalah suci kecuali ada dalil sebaliknya.

      tingalkanlah was2

  64. Haritu ada merentas desa pastu kena lalu dekat estet, sebelum masuk tu, ada cikgu jaga situ dia cakap jaga jaga hindarkan najis anjing tu, kemudian ada orang pijak saya tak pasti tapi ada rasanya, persoann pelajarpelajar yg lalu estet tu terpijak bekas empat orang yg pijak najis tu, perlu sertu?

  65. Dan ketika itu najisnya masih belum kering, jika ada yg terpijak lalu jalan terus melalui estet
    apa perlu srmua pelajar sertu? Atau hanya sesiapa yg nampak kejadian tu je? Oh lupa, delat estet tu banyak rumput dgn tanah. Okay ke?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      apa yang saya faham anda berada di tempat yg dikatakan ada najis anjing. lalu terasa kaki anda dipijak.
      hanya kerana kaki anda dipijak di tempat ada najis anjing tidak bermakna kaki anda terkena najis anjing kerana boleh diandaikan sebaliknya.
      kaki anda hy dihukumkan kena najis anjing jika ada bukti yg betul akan najis itu, bukan atas andaian2.
      oleh itu, dihukumkan kaki anda tidak bernajis dan tak wajib apa2.
      note – statement anda sendiri kata “anda tak pasti”.

  66. Salam Ustaz,

    Jikalau saya terpigang kasut diperbuat oleh kulit babi semasa tengan saya basah, selepas itu saya sentuh barang lain, haruskah saya sertu benda-benda itu?

  67. salam ustaz….dulu ada cikgu saya bg satu gelang pada kami semua untuk kami tengok dan pegang…
    kawan saya siap gantung di lehernya..setelah kami pulangkan, cikgu saya ckp yang dia pernah guna gelang itu untuk bermain dengan anjingnya…bagaimana dengan situasi begitu ustaz?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      hmm, salam

      tak perlu sertu kerana tak jelas dia main tu cam mana. main tak semestinya kena anjing.
      tak perlu pula tanya cikgu anda tu adakah dia main sampai kena anjing hingga menyusahkan diri sendiri pula.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      asal hukum kaki anda adalah suci. hukum itu tak berubah kecuali ada bukti jelas dan konkrit. “kalau”, “macam mana”, “andai kata”, dan yg seumpmanya tidak boleh digunakan utk ubah hukum asal tadi. oleh itu, tak perlu nak berkalau-kalau. ia hanya bisiskan syaitan sahaja.
      bukti jelas ialah apabila anda melihat najis anjing di kaki anda, atau anda nampak kaki memijak najis anjing lalu pijak kaki anda.
      adapun rasa kaki pijak kaki anda di tempat itu, tapi tak tahu samada kaki tu pijak najis anjing dan tak nampak ada najis anjing, = tak ubah hukum.
      begitu juga, kalau nampak tompok hitam di kaki anda, tapi tak pasti bahawa ia tanah atau najis anjing = tak ubah ukum = tetap suci.

  68. Salam ustaz……cikgu(non muslim) saya ada memberikan gelang kepada kami untuk kami lihat dan pegang..kawan saya siap gantung di lehernya..setelah kami memulangkan, cikgu saya ada cakap yang dia main gelang itu dengan anjingnya…bagaimana dengan situasi begini ustaz?

  69. As salam Ustaz. Saya mempunyai penyakit was was yg teruk sudah 1 1/2 tahun. Setiap kali berjalan, saya akan melihat bawah takut terpijak najis anjing. Keluarga saya amat risau ttg penyakit saya. Satu hari saya dan suami saya melintas jalan, jalan masih basah baru lepas hujan. Sebelum itu, se ekor anjing baru berjalan di situ. Saya takut dan juga malu untuk memberitahu suami saya ttg bekas laluan anjing itu kerana saya beranggapan nanti saya dikatakan tak betul. Bila balik saya tidak boleh tidur,. Saya cuba meyakinkan diri sendiri dengan mengatakn saya sendiri tidak pasti kami memijak bekas tapak anjing sbb tiada kesan atau bukti tapak kaki anjing. Tak nampak dengan mata kasar tapak kaki anjing. Kejadian ni berlaku tahun lepas dan saya telah melupakan nya, hanya skrg ingatan saya kembali dan saya mula susah hati. Susah hati kerana masa itu kasut suami saya berlubang dan stokin dia saya cuci guna mesin basuh bercampur dengan baju lain. Setiap hari saya berdoa pada Allah supaya memaafkan kesilapan saya ini. Nasihatkn saya Ustaz.

      1. As salam Ustaz. Tahun lepas anjing jiran saya telah memasukki premis rumah saya tapi tidak masuk dlm rumah. Kejadian ni berlaku 2 kali. Walaupun gate saya berkunci, anjing tu dpt melepaskan diri nya masuk ke tempat saya letak kereta betul2 di pintu depan rumah saya. Disebabkan terkejut dengan insiden ni, saya jatuh sakit. Saya tidak mengambil tindakan segera untuk sertu tempat yg dipijak. saya totally tak ingat samada ahli keluarga saya berkaki ayam masa keluar rumah. Saya juga ada byk kucing dan kesemua nya tinggal di luar rumah. Kadang2 kucing saya curi2 masuk dlm rumah. Saya juga tak pasti samada kucing2 saya memijak tempat itu atau berjaya masuk ke rumah saya. Setelah beberapa hari kejadian, saya baru sertu tmpt itu. Apa saya perlu buat Ustaz, sbb saya totally blank dan tak pasti samada kucing atau ahli keluarga saya memijak tmpt tu dan masuk ke rumah. Setelah sertu tmpt itu, saya rasa lega sikit dan beransur lumpuh. Hari ini ingatan saya ttg kejadian itu kembali. Puas saya memikirkan knp saya biarkan kejadian ni berlaku, kenapa saya tidak bertindak pantas. Ahli keluarga saya yg lain nampak relax aje. Saya amat risau Ustaz.

          1. Muhammad Haniff Hassan

            hidayah, salam

            mmg sepatutnya awak relek je macam keluarga awak tu.. tak yah nak kecoh.
            awak nak seru tempat tu nak buat pe? bukannya tempat tu buat sembahyang.
            oleh kerana awak pun tak sure keluarga awak ato kucing awak benar pijak kat jejak anjing tu, maka tak timbul soal najis kerana asal hukum adalah suci sehingga pasti.
            benda ni pun dah berlaku sethaun lalu.. hujan dan matahari serta cuaca dah mensucikan tempat tu.
            saya dah jawap di atas tu ttg kes2 yg berlaku berminggu2 dan tahun lalu.

          2. As salam Ustaz. Bila saya baca salah satu komen di atas ttg beliau teringat masa kecil dia terpegang anjing, komen ini telah mengembalikan ingatan saya pd satu kejadian berlaku kurang 18 tahun lalu. 1) Atas dasar persahabatan, saya dan keluarga saya mengunjung ke rumah kawan yg berbangsa cina (non muslim). masa tu tahun baru cina. Kami dijamu dengan kuih biskut dan minuman. Kuih dan biskut hampir sama dgn kuih org melayu. Anak2 saya makan kuih popia goreng mini. Salah seorang anak kawan saya memaklumkan bahawa inti popia itu mengandungi daging babi. Isteri kawan saya terkejut mcm beliau tak tahu dan tak sangka ada babi. Ada sikit arguement antara isteri dan anak kawan saya ttg perkara itu. Saya terlupa sekian lama dan tak ingat samada saya sertu tangan anak2 saya atau tidak. Rasa2 tidak buat. Soalan saya adakah wajib ke anak2 saya sertu tgn mereka atau mana2 bahagian badan mereka. Adakah saya dan suami saya perlu sertu tangan juga atau mana2 badan kami kerana menyentuh anank2 kami ketika tu. Saya pun tertny2 knp saya tak sertu tangan2 anak2 saya. Mungkin saya ketika itu beranggapan kulit popia tu kering asalkan tak kena inti nye. Nasihatkan saya Ustaz.

          3. Muhammad Haniff Hassan

            salam

            tak wajib. perkara ini dah saya jawap di soalan2 di atas mengenai masalah yg telah berlaku bertahun2 atau berminggu2 yg lalu.

  70. Salam Ustaz Hanif. Semoga sihat sejahtera sentiasa. Saya mempunyai sedikit keraguan tentang taharah. Awal tahun ini (11 Jan 2014), saya dan keluarga keluar membeli makanan ringan. Setelah parking kereta, kami sekeluarga menuju ke arah kedai yg dirancang. Semasa ke kedai itu, saya ternampak tahi anjing yg telah kering dan berdebu dan hancur seperti telah dipijak. Namun saya dapat mengelak dari memijaknya. Saya tidak pasti sama ada keluarga saya ada memijaknya kerana saya berjalan di hadapan. Setelah itu, apabila ingin pulang menuju ke kereta, saya dan kakak melalui jalan yg sama tetapi kali ini saya maklumkan kepada kakak saya bahawa terdapat tahi anjing. Semasa berjalan menuju ke parking, saya yang sudah tahu di mana tempat letaknya tahi anjing itu berjaya mengelak. Saya lihat kakak saya memijak kawasan tepi yg mempunyai tahi tersebut lebih kurang anggaran 5cm dari tahi itu dan terus ke kereta, pastinya serpihan kecil tahi tersebut ada di kawasan yg dipijak. Setelah itu, kami sekeluarga ke satu restoran utk makan. Di sana, saya terfikir tentang laluan tapak kasut kakak saya kerana saya juga memijak laluan yg dipijak kakak saya dan seperti yg kita tahu kebanyakan lantai restoran adalah dalam keadaan lembap. Setelah pulang ke rumah, saya simpan kasut yg saya pakai dan terus mandi. Mujur ada sabun taharah (tanah) dan saya sertu kaki saya kerana khuatir kenajisannya. Sehinggakan saya cuba hindarkan dari memijak kawasan lantai tempat letak kereta yg dilalui kakak kerana khuatir. Saya cuba lupakan sehingga satu hari saya ternampak bekas tapak kasut kakak saya di lantai tempat kereta sehingga ke hadapan pintu rumah. Bekas tapak kasut tersebut jelas kelihatan kerana debu yg disebabkan renovation rumah sebelah rumah kami. Saya jadi geli dan was was. Saya khuatir ttg perkara ini. Sehingga hari ini, saya tidak keluar rumah kerana masih terfikir tentang bekas tapak kasut tersebut yg menghantui saya. Saya juga tidak memandu kereta yg telah dia drive kerana khuatir pedal minyak dan brake yg telah dipijak. Saya mohon ustaz untuk menjelaskan kepada saya supaya lebih yakin. Terima kasih.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      tak perlu anda fikirkan lagi dan tinggalkan was2 anda itu.
      hatta kalau kakak anda pijak 1 cm jauh dari tahi anjing itu, hukumnya dia tidak pijak najis, apatah lagi kalau 5 cm = tak de najis.
      takde “kalau2” atau “macam mana” atau “jika” atau “andaikan” dalam hal ini.
      ia hanya membuka pintu was2 dan bisikan setan seperti yg anda alami sekarang, sehingga menyusahkan diri sendiri sahaja.
      setan suka dan anda sendiri yg merana.
      perkara ini dah saya jawab banyak kali di atas.
      lagi pun serpihan najis apa jua yg terlalu kecil dan sedikit, dimaafkan agama, sama seperti darah yg sedikit.
      tu sebab juga ulama menghukumkan abuk2, debu dan pasir di jalanan sebagai sesuatu yg dimaafkan walaupun berada di ladang yg penuh dgn najis binatang atau baja dari najis binatang.

      1. Ustaz, abang dan ibu saya juga sering tidak memakai kasut/selipar semasa memijak lantai tempat kereta tersebut dan masuk ke dalam rumah. Tidak najis ke?

        1. Muhammad Haniff Hassan

          tidak. kakak awak tak pijak najis = bekas tapak kasut dia tak bernajis.
          tinggalkan was2 anda segera. baca link ttg was2 di atas.

  71. salam ustaz. saya nak bertanya, adik saya mempunyai penyakit was2 yg teruk dan kadang2 dia bertanya soalan yg memeningkan kepala nak jawab lebih2 lagi mengenai najis2 yg perlu disamak . soalan pertama saya ,dia lalu di laluan yang dia yakin ada anjing lalu dekat situ dan kemudian kasut yg dia pakai untuk lalu di kawasan tersebut terkena kaki dan pakain sekolah dia. adakah dia perlu samak? bagaimana pula dgn barangan2 yg dia pegang selepas tu sebab dia belum samak kerana penyakit was2 dia tu.?
    soalan ke2, tahun lepas, adik saya nampak anjing jalan atas sebuah bangku. dan tak lama kemudian, dia duduk di atas bngku tersebut(time duduk tu dia lupa yang ada anjing pernah jalan atas bangku tu), tiba2, tahun ni dia teringat yg dia pernah duduk di atas bangku tadi. adakah dia kena samak pakain yg dia guna ketika duduk di bangku tersebut? terima kasih, di harap ustaz sudi menjawab kemusykilan ini.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      farah, salam.. di atas tu sudah saya pos link pasal masalah was2. sila baca di link itu.

  72. Ustaz, kawan saya terlanggar tahi anjing di tayar motornya. Katanya tahi anjing kerana dia nampak anjing berak di situ. Dia perasan kerana terdapat bau dan dia berhenti di tepi jalan utk memastikan bahawa terdapat tahi di tayar motornya. Selepas itu, dia ke tempat mencuci motor/kereta untuk mencuci kerana geli. Dia adalah seorg penggeli. Setelah dicuci, beliau pulang dan parking motornya. Apabila masuk ke apartmentnya dia telah membuang seluar, baju dan kasut yg dipakai tadi kerana terlalu geli dan was was dan takut ada percikan najis atau najis yg berpindah semasa basuh motor tadi. Boleh ustaz terangkan:

    1) Adakah najis tadi berpindah semasa dibasuh motor tadi? I.e: Kain pengelap sama digunakan utk mengelap keseluruhan motor, baldi yg sama digunakan. (*Mmg tukang cuci ada menyebut bahawa dia melanggar tahi)

    2) Adakah handphone dan kunci rumah serta kunci motor juga bernajis kerana setelah motor dicuci dia memegang handle motor tersebut dan kemudian memegang kunci motor dan kunci rumah serta handphone. Bagaimana dengan seluarnya yg jelas bersentuhan secara langsung dgn tempat duduk motor setelah dicuci?

    Kesian saya mendengar cerita dia sehinggakan mau menjual motor tersebut. Tolonglah ustaz explain.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      mestinya bila dia tayar moro tu lenyek tahi berkenaan ia kemudiannay akan bergesek dengan jalan dan tanah hingga dia sampai ke rumah.
      kemudian apabila moto di cuci ia akan siram air dahulu sebelum mengelap.
      kesemua itu dah memadai untuk mensucikan moto tu dari najis anjing.

      sila baca di sini http://haniff.sg/kemusykilan-agama/kemusykilan-agama-tiga-pendapat-tentang-anjing-berita-minggu-singapura-24-november-2013/

      tak perlulah sampai menyusahkan diri hingga nak jual moto hanya kerana tayar kena tahi. islam tu mudah, janganlah kita susahkan diri sendiri.

  73. Minta maaf ustaz pasal soalan banyak. Saya kesian dan nak bantu yakinkan dia. Kalau tidak nanti akan byk lagi soalan dia pada saya.

    1) Dia jadi was was takut kesan kesan najis tersentuh kerana motor dilap atau percikan semasa cucian itu. Maksudnya handphone, kunci motor, kunci rumah, pintu rumah dan semua yg dia pegang selepas cuci motor tu? Bernajis ke?

    2) Jarak dari tempat kejadian dan tempat cuci motor tu hanya 1km je ustaz. Cukup ke pusingan tayar tu? Dan lagipun tukang cuci tu kata mmg ada tahi maksudnya tahi tu belum hilang la.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      sudah memadai.. kalo jirus air tanah sekali sahaja dah memadai, takkan lah tayar berpusiang sejauh 1km tak cukup nak bersihkan, yg kemudiannya di siram oleh air cucian pula.
      kalo awak nak tolong dia, bagi tahu dia sahaja yang saya kata dah takde najis dan tak perlu bimbang apa2 lagi.

  74. Ustaz, soalan last! Dia masih tetap nak jugak tahu ttg barang yg dia pegang selepas itu. Sorry ustaz, dia sebelah saya ni.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      bila tayar tu bergolek di jalan dan tanah lalu di cuci = dah suci.
      oleh itu, bila dipegang dan diguna kain utk lap, tak timbul soal najis lagi kerana benad tu dah suci.

  75. Oh ustaz, tayar tu pusing pun walaupun ada tahi lagi macam kata tukang cuci tu? Tahi tu lembik ustaz, itu yg ada bau dan melekat tu. Camna ustaz?

  76. Maaf ustaz soalan meleret-leret. Just nak kepastian, adakah walaupun tayar dah bergolek kena jalan raya tetapi ain najis tu masih ada sehingga sampai tempat cuci tu macam mana ustaz? Lepas tu baru motor tu dicuci. Macam mana ye ustaz? Hanya utk kepastian.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      tu sebablah disuruh bilas juga dengan air, bukan hanya guna air tanah. supaya membersihkan saki baki najis yg ada.
      bila dah bilas dgn air, dah suci semuaanya = tak najis lagi = kalo pegang atau lap, pun tak najis.

  77. As salam Ustaz. Bila saya baca salah satu komen di atas ttg beliau teringat masa kecil dia terpegang anjing, komen ini telah mengembalikan ingatan saya pd satu kejadian berlaku kurang 18 tahun lalu. 1) Atas dasar persahabatan, saya dan keluarga saya mengunjung ke rumah kawan yg berbangsa cina (non muslim). masa tu tahun baru cina. Kami dijamu dengan kuih biskut dan minuman. Kuih dan biskut hampir sama dgn kuih org melayu. Anak2 saya makan kuih popia goreng mini. Salah seorang anak kawan saya memaklumkan bahawa inti popia itu mengandungi daging babi. Isteri kawan saya terkejut mcm beliau tak tahu dan tak sangka ada babi. Ada sikit arguement antara isteri dan anak kawan saya ttg perkara itu. Saya terlupa sekian lama dan tak ingat samada saya sertu tangan anak2 saya atau tidak. Rasa2 tidak buat. Soalan saya adakah wajib ke anak2 saya sertu tgn mereka atau mana2 bahagian badan mereka. Adakah saya dan suami saya perlu sertu tangan juga atau mana2 badan kami kerana menyentuh anank2 kami ketika tu. Saya pun tertny2 knp saya tak sertu tangan2 anak2 saya. Mungkin saya ketika itu beranggapan kulit popia tu kering asalkan tak kena inti nye. Nasihatkan saya Ustaz.

      1. Maaf Ustaz, saya masih x faham. Ustaz kata tak wajib anak2 saya sertu tangan mrk yg telah memgang popia goreng mini yg mengandungi inti nye daging babi. Saya minta maaf byk2 kalau saya ingin mendapat penjelasan yg terperinci. Mungkin disebabkan faktor umur dah lebih dari
        50 tahun, pemahaman saya agak slow. Ustaz juga tempoh masa yg da bertahun2 lama, boleh Ustaz jelaskan kpd saya. Saya sangat2 menghargai pertolongan Ustaz untuk menjelaskan kepada saya. Harap maaf Ustaz kalau saya dok minta penjelasan Ustaz.

        1. Muhammad Haniff Hassan

          cara mensucikan babi bukan sesuatu yg disepakati para ulama.
          ada pelbagai caranya.
          yg popular di sisi mazhab syafi’ii, mazhab anutan org melayu, ialah cuci 7 kali dan satu kali dgn air tanah.
          hatta dalam mazhab syafii pun, imam nawai (tokoh besar fiqh mazhab syafii) mengatakan sentuh babi hy perlu dicuci seperti cuci najis biasa sahaja.
          oleh kerana kes ini dah berlaku 18 tahun dahulu, maka eloklah kalo digunakan pendapat mazhab lain bagi selesaikan masalah ini iaitu dihukumkan tangan itu dah suci kerana sepanjang tempoh itu pastinya budak tu dah cuci tangan dan mandi hingga suci tangannya dari najis.
          kalo nak ikut hukum biasa, akan menyusahkah nanti kerana akan timbul soal ibadah dia yg tak sah kerana tangannya tidak suci betul, akan memberatkan utk dia bayar balik ibadah yg bertahun2 tu.
          hal ini dihukumkan sedemikian supaya memudahkan kerana islam satu agama yg mudah.

          1. Tkasih Ustaz atas penjelasan tadi. Berdasarkan kepada fakta Islam satu agama yg mudah, Allah tu maha pengampun dan penyayang, saya akan cuba seberapa daya untuk mengikis perasaan was was ini dari hidup saya. Tkasih sekali lagi.

        2. Maaf Ustaz. Untuk pengetahuan Ustaz saya baru tahu ttg blog Ustaz. Syukur kepada Allah krn ada nya blog ini dan Ustaz yg boleh membantu org spt saya yg mempunyai penyakit was was. Selama ini saya sangka saya seorang saja bermasalah sebigini. Bila baca kes2 lain ada similarity dengan kes2 saya yg lama, saya rasa apa yg saya was2 kan adalah satu perbuatan yg sia2. Saya telah pergi mendptkan rawatan pakar tapi perubatan yg diberikan membuat saya rasa lemah dan mengantuk. Saya bekerja sendiri, akibat terlalu melayan kes was2 ini, kerja2 saya terbengkalai. Terima kasih byk2 Ustaz. Semoga Allah memberkati usaha Ustaz.

  78. As salam ustaz,saya nak tanya mengenai anjing ni. Saya tinggal dalam asrama kabin dekat tempat kerja saya,jadi barang2 banyak tinggal di luar kabin seperti tong sampah,baldi,kasut dan lain2. Dekat asrama ni ada sorang cina ni pelihara anjing. Pada suatu hari tu, depan mata saya anjing tu dtg dekat dengan baldi saya dan hidu baldi tersebut dibahagian tepi mulut baldi sedangkan baldi tersebut sy gunakan untuk basuh pakaian sy, bolehkah sy guna baldi tersebut untuk basuh pakaian sy atau sy perlu samak dahulu baldi tersebut kerana pakaian sy ada juga untuk dibawa solat. Dan satu lagi, masa solat subuh, sy bangun nak pergi tandas lepas tu sy lihat tong sampah sy berteraburan sampah sarap seperti dikais anjing dan sy mmg syak anjing tersebut sbb tempat kerja sy tak da binatang lain selain anjing tersebut dan pemilik anjing tu tinggal dekat je dengan kabin sy,dalam berapa langkah je. Bolehkah sy gunakan tong sampah terswbut kerana sy takut terkena tangan sy dibahagian tong tersebut. Dan bagaimana pula dengan kaki sy kerana tempat yg hari2 sy lalu untuk pergi kerja tu hari2 anjing tu lalu, tempat tersebut berpasir dan berumput. Kaki sy kadang2 terkena pasir dan rumput tersebut,adakah sy perlu sertu kaki sy? Anjing tersebut tak pernah berak dkt kawasan tu tapi kalau kencing tu sy tak pasti. Minta penjelasan drpd ustaz.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      1. tak najis, baldi tu kerana anjing tu hy hidu dan tak pasti sentuh baldi tu.
      2. tak najis, tong sampah tu kerana boleh diandaikan pelbagai sebab lain tong tu jatuh i.e. angin tiup dsbg. kalo pun ada najing yg selongkar sampah tu, tak jelas di bahagian mana dia sentuh tong tu dan boleh diandaikan dia tak sentuh pun = kembali pada hukum asal = tak najis.
      3. takde masalah ttg melalui tempat yg berkeliaran anjing kerana awak tak pasti samada awak benar2 jejak bekas jejak anjing atau tidak. dahulu masjid nabi sering dimasuki anjing. nabi tak pernah suruh utk sertu masjid itu atau sertu sesiapa yg pijak kawasan itu.

      tinggalkan segala was2 ni.

  79. Sy nampak dengan jelas hidung anjing tersebut kena pada baldi tu.. adakah ia suci? Kejadian berlaku 2 hari yg lepas. Sy biarkan baldi tu terjemur di bawah matahari. Adakah ia telah suci? Ini baru kali pertama saya berdepan dengan situasi ni kerana atas sbb kerja, tmpat kerja sy pula ada satu paip air untuk memasak dan dipakai oleh semua pekerja dan rata2 pekerja bukan islam ramai yg menggunakannya. Mereka kadang2 ada memasak babi basuh dan cuci daging tesebut di paip tu, mcm mana tu ustaz dengan tgn sy? Sy guna paip tu jugak,dan kawasan tu pernah mereka basuh babi,jd sy basuh2 kt situ terpercik air kt baju seluar mcm mana pulak tu ustaz? Kena sertu ke baju2 sy, kaki dn tgn?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      kalau macam tu, awak sertulah baldi tu dahulu. di tempat kerja awak pasti tidak begitu susah untuk membasuh baldi satu kali air tanah dan 6 kali air biasa.
      jika awak dah gunakan baldi tu utk cuci pakaian, tak mengapa. kain baju tu tak yah disertu kerana masa awak cuci baju tu dah kira mensucikan najis anjing itu ikut pandangan sebahagian ulama bagi tujuan memudahkan.
      ada pun paip tu, boleh digunakan dan takyah awak nak sertu apa2 selagi awak tak nampak sendiri di paip itu atau di tempat itu najis babi.
      bagi keadaan hidup seperti awak ni, pendapat imam nawawi (bermazhab syafi’ii) yg membenarkan najis babi disucikan seperti biasa boleh digunapakai utk tujuan kemudahan. dalam hal ini, air yg mengalir membasuh tempat berkenaan dengan ssendirinya telah mensucikan tempat itu.
      moga bermanfaat.

  80. As salam Ustaz. 1) Najis yg tidak di cuci dan da kering, apabila disentuh dengan tangan yg basah, adakah di katakan tetap najis? 2) najis anjing yg terdapat di tangga di rumah pangsapuri yg tidak dicuci tapi setelah sekian lama ‘ain, rupa n bau nya pun tak ada. Jika seorang muslim tahu ttg najis itu duduk atas bekas tempat najis itu dlm keadaan basah seluarnya, adakah dia terkena najis itu walaupun da tiada.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      1) najis kering (masih ada zatnya) apabila disentuh oleh tangan basah, maka tangan itu hendaklah disucikan.
      2) tak wajib mensucikannya kerana zat najis itu telah tiada akibat proses alami.

  81. Salam ustaz… saya berniaga burger… lepas tu datang orang cina sedang pegang anjing beli burger dekat sy… bila dia nk byar duit guna tngan yg dye pegang anjing tu… bila sy pegang duit 2 adakah sy kena samak tngan sy?tngan sy ad minyak sikit2 sbb bru buat burger… tp duit tu kering… mintak pencerahan ustaz… terima kasih…

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      tak perlu kerana anjing, tangan dan duit tu semuanya kering. oleh itu, najis tidak berpindah ke duit walaupun tangan anda berminyak.

  82. Satu lgi sy nk tnya ustaz… sy ni time mndi jer… msti rse air kencing asyik keluar je mnyebabkan sy mndi lme.. tp xthu btol ke x kuar sbb tgh mndi.. mcm mne ye ustaz?harap dapat bntu.. shukran…

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      oleh kerana anda sendiri tak pasti samada air kencing keluar, maka hukumnya ia tidak berlaku dan dianggap sebagai was2 setan yg ingin menyusahkan anda sahaja.
      kalau pun kecing keluar, ia tersuci oleh aliran air mandian anda itu.

  83. Salam ustaz…

    Saya ingin bertanya berkaitan peralatan yg terkena najis… Kisahnya begini… Saya ada membeli candy di Jakarta dan membawanya pulang kerana tertarik melihat cara pembuatannya yg dipamerkan kepada org ramai… Setelah dibawa pulang dan memakannya sedikit, saya dapati dibotol candy tersebut ada tertulis seperti kod Exx (xx itu bernombor)… Saya lupa nombor pada kod tersebut… Entah kenapa saya buang sticker kod tersebut pun saya tak pasti… Saya khuatir ia mempunyai ekstrak babi atau seumpamanya dan terus tidak memakannya lagi namun saya tidak membuang botol tersebut sebaliknya menyimpan di dapur… Tadi saya terperasan yg botol tersebut telah dicuci oleh ibu saya dan secara tiba-tiba saya terfikir ttg isi botol tersebut iaitu candy… Terfikir pula dengan sponge yg digunakan mencuci botol itu digunakan untuk mencuci kelengkapan makan dan memasak di rumah… Saya pula jadi geli dgn peralatan dan khuatir tangan ibu bernajis… Susah nak beribadat… Mohon penjelasan ustaz…

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      bukan semua bahan2 yg berkod E itu mengandungi najis.
      oleh keran awak sendiri tak tahu apa kod sebenar dan tidak dapat dipastikan samada yg awak lihat tu jenis bernajis atau tidak, maka hukumnya kembali pada asal = suci = tak yah buat apa2.
      semuanya suci belaka.

  84. Alhamdulillah terima kasih ustaz… Saya baru google ttg kod tersebut dan jenama candy tersebut… Candy tersebut halal dan menggunakan emulsifier E471 dari soy lechitin berdasarkan maklumbalas dari websitenya… Ada pembeli bertanya dan dijawab.

    “Papabubble Indonesia on 20/07/2012 at 23:05 said:
    Semua bahan yg kita pakai utk permen kita, ada Cert Halal nya. Delievery jg bisa. Kemana saja, kapan saja.”

    “rina on 09/08/2012 at 15:46 said:
    trus untuk kode E471 nya ? itu dari bahan tumbuhan atau hewan ya ? kalo hewan, hewan apa ? terima kasih …..”

    “Papabubble Indonesia on 16/08/2012 at 11:03 said:
    Dari soy Mbak, ada certificate halal-nya juga :).”

    Katanya dari soy.

    Kira oklah kan ustaz? Maafkan saya menyusahkan ustaz. Saya terlalu khuatir dan tak boleh berfikir tadi.

  85. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

    Saya ada baca kisah salah seorang peserta di atas di mana ketika dia melintas jalan, dia berjalan merentas laluan seekor anjing. Menurut dia ketika itu jalan basah baru lepas hujan. Komen Ustaz menyedarkan saya pd kejadian yg sama berlaku pada saya lebih kurang 3 atau 4 bulan dulu dan juga
    beberapa insiden lain sebelum ni. Sebelum saya menemui blog ustaz, saya percaya selagi saya tidak nampak bekas tapak kaki anjing, saya tidak perlu cuci kasut saya walaupun saya tahu anjing ada lalu di situ. Begitu lah yg berlaku pd saya 3 atau. 4 bulan dulu. Kes yg sama saya dan juga suami saya nak pergi ke restoran, kami terpaksa melintas jalan. Jalan masih basah baru lepas hujan. Sebelum tu ada seekor anjing berjalan merentas laluan yg kami perlu ambil. Lepas makan kami naik kereta kami tanpa cuci kasut kami. Menurut suami saya jika kita terlalu memikirkan najis, kita langsung tidak boleh berjalan kemana mana. Selagi kita tidak nampak atau tidak tahu spot yg tepat mana letak nya tapak kaki anjing tu, anggap saja lah kita tidak memijak nya kecuali kalau ada bukti atau sesiapa boleh menunjukkan bekas tapak kaki anjing itu. Memang kita nampak anjing berjalan di laluan tersebut, boleh ke sesiapa buktikan di situ ada bekas tapak kaki anjing. Ustaz ada bagi komen ustaz pd peserta tersebut, tapi saya amat berharap ustaz boleh beri komen yg jelas terhadap kisah saya. Di sudut hati saya mengatakan tak kan lah tak kena langsung bekas tapak tu. terima kasih ustaz kerana sudi membaca kisah saya. Utk pengetahuan, cleaner saya pernah cuci tempat alas kaki kereta saya dengan tuala yg juga digunakan untuk membersihkan lantai dan peralatan rumah saya.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      apa yg dikatakan oleh suami puan adalah benar dan betul.
      jawapan saya di kisah soalan yg lalu boleh digunapakai bagi kisah puan ini.
      puan tidak perlu buat apa2 terhadap kasut, diri dan kereta puan.
      was2 puan itu hylah gangguan setan sahaja.

  86. Salam ustaz,

    saya ingin bertanya. Selipar saya telah dilarikan oleh anjing beberapa bulan lepas dan saya hanya samaknya dengan tanah sahaja. Perlukah saya samak selipar dan kaki saya semula?

  87. Assalammualakum.
    ustaz. Saya ada sedikit masalah yang merunsingkan saya. Saya dapati ring tayar kereta saya terkena air kencing. Keadaan najisnya masih kelihatan walaupun sudah kering. Saya telah menghantar kereta ke kedai untuk dicuci. semasa mencuci, air sabun yang digunakan untuk membasuh badan kereta telah bercampur dengan air sabun yang telah digunakan untuk mencuci ring tayar yang terdapat najis tadi. Kemudian pekerja tersebut membilas dengan air biasa. Persoalan saya, jika pasti air kencing tersebut ialah air kencing anjing, perlukah saya menyamak keseluruhan kereta saya. Bagaimana pula dengan tangan saya dan anak2 saya yang telah memegang kereta yang telah bersih dibasuh tersebut. Adakah perlu disamak. Mohon penjelasan dari ustaz. Wassalam.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      oleh kerana anda sendiri tak tahu air kencing apa itu, maka hukumnya memadai hanya dengan basuhan biasa. pastinya kereta itu dibasuh dan dibilas. oleh itu, sucilah ia dari najis.
      tiada apa perlu dibuat pada tubuh anda dan anak-anak anda.

  88. Tapi ustaz saya yakin air kencing tersebut ialah air kencing anjing sebab sebelum itu saya ada pergi ke rumah kawan saya yang mana memang terdapat anjing di kawasan tersebut. Harap maaf kerana menyusahkan usraz.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      bagi kes awak ini, di sisi hukum, air itu hanya dianggap air kencing anjing, jika awak nampak dengan mata sendiri bahawa anjing kencing di situ.
      tinggalkan was2 yg hanya akan menyusahkan diri awak sendiri.

  89. Salam ustaz. Saya nak tanya. Saya ke ladang kawan saya yg banyak bela binatang. Saya masuk ke satu kandang itik ni. Di dlm kandang itik ni diletakkan satu cage berbumbung yg dulunya pernah digunakan utk menjadi tempat tinggal seekor anjing di ladang itu. Saya ingat betul cage tu. Setelah anjing dihantar ke tempat lain, cage tu terletak je tanpa digunakan. Lama juga dlm beberapa bulan dah tak guna. Baru hari yg sama saya pergi, cage dipindahkan ke kandang itik tu. Masa saya masuk tu, anak kawan saya ni pegang kunci cage tu pasal nak buka tapi susah kot pasal dah lama tak digunakan. Dah berbulan dibiarkan tidak digunakan, kerana anjing itu dah dihantar ke tempat lain. Anak kawan saya tu pulak ada pegang seluar saya dan ibu serta kakak saya selepas itu. Siap dukung dgn mereka. Perlukah saya sertu seluar saya itu? Seluar dah masuk mesin basuh plak tu. Baju yg lain mcm mana? Macam mana pula seat kereta yg terkena tempat seluar yg disentuh anak kawan saya tu. Mohon ustaz jelaskan. Terima kasih.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      tak wajib sertu kerana tiada bukti konkrit bahawa terdapat najis anjing pada kunci atau gate itu. ia hanya andaian sahaja yg tak boleh digunapakai bagi menetapkan hukum dalam eks anda ini.

      1. Bagaimana kalau kunci cage tu pernah dijilat anjing. Anak kawan saya pegang plak. Sentuh plak kitorang. Cage tu mmg dah tak digunakan berbulan-bulan. Adakah najisnya telah hilang? Saya khuatir la ustaz. Sampaikan kalau duduk kat dlm keta pun takut geli pasal seluar tu pernah kena pegang tu. Utk makluman ustaz cage tu mmg lama dibiarkan berbulan sejak xde anjing tu. Geli la pulak ustaz.

        1. Muhammad Haniff Hassan

          kalau2 tu semua adalah andaian. hukum tak boleh dibina atas andaian. jika hukum dibina atas andaian, macam2 andaian boleh dibuat dan hanya akan menimbulkan kesulitan. islam agama mudah bukan untuk menyusahkan manusia.
          kalau dah dihukumkan tak najis, tak perlu khuatir apa2 dan geli. itu semua hy pembuka was2 setan yg mahu menyusahkan awak sahaja.

          1. 1) Maaf ustaz, saya memang seorg yg perlu dgr pendapat dari ustaz utk saya lebih yakin. Kalau tidak saya merapu fikir itu ini. Maksudnya saya tak perlu sertu dan biarkan sahaja?

            2) Cage tu dah lama dibiarkan. Nak dikatakan mmg dah kena hujan, tempias, angin, panas semua. Dan tak guna dah pun. Dalam fikiran saya mmg saya rasa dah tak bernajis pasal dah lama. Cuma saya ni jahil sikit, mmg nak dapat pendapat dari ustaz.

  90. Assalam Ustaz,

    Saya ada 3 persoalan.

    Saya menetap di luar negara dan apabila membeli barang makanan packaging akan ada isu halal haram. Persoalannya saya ada terpegang brgan (jelly) yang terdapat pork gelatin ketika membaca kandungannya, walaupun terdapat pembalut plastik tetapi bau jelly itu melekat di tangan menjadikan saya was-was adakah tangan saya bersih?

    Di sini ada sabun yang terdapat kandungan tanah yang boleh digunakan utk menggantikan tanah, walaupun tidak darurat sehingga terpaksa menggantikan tanah dgn sabun. adakah dibolehkan menggunakannya?

    Di sini membeli mainan/pakaian dsb secara online adalah perkara biasa baru/terpakai. Persoalannya adakah pakaian/mainan bersih/suci sekiranya pengguna sebelumnya membela anjing? Ada mainan soft toys yang saya beli terdapat bulu anjing. Bagaimana cara membersihkannya, adakah dengan 1 kali tanah dan 6 kali air seperti mazhab shafiee? Bagaimana dengan mainan plastik (tiada kesan bulu melekat). Adakah perlu dibersihkan dengan cara yang sama? Bagaimana pula tangan/perkakas saya yang terkena barangan ini?

    Mohon pencerahan dari Ustaz.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      1. tak najis kerana a) anda hanya pegang plastik pembalut, b) bau berasal dari wap dan apa yg sudah jadi wap bukan lagi dianggap sebagai zat yg najis. sebagai contoh, jika anda ke kedai makan, lalu terbau masakan babi, ia tidak menajiskan anda. juga, jika anda ke zoo atau kg lalu terhidu bau babi yg datang dari kandangnya, tidak menajiskan anda.

      2. boleh guna (lihat http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-melakukan-samak-najis-mughallazah-menggunakan-sabun-tanah-liat )

      3. saya berpendapat adanya bahan seperti bulu tidak memadai utk hukumkan ia bulu anjing keraana boleh diandaikan ia bulu kucing atau bulu sintetik atau benda2 lain. selama mana andaian ini valid, maka hukum asal tetap berlaku = benda itu suci. kecuali jika anda hantar bulu tu ke lab dan dibuktikan secara sains bahawa ia mmg bulu anjing, maka ketika itu telah ada bukti jelas ttg najis.

      moga bermanfaat.

  91. Assalamualaikum ustaz,
    Saya selalu ada masalah was2 yg melampau. Saya pernah nmpk baju yg saya sidai jatuh dr ampaian dan bju sya digigit anjing. Saya buang baju tu. Saya tak pegang guna tgn saya, saya guna plastik utk pegang baju tu dan buang. Sekarang ni saya was2 sama ada sy perlu sertu tgn saya atau tidak, memandangkan sy tak pegang dgn tgn saya. Sekiranya perlu, adakah brg2 lain yg saya pegang perlu disertu jugak. Harap jawapan ustaz dpt membantu sya sbb dah lama saya risaukan mengenai perkara ni.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      tidak ragu2 lagi bahawa hukum tangan anda tidak najis kerana anda pegang menggunakan plastik. lagi pun, tak jelas samada anda pegang bahagian baju yg kena gigit atau bukan.
      tiada apa yg perlu anda lakukan.
      buang sahaja was2 itu hanya membuka pintu bisikan setan utk menyusahkan anda sahaja.

  92. Salam. Saya nak tanya. Saya selalu ada masalah was-was dalam wuduk, solat dan sertu. Saya selalu rasa was-was sama ada saya sudah sertu dengan betol atau tidak. Dan kdg2 saya selalu ulangai sertu saya, kerana takot sertu saya tidak diterima.

    1) Semalam saya keluar dari rumah dengan memakai slipper. Jadi saya rasa was was jika ada anjing lalu lalang di kawasan luar rumah saya. Saya mcm rasa kaki saya basah. Tapi saya tak nampk pun ada anjing lalu di situ. Apakah harus saya lakukan? Haruskah saya sertu?

    2) Jika saya kena sertu kaki saya, adakah perlu saya sertu keseluruhan badan saya jugak, dari rambut ke kaki? Ataupun di kaki saya saja? Kerana saya rasa was-was. Mestikan sertu semua pakaian dan barang2 lain?

    3) Apakah membatalkan sertu, membuat sertu anda tidak sah?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      terus terang saya katakan segala masalah yg awak tanya adalah tak valid dan bukan satu masalah langsung.
      masalahnya ialah anda telah dihidapi penyakit was2.
      penyakit inilah yg perlu anda ubati.
      selagi anda tak ubati penyakit ini, akan terus timbul dalam diri anda 1001 persoalan dan masalah (yang sebenarnya bukan masalah) seperti yg anda tanyakan.
      ambil langkah segera utk rawat was2 anda, baca di sini

      http://haniff.sg/kemusykilan-agama/kemusykilan-agama-diserang-was-was/

      http://abahyasir.com/2014/01/26/petua-hindari-masalah-menurut-islam-kecelaruan-obsesif-kompulsif-ocd/

      https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10202873711500851&set=pb.1143995003.-2207520000.1393299311.&type=3&theater

      1. Jadi saya mahu kepastian sahaja, saya tidak perlu lagi sertu dan ulang lagi sertu saya jika saya rasa was-waas? Saya cuma perlu hindari daripada rasa was-was dan tidak perlu peduli?

  93. assalamualaikum ustaz,

    kes saya begini.. pagi tadi saya telah melalui kawasan perumahan non muslim. kebetulan ada seorang warga cina sedang membersihkan halaman rumahnya dengan memercikkan air hingga mengalir ke jalan. pada masa itu ada anjing disisinya.. saya takut beliau membersihkan halaman rumahnya atas alasan mahu membersihkan najis anjing. adakah saya perlu samak kasut saya kerana saya telah terpijak air yang mengalir dia atas jalan raya tersebut. terima kasih

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      tak perlu kerana apa yg ada di fikiran awak hanyalah andaian sahaja.
      najis hy berlaku jika awak terkena anjing itu atau awak nampak dengan mata kepala awak air kena anjing terpecik pada awak.

  94. As salam Ustaz. Saya tinggal di kawasan perumahan yg berbilang bangsa. Ada di antara jiran2 saya yg non muslim membawa anjing mereka berjalan2 betul2 depan rumah saya setiap pagi petang dan malam. Kami terpaksa menggunakan jalan yg sama untuk meletak dan menaikki kereta kami di seberang jalan. Suami saya selalu meletakkan kereta nya di tempat letak kereta di mana di tempat itu tuan2 anjing membawa anjing2 mereka berjalan2 dan berak di situ. Saya sentiasa memikirkan bekas tapak anjing di jalan depan rumah dan tempat letak kereta itu. Terdapat juga byk kereta meggunakan jalan yg sama. Apa yg saya perlu buat mempastikan kami suci dari najis anjing sbb perkara ini da jadi kebiasaan mereka setiap hari.

  95. Salam ustaz…kawan serumah saya ada menggunakan berus lukisan…perlukah saya menyiasat bulu berus tersebut samada bulu babi atau tidak? Atau tidak perlu?

    Lagi satu jika tayar kereta melalui jalan yg telah dilintasi anjing dan selepas itu selipar saya pijak bekas laluan tayar kereta tersebut, perlukah sertu selipar tersebut?

  96. Ustaz saya ingin bertanya…jika seluar yg terkena najis terus dimasukkn ke dalam baldi yg berisi air sabun dan selepas itu dibilas dengan air biasa…semasa menjemur, ketika memerah seluar tersebut,masih ada air sabun yg keluar…adakah air sabun tersebut masih ada najis dr seluar tersebut atau bersih?maaf kalau menyusahkan ustaz dengan pertanyaan saya ini..

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      tidak. bila awak bilas seluar itu pada kadar yg patut sudah dianggap suci, walaupun sabun masih ada. itu hanya petanda sabun perlu lebih banyak masa utk hilang, bukan tanda, najis belum hilang.

  97. As salam ustaz…seluar saya yang terkena najis dimasukkan terus ke dalam baldi yg berisi air sabun tanpa membersihkan dahulu najis tersebut dan selepas itu dibilas dengan air biasa…semasa hendak menjemur, ketika memerah seluar tersebut, masih ada air sabun yg keluar…adakah air sabun yg keluar dari seluar tersebut bersih atau masih ada kesan najis?

  98. Rokisah Ab Majid

    As salam Ustaz. Saya ingin bertanya apa hukum nya jika kita bersalaman dengan orang non muslim yang pelihara anjing dan kawan saya juga pernah mengaku yg dia makan babi. Saya tidak melihat sendiri dia memegang anjing nye atau membeli atau makan babi kerana kami bertemu di pejabat atau tempat lain bukan di rumah dia. Apa hukum nya jika salah seorang atau kedua-dua tangan kami basah? Saya dan suami saya mempunyai perniagaan sendiri dan kami mempunyai pelanggan yg non muslim, jadi sukar bagi kami tidak bersalaman dengan mereka.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      islam anggap manusia tidak najis, baik muslim atau bukan muslim.
      nabi bersalaman dan bersentuh dengan bukan muslim. pak cik dia sendiri bukan muslim. mustahil dia tidak pernah bersentuh kulit. tapi tak pernah ada hadis yg kata dia sertu setelah sentuh mereka.
      selagi tidak ada bukti di depan mata tangan itu bernajis, maka hukumnya suci walaupun org itu makan babi dan pelihara anjing.

  99. Amaran Abu Bakar

    Salam Ustaz,
    Saya ada masaalah begini. Saya mencuci seluar/baju bernajis secara manual. Setelah dijemur kering, terdapat baki tisu/duit/syiling dalam baju/seluar tersebut yang saya tak sedar masih berada didalam poket baju/seluar tersebut. Adakah dikira pakaian saya tu bersih kerana wang kertas/ tisu mungkin berlipat dan tak kena air semasa dibilas.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      basuhan itu sah dan mensucikan termasuk tisu dan duit itu kerana
      a) yg najis adalah seluar, bukan tisu dan duit. oleh itu, kalau tisu dan duit itu tak terbasuh pun tak jejas kesucian basuhan itu.
      b) agak tidah munasabah utk andaikan tisu dan duit itu tak terkena air dan terbasuh kerana biasanya pakaian dalam mesin cuci tenggelam dalam air dan berada dalam tempoh 20 – 30 minit.

  100. salam yang berbahagia ustaz,
    Saya ada 2 soalan
    1. Apakah hukum anggota badan yang basah najis hukmi (tiada bau warna dan rasa ) pada najis yang berat iaitu najis anjing?
    2. Saya ada dengar di u-tube ceramah ustza azhar idrus jika terkena najis hukmi (najis sederhana) anggota badan yang basah yang bersentuhan perlu dibasuh juga? betulkah begitu atau ada pendapat ulama lain yang mengatakan anggota badan yang basah tadi tidak perlu dibasuh?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      salam sila jelaskan pada saya dahulu apa maksud anda dengan najis hukmi dalam soalan 1 dan 2 keraan apa yg awak faham mungkin tak sama dgn yg saya tahu.

      1. Salam ustaz,
        1. najis hukmi – najis berat iaitu contoh air kencing anjing/babi yang sudah hilang kesan bau warna dan rasa..jika kita tersentuh dengan kaki yang basah apakah perlu disertu?

        2 najis hukmi – najis yang sederhana contohnya air kencing yang sudah hilang kesan bau warna dan rasa..jika kita tersentuh dengan kaki yang basah apakah kaki yag basah tadi perlu dibasuh?
        * tambahan – apakah air basuhan najis hukmi dikira air najis atau air mustamal? jazakallah ustaz

        1. Muhammad Haniff Hassan

          salam

          1. di sisi mazhab syafi’ii yang menjadi amalan dan pegangan di rantau ini, wajib mensucikan anggota tubuh yang basah itu kerana bersentuhan najis hukmi yang kering dengan melakukan sertu.
          2. sama seperti no. 1, wajib mensucikan anggota tubuh yang basah itu, tapi dengan cucian biasa sahaja.

          *adapun air cucian yang ditanya, hukumnya ialah air najis kecuali jika ia melebihi dua kolah i.e mencelup benda yang bernajis hukmi ke dalam kolam yang besar.

          namun ini adalah masalah yang memang ada perbezaan pendapat di sisi ulama atau mazhab lain.
          mazhab hanafi dan ulama-ulama lain berpendapat apabila segala zat najis telah hilang (bau, warna dan rasa) secara tabi’i, maka hilanglah najis itu dan benda berkenaan kembali suci.
          ertinya tidak wajib mensucikannya dan tidak menjadi najsi pula apabila menyentuhnya dalam keadaan basah.

          lihat link di bawah.
          http://al-atsariyyah.com/najis-dan-cara-membersihkannya.html
          http://muslim.or.id/fiqh-dan-muamalah/cara-membersihkan-najis.html

          1. Jazkallah ustaz,

            dalam kes najis hukmi ni saya bolehkah saya gunakan pendapat dari mazhab hanafi dalam kehidupan seharian oleh kerana saya berpenyakit kencing tidak lawas? maksudnya dalam masalah najis hukmi ini sahaja iaitu bukan niat untuk campur mazhab tapi supaya tenang dalam ibadah..

          2. Muhammad Haniff Hassan

            salam

            takde masalah apa2 utk gunakan mazhab hanafi dalam hal ini jika mmg ada hajat dan keperluan dari anda kerana kepelbagaian pendapat ulama ini mmg bertujuan utk memudahkan kita.

          3. terima kasih ustaz..ini mmg betul2 membantu saya supaya saya tenang dalam ibadah..mulai hari boleh lah saya gunakan pendapat hanafi ini bagi memudahkan urusan seharian bagi saya yng keuzuran ini..semoga Allah merahmati ustaz dan sentiasa dalam redhaNya..jazkallah ustaz

          4. maaf ustaz ada lagi soalan, adakah pendapat mazhab hanafi dalam kes ini lebih kuat berbanding dengan pendapat mazhab yang lain. Saya pernah terbaca jika kita mengikut sesuatu pendapat yang lebih kuat dari mazhab yang lain itu dibenarkan.
            Jikalau begitu mengamalkan pendapat mazhab tersebut dibolehkan walaupun tanpa keuzuran?
            maaf ustaz banyak tanya saya ni

          5. Muhammad Haniff Hassan

            salam

            saya memang cenderung pada pendapat mazhab hanafi dalam hal ini kerana hujah-hujahnya yang lebih baik;
            1. sesuatu hukum berkisar pada sebab hukum itu iaitu sesuatu dianggap najis kerana ada najis. apabila najis telah tiada, maka tiadalah hukum najis itu.
            2. sains membuktikan bahawa zat najis boleh hilang secara tabi’i.
            3. gunakan air utk sucikan najis mmg lebih baik, tapi najis hanya suci dengan air sahaja. dalam hal ini kembali pada poin 1 dan 2.
            4. pandangan ini lebih memudahkan dan sesuai dengan sifat islam yang mudah.

            dalam hadis ada melaporkan, “Anjing-anjing kencing, masuk-keluar masjid di masa Nabi, dan para Sahabat tidak menyiramnya” (riwayat al-bukhari)

            kalau najis hanya boleh disucikan dengan air, pastinya nabi suruh para sahabat tuang air pada jejak2 anjing yg masuk ke masjidnya.
            hadis ini bermaksud, bila kesan anjing itu kering dan hilang zatnya, hilanglah hukum najisnya. sebab itulah tidak wajib disiram air dan tidak menajis kaki2 yg pijak atasnya jika basah.

            islam tidak mewajibkan orang melayu bermazhab syafi’ii.
            secara teori, orang melayu boleh berpindah ke mazhab lain.
            secara teori juga mengamalkan pendapat tertentu dari mazhab lain bukan kerana uzur atau darurat juga dibenarkan.
            namun ini memerlukan bimbingan yang baik dari guru dan proses pembelajaran yang betul.
            jika nak camni, kena ngaji agama sungguh2 sampai tahap ustaz kerana kalau org awam / biasa dibenarkan buat seperti ini tanpa bimbingan dan pembelajaran yg betul, nanti akan buka ruang salah guna hingga menyebabkan rosak agama dirinya itu.

            moga bermanfaat.

    2. Faham ustaz, atas bimbngan ustaz boleh la tak saya sebagai orang awam ni amalkan pendapat mazhab hanafi ini hanya di dalam kes najis hukmi ini sahaja tanpa darurat/uzur? (kiranya mintak ijazat dari ustaz nak amalkan mazhab hanafi dalam isu ini)?

  101. mengnai air dari kaki yang terkena najis hukmi dari u-tube ustaz azhar mengatakan najis tidak berpindah yang saya paham air dari kaki dan sekaligus air basuhan juga tidak najis. macam mana tu ustaz? mungkin saya silap paham tp saya sudah pegang pendapat dari u-tube ini
    https://www.youtube.com/watch?v=AAFKTn_XsHE

    Published on 5 Apr 2013

    Soalan:
    adakah najis hukmi boleh berpindah contohnya pada lantai simen yang terkena air kencing, 3 hari kemudian ia kering kemudian kita pijak simen itu dalam keadaan kaki kita basah. adakah berpindah najis itu?

    Ustaz Azhar Idrus:
    Tidak, menurut pendapat yang muktamad, kaki kita sahaja yang wajib kita basuh, bersihkan, nampak dak, neh, kerana sedikit saja dihukumkan najis pada kaki, memandangkan najis asal tempat kita pijak adalah hukmiyyun (hukmi) semata-mata, yang tidak lagi ada zat. sebab hukmi ni takdok bau, takdok warna, takdok zat.. hanya hukum sahaja kerana belum dibasuh.. airnya diserap oleh matahari dah, 4 hari dah kencing situ licin nya ditarik (oleh) matahari, cuma bekasnya sahaja Islam ini menggalakkan kebersihan sungguh-sungguh – (maka) diwajibkan jugok lalukan sekali air, kerana najis hukmi..

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      komen saya ttg penerangan ust azhar:
      1. dia kata ikut pendapat muktamad, ertinya ada pelbagai pendapat dalam hal ini yg berbeza. dia pilih satu pendapat yg disisinya lebih kuat.
      2. tapi dalam jawapannya ada semacam percanggahan. dia kata tidak pindah najis, tapi pada waktu yg sama dia kata perlu juga bersihkan kaki itu dengan cuci (kalau kaki itu tak bernajis, kenapa perlu cuci?). dari sudut kedua ini, tiada percanggahan dengan kata-kata saya. sebaiknya dapatkan penjelasan dari ust azhar sendiri kerana dia lebih tahu maksud dari kata-kata dia.

      kesimpulannya, jika anda telah cuci anggot atubuh yg basah dan terkena najis hukmi, maka tak de masalah apa-apa, samada awak ikut kata ust azhar atau pendapat saya.

      1. jawapan ustaz betul2 ilmiah dan ustaz cepat reply dan tak bosan layan pertanyaan Allahuakbar..saya suka jawpan yng macam ustaz bagi ni iaitu secara terperinci dan mengambil kira pendapat ulama2 mengenai khilfiah hukum…begitu juga jawapan ustaz azhar beliau juga sering bagi jawapn in detail dan pendapat ulama..semoga ramai lagi ulama fekah macam ustaz ni di nusantara sbbnya masalah fekah ini agak rumit..kalau boleh bagi la email ustaz supaya saya boleh bertanya apa2 soalan lain akan datang…jika tidak keberatan

        1. Muhammad Haniff Hassan

          terima kasih.
          segala soalan yg dihantar melalui halaman saya ini akan pergi ke emel saya.
          jadi boleh hubungi saya melalui halaman ini.
          jika ada kemusykilan, tak perlu pergi ke kemusykilan tertentu di halaman ini.
          pergi sahaja ke menu ‘hubungi saya’ dan pos di situ.
          insyaallah ia akan sampai ke emel saya.
          saya akan cuba balas secepat mungkin.
          cuma pada hujung minggu, respon saya mungkin akan tertangguh ke hari kerja i.e. isnin kerana kesibukan di hujung minggu menyulitkan saya untuk baca emel dan menjawab.

          salam 🙂

  102. Assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanya berikut
    1) apabila merbersihkan najis selepas membuang air kecil ataupun Air besar dengan air paip, pasti ada percikan air. Adakah dianggap najis jika terkena
    Percikan ini? Membuat saya ragu tiap kali bersuci.

    2) di public toilet ketika bersuci dengan kertas tisu.. Jika seluar terkena najis (tidak pasti samada najis kerana mungkin dari percikan ketika flush),Adakah seluar panjang yang dipakai diatas dianggap najis dan juga kerusi yang diduduk selepas itu dianggap najis?

    3) jika membasuh pakaian yang dianggap najis.. Percikan air dari paip adakah najis?

    Terima kasih.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      1. tidak najis kerana a) air paip ialah air yg mengalir, b) tak pasti percikan itu datang dari air yg kena najis atau air yg dah bersih. oleh itu, diandaikan sahaja ia adalah percikan air bersih.
      2. jika kita tidak pasti samada sesuatu benda itu najis, maka hukumnya kembali kepada asal, iaitu benda itu bukan najis sehingga ada bukti yg tidak meragukan. oleh itu, seluar itu tidaklah dianggap bernajis.
      3. tidak, sama seperti jawapan 1.

  103. Assalamualaikum ustaz. Seperti diketahui peniaga cina (motorsikal) yang menjual daging khinazir akan menggunakan bekas aluminium yang tertutup rapat untuk mengisi daging tersebut. Sewaktu ingin menyeberang jalan tiba2 motorsikal tersebut lalu berhampiran saya. saya tak pasti terkena atau tidak bekas tersebut dan juga tak dipastikan kandungan kotak tersebut melainkan melalui andaian sahaja.
    Soalan saya…. jika terkena bekas tersebut dan juga tangan lelaki cina tersebut perlukah saya sertu. Ini bertul2 merungsingkan saya. Harap ustaz dapat membantu, Terima kasih

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      1. jika anda tidak pasti samada tong itu kena anda atau tidak, maka hukumnya kembali kepada asal iaitu tidak kena. maka tiadalah najis pada diri anda yg perlu disertu.

      2. jika pun tong atau tangan cina itu kena badan anda, ia tetap tidak dihukumkan najis kerana kena tong berisi khinzir tak bermakna anda kena khinzir. hanya jika anda pasti bahawa bahagian tong yg kena anda adalah bahagian yg ada najis, barulah anda di kira kena najis. jika tidak, tiada hukum najis kerana ia hanya satu andaian dan wasangka sahaja.

      3. tangan seorang cina yg makan khinsizr jika sentuh kita tak menjadikan kita bernajis kerana manusia dijadikan tuhan mmg tidak najis.

      sila baca segala soalan2 di atas kerana byk soalan yg hampir serupa utk dijadikan pelajaran.

      hentikan was2.

      moga bermanfaat.

  104. As Salam ustaz.
    Saya ingin bertanya berkaitan masalah was was saya terhadap najis. Begini kisahnya ustaz. Saya seorang pelajar di sebuah pusat pengajian tinggi di KL. Pernah suatu masa Disember lepas saya melalui jalan di fakulti saya dan ternampak tapak kaki anjing bertanah yg sudah kering tetapi saya tidak memijaknya. Saya tak pasti kawan saya pijak atau tak. Sesudah itu, kami berdua ke bilik bacaan dan masa tu saya terfikir bagaimana la kenajisan kawasan yg telah kami pijak. Saya jadi geli dan was was sampai sekarang. Nak berjalan pun geli rasa tapak kasut sekiranya terkena kawasan tersebut. Kadang kadang kawan saya selalu letak bag di bawah. Saya jadi geli kalau terkena saya. Dengan wayar laptop lagi yg terkena lantai. Hari ini saya ke fakulti lagi dan masa nak balik masuk kenderaan, kasut kiri saya terkena kasut yg sebelah kanan sedikit di permukaan so nampak tanda hitam pasal saya pakai kasut kanvas putih. Geli pula saya najis termasuk dalam kaki di bahagian depan. Saya terlalu fikir perkara seperti ini. Saya jadi rimas dan geli dgn kelakuan saya ini. Boleh ustaz bantu jelaskan perkara ini dan kenajisan dan apa yg perlu saya buat terhadap kasut dan aktiviti saya di fakulti. Serta apa cara saya nak tinggalkan perkara ini.

    Terima kasih ustaz.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      jelas sekali was2 anda adalah gangguan syaitan yg hanya ingin menyusahkan anda dalam mengamalkan agama.
      anda telah katakan bahawa anda sendiri tidak pasti samada kawan anda pijak atau tidak bekas itu dan anda sendiri tidak pijak bekas itu.
      oleh itu hukumnya jelas bahawa anda tidak bernajis kerana mmg anda tidak pijak dan kawan anda juga tidak membawa najis utk menajisi tempat2 lain kerana tiada kepastian bahawa dia telah memijak najis.
      apabila tiada kepastian maka hukum kembali kepada asal iaitu suci hingga ada bukti konkrit.
      hukum asal yang yakin (suci) tidak boleh diubah oleh ragu2 / was2 / syak wasangka.
      kesimpulannya tiada alasan utk anda rasa geli, rimas dsbg.
      kesemua itu hanyalah gangguan syaitan utk menipu anda.
      tiada siapa yg boleh ubah pemikiran anda kecuali diri anda sendiri.
      terserah anda sendiri samada nak layan perasaan itu (yg datang dari syaitan) atau buang jauh2.
      buanglah sikap anda itu sebelum menjadi lebih buruk.
      sila baca http://haniff.sg/kemusykilan-agama/kemusykilan-agama-diserang-was-was/

  105. Salam ustaz. Nak tanya something. Jiran saya dulu India bela anjing. Now dah tukar jiran rumah baru reno. Masa reno banyak je simen dan pasir atas lantai tu. Jiran baru ni India jugak but anjing dia kurung kot. Tapi lantai porch keta yg anjing selalu duduk dan pijak dulu tu tak ubah. So tadi jiran baru ni cucu lantai porch keta, air cuci tu lalu depan rumah saya. Saya cuba elak, tak kena. Cuma masa jalan depan rumah dia, saya rasa cam terkena percikan air pada lengan tangan kanan padahal tangan kiri yg hala sebelah rumah tu. Tengok kat tangan takde pun tanda butiran air. Saya tibe2 terfikir. So ini gangguan syaitan kot nak bagi was was. Say something ustaz. Tak najis kot kan?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      memang sah tak najis. jangan dilayan was2 itu. ia langkah pertama syaitan nak mempermainkan anda.

  106. Ustaz, saya mahu bertanya..
    Ibu saya membasuh baju menggunakan mesin baju automatik. Yang biasa digunakan.
    Walaupun telah dipisahkan baju dan seluar dalam, pastikah ia suci? Bagaimana ingin yakin yang tiada najis kerana baju bukan milik saya sorang tapi satu keluarga.
    Jika tidak dibilas dahulu lalu masuk ke dalam mesin, adakah suci? Saya rasa suci kerana biasanya washing machine akan membilas air sabun di dalam. Betul ke? Mohon diterangkan hukum.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      ramai ulama masa kini berpendapat kaedah basuh guna mesin cuci zaman ini adalah suci dan menyucikan tanpa perlu dibilas lagi.
      selama mana tiada bukti baju2 itu bernajis, maka hukumnya adalah suci tidak bernajis dan segala keraguan tidak boleh dijadikan alasan hukum.

      sila lihat di link bawah

      http://www.e-infad.my/FMS_en/index.php?option=com_fatwa&task=viewlink&link_id=1824&Itemid=59

      http://soaljawab.wordpress.com/2008/02/24/mencuci-pakaian-bernajis-dengan-washing-machine/

  107. Assalamualaikum ustaz ada soalan lagi:
    1) Jika seluar dalam terkena sedikit najis, adakah seluar panjang juga dianggap najis?
    2) jika rasa ada seperti buih di vagina, adakah itu najis? Dan membatalkan wudhu?

      1. 1) jika tidak tahu, ia kembali kepada asal dan seluar dianggap suci?
        2) di sini saya bukan bertanya tentang keputihan.. Tetapi buih yang seperti kentut di depan..

        1. Dan yang ustaz beri link di atas.. Kira keputihan yang biasa keluar adalah suci tapi membatalkan wudhu.. Cuma harus membersihkan dan wudhu.. Bagaimana untuk membersihkan yang memadai? Harus beristinjak atau lap saja memadai?

        2. Muhammad Haniff Hassan

          1. ya
          2. buihkan mesti berasal dari cairan. tiada cairan, takde buih. kalau yg seperti kentut bukan buih, tapi angin 🙂 dalam hal ini ada dua pendapat, a) tak batal wuduk dan solat, lihat di http://www.fiqihwanita.com/batalkah-shalat-jika-kentut-dari-kemaluan/ b) pendapat kedua kata tak najsi tapi batal wuduk dan solat, lihat di http://www.youtube.com/watch?v=i7pGiXoEsWU

          kedua2 pendapat ini mengatakan angin bukan najis.

          lihat perbahasan kededua pendapat di http://almuslimah.wordpress.com/2008/06/08/angin-yang-keluar-dari-kemaluan/

          saya condong pada pendapat 2a.

          1. Muhammad Haniff Hassan

            tisu dibasahkan lalu dilapkan ke tempat tu, bukan lap dengan tisu kering.

          2. Muhammad Haniff Hassan

            ooohh sori ada kekeliruan sikit
            1. yg saya katakan renjis dan lap pakai tisu basah tu kalo keputihan atau cairan itu kena seluar dalam.
            2. kalo kemaluan, perlulah istinjak. istinjak boleh guna air i.e. cebok atau lap pakai tisu kering (bagus basah, tapi boleh kering) sama seperti kalo kencing. lepas beristinjak, barulah berwuduk.

          3. Muhammad Haniff Hassan

            tambahan… sebagaimana dalam isu keluar angin dari vagina, terdapat perbezaan pendapat ulama juga mengenai status apa jua cairan yg kelaur dari vagina perempuan.
            lihat perbahasannya di sini http://abul-jauzaa.blogspot.sg/2009/09/najiskah-lendir-dan-keputihan-yang.html
            all this while.. jawapan saya berdasarkan pada premis dan pendapat yg menghukumkan keputihan itu adalah najis kerana ia lebih selamat (prudence).
            saya mungkin terlepas pandang soalan anda yg berpremiskan keputihan tidak najis. jika anda condong pada pendapat ini, mmg tidak wajib basuh seluar dalam dan istinjak.

            salam

          4. Ini yang membuat confuse.. So najis ke tak najis?
            Dan jika darah haid tembus ke katil, adakah menghilangkan darah itu menggunakan tuala basah memadai?

  108. Assalamualaikum ustaz. Tadi saya naik teksi. Saya ternampak bulu pada karpet teksi tu. Tak sure bulu apa. Saya tak pasti kena kasut saya ke tak. Saya was was. Perlukah saya sertu kasut saya? Kenapa?

      1. So, takyah sertu ke ustaz? Dibuatnya kot kot bulu anjing ke? Tapi cam halus je. Mungkin gak bulu kucing. Biar je ke ustaz? Kasut saya selalu bawa masuk rumah plak tu. Takut sesiapa terpijak kesan tu nanti.

        1. Muhammad Haniff Hassan

          dah dijawab banyak kali di atas tu. apa jua yg tak pasti najis, kekal hukumnya suci. tak boleh kalau.. kalau .. kot.. kot atau..atau..

          1. Ok ustaz. Terima kasih. Lega sikit saya. Saya ni asyik was was je. Selalu kena marah dgn mak pasal was was ni. Tapi bila kena marah tu tak jadilah was was. Semoga kehidupan ustaz sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah dgn perkongsian ilmu sebegini.

  109. Ustaz saya mahu tanya soalan. Area rumah saya ada anjing. Dulu pernah rehat baring atas simen depan gate rumah. Lama dulu. Mummy selalu sapu simen tu tapi tidak semasa anjing itu ada. Najis ka penyapu yg guna itu? Saya terkena biji polisterin yg ringan itu di kasut saya yg ada byk atas lantai car porch. Mungkin dari dlm penyodok sampah yg ada penyapu itu. Waktu itu angin. Bagaimana ustaz? Najis ka?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      tak de najis bagi penyapu, lantai, penyodok sampah dan apa2 lah yg berkaitan di situ.
      apabila anjing berlalu, najisnya dianggap hilang disebabkan cuaca.
      ini dinamakan suci dari najis atas sebab-sebab tabi’ii.
      kalau tak nanti satu kampung dihukumkan najis kerana adanya anjing berkeliaran dan baring2 di kawasan tu 🙂

  110. Tadi sewaktu sy pulang dari kerja sy ternampak seekor anjing dlm kawasan rumah sy(parking kereta) sy nk tanya apa yg perlu sy lakukan..perlukah sy sertu atau samak..

  111. Ustaz, saya ada masalah baru yg confuse kan saya. Tadi ambil taxi. Mulanya x perasan. Tiba tiba saya ternampak plastik bag daging kering yg tak halal di dalam taxi tu. Elok je tergantung belakang driver. Tak kena pun saya. Tidak mengapakah ustaz? Mana tahu daging yg dimakannya tu terkena tempat duduk. Tadi saya berpeluh.

    Yg kedua, tadi sampai je destinasi ada contruction, ternampak nampak macam tapak kaki anjing. Dah kering cam tapak kaki terpijak tanah. Tapi tak pijak pun. Cuma saya terfikir2.

    Terima kasih terlebih dahulu atas komen ustaz.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      kesemua itu tidak menajiskan anda.
      buanglah sifat was2 kerana ia membuka pintu gangguan syaitan.

  112. as salam ustaz, saya pernah nampak 2 ekor anjing di kawasan garaj kereta kawan saya. keesokan harinya saya lalu di garaj tersebut untuk memanaskan enjin kereta kawan saya. masa balik ke rumah, saya rasa was2 perlu ke samak/sertu baju dan kaki saya kerana khuatir terkena air liur atau bulu anjing. saya risau mana la tau anjing tu gesel badan dia kat kereta ke atau dia jilat kereta tu ke.

    tapi, sebab masa tu saya samak/sertu saja kaki dan sebaldi baju saya sebab dah bercampur dengan baju yang saya pakai masa saya lalu kat garaj tu. tiba2 baru teringat, baldi tu kena samak jugak ke sebab baldi tu digunakan untuk letak baju tu. baldi tu juga saya dah letak baju2 lain, dah basuh pun baju2 tu semua. perlu samak semula ke semua?

    minta maaf banyak yang saya gusarkan. bila baca komen2 ustaz di atas, saya rasa tak perlu pun samak atau sertu tu sebab saya tak yakin pun asalnya ada najis atau air liur. tapi saya mohon ustaz jawab. saya sedar kadang2 was2 saya tak bertempat.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam soalan sebegini dah saya jawab di atas.
      jawapannya ialah tak wajib sertu sebagaimana yg disebutkan dalama hadis mengenai anjing berkeliaran di masjid nabi.
      sila rujuk beberapa soalan di atas.

  113. Ustaz, nak tanya. Tadi saya menaiki kereta kawan saya. Dia tinggal di satu flat yg ada tempat cuci kereta. Dulu saya pernah cuci motor di situ kerana terlanggar najis anjing. Saya khuatir pulak bagaimana kalau kereta kawan saya tu juga dicuci disitu. Bernajis lah kalau berus dan kain pengelap yg sama digunakan. Saya pun pegang pembuka pintu tadi dan terkena pada badan kereta. Mesti getah lapik kaki kereta tu diberus juga kan. Was was la ustaz. Mohon penjelasan ustaz.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      saya dah jawab byk kali di atas, tak de kalau2, andai2 ttg najis.
      kalau kamu tak pasti dan tiada bukti konkrit, hukumya tidak najis atau hukumnya suci dan itulah hukum bg soalan yg kamu tanya.
      tinggalkan was2 kerana ia dr setan.

  114. salam ustaz..saya nk tanya..adakah bristle itu adalah bulu babi?di rumah saya ada berus gigi yg ditulis charcoal bristle…abg saya yg pki…harap ustaz boleh membantu..

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      setahu saya bukan semua bristle dari bulu babi dan kebanyakan bristle bagi berus gigi dari plastik.
      mengenai berus yg kamu tanya saya tak dpt memberi jawapan pasti kerana saya tak tahu….maaf.
      sebaiknya anda tanya syarikat pembuatnya.

        1. Muhammad Haniff Hassan

          kalau abang awak tak rasa bingung dan takde masalah apa2.. buat apa nak bagi tahu dia.
          kalau dia tak sucikan diri pun, kan tak mengapa kerana mmg tak berlaku najis.
          lepas ini.. jgn pikir pasal kes ni lagi.

  115. As Salam ustaz. Saya nak bertanya. Soalan ada mirip seperti yang sebelum ini di atas. Saya tak dapat untuk kaitkan walaupun cuba. Saya menaiki bus. Bus sangat pack. Ada Chinese berdiri di tepi tempat duduk saya dan dia bawa plastic bag dried meat yang tidak halal. Seperti baru dibeli. Kedudukan dia sangat dekat dengan saya sehingga plastik itu terkena arm rest saya kerana saya duduk di aisle. Plastik juga terkena kerusi depan saya. Saya jadi risau sekiranya terkena. Karena malas untuk sertu. Saya cuba jauhkan kedudukan saya. Tetapi dengan tak disangka Chinese tadi sentuh saya untuk bertanya. Terus saya down dan tiada mood. Karena pastinya tangan itu sudah memegang dried meat semasa di kedai itu. Dan dia juga bertukar-tukar tangan kanan dan kiri untuk memegang plastic bag dried meat itu. Semasa ingin turun bus, seluar saya terkena kerusi depan di tempat terkena plastic bag tadi. Kawan saya pula buat seperti tiada apa-apa walaupun dia tersentuh arm rest dan kerusi depan semasa turun bus. Soalan saya:
    1) Perlukah saya sertu tempat Chinese itu menyentuh saya?
    2) Perlukah saya sertu part seluar saya yang terkena itu?
    3) Bag saya juga terkena bahagian seluar tadi. Perlukah saya sertu?
    4) Apakah yang perlu saya buat untuk keadaan ini?

    Saya confuse ustaz. Karena Chinese yang membawa plastic bag itu memang sangat rapat dengan saya.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      tiada najis apa2 pada diri dan pakaian awak.
      tak perlu menyertu apa2.
      yg menyentuh adalah plastik pembungkus daging bukan daging itu.
      tak jelas, samada luar plastik pembungkus itu benar2 kena najis.
      kalau ada yg tekena najis pula, tak jelas samada yg sentuh tu bahagian yg kena najis atau tidak.
      oleh kerana hukum tidak boleh atas dasar andaian dan ketidakjelasan, maka hukum asal iaitu suci kekal.
      hentikanlah was2 dalam diri.
      ada perkara yg lebih besar dan penting dalam agama ini dari soal najis anjing dan babi.
      jgn biarkan diri anda ditipu oleh syaitan utk obsessed dgn perkara sebegini.

  116. salam ustaz saya nk tnye soalan
    1) sy rsau dgn kesucian lntai rumh sy sbb adik sy umur 6 thn kdg2 kalau die kncing 2 sy x sure lps die keluar bilik air tu kaki die masih ad sisa2 kncing sbb die x tau sgt tp sy da ajar die cmne nk basuh btol2 cme stiap kali die buang air tu sy rse ragu2 gak..hari tu die ada keluar bilik air tapi die belum basuh kemaluan die lagi..(adik saya ni degil sikit ustaz).lpas tu saya marah la die sbb saya risau air kencing die mungkin terkena lantai atau pada kaki die mungkin ada sisa kencing..macam mana ustaz mak saya dan family saya pijak tempat tu saya risau mungkin najis tu merebak ke tempat lain..perlu ke saya basuh satu rumah ustaz..perkara ni sgt merunsingkan saya..
    2)ada komen diatas ustaz beritahu kalau basuh mesin basuh tu ulama berpendapat suci sekiranya ada najis yg tercampur..tp ustaz rumah saya ni guna mesin basuh manual jd air yang dialirkan tu ke bilik air..adakah air basuhan tu dikira mutannajis sekiranya ada najis..kadang2 saya takut jgak nak pijak air tu kemudian jalan2 diats lantai rumah..bantu saya ustaz sebab saya ni mmg ada sakit waswas..

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      saya dah jawab banyak kali di atas tu.. takde tapi..tapi ..kalau..kalau.. andai..andai.. dalam soal menentukan najis.
      jika awak tak pasti, hukumnya kekal suci. oleh itu tak timbul soal najis dari anak awak itu kerana perasaan awak itu cuma was2 dari setan yg hendak menyusahkan diri.

      biasanya mesin basuh auto atau manual memerlukan 2 atau 3 kali basuhan, iaitu air masuk dan keluar. maka, air yg dibuang dari basuhan kedua dan ketiga ke tandas pastinya membasuh air pertama yg dibuang. oleh itu tak timbul soal najis di tandas itu.

      sebaiknya awak dapat rawatan bagi sakit was2 itu kerana selama mana awak tak dirawat selagi itu awak akan dibelenggu oleh pelbagai masalah yg sebenarnya bukan masalah pun.

  117. tp ustaz bagaimna kalau air basuhn pertama tu dipijak sblm air bsuhn kedua dan ketiga dialirkn?minta maaf ustaz kalau saya bertanya..

  118. Salam..ustaz, sy nak tanya..satu hari saya menaiki kereta di jalan raya yang basah kerana hujan. Semasa melalui satu selekoh terdapat anjing di tepi jalan sy menggoyang2kn tubuhnya (untuk mengeringkn badannya yang kena hujan). Dan saya khuatiri air percikan dari tubuh anjing tersebut mengenai kereta sy. Adakah kereta sy wajib disamak? Sesampai dirumah sy telah menjirus kereta sy dengan air paip..

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      tak najis kerana awak sendiri tak pasti samada air anjing tu kena kereta atau tidak. ia cuma agakan awak sahaja dan hukum najis tidak boleh berdasarkan agakan.

      1. Maaf ustaz, saya nak tanya lagi kalau misal kata kedudukan anjing itu adalah di sebelah kereta saya dalam jarak 1 meter (betul2 di bahu jalan) dan memang jelas saya lihat anjing itu mengibaskan badannya..saya tidak nmpak percikan kerana saya duduk tmpat memandu manakala anjing itu di belah bahagian penumpang di sebelah satu lagi..maaf banyak bertanya pada ustaz..

        1. Muhammad Haniff Hassan

          tetap tak najis.. yg kamu nampak dia kibas badan.. tapi kamu tak pasti air tu kena kereta atau tidak. kamu sendiri kata kamu tak nampak pasal duduk kat tempat pemandu. ertinya, cuma andaian kamu saja.
          islam tu mudah. jangan susahkan diri dengan andaian yg tidak akan bersempadan.
          kalau kereta kamu kena najis anjing pun, nak buat apa disertu kerana bukannya kereta kamu diguna utk solat.
          lama2kan najis anjing tu akan hilang sendiri kerana cuaca.

  119. Ya Sheikh ustaz. Apa perlu dibuat dgn situasi begini. Saya tinggal bersebelahan dgn rumah yg punya anjing. Saya mau outing dan sedang kunci gril. Tiba tiba anjing sebelah menyalak karena ada yg pulang dan anjing itu seperti berlari lari dan saya berasa seperti sesuatu di kepala. Rumah saya bersama rumah sebelah dihalang olih tembok simen 6 kaki. Kenapa saya rasa begitu. Atau setan kacau saya. Saya takot itu air liur anjing ka?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      mengikut dari kata-kata anda sendiri, anda rasa sesuatu di kepala, tapi anda tak tahu apa benda itu dan tak pasti dari mana asal usul benda itu.
      ertinya benda itu tidak boleh disabitkan secara yakin datang dari anjing dan ia boleh diandaikan datang dari lain2.
      dengan sendirinya tidak sabit hukum najis kerana tiada bukti yang meyakinkan.
      hal ini boleh dikuatkan lagi dengan hakikat terdapat pemisah tembok 6 kaki antara anda dan anjing.
      ulama berpendapat tidak perlu mencari2 sesuatu perkara yg tidak jelas pada kita samada ia adalah najis atau tidak dan dan tidak digalakkan terlalu berjaga-jaga daripada sesuatu tanpa bukti yakin bahawa ia adalah najis.
      terdapat cerita bahawa Umar bin Al-Khattab dan seorang sahabatnya.
      mereka melalui satu tempat.
      lalu sahabatnya itu terkena air yang jatuh dari sebuah rumah.
      dia pun melaung, “wahai tuan punya corong air ini! air kamu ini suci atau bernajis?”
      lalu umar pun bersuara, “wahai tuan punya corong air! janganlah kamu beritahu dia kerana ia bukan tanggungjawabnya!”

  120. As salam sheikh ustaz. Saya lagi ini. Entah kanapa saya ini. Sebentar tadi saya berjalan ke pintu masuk mall. Tiba tiba seorg lelaki cina lalu di tepi saya overtake saya. Setelah dia lalu di depan saya, mata saya lihat apa yg dia bawa. Beg plastik dried meat non halal yg dia bawa apa entah dlm tu pasal pagi lagi. Dia lalu di kanan saya. Masa saya lihat bag plastik ada di tangan kanannya. Saya terasa seolah bag itu kena betis kaki kanan saya. Hilang mood. Mesti rosak mood saya kalu perkara begini. Apa nak buat ya ustaz?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      soalan yg sama telah saya jawab.
      sila lihat soalan dari mohd ubaid pada 9 april dan jawapan saya setelah itu.
      sudah banyak kali saya katakan tak perlu berandai2, berkalau2 atau seolah2 dalam soal ini.
      selagi tiada kepastian, selagi itu tiada najis.
      adalah tak realistik utk hidup dalam masyarakat majmuk, jika awak mempermasalahkan org bawa plastik berisi makanan tidak halal di sebelah sahaja.
      ia hanya menjadikan agama kita ni menyusahkan diri sahaja.

          1. Muhammad Haniff Hassan

            awak sebenarnya memerlukan bimbingan bagi atasi was2 dan membina keyakinan diri.
            buktinya, semua jawapan awak perlukan secara khusus sedangkan kesimpulan logik memadai.
            saya menasihati awak agar dapatkan bimbingan dari kaunselor yang terlatih sebelum ia lebih memburuk dan menyusahkan diri.

  121. Rokisah Ab Majid

    As salam Ustaz. Di tempat tinggal saya ada catuan air setiap dua hari. Saya terpaksa menyimpan air dalam bekas. Ketika air tak ada, saya dan keluarga menggunakan air yg di simpan. Saya berhati2 mengambil air dr bekas takut air mandian jatuh dlm bekas tersebut tetapi kejadian ni tak dpt dielakkan. Saya tiada pilihan terpaksa menggunakan air itu utk beristinjak dan berwuduk. Adakah badan saya suci? Adakah wuduk saya sah? Mohon penjelasan Ustaz.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      tidak mengapa yg sedemikian itu. air berkenaan tetap suci utk bersuci kerana
      a) hukum berkaitan air mustakmal bukan hukum yg disepakati oleh ulama mazhab. dalam situasi yg ada, tidak mengapalah pun utk gunapakai pendapat mazhab lain.
      2) yg termasuk pun hanya sedikit sahaja, yg boleh dihukumkan sebagai sesuatu yg dimaafkan.

  122. Assalamualaikum ustaz.. Sya adalah seorang pelajar dan tggal d asrma. Ada seorang sahabat sya mmbasuh pakaiannya mnggunakan mesin basuh automatik. Pakaian tersebut dicampur brsma seluar dalam. Sya telah mngangkat jemuran pakaian dia dan mndapati ada kesan kekuningan(keputihan) pada seluar dlmnya. Kemudian sya merasa was2 utk solat krna sblum itu sya ada menyentuh pkaian dia yg brda di tgh ruang utk solat. Ketika itu sya tlah pun brwuduk dan tgn masih bsah. Kemudian sya terus solat. Adakah kain telekung dan smua barang yg sya sntuh mnjadi najis. Dan apakah solat sya sah. Kerana sebaik sja mnyntuh pakain dia dgn tgn sya yg basah sya terus memakai telekung dan terus solat. Tpi apabila sya trnmpak seluar dlmnya itu sya trus mrasa was2. Sya pasti pakaian itu dibasuh mggunakan mesin dan dcmpur dgn seluar dlm trsebut krna sya melihatnya sndiri. Sya jgk mggunakan sejadah yg sma dgn dia utk solat. Terima kasih..

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      ramai ulama hari ini telah mnghukumkan bahawa basuhan dari mesin cuci otomatik adalah suci.
      adapun tanda yg kamu lihat di seluar dalam teman kamu itu, ia hanya boleh disabitkan najis jika ia diuji di makmal yg memberi pengesahan yakin bahawa ia najis. jika tidak ia boleh diandaikan dgn pelbagai andaian bahawa ia mungkin bukan najis. dmeiakianlah ajaran para ulama utk mengelakkan was2 dan mempermudahkan hidup.
      agama tidak galakkan pun kita mencari2 dan menggali2 secara mendalam utk tentukan suci atau najis, memadai hanya berdasarkan apa yg zahir dan hukum asal sahaja, iaitu asal sesuatu adalah suci.
      sebab itulah juga, tak perlu utk kita periksa atau tengok seluar dalam orang lain, samada ada tanda apa2 atau telah benar2 suci supaya tidak mmebuka pintu was2 yg menyusahkan diri.
      kesimpulannya, tidak ada apa2 masalah dengan pakaian dan ibadah kamu.

  123. Assalamualaikum wbt. Ustaz.

    Tahniah di atas blog ini byk memberi info dan manfaat.

    Cuma saya ada satu soalan berkaitan tapak kaki anjing. Di depan rumah saya iaitu di luar pagar terdapat tile berwarna hitam dan kemudian baharu jalan tar berturap. Saya memang keluar pagar tetapi saya lihat ada tapak kaki anjing bertanah dah kering pun atas simen tu. Saya tak la pijak, saya langkah besar sedikit. Saya just terfikir adakah saya terpijak tapak kaki anjing itu yg kemungkinan besar juga menapak di atas jalan tar itu. Saya yakinkan diri saya bahawa tiada apa apa yg perlu dirisaukan lagipun tanah tu sudah kering. Cuma kadangkala saya terfikir bernajis ke kasut saya. Apa pandangan ustaz? Mungkin boleh cadangkan petua utk hilangkan rasa seperti ini.

      1. Muhammad Haniff Hassan

        salam

        awak sendiri kata awak tak pijak, maka hukumnya tak lah najis.
        di tempat2 lain tiada tanda tapak anjing, maka kembalilah hukum pada asal iaitu suci, tanpa perlu berkalau2, andai2 atau kot2.
        tutup kes. buang was2 dari diri.

        1. Cuma kawasan simen itu putih dan saya jadi khuatir terpijak kerana tak nampak tapak yang ada. Saya bertanya kerana saya setiap hari akan melintasi kawasan itu. Cuma tadi ternampak dan terfikir. Dulu pernah tapi saya dah terlupa dan saya biarkan. Yg menyebabkan saya terfikir ialah kerana saya biasanya akan memakai kasut di dalam rumah sehingga sampai di almari kasut. Khuatir pula najis di lantai itu. Nanti pijak tidak berkasut susah pula nak solat.

          1. Muhammad Haniff Hassan

            kalau takde tanda, tak boleh andaikan bernajis. kan dah kata tak boleh kalau2, begitu begini..
            lama2 pun, tempat tu suci sendiri kerana cuaca.
            dah saya kata, tutup kes, buang jauh2 was2.

  124. Salam Ustaz..saya ada 1 soalan..
    Jika tempat najis anjing itu dipijak oleh Tapak kasut dan tapak kasut itu akan melalui koridor rumah saya.Akan tetapi najis itu telah tiada dan hari2 terdedah matahari,hujan dan angin..Adakah tapak kaki kita yg kita pijak melalui kawasan koridor rumah itu perlu disertu?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam
      tak najis.
      sila baca hadis ttg anjing berkeliaran dalam masjid nabi di jawapan di atas.

  125. Ustaz, kalau bekas tapak kaki anjing yg bertanah tu dah kering kemudian kena hujan tapi kesan tapak tu masih ada, dikira najis ke? Kalau kereta gelek najis tak?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      tak najis.
      bekas tapak adalah bukti anjing pernah jalan situ bukan bukti najis ada.
      kalau dah lama zat najis pastilah dah hilang walau bekas masih ada.

  126. Salam Ustaz.
    Saya bekerja sebagai penghantar makanan. Beberapa hari lepas semasa saya buat penghantaran, bila tuan rumah membuka pagar pintu, anjing peliharaan tuan rumah ni terus meluru keluar dan bermain-main di kaki saya. Kaki, selipar dan bahagian seluar saya terkena bulu dan tapak anjing tersebut. Wajibkah saya sertu? Dan bagaimana dgn pakaian kerana seluar yg saya pakai tu saya da cuci sekali dgn pakaian yg lain.

  127. Assalam ustaz. Saya just nak tanya something. Saya was was. Tadi keluar pintu rumah ada bulu bulu di depan pintu. Rumah saya berpagar. Saya jadi geli plak pasal terpijak. Takut plak bulu anjing yg ada di kawasan rumah. Fikir bukan bukan plak saya.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      dah dijawab banyak kali di atas. tiada kalau2, andai2, dalam soal najis. anda tak tahu ia bulu /air / benda apa dan tiada bukti utk menentukannya, maka ia bukan najis.

        1. Muhammad Haniff Hassan

          dah kata.. takde mana tahu, kalau2…
          kalau awak nak idup menyusahkan diri sendiri, sedangkan agama ini mudah dan menyenangkan, awak boleh terus layan was2.
          sifat penggeli pada diri bukan dalil hukum di sisi agama.
          kita tunduk pada hukum, bukan hhukum tunduk pada sifat penggeli kita.
          jgn buka pintu setan utk gunakan sifat pengeli awak utk tanam was2 dalam diri hingga menyusahkan diri dalam urusan agama.

  128. Assalamualaikum ustaz. Kadangkala air paip sedikit kekuningan(warna karat) kadangkala keruh mungkin sebab tangki loji air dicuci ataupun masalah lain. Bolehkah digunakan untuk berwuduk/mandi wajib. Tiada alternatif lain.
    Terima kasih ustaz

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      air paip yg berubah kerana faktor2 semulajadi atau sekitaran yg tak terpisah darinya i.e. terpendam lama, keladak abuk, karat dsbg, tetap suci dan mensucikan, boleh guna utk bersuci.
      namun ingat, suci utk bersuci bukan bermakna sihat utk konsumsi.

  129. salam ustaz saya ada dua soalan
    1) semalam adik saya kencing malam maksudnya kencing masa tidur..lepas tu esok pagi saya nampak die pegang seluar die yg kene kencing tu..tapi sy nampak dr jaoh so xtau sgt die pegang btol2 part yg kene bekas kencing tu ke x..tp mcm kene..lepas tu die pegang baju mak saya pegi bilik air..sy cube lawan perasaan sy..sy ckp dlm hati ko x yakin sgt die betol2 pegang tempat tu jd dihukumkan suci..tp biasalah ustaz syaitan..betol ke tindkn sy abaikan je dan serahkn sume kt Allah..sy jugak andaikan kalau die pegang betol pown bekas tu mungkin da kering sikit so xde la najisyg berpindah..betol x ustaz ape yg sy buat ni sbb sy x nak lyn sgt sbb sy tau tu sume dr syaitan..
    2)kalau darah yg sikit yg dimaafkan tu mcm mne ustaz..maksud sy ckit yg macam mana?
    3)kalau yg percikan darah tu x pasti sikit ke bnyak boleh tak kte andaikan sikit?
    3)kalau darah yg kering kalau kite masukkan dlm mesin basuh tp x perasan..masa nak sidai baru perasan..tp darahnye kering dan x menjejaskan air basuhan..hukumnya suci tak baju2 lain yg dibasuh bersama?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      1. apa yg awak lakukan adalah betul

      2. tiada ketentuan sebenar dari quran atau hadis akan jumlah sedikit yg dimaafkan. semuanya hanyalah pandangan ulama. yg popular ialah sikit yg tak lebih besar dari duit 20 sen. kalau titik2 seperti kalau nyamuk dipukul = dimaafkan.

      3. ya boleh.. biasanya hati kita boleh tahu apa yg sikit dan banyak kerana apa yg di hati kita biasanya adalah sesuatu yg telah dibiasakan oleh norma semasa.

      4. mencuci baju berdarah dalam mesin basuh otomatik adalah suci dan menyucikan.

  130. terima kasih ustaz..tp sy nak tanye kalau mesin basuh manual suci ke air yg dialirkan keluar daripada basuhan yg dah terkena darah tu?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      dah dijawab di atas. sila semak.
      ringkasnya, kalo manual cuci pakai mesin 2, 3 sebelum di spin.
      bezanya, mesin otomatik melakukan semua ini secara otomatik saja, bukan kita buat sendiri.

  131. salam ustaz saya ada satu soalan yg merunsingkan saya..dulu saya jahil ustaz saya tak beratkn sgt bab2 najis ni..skrg sy trpikir sblum ni sy sucikan najis bkn dgn cara yg betul..maksudnye sy x alirkan air di atas najis tu…najis mutawasitah..cuma mop je..sy terlupa mase blaja kt sekola dulu kene buat camtu kalau nak sucikan najisnye..dan ad satu hari tu ad najis mutawasitah kat rumah sy disbbkn adik sy dan die cume lap guna tisu hingga hilang zatnya..brape hari lps tu baru sy trpikir yg tempat tu belum disucikan lg dgn air then sy cume lap gune tisu basah je..mslhnye ustaz satu family sy da pijak tmpat2 yg kene najis tu…perlu ke sy basuh lantai rumah sy tu ustaz sbb kalau nk basuh satu rumah agak rumit ustaz…dan sejadah2 yg digunakan utk solat tu perlu ke dibasuh semula?sy runsing ustaz pikir masalah ni.sy takot ibadah kami tak diterime Allah ustaz…mohon penjelasan..

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      mensucikan najis mutawassitah di lantai bersimen memadai dengan lap naji situ dan kemudian menuang atau renjis air yg kemudiannya di lap hingga kering.
      menjadi suci juga jika di lap guna tisu kering kemudian dibilas dengan tisu basah.
      jika tidak pun, apabila najis itu kering dan hilang disebabkan oleh cuaca setelah berlalu tempoh tertentu, maka tersucilah tempat itu secara tabi’ii.
      kesimpulannya, anda tak perlu buat apa2 terhadap rumah dan segala perkakas yg dinyatakan itu.

  132. terima kasih ustaz..tapi sy nyatakan diatas keluarga sy sempat memijak bekas najis itu sblm dibersihkan dgn tisu basah.mcm mana ye ustaz?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      allah memaafkan apa yg kita tak tahu.
      perbanykanlah sahaja istighfar kepadanya atas kejahilan dahulu.

  133. terima kasih ustaz..tapi keluarga sy sempat memijak bekas najis itu sblm dibersihkan dgn tisu basah.mcm mana ye ustaz?

  134. As salam ustaz. Just to re-confirm dgn ustaz ttg kefahaman saya. Saya keluar pagar dan ternampak macam cakaran pada tanah. Dah la saya dekat je. Saya terfikir mungkin cakaran anjing atau kucing. Tapi mungkin juga tidak pasal cakarannya cam rapat rapat. Dan bersih je. So lepas tu plak saya nampak kontrak cuci longkang pula. Saya tanya dia cuci depan rumah saya korek korek tanah ke. Katanya ya. So saya anggap dia yg cuci dan cakar guna alat dia utk bersihkan. Tapi betul ke? Astaghfirullah… Saya biar je rasa ni walaupun saya khuatir ada pasir atau tanah yg korek tu kena tapak kasut saya, nanti najis pula…

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      takder najis apa2 lah kerana kamu tak tahu pun cakar tu dari bianatang apa, hanya was2 dari syaitan sahaja.

  135. salam ustaz
    1)sy tlh trbaca ad yg mengatakan najis yg dimaafkn tu cthnye drh yg ad pada tulang ayam dan dibuat gulai hanya dimaafkan utk dimkn dan tidak pula dimaafkn means x boleh bawa solat bila kuah gulai trsbut kene pd pakaian kerana gulai tu dah brcmpur dgn drh ayam tuu…betol ke ustaz?
    2)sy ad sakit kencing tak lawas tapi kdg2 boleh berhenti..ad yg ckp kalau boleh brhenti kencingnye x perlu balut kemaluan cume terus wudhu dan solat mcm biasa..tp kdg2 mse ambil wudhu n solat tu rse mcm keluar sometihg tp x pasti la..sy teruskn juga solat..

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      1. tanyakan mereka yg menyampaikan pendapat dari mana sumber dia dapatkan pendapat sedemikian??? sepengetahuan saya, pendapat sedemikian tak masuk akal, kerana kalau memakannya boleh dimaafkan, tentulah kewujudannya di pakaian lebih dimaafkan lagi, kerana makan najis lebih mudarat dari wujud najis di baju. allah pula pastinya lebih perihatin akan kesihatan hambanya dari kesucian solat utknya.

      2. apa yg awak lakukan itu betul. jika hy was2, tak perlu dilayan. cuma utk solat wajib yg satu lagi, ulang semula wuduk.

  136. Salam ustaz. Ada bulu di karpet kereta saya di sebelah pemandu. Saya pula yg drive. Takut kena kasut. Kawasan rumah saya memang ada anjing. Khuatir bulu anjing. Apa itu najis ke ustaz?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      dah banyak kali saya jawab soalan yg serupa di atas.
      apa yg kita tak tahu dan tak pasti, tak boleh dihukumkan najis.
      takde kalau2.. andai2.. dalam hal ini.

      1. Ustaz, bagaimana ye kalau bulu tu warnanya cam sama dgn warna bulu anjing jiran saya? Tapi kereta tu saya tak park kat rumah pun. Adakah bermakna bulu tu melekat di kasut dan kemudian dipindahkan ke karpet keta? Atau hanya bulu kucing yg warnanya sama di tempat lain. Runsing pula bila saya fikir. Astaghfirullah…

        1. Muhammad Haniff Hassan

          salam

          hukumnya tak najis sebagaimana yg telah saya jawab dalam banyak soalan di atas.
          segala benda yg kita tak tahu dgn pasti hakikatnya, hukumnya adalah tidak najis tanpa perlu andai2 dan kalau2.
          tutup kes.
          apakah awak tak terfikir di mana logiknya bulu anjing boleh ada dalam kerete awak? awak park kereta tak tutup pintu? anjing boleh buka pintu kereta awak sendiri dan duduk dalam kereta hingga bulunya ada di karpet kereta?
          jangan biarkan diri awak diperbodohkan oleh setan dgn was2 seperti ini.

          1. Tq ustaz! Kalau saya terpijak pun maknanya tiada apa apa hukum najis ke atasnya la kan? Pasal kita sendiri tak tahu hakikatnya bulu itu. Saya runsing pasal takut tersentuh kasut. Tu yg menjadi punca tadi. Maafkan saya ustaz dgn soalan begini.

          2. Muhammad Haniff Hassan

            dak kata tak najis tu, tak najislah… kan dalam quran ada cerita org yahudi yg masih nak tanya itu dan ini, setelah diberi arahan yg jelas

  137. siti nur ashikin

    Salam. Ustaz, maaf kalau soalan ini hampir sama dengan soalan di atas. Tetapi saya nk tye jugak… Semalam, semasa saya nk sampu sampah di kawasan rumah saya. kawasan tersebut bermozek.. saya ternampak kesan tapak kaki anjing di mozek tersebut. Di sebabkan rumah saya nk kenduri pagi tu. saya moopkan saja. Nak samak tempat tu.. mmg tak sempat. Tetamu pun duduk kt situ. rasa bersalah sangat2.. apa yang perlu saya buat ustaz?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      dah tahu soalan yg sama dah dijawab kat atas nak tanya gak.
      jawapnya, buat bodo je 🙂

  138. Salam ustaz. Just nak tanya. Kalau ada bulu melekat di bag sling kita dan kita tiup dan bulu terbang melekat di suar sebelum hilang, takpe ustaz? Adakah itu dikategorikan sbg najis? Perlu kita sertu kah? Sekadar kejahilan saya. Tq ustaz.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      jika awak tahu hakikat sebenar benda itu, ada bulu betul atau nampak je macam bulu, kalau betul pun tak tahu bulu apa, maka hukumnya tidak najis dan tak perlu diselidik2 benda apakah itu.

      1. Saya mmg tak tahu bulu apa ustaz pasal sebelum tu takde. Saya pun takde main dgn kucing or binatang lain. Tapi sebelum tu mmg ada kucing di kawasan flat kawan saya masa parking kereta. Mungkin diterbangkan angin kot bulu tu tapi takut bukan bulu kucing plak. Cuma bila dah dok diam jadi runsing fikir balik. Saya fikirkan seluar yg terkena bulu tu sebelum bulu tu hilang pasal biasanya saya pakai seluar tu bila keluar dan solat semasa di luar.

        1. Muhammad Haniff Hassan

          dah kata.. kalau tak tahu = tak najis.
          tutup kes.
          tinggalkan was2 yg hy membingungkan diri tu.

          1. Maksudnya saya takyah buat apa apa hanya buat bodoh dan jalani hidup seperti biasa je la kan ustaz?… ustaz mmg awesome!

          2. Muhammad Haniff Hassan

            ye lah… pasni saya pun buat bodo kalo awak tanya benda yg sama lagi

  139. Salam ustaz.. saya dalam kebuntuan yg teramat sangat ni. saya mempunyai saudara bukan muslim iaitu cina sebelah bapa. Situasinya ialah mereka meminta pertolongan saya menjaga rumah; menginap di rumah bersama anjing berbaka “saint bernard” serta memberi makan kepada anjing tersebut kerana saudara sy pergi bercuti di KL.

    Soalan dan permasalahan saya:

    1) Anjing berbaka ini memang bersaiz besar, berliur TERSANGATTT BANYAK hampir setiap masa dan bulunya selalu berterbangan di udara. Pada suatu petang, saya TERNAMPAK anjing itu bermain dengan selipar saya dan saya menjumpai kesan air liurnya pada selipar saya itu. Tindakan saya? Saya cepat2 cuci guna air bersih lalu mengeringkannya.. Sekarang kasut saya itu telah kering.. Patutkah saya pergi menyamaknya walaupun dah kering??

    2) Pada hari isnin, saya menggunakan sluar hitam semasa memberi anjing tu makan dan saya rasa sluar sy tersebut terkena air liur anjing di lantai rumah disebabkan sluar sy itu panjang. Saya berfikir hendak mggunakan sluar yg sama pada keesokkan harinya, Selasa, lalu saya membiarkan sluar tersebut dan meggunakannya kembali pada hari selasa itu juga. Saya yakin sluar tu kering slps membiarkannya semalaman. Ini situasi saya. KEMUSYKILAN saya skrg ialah, selepas sy menggunakan sluar itu, saya hendak mencucinya dgn washing machine di rumah. Dan secara tidak sengaja! saya mencampurkan sluar itu dgn pakaian lain yg suci drpd anjing. Tetapi sy yakin yg sluar itu dah kering drpd liur anjing sb saya biarkannya selama semalaman.. Kenapa saya terus pakai sluar tu?? Sebab saya LUPA dan TIDAK SEDAR. Selepas berfikir sejenak baru sy teringt akan sluar itu :'( Macam mana ni ustaz?? Perlu saya samak pakaian lain jugak ke walaupun sluar tu dh kering? Sebab saya satukan sluar tu dgn pakaian yg bersih dalam washing machine.. Dan masalahnya lagiiiii.. Saya tak tahu/tak ingat dah pakaian bersih yg sy dah campurkan dgn sluar sy tu… Ya Allahh saya tertekannnn!!

    Mohon bantuann dengan segera.. Smoga Alah memberkati ustaz. Terima Kasih

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      1. kalau tidak memberatkan, elok selipar itu awak samak kerana status najisnya jelas i.e. awak nampak anjing tu bermain dengannya.

      2. saya berpendapat, tak wajib samak kerana status najis pada seluar itu hy berdasarkan sangkaan sahaja dan tiada apa2 masalah pada baju2 lain.

      untuk kemudahan, awak boleh pertimbangkan pendapat lain dalam soal anjing seperti. lihat di sini http://haniff.sg/kemusykilan-agama/kemusykilan-agama-tiga-pendapat-tentang-anjing-berita-minggu-singapura-24-november-2013/

      moga bermanfaat.

    2. satu lagi.. berkaitan dgn masalah saya no 1) yg terkena air liur anjing ialah selipar saya berwarna hijau. saya ada 2 pasang selipar lagi pada jarak 3 kaki dr anjing itu pada masa itu. saya takut anjing tu ada pernah bermain dgn slipar sy yg 2 pasang lagi tu.. saya cuma rasa2 dan takut manatau anjing tu ada pernah bermain dgn selipar sy yg lain. jadi perlu di samak jugak ka?

      maaf ustz, sy ada kurang sedikit ilmu agama. jadi boleh tak ustz bgtau, sy patut menyamak dengan apa?? tanah atau pasir??

      1. Muhammad Haniff Hassan

        selipar2 lain tak perlu sertu (bukan samak, maaf) kerana awak tak nampak anjing bermain dengannya. yg ada hy sangkaan sahaja.. i.e. mana tahu, kalau2 = tak boleh guna utk tetapkan hukum

        cara sertu mudah je.
        1. dapatkan segenggam tanah dari halaman rumah atau luar rumah (kalo ada anjing besar, mestinya tinggal di rumah teres yg berhalaman dan bertanah)
        2. campurkan tanah tu pada segayung air.
        3. tuangkan air+tanah dalam gayung tu ke selipar
        4. tuangkan pula segayung air sebanyak 6 kali ke selipar berkenaan.
        5. kalo masih ragu2, siram je pakai air paip ke selipar itu.

        1. terima kasih ustaz.. tp mcm mana pula nak sertu pakaian yg panjang pula?? klu boleh sy nak sertu 1 seluar tu supaya kerisauan sy hilang. segayung air+tanah tu x cukup nak sertu seluar. jadi apa kata ustaz??

          klu boleh saya nak sediakan 1 baldi. dalam baldi tu ada tanah dan di campurkan air. tapi sy tak tahu berapa genggam tanah atau berapa gayung air patut saya campurkan??? dan kalau boleh juga, saya nak sebaldi tu cukup bagi sy sertu pakaian yg terkena anjing tu atau diri saya sendiri yg terkena juga.

          dan apakah syarat2 nya bagi tanah yg layak digunakan utk menyertu?? kat halamanrumah sini memang lah byk tanah. tp dh dicemari dgn najis nya sendiri.. hmmm

          1. nak main celup pakaian tu kt baldi pun susah jugak.. hmmmm
            jadi kena jirus pakaian tersebut kan ustaz? dan basuhan/jirusan pertama ialah tanah? kalau 1 gayung air tanah utk sy jirus ke (i.e;) seluar x cukup dn x mengenai semua bahagian sluar tu mcm mana tu ustaz?? maaflah byk bertanya..

          2. Muhammad Haniff Hassan

            kan saya kata seluar dan pakaian tak perlu sertu.
            baca jawaban no. 2.

  140. ustaz boleh tolong jelaskan saja tak?? saya skg masih tinggal sebumbung dengan anjing tu. sekurang2nya saya ada ilmu mcm mana nak bersihkan barang saya sendiri. saya pun taknak tanya ustaz balik2. klu ustz x nak tolong takpelah. terima kasih dahulu sy ucapkan

      1. ” terima kasih ustaz.. tp mcm mana pula nak sertu pakaian yg panjang pula?? klu boleh sy nak sertu 1 seluar tu supaya kerisauan sy hilang. segayung air+tanah tu x cukup nak sertu seluar. jadi apa kata ustaz??

        klu boleh saya nak sediakan 1 baldi. dalam baldi tu ada tanah dan di campurkan air. tapi sy tak tahu berapa genggam tanah atau berapa gayung air patut saya campurkan??? dan kalau boleh juga, saya nak sebaldi tu cukup bagi sy sertu pakaian yg terkena anjing tu atau diri saya sendiri yg terkena juga.

        dan apakah syarat2 nya bagi tanah yg layak digunakan utk menyertu?? kat halamanrumah sini memang lah byk tanah. tp dh dicemari dgn najis nya sendiri.. hmmm

        nak main celup pakaian tu kt baldi pun susah jugak.. hmmmm
        jadi kena jirus pakaian tersebut kan ustaz? dan basuhan/jirusan pertama ialah tanah? kalau 1 gayung air tanah utk sy jirus ke (i.e;) seluar x cukup dn x mengenai semua bahagian sluar tu mcm mana tu ustaz?? maaflah byk bertanya.. ”

        dan tanah jenis apa digunakan utk menyertu? some say, tanah kuning yg berwarna kekuningan. atau boleh guna tanah apa2 je??

        1. Muhammad Haniff Hassan

          tentang seluar yg awak tanya tu, tak perlu sertu kerana awak tak lihat najis betul2 kena seluar itu. ia hanya andaian sahaja. begitu juga pakaian2 yg awak cuci bersamanya.
          tapi kalau mmg ada pakaian awak yg terkena anjing itu. cara basuhnya sama. cuma kalau benda yg hendak dicuci besar, maka mmg lah kena guna air yg lebih banyak, bukan segayung. contohnya setengah baldi = asal sahaja memadai utk saiz benda itu.
          kalau air banyak, tambah je sukatan tanah sikit. dari segenggam kepada 3-4 genggam. tak perlu perfect dalan sukatan. estimate sahaja sudah cukup. yg penmting bentuk air tu berubah dan jadi air tanah, tak perlu pekat2 pun.
          kalau bajunya banyak, boleh celup setiap baju sebelum setiap satu dibilas 6x dengan air biasa.
          kalau satu baju, boleh jirus air tu kat baju.
          tanah adalah tanah, tak kira kuning atau coklat.
          asal sahaja yg dinamakan tanah = ok = tanah gambut, tanah liat, tanah merah dll.
          yg tak ok, pasir.

          1. salam. terima kaseh atas pencerahan tersebut ustaz. jikalau ada terkasar ayat lalu melukakan hatimu ustaz, maafkan saya. frust bah mengenangkan anjing. makseh again.

  141. Salam ustaz… mau tanya, saya bkerja sbgai pmbantu rumah yg mmpunyai msjikan beragama kristian. Baru seminggu yg lalu mereka membeli seekor anak anjing untuk di pelihara. Masalahnya anak anjing trsebut di masukan di dalam rumah dn di biarkan brmain brsama anak-anak di setiap hari. Apa bila anak anjing trsebut di dapati kencing, yg saya lakukn ialh melapkn dg news paper hingga kering dn yg ke duakalinya saya spray dg pembersih dapur dan kering kn dg news paper. Bila stiap pagi saya hrus mmbrsihkn lantai dg me mopnya. Soalan saya ia lah”
    1) najiskah kain mop trsebut kerna sudah saya guna kn untk mmop lanai yg prnah kena njis? Haruskah kain mop trsbt perlu di sertu?
    2) harus kah tangan dan kaki saya parlu di sertu setelh memegang ksin mop tadi?
    3) apa bila sya suda mandi dan terpijak najis anjing, cukup kah sya sertu kaki saya shja atau. mengulangi lg mandi saya? Bantuan dan penjelasan dari ustaz sangat saya harapkan,,,
    ,

    )

  142. Maaf ustaz… saya
    sambung pertsnyaan saya yg ke 3, maksud saya, mndi apabila mau sholat.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      sebagai pembantu rumah yg mempunya anjing, anda dibenarkan untuk beramal dengan pendapat mazhab lain yang mengatakan bahawa anjing tidak najis.
      ini pasti akan amat memudahkan kerja anda sebagai pembantu dan islam adalah agama yang memudahkan, relistik dan sesuai untuk semua keadaan.
      beramal dengan pendapat bahawa aning adalah najis yg wajib disertu apabila tersentuh akan terlalu menyulitkan hidup anda untuk beribadah.
      anda pula tidak mempunyai pilihan untuk tidak mengurus aning majikan anda.
      untuk penerangan lanjut, sila baca di sini tentang kemudahan beramal dengan pendapat anjing tidak najis http://haniff.sg/kemusykilan-agama/kemusykilan-agama-tiga-pendapat-tentang-anjing-berita-minggu-singapura-24-november-2013/

      kesimpulannya, saya berpendapat, anda tidak perlu mansucikan diri dan sertu.

      moga bermanfaat.

  143. Zulaiha Marzuki

    Aslmkm ustz…sy ada memakai 1 produk syampu yg biasa dijual di pasaran. Baru2 ini sy ada terbaca di internet mngenai produk ini yang tidak dijamin kesuciannya. This product is no guarantee for pork fat or beef fat free. Pork is used when the other sources are not available. Ini bermaksud berkemungkinan lemak babi digunakan. Perlukah sy menyertu rambut dan anggota badan sy dan barng2 lain yg sy sentuh? Sy menjadi was2 setelah membaca statement di internet itu. Harap ustz dpt membantu.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      oleh kerana kewujudan najis hanyalah stau kemungkinan sahaja, bukan pasti, hukumny aialah
      1. tinggalkan penggunaan bahan itu.
      2. tidak wajib sertu kerana hukum tidak boleh diamalkan atas dasar kemungkinan, andaian dan kalau2.

      moga bermanfaat.

  144. Assalamualaikum ustaz,

    Saya tinggal serumah dengan beberapa oran non-muslim. Baru2 ini, salah seorang daripada mereka membawa pulang seekor anak anjing yang dijumpai. Anak anjing tersebut dibela di luar rumah.
    Kejadian ini baru berlaku tadi di mana tali anjing tersebut terbelit di grill, membuatkan dia masuk ke dalam rumah dan duduk di hadapan pintu di dalam rumah. Adakah lantai di mana anjing tersebut duduk dianggap najis? kerana kedua-dua anjing dan lantai tersebut berada dalam keadaan kering.

    Terima Kasih 🙂

  145. Assalamualaikum…ustaz saya nak tanya ,kebiasaannya ada babi yang melalui luar pagar rumah saya ,adakah saya perlu sertu selipar saya jika melalui kawasan tersebut dan saya ada mengambil batu diluar rumah saya tapi saya tidak pasti samaada batu tersebut kena ataupun tidak anggota badan haiwan tersebut adakah saya perlu sertu tangan saya dan batu itu,,?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      tak wajib sertu selipar dan tak mengapa pegang batu itu tanpa perlu sertu kerana takde bukti yakin bahawa selipar dan batu2 itu terkena najis.
      baca jawapan2 sebelum ini.

  146. Salam ustaz. Saya ada 2 situasi. Ada yg lebih kurang sama dengan soalan terdahulu tapi saya tetap nak bertanya ikut situasi saya. 🙂

    1) Di rumah saya ada sebuah pasu yg digunakan utk tanam pokok. Dulu pasu ni pernah dijadikan tempat simpan rantai besi anjing dan disimpan di bawah tangga dan mmg saya nampak kewujudannya dalam pasu tu (hometown saya dulu ada bela anjing). But now ibu guna pasu tu untuk tanam pokok. Rantai besi tu saya tak sure mana. Adakah najis sekiranya seluar atau barang kita terkena pasu itu? Actually semalam lepas shopping, saya ternampak shopping bag abg saya terkena pasu tu. Lepas tu letak atas meja makan pula. Saya jadi geli pula kalau berkait-kait ni. Adakah bernajis dan perlu utk disertu?

    2) Di kawasan saya ada anjing. Anjing biasa lalu depan rumah saya dan kadang-kadang mmg ada tapak bertanah. So, semalam semasa turun dari kereta selepas parking, kaki kakak saya terselit di celah tayar kereta dan seluar jeans yang dipakainya mmg saya nampak kena pada tayar. Adakah bernajis dan perlu disertu? Masalah saya ialah seluar kakak dicuci juga dengan pakaian yg lain guna washing machine. Apa yg perlu dilakukan ustaz?

    Terima kasih ustaz.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      1. tak najis. andaikan mmg rantai tu diguna utk rantai anjing, tapi kalo dah lama tertinggal dan terbiar, insyaallah, najis tu dah lupus dgn sendiri disebabkan faktor semulajadi. kalo awak tak pasti rantai tu diguna utk rantai, najing, lagi tak najis. hanya kerana ia rantai anjing bukan bermakna mesti telah diguna ikat anjing = bernajis. perlu ada pengetahuan yg pasti dalam hal ini, bukan andaian.

      2. tak najis sama seperti banyak jawapan saya di atas hy kerana jalan tu dilalui anjing tak bermakna tanah di situ bernajis.

      1. Terima kasih ustaz. Cuma utk situasi ke-2 tu saya nak tanya sikit je lagi. Tapak kaki anjing yang bertanah tu di atas simen selepas pagar saya. Tapi masa nampak tu dah nampak kering dan ada dalam sebulan kot.

      2. Lupa pulak ustaz, ttg jawapan ustaz pada situasi 1 tu mmg saya ada baca najis boleh hilang dgn cuaca dan perkara alami. Cuma kalau bawah tangga gelap masih dikira ke? Tapi lama juga rantai tu dalam pasu tu di bawah tangga. Bertahun rasanya. Cuma keadaan gelap dan sejuk bawah tangga tu adakah diambil kira.

        1. Muhammad Haniff Hassan

          sedara,
          islam suruh kita guna akal walau dalam soal agama sekalipun.
          mmg bagus bertanya, kalau tak tahu.
          tapi jgn sampai, kita mintak disuap dalam semua soal agama.
          dalam poin 1 dan byk jawaban2 di atas, saya dah kata, kalau dah lama najis tu dianggap hilang kerana faktor alam.
          maka samalah hukumnya bagi tapak anjing dah sebulan kena panas, hujan dan angin?
          ttg poin 1, cuba awak buat eksperimen, letak tahi awak bawah tangga tu bertahun2, apa jadi?

          jangan matikan akal kita kerana layan was2 setan.
          setan takkan mampu kuasai kita dgn was2 kecuali kita sendiri lumpuhkan akal kita.

          moga bermanfaat.

          1. Baik ustaz. Lega saya dgn ketegasan ustaz. Moga saya diberi ketegasan seperti ustaz. Terima kasih.

  147. Salam,ustaz…bagi yang ada masaalah was-was ni,adakah mereka perlu sertu tempat/barang yg mereka rasa ada najis berat tersebut dan adakah haram jika mereka masih was-was retapi mereka tetap sentuh/menggunakan tempat/barang tersebut..?

  148. Assalamualaikum…sy masih kurang faham sesuatu ,adakah najis babi/anjing yg dikatakan najis mutawassitah ataupun anggota luaran haiwan tersebut yg dikatakan najis mutawassitah,?

      1. Muhammad Haniff Hassan

        salam

        semua dari babi dan anjing (dalam dan luar) dianggap najis mughallazah di sisi mazhab syafi’ii.

  149. Assalamualaikum Ustaz,

    Saya masa ini sedang belajar di negara luar, saya mempunyai beberapa soalan untuk ustaz:

    1. Bidang yang saya ambil memerlukan saya membuat placement, semasa saya hendak ke tempat placement itu, saya lalu di jalan pathway dekat jalan raya dan masa itu terdapat salji diatas setengah jalan pathway itu dan setengah tidak. Masalahnya Ustaz, di atas pathway itu terdapat banyak najis anjing kerana tempat itu adalah tempat perumahan orang disini. Saya telah mencuba untuk tidak memijak najis-najis itu Ustaz, tetapi oleh kerana ianya banyak, saya menjadi was-was. Sesudah balik dari placement itu, saya pun sertu kasut dan seluar saya di dalam bilik dan bukan di luar rumah atau di toilet kerana saya tinggal di rumah yang di knongsi bersama orang lain. Oleh sebab itu saya sertu dngan meletakkan air tanah ke dalam plastic supaya saya senang untuk menyertunya dengan merendam kasut itu dahulu kemudian mencucinya dengan air bersih selama 6 kali. Saya juga tidak ingat jika terdapat najis di kasut saya itu. Masalahnya disini ustaz semasa saya selesai membersihkan kasut itu, sedikit air sertu itu telah keluar dari plastic itu keatas carpet dan saya dengan tidak sengaja telah terpijak air sertu itu Ustaz. Masa itu saya tidak membasuh kaki saya itu dengan tanah kerana saya fikir air sertu itu sudah menjadi suci. Selepas beberapa minggu, Saya pun sedar kemungkinan air itu tidak suci semasa hendak tidur dan kaki saya berpeluh ketika itu. Saya pun membersihkan kaki dan bahagain carpet itu keesokan harinya Ustaz dan juga kasut yang pernah saya pakai sebalum itu. Masa itu Ustaz, saya hanya membersihkan cadar katil dan cadar selimut dan bukan katil dan selimut itu sendiri kerana saya tidak tahu bagaimana mahu membersihkannya. Sampai ini saya balik2 berfikir adakah katil dan selimut itu terdapat unsur2 najis itu Ustaz kerana peluh? Jika ianya terkena, bagaimana dengan semua kasut2, carpet2, baju2 saya dan kawan2 saya Ustaz? Kerana kejadian ini berlaku semasa bulan Februari Ustaz, saya sudah balik2 mencari jawapan mengenai ini dan tidak dapat apa2 Ustaz. Ini menyebabkan saya mempunyai perasan was-was dan menyebabkan saya untuk menjadi Ocd dan sedikit depressed.

    2. Apa hukumnya jika ketika itu hujan dan terdapat tahi anjing 5 kaki dari saya. Adakah saya perlu sertu kasut itu Ustaz?

    Semoga ustaz dapat menolong saya. Terima kasih.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      1. dari apa yg saudari tulis, saya simpulkan bahawa saudari tidak pasti sebenar2nya saudari telah pijak najis = ia hanya satu andaian sahaja. ini dikuatkan lagi dari pengakuan saudari bahawa saudari mempunyai masalah was2 hingga sekarang ini sampai ke tahap ocd dan depressed. berdasarkan ini, hukum yg betul sebenarnya tidaklah berlaku najis pada kasut saudari dan tidaklah juga pada segala peralatan atau bilik saudari itu. ia hanyalah gangguan was2 saudari sahaja. secara rasionalnya, kewujudan banyak tahi di jalan tidak bermakna sesiapa yg jalan di jalan itu pasti memijak tahi2 itu kecuali jika saudari benar2 nampak najis itu di kasut, buakn agak2 sahaja. oleh itu, apa jua masalah yg saudari tulis panjang lebar sebenarnya tak valid dan perlu di ignore sahaja.

      2. kalo tahi anjing berada sejauh 5 kaki, macam mana saudari boleh pijak tahi tu? kalau hujan, airnya mengalir = maka taklah berlaku najis. kalo hujan dah berhenti, tak jelas samada air tu benar dari najis itu atau bukan. apa yg saudari maklumkan ini tidak lain tidak bukan adalah simtom seorg yg dah terkena was2 kronik yg perlu rawatan kerana manusia biasa tidak akan bermasalah dgn tahi yg berada 5 kaki dari dirinya. oleh itu, jgnlah pedulikan lagi masalah ini. pedulikan rawatan diri saudari dari was2 ini.

      1. Terima kasih banyak2 Ustaz.

        Akan tetapi adakah ianya dimaafkan kerana pada masa itu saya tidak ingat jika saya terpijak tahi itu Ustaz? Semasa saya membersihkan kasut saya itu, saya tidak ingat jika terdapat bekas2 tahi diatas kasut saya dan saya hanya membersihkan nya saja. Adakah ianya di kirakan sebagai sangkaan?

        Terima kasih banyak2 Ustaz. Sesungguhnya membaca blog ini telah menolong saya dngan perasaan was-was saya Ustaz, terutama sekali dengan links yang Ustaz berikan di posts2 atas.
        Saya akan menggunakan blog ini sebagai panduan sekiranya saya memerlukan jawapan dan saya akan memberitahu mengenai blog ini ke kawan2 saya. Terima kasih Ustaz.

        1. Muhammad Haniff Hassan

          kita dimaafkan kerana lupa kerana ada disebutkan dalam hadits, “Sesungguhnya Allah ta’ala telah memaafkan 1) umatku akan perkara yang dilakukan dengan tersilap, 2) perkara yang dilakukan dengan terlupa, dan 3) perkara yang mereka dipaksa melakukannya.” (Riwayat Ibn Majah dan Al-Baihaqi)

          islam agama yg mudah, jgn menyusahkan diri anda kerana byk bersangka2 dan was2.

          1. Saya mempunyai soalan terakhir untuk Ustaz. Apa hukumnya jika ketika membuat sertu, air percikan tanah atau air mutlak terkena ke baju atau anggota badan Ustaz.

          2. Muhammad Haniff Hassan

            camne nak cuci baju bernajis kalau tak terpercik sikit kat sana sini?
            ni perkara yg tak terelak maka dimaafkan.
            apatah lagi kalau hy sedikit kat sana sini sahaja.
            dalam agama ada konsep najis yg dimaafkan i.e. darah yg sedikit, atau debu dijalanan tak terelak (yg dah campur dgn segala macam benda).
            tok sah lah pikir lagi pasal hal ni.
            kalo awak fikir, nanti satu toilet pulak awak nak sertu.
            pastu awak akan tanya lagi.. kalau camni, camne lak.
            dan seterusnya, hingga takde penghujung.
            tuhan kita tuhan yg pengasih dan pengampun, bukan tuhan yg suka cari pasal ngan kita dan tak boleh sikit lebih kurang.
            tuhan tahu awak ada masalah dan sedang berusaha atasinya.
            apa kekurangan dia pasti tahu dan bersedia utk berlebih kurang asal sahaja awak utamakan rawatan diri dari masalah sampingan ini.
            saya berdoa agar tuhan bantu awak keluar dari masalah ocd dan depression awak ini.
            tapi, awak sendiri haruslah berusaha dapatkan rawatan.

  150. Terima kasih Ustaz! Jawapan2 ini pasti dapat menolong saya Ustaz. Terima kasih sekali lagi.

  151. Bagi yg was-was ni adakah haram jika mereka tetap memegang atau menggunakan sesuatu yg mereka was -waskan .? Sebab saya pernah dengar yg kalau kita terlampau was -waskan sesuatu haram jika kita tetap memegang atau menggunakan sesuatu perkara tersebut … saya kurang pasti tentang perkara tersebut, mohon penjelasan ustaz…

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      was2 tu adalan perkara yg berdasarkan andaian dan ragu2.
      ia pula wujud kerana tiada bukti yg pasti dan meyakinkan.
      kalo tak, bukan was2 namanya.
      hukum najis tak leh wujud atas andaian dan was2.
      selagi kita hy was2, selagi itulah tak wujud hukum najis.
      oleh itu, kalo awak was2 satu benda najis atau tidak, tapi awak tetap pegang, hukumnya mmg tak najis dan tak dosa kalo tak sucikannya.
      bahkan satu kaedah utk lawan was2 ialah utk buat sahaja benda yg diwas2kan.
      sama seperti kalo org takut kucing, rawatannya ialah utk pegang kucing itu hingga takutnya hilang.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      mana ada.. mepek je 🙂
      kalo org mimpi mencuri, kan takde dosa atau tak kena hukum
      mimpi berlaku bukan atas kehendak kita = takleh lah disalahkan

  152. Macam mana pulak ustaz kalau sy pakai krim yg takde logo halal tapi ramai yang cakap halal kerana bahan yg digunakan 100% semulajadi.tapi selepas saya guna produk tu saya jadi was-was takut bahan2 yang digunakan mengandungi babi.adakah saya perlu sertu muka dan tangan saya..?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      dalam hal ini, prinsip yg digunapakai ialah asal sesuatu itu halal kecuali ada bukti ia adalah haram.
      hukum barang2 yg tak berlogo halal adalah halal kecuali jika kita ada bukti kuat ia mengandungi bahan haram.
      masalahnya ialah kewujudan logo halal, walaupun baik, tapi telah menterbalikkan prinsip hukum ini.
      org ramai jadi bertanggapan kalau takde logo halal = tak halal.
      yg halal cuma yg ada logo halal.
      jika kita ada keraguan pada barang yg takde logo halal, kita boleh tinggalkan barang itu atau berhenti menggunakannya atas dasar berhati2.
      tapi ia tidak bermakna kita telah pakai najis.
      oleh itu, tak wajib utk bersihkan diri.

  153. Salam ustaz. Tadi saya jln kaki di jln raya. Ada nampak benda mcm najis kering yg dah terpijak. Saya x de la pijak. Cuma adakah jln tu yg mungkin bekas org terpijak pijak tu najis kalau saya terpijak dgn kasut.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      awak sendiri kata benda tu hy nampak mcm najis (ertinya tak pasti) = takde isulah.
      saya dah kata byk kali di atas tu, najis tak leh dihukum atas andaian.
      oleh itu, kalau tak nampak najis di laluan, hukumnya takdelah najis walau, ada seketul tahi hy beberapa tapak dari laluan itu.
      kalu tak, susahlah org nak berjalan sana sini.
      kalo kat kg, satu kg jadi dihukumkan najis kerana tahi lembu, kambing, ayam, itik, kucing, anjing merata-rata.
      tinggalkan was2, berfikir secara waras.

  154. Assalamualaikum ustaz.
    saya nk tnya bab sertu ni ustaz…andai kata kita pernah terkena atau tersentuh anjing atau kita pernah terguna barang2 yg diperbuat daripada babi tnpa pengetahuan kita. Dalam tempoh beberapa hari kita baru mengetahui hal tersebut sbg cntoh saya terguna dompet yg diperbuat daripada babi dalam tempoh 5 hari dan dlm tmpoh 5 hari tersebut saya memegangnya sebanyak beberapa kali. Adakah saya perlu sertu sebanyak mana yg saya pegang itu atau perlu sekali sahaja ustaz ? Sebab ada ustazah di tempat saya belajar ckp kita sertu yg pertama kali adalah untuk yg pertama kali kita pegang..untuk yg kali kedua kita pegang, kita perlu sertu lagi sekali…betul ke mcm tu ustaz ? mohon penjelasan dari ustaz

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      sertu sekali sahaja.
      mungkin apa yg di maksudkan ustazah tu ialah kalo lepas sertu pegang benda tu kali ke dua, sertu lagi.

  155. Salam Ustaz,
    Saya masa ini sedang menyambung pelajaran saya di negara luar di dalam bidang kesihatan. Saya ingin bertanya kepada Ustaz, beberapa bulan yang lalu saya disuruh untuk pergi ke pusat orang tua dekat sini dengan tujuan hendak melihat bagaimana mereka bereaksi. Tetapi, saya juga disuruh untuk menolong nurses yang berada di sana untuk menjaga orang-orang tua di situ. Semasa tengah hari, mereka pun di beri pilihan untuk memilih makanan mereka dan salah satu makanan itu mengandungi ham. Saya semasa itu berharap sangat2 supaya saya tidak perlu memegang mangkuk yang mengandungi makanan iut, tetapi semasa mereka dah habis makan, saya pun mengambil bekas2 mangkuk yang dimakan tadi kerana nurses di sana sibuk dan saya tidak mahu membuat mereka tidak nyaman hati dengan tidak memegang mangkuk mereka, saya pun mengambil lah mangkuk2 mereka. Saya berasa tidak sedap hati dan takut jika saya terpegang bekas2 makanan yang mengandungi ham itu dan semasa balik saya pun terus lah sertu tangan saya, tetapi saya tidak ingat barang2 apa yang sudah saya sertukan masa itu. Bagaimana Ustaz dengan setengah2 barang yang saya tidak sertu masa itu seperti pintu depan rumah, beg yang saya gunakan semasa didalam bus untuk balik ke rumah saya?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      kerja yg awak buat itu satu kerja yg terpuji.
      ia memberi pahala bagi awak.
      ham mmg najis di sisi agama tapi pegang najis bukan satu yg dosa.
      oleh itu, tak sepatutnya awak tak rasa bersalah atau kekok nak bagi makan mereka itu walaupun jika terpaksa pegang ham kerana nilai mulia kerja awak itu lebih penting dari soal najis (yg tak dosa jika dipegang).
      jika awak terpegang atau sengaja pegang, awak hy sertu sahaja dan saya tak fikir ia terlalu susah utk dilakukan.
      namun awak boleh ambil langkah pencegahan dgn memakai sarung tangan surgical yg mmg biasa dipakai oleh nurse dan sememangnya lebih hygienic utk memakainya apabila berurusan dgn pesakit dan org2 tua itu.
      namun dalam masalah yg awak tanya, jelas dari kata2 awak bahawa awak sendiri tak pasti samada awak benar2 sentuh ham itu.
      awak hy sertu atas dasar berhati2 sahaja.
      tindakan ini takde masalah dan bagus.
      tapi ia tidak menjadikan apa jua benda yg awak pegang sebelum sertu menjadi najis kerana status najis itu hylah sangkaan sahaja, bukan yakin.

      moga bermanfaat.

  156. assalamualikum ustaz..saya ad terbace klau org yg trkena sakit waswas terhadap najis,jika ade walaupun sikit keraguan terhadap seseatu yg dianggap ajis wajib bg die utk mghukumkn sbg tdk najis smpai waswas die tu hilang secara total..kecuali kalau die betul2 yakin ade najis dan nmpk najis tu…betul ke ustaz?terima kasih sblumnya..

  157. Salam Ustaz,

    Saya ingin bertanya kepada. ustaz mengenai perasaan was-was ini. Saya menghadapi nya dekat setahun sudah Ustaz dan perkara ini menjejaskan saya. Saya akan berfikir mengenainya balik2 sehingga boleh membuatkan saya sedih. Saya akan menyertu tangan, kaki dan barang2 saya jika saya terpegang najis anjing atau babi dan saya akan terfikir mengenainya lagi dan akan sertu tangan dan kaki saya sekali lagi. Masa ini saya merasakan inner kasut saya terdapat najis. Maksud saya tak delah najis betul, mungkin kerana sya pernah sertu innet kasut tu tetapi saya tak ingat mengapa masa tu Ustaz saya sertu, dan di dalam kasut saya itu terdapat bekas hitam dari peluh dan debu, dan masa saya sertu masa itu saya tidak menghilangkannya. Baru2 ini saya terfikir adakah ianya menjejaskan sertu saya yang masa itu kerana ada halangan? Saya tidak memyertunya lagi kerana saya terbaca di post sebelum ini, dengan cara menggunakan barang yang disangkakan ada najis itu boleh menolong hilangkan was-was, saya juga tak ingat mengapa saya sertu kasut tu pada awalnya. Setiap hari saya akan berdoa supaya di maafkan jika terdapat najis2 itu walaupun kerana terlupa, tidak yakin dan tidak tahu.

      1. Terima kasih Ustaz, akan saya baca nanti.

        Dan juga Ustaz, mungkin saya menyertu inner kasut itu sebagai tanda berhati-hati, jadi ianya tidak mengapa2 Ustaz? dan ianya adalah sangkaan saya saja?

        Terima kasih.

        1. Muhammad Haniff Hassan

          salam

          oleh kerana ia hy satu sangkaan, hukumnya tak wajib sertu.
          tapi kalau awak nak sertu, tak mengapa.
          saya berpendapat lebih baik jgn sertu kerana dgn bersertu awak melayan was2 awak itu.
          bila selalu melayan was2, ia pasti akan menjadi lebih buruk terutama jika sedar yg awak ada was2 yg kronik.

  158. salam ustaz sy de kemusykilan.. di sekitar rumah sy banyak anjing yg bekeliaran, ada suatu hari anjing itu msuk di sekitar rumah dan mengambil @ menggigit selipar saya.. adakah selipar tersebut perlu disamak menggunakan air tanah atau sekadar membiarkan selipar tersebut terkena cuaca matahari & hujan kemudian boleh dipakai semula???

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      ya.. jika awak masih nak gunakan selipar itu, eloklah sertu.
      jika tak, sedekah kat jiran bukan muslim dan beli baru 🙂

  159. Salam Ustaz.
    Apa hukumnya seorang majikan menyekat waktu solat pekerja? Contoh, majikan menyuruh pekerja melewatkan solat agar tak menjejas perniagaan beliau? Tapi saya tak dengar perintah dia sebaliknya Saya selalu usahakan solat di awal waktu dan kejar peluang berjemaah di masjid. Majikan saya cina.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      menangguhkan solat tak sama dgn menyekat dari menunaikan solat.
      solat di awal waktu hylah digalakkan, bukan wajib.
      berjemaah pula adalah fardu kifayah yg boleh dipenuhi oleh jemaah lain.
      tak salah utk solat lewat sedikit utk tunaikan kewajiban kerja.
      jika kerja awak membolehkan lakukan solat di awal waktu dan di masjid, lakukanlah.
      jika tidak, tidak mengapa utk lewatkan solat kerana kerja juga satu kewajiban dan ibadah.
      jika awak bekerja di negara islam dan oleh majikan islam pun, saya rasa tak praktikal utk awak sentiasa dapat solat di awal waktu dan berjemaah di masjid sebagai contoh kerja polis, doktor, jururawat, apatahlagi kalau majikan cina bukan muslim.
      oleh itu, apa yg islam benarkan utk fleksibel dan berlebih kurang, tidak mengapalah utk fleksibel dan berlebih kurang selama mana tidak sampai pada haram.
      tujuan allah mensyariatkan masa solat yg panjang pun adalah kerana utk memberi keringanan dan fleksibel kepada para pekerja yg mmg sukar utk lakukannya selalu = gunakanlah keringanan ini dan jangan wajibkan apa yg tuhan tak wajibkan pada diri anda.
      namun jika awak tetap mahu utamakan solat di awal waktu dan berjemaah, sebaiknya awak cari kerja lain sahaja supaya kedua2 pihak tak menjadi masalah pada yg lain.

  160. salam ustaz nak tnye..hari tu adik sy keluar toilet x basuh kaki pdhl die baru lps kencing n tentu air basuhan tu kena kaki die sbb die kencing berdiri n die just cuci dua kali je..so sy cucila lantai yg die pijak tu..sy mule2 sy cme lap gune kain basah je pas2 baru teringt tu dikire najis mutawasitah jd sy lap dulu sampai kering tp sy x sure sgtla dah lap smpi kering ke belum..x ingt..lps tu baru sy jirus air..lps tu sy lap dgn satu kain kering ni..sy nak tnye lps disiram air ke lps dilap lantai tu sampai kering baru suci?sbb sy sidai kain yg sy lap tu kt ampaian means kain yg sy lap lps siram air tu tp ayh sy trcampur kain tu dgn bju2 lain yg bersih pdhl kain td basah2 lmbp lg..camneye status baju2 bersih yg lain tu?najis ke?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      saya berpendapat awak tak perlu buat semua itu kerana penilaian awak bhw kaki adik awak hy berdasarkan andaian.
      kenapa?
      kerana awak hy nampak adik awak keluar tandas sahaja bukan awak nampak dia sebenar2nya pijak najis.
      semau yg awak kata ttg kaki adik awak hy andaian sahaja.
      jelas pula yg awak lebih condong pada was2 dari pada andapain yg positif.
      buktinya, adik awak dah cuci dua kali tapi awak tetap anggap dia masih bernajis.
      kenapa cuci dua kali masih bernajis?
      awak sebenarnya boleh andaikan yg sebaliknya = dia dah cuci dua kali, mungkin air basuhan tu mengalir dan membawa najis sekali, mungkin tak kena kaki dia dll.
      tapi ini semua tak masuk dalam pertimbangan awak kerana was2 awak buat awak fikir yg negatif sahaja.
      inilah syaitan yg telah menyebabkan awak fikir secara tak seimbang.
      kesimpulannya, najis tak boleh dihukum atas andaian, mesti atas sesuatu yg yakin.
      oleh itu, hukum asal – suci – kekal dan tak perlu nak buat semua itu dan segala masalah yg awak sebutkan itu tak valid.
      tinggalkan was2 dari setan yg menyusahkan diri.
      islam tu mudah!

  161. terima kasih ustaz..tp kalaula die hanya cuci sekali shj boleh jgakla sy andaikn die x pijak najis tu sbb sy x nmpk?maaf ustaz bnyk tnye..

  162. salam ustaz lg satu berkenaan soalan sy yg cuci najis mutawasitah akan suci lps dijirus air atau lps dilap sehingga kering?nak tmbh ilmu lg..thanks ustaz

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      bergantung pada bendanya.
      kalau benda itu sesuatu yg mudah alih seperti pakaian maka cara cucinya ialah dgn alirkan air di tempat yg kena najis.
      kalau benda tu yg tak boleh dialih seperti lantai, macam mana nak alirkan air ditempa kena najiskan?? kalau nak buat camni, bermakna kena cuci seluruh rumah lah. contoh, kalau budak kencing di tengah bilik tamu, takkan nak alirkan air dari bilik tamu hingga ke keluar rumah atau tandas? dalam kes macam ini, caranya ialah lap dahulu najis itu hingga hilang zatnya, kemudian dituangkan air ke atasnya. lalu dilap hingga kering. utk meyakinkan ulang sekali lagi saja. jgn byk2 kali, nanti jadi was2.
      begitu juga dgn benda yg bulky i.e. susah nak alih, seperti tilam queen size, sofa.
      kalau yg kena najis benda yg berada di tempat umum seperti jalan raya, dinding tembok, biarkan sahaja najis itu hilang secara alami = takyah lah susah2 kan diri nak sucikan jalan depan rumah kerana kucing kencing kat situ.

  163. Salam Ustaz. Jikalau kita pernah termakan makanan yang telah disahkan halal tiba-tiba dinyatakan mengandungi DNA khinzir sepertimana isu coklat Cadbury; perlukah menyamak diri kita dan juga peti sejuk yang pernah menyimpan makanan tersebut.
    Terima Kasih

      1. Kita juga tak perlu gantikan solat kita kan? Serta brg atau beg yg pernah terkena mknn tersebut tak perlulah disertukan kan? Maaf sy ingin menetapkan pendirian

          1. Maaf sy ingin bertanya;
            1. Apbila brg yg tkena najis mughallazah dsertukan, perlukah tgn/alatan sprti besen yg dgunakan sms bsuhan tsbut dsertukan sekali?
            2. Bolehkah mgunakan mazhab yg bza2 dlm khidupan shrian?

          2. Muhammad Haniff Hassan

            salam

            1. tak perlu.
            2. boleh jika anda tahu dalil2nya atau ada keperluan.

      2. Yang lepas dimaafkan sebab kita tidak tahu; bagaimana kalau apabila diketahui ianya tidak halal kita terpegang coklat yang masih ada dalam simpanan di peti ais semasa ingin membuangnya. Perlu sertu ke ustaz

        1. Muhammad Haniff Hassan

          salam

          jika pun coklat tu benar2 yg bernajis, kalau yg awak pegang ialah yg masih berbalut atau pegang balutannya, tidaklah najis = tak perlu sertu.
          apa2 pun saya berpendapat tak perlu sertu kerana saya yakin awak sendiri pun tak pasti samada coklat yg awak buang tu benar2 batch coklat yg benar2 dah contaminated 🙂

          1. Kalau yg berbungkus eloklah tu, okeylah ustaz. Kalau yang berbalut tu separuh telah dimakan dan sebahagiannya dah tiada balutan dan terkena tangan tapi yang dibeli itu kita andaikan mungkin batch yang tak tercemar. Boleh diabaikan dan tak perlu sertu kan ustaz.

          2. Muhammad Haniff Hassan

            tak perlu sertu.
            kan jakim dah kata, kewujudan dna babi dalam coklat adalah sesuatu yg termasuk perkara yg dimaafkan agama kerana sulit nak elakkannya sama seperti wujudnya najis di udara.
            oleh itu tak timbul soal najis pada benda itu.
            nak makan pun boleh, kalau nak.
            walau pun lebih elok, dijauhi.
            sila cari pernyataan terkini jakim hari ini di internet.

  164. Assalamualaikum. .ustaz..saya Liyana..saya ada membeli sofa second hand dari pemilik cina..saya dah samak..maksudnya saya basuh sarung sofa dengan sabun tanah liat 1 kali air sabun tanah liat dan 6 kali air biasa..org cina tersebut memang ada memelihara anjing di rumah..semasa saya nak sidai masih ada bulu2 anjing yang melekat pada bahagian dalam sarung sofa tersebut..xlah banyak mcm bulu kucing mcm tu. .adakah saya perlu samak semula?
    Semoga ustaz dapat beri jawapan..terima kasih

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      tak perlu, kecuali awak hantar bulu2 tu ke makmal utk ditest dan diconfirmkan dgn yakin bulu tu bulu anjing 🙂

  165. As salam ustaz. Nak tanya something. Macam mana kalau di atas jalan ada bangkai atas jalan tapi tak nampaklah bangkai apa cuma rasa was was pulak pasal hujan. Kan ada air percikan tayar dari kereta depan… so air macam “mist” tu kan kena kereta. Lagi satu tayar tu tak ke najis ke kalau terkena seluar? Takut serpihan najis tu…

      1. Muhammad Haniff Hassan

        salam

        kalau awak tak tahu bangkai apa, pegi hantar kereta utk dicucilah.
        kalau awak tak cuci pun, apa masalahnya kalau kerete bernajis?
        awak tak solat pakai keretakan?
        kalo hari hujan, air hujan yg turun dah membersihkannya.
        kalo hujan dah berhenti, air hujan di jalanraya yg terpercik ke kereta mencuci air dari bangkai tu.
        kenapa mesti andaikan hy air najis saja yg percik, yak tak najis tak percik?

  166. Salam, semasa saya makan di kedai mamak, ada satu anjing liar dtg lalu menjilat tangan saya. Kemudian ketika saya hendak pergi samak, saya terperasan saya tersentuh muka saya dan bagian betis saya. Adakah saya perlu samak muka dan betis saya sekali?

  167. Rokisah Ab Majid

    As salam Ustaz. Saya nak tny pendapat Ustaz. Berdekatan dengan pejabat saya, ada sebuah restoran yg menjual makanan melayu. Saya pernah ternampak pekerja kedai tersebut menghantar makanan dan minuman dgn menggunakan pinggan dan cawan kedai tu ke bengkel kereta kepunyaan orang Cina. Andaian saya pekerja2 cina itu sudah tentu ada masa nya makan daging babi berkongsi pinggan dan cawan dr kedai melayu. Sejak kejadian tu, saya x pernah lagi ke kedai itu. Ada kah fikiran saya melampau sangat sampai berfikir begitu? Saya mohon pendapat dan nasihat Ustaz.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      ya, pandangan awak tu melampau dan tidakkah awak sedar yg awak sering bertanya ttg perkara yg hampir sama yang menunjukkan bahawa awak ni mempunyai obsesi dalam soal ini.
      tidak ada ulama yg pernah memfatwakan wajib sertu semua pinggan mangkuk yg digunapakai oleh cina semata-mata kerana dia pemakan babi.

  168. Salam Ustaz.
    Saya ada kemusykilan. Saya telah meletakkan kereta saya di kawasan tempat letak kereta yang luas (berpasir). Tiba-tiba hujan turun, air hujan yang bertakung sangat banyak. Waktu hendak pulang, saya melihat beberapa ekor anjing melalui kawasan air tersebut. Saya terpaksa mengharungi air tersebut untuk ke kereta. Soalan saya :

    1) Perlukah saya sertu selipar, kaki, pedal kereta dan alas kaki dalam kereta saya?
    2) Waktu sertu, air percikan sertu mengenai pakaian kita, perlukah pakaian tersebut disertu?

    Respon daripada Ustaz amatlah saya hargai. Terima kasih.

  169. salam ustaz,saya ada pertayaan…. 1. sah ke sertu saya kalau saya menggunakan tanah yg sedikit kerana ketika itu tanah yang saya sertu pada anggota badan lain sudah saya buang.. 2.ketika saya sertu,air badan saya termasuk dalam baldi yang diisi air dan tanah.Sah ke sertu saya jika air badan saya termasuk dalam baldi tersebut dan saya gunakan air bercambur tanah tersebut untuk sertu?jawapan uztaz amat saya perlukan…

  170. Assalamualaikum ustaz saya ingin minta penjelasan ustaz tangan saya pernah tersentuh anjing, dan selepas tangan kena anjing, saya sengaja lapkan pada muka saya…apakah saya perlu sertu pada muka saya d

  171. Assalamualaikum ustaz…saya ingin minta penjelasan ustaz..saya ad sentuh anjing basah dengan menngunakan tangan dan selepas saya sentuh saya terus sengaja lapkan pada muka dengan menggunakan tgn saya yg pegang anjing basah itu. Setahu saya perlu sertu tangan yg saya pegang anjing basah tu je..dan perlu ta saya sertu muka saya jugak?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      jika tangan awak kering dan lap muka, tak perlu sertu muka. hanya sertu tangan shj.

  172. Salam ustaz..saya ingin minta penjelasan ustaz bg membantu kawan saya… kawan saya pernah sengaja menyentuh anjing sebelum ini, tetapi dia tidak membuat sertu…dan perkara itu telah berlaku selama 8 tahun…perlu ta dia sertu ustaz? apakah ibadah yg dia lakukan sebelum ini sah ustaz?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      masalah yg sama dah saya jawab byk kali di atas.
      tak perlu sertu dan sah ibadat yg lalu.

  173. Assalamualaikum ustaz..saya ingin bertanya pada ustaz saya ada sentuh anjing banyak kali secara sengaja ustaz sebelum ini, setiap kali saya sentuh saya tidak melakukan sertu,apakah saya perlu sertu mengikut berapa kali saya sentuh maksud saya 5 kali sentuh dan 5 kali saya perlu sertu ataupun saya perlu sertu skali sahaja ? yang mana satu ea ustaz yg patut sy lakukan..saya harap ustaz dpt membantu saya

    1. Muhammad Haniff Hassan

      awak dah takde masalah lain dlm hidup selain masalah anjing dan babi aje?
      kan soalan ni dah ditanya sebelum ni dan dijawab?
      awak fikir saya tak tahu yg awak tukar2 nama utk hantar pelbagai soalan?
      sebaiknya awak dapatkan rawatan supaya tak menyusahkan diri dan orang lain.

  174. Salam,ustaz…adakah tahi anak kucing yg baru lahir dan hanya minum susu ibunya najis..?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      ya, ia adalah najis pertengahan.
      najis ringan hy berlaku pada bayi lelaki (manusia) sahaja.

  175. Ustaz, saya kerja di ofis dan ofis tu terletak berhampiran dengan restoran cina yang menjual pau berintikan khinzir. Ada seorang kawan Muslim membeli air kopi dari kedai itu. Saya ada menerima wang dari kawan saya itu kerana dia membeli kuih dari saya. Soalan saya, adakah wang tersebut telah terkena najis disebabkan rakan saya itu dalam proses membeli minuman tersebut mengeluarkan duit dari dompetnya dan saya juga menerima wang darinya yang dikeluarkan dari dompet yang sama. Kemusykilan saya ini dah berlanjutan dan saya mohon ustaz menyelesaikan masalah saya ini. Terima kasih ustaz.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      jawabnya adalah tidak.
      sebagaimana yg telah saya jawab byk kali di atas tiada najis kecuali jika kita mmg nampak zat najis itu pada benda berkenaan.
      apa yg awak risaukanitu hy andaian danm was2 setan.
      kalau cina makan babi pegang duit menyebabkan duit bernajis, maka susahlah kita nak hidup keraan kita boleh andaikan semua duit bernajis kerana pernah dipegang cina dan besi dalam lrt dan bas semuanya bernajis jugak kerana pastonay pernah dipegang cina yg makan babi di rumah.
      islam tidak ajar yg seperti ini kerana ia menyusahkan hidup sedangkan islam agama yg memudahkan.

  176. Ustaz, saya ada satu lagi soalan. Ini berkenaan isu DNA babi dalam coklat cadbury. Dalam bulan April lepas, saya dah termakan coklat tersebut tetapi bukan Hazelnut dan Roast Almond. Saya makan Cadbury Dairy Milk. Mungkin ia diproses dalam waktu yang sama, Saya makan sedikit dan saya simpan separuh lagi dalam bekas makanan dan simpan dalam fridge. Soalan saya, adakah saya perlu sertu bekas makanan tersebut dan fridge saya yang ada serpihan coklat tersebut terjatuh di mana-mana compartment dalam fridge tersebut. Terima kasih ustaz.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      awak sebenarnya terlalu obses dengan isu babi ini.
      kan jakim dah kata.. coklat cadbury jenis hazelnut dan roast almond tu pun takde dna babi.
      ertinya, yg dulu awak makan dan yg ada sekarang ini kalo nak makan pun tak apa2.
      ni kan pula cadbury jenis lain.
      oleh itu juga tak timbul soal nak sertu tangan, pakaian atau peti sejuk awak tu.
      hentikanlah pola pemikiran dan was2 ini.
      ia bukan ajaran agama.

  177. Salam,ustaz….,sy periksa berus alat solekan yg sy gunakan. dalam banyak- banyak bulu tu saya nampak ada satu yg becabang dan apabila saya bakar berus tersebut baunya seperti rambut terbakar adakah ianya bulu babi..?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      dah berpuluh2 kali saya jawab, sampai naik lenguh jari saya ni.
      tak boleh was2 dan andai2 dalam isu ini, perlu bukti yg yakin = gi hantar ke makmal mcm yg jakim buat.
      dan tak perlu utk siasat2 dalam hal ini.
      selepas ni, awak tak nak selidik dan tanya rumah awak cat pakai berus bulu apa?
      pastu check pulak berus gigi awak tu, bulu apa (ada soalan yg seperti ini kat atas)?
      check pulak, pokok kat rumah pakai baja apa?
      dan seterusnya 🙂

      1. Salam ustaz ,betul ke bulu babi bercabang..?saya musykillah sebab bulu berus makeup saya ada yg becabang tp saya dah tanya wakil syarikat tersebut dan mereka mengatakan bahawa mereka tidak menggunakan bulu babi dalam bulu makeup mereka tp saya tetap was -was dan tidak tenang kerana saya ada baca bahawa bulu babi bercabang dan kalau dibakar bulu tersebut baunya mcm rambut terbakar dan saya dah bakar bulu berus tersebut dan baunya memang mcm bau rambut terbakar….apa pendapat ustaz ttg perkara ini ,adakah sy perlu sertu tangan ,muka saya? Terim kasih

  178. assalamualaikum ustaz, bagaimana kalau ada sebuah kedai pada masa DULU ketika hendak menyimen lantai pastu ada anjing terpijak dan simen sudah kering dan nampak bentuk tapak kaki anjing sehingga kini. saya was was meskipun simen ini sudah LAMA dan saya terpijaknya di kedai itu. lantai itu basah kerana tuan kedai baru lepas membasuh lantai itu. adakah saya perlu sertu? terima kasih kerana sudi membaca

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      wujudnya bekas tapak anjing bukan bermakna masih ada najis terutama kalau bekas tu dah lama.
      najis telah dianggap hilang disebabkan proses alami.
      tambahan pula tempat itu telah dicuci oleh tuan kedai.
      kesimpulan, tak perlu buat apa2.

  179. Salam Ustaz,saya ada kemusykilan… 1.pagi hari tu saya tengah duduk di kedai mak saya,pada ketika itu saya ternampak anjing berkeliaran di semak semak,lebih kurang 5 minit berikut ,saya pergi ke bustop. apabila dalam perjalanan ,saya terlalu tempat bersemak yang anjing berkeliaran tadi dan kaki saya basah kerana terkena embun di semak tersebut. Seluar saya tak pasti kena air embun tersebut kerana seluar saya berwarna biru gelap…Perlukah saya sertu kerana air embun pada semak tersebut terkena pada badan anjing yang berkeliaran tadi? 2.ketika hendak pergi ke surau ,saya nampak anjing berkeliaran di atas jalan yang ada pasir…ketika saya pulang dari surau ,saya terlalu tempat yang anjiing berkeliaran tadi dan kaki saya terkena pasir tersebut dengan kaki saya masa tu basah…perlukah saya sertu ustaz??jawapan uztaz amat saya harapkan…

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      dalam kedua2 keadaan, tak perlu sertu apa2 kerana berjalan di tempat yg pernah di lalui anjing bukan bermakna awak telah benar2 dgn yakin telah sentuh bekas anjing itu.
      perasaan awak itu hylah satu andaian dan was2 yg tak boleh dijadikan asas utk menghukumkan najis.

  180. Amaran Abu Bakar

    Salam Ustaz. Soalan saya kali ini berkait dengan najis tahi burung. Kereta saya ada tahi burung terlekat dibahagian bintu atas sikit pada tempat pemegang buka pintu kereta. Hari hujan dan mengalir atas najis tersebut dan mengalir juga ketempat pemegang semasa hujan. Adakah air pada pemegang itu menjadi najis?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      tidakkah air hujan tu mengalir seperti air paip. yg datang kemudian membersihkan yg terdahulu?

  181. As salam ustaz. Saya just nak bertanya something kejahilan saya. Dulu saya pernah tgk di Facebook ttg anjing baring di atas udah kering di tempat pembuatan udang kering. Cuma tidak diketahui di mana dan saya tidak pula mencari maklumat tersebut. Menjadikan cerita ini pula bila saya makan som tam dan di dalam som tam ternampak ada udang kering. Saya terdiam kerana saya telah makan sikit dan saya berhenti kerana rasa tak sedap hati. Saya just nak tanya pendapat ustaz. Kalau saya makan je boleh ke?

    1. Kalau saya tak terperasan mmg saya takde apa… Cuma pasal saya terperasan dan terus saya berhenti makan kerana teringat cerita FB tu… Haihhh

    2. Muhammad Haniff Hassan

      hai tuan talib.. masih tak boleh buat keputusan sendiri?
      mestilah boleh, pasal belum tentu udang kat gambar tu udang yg awak makan.
      takkan satu gambar yg tak pasti betul atau tidak semua udang kita nak persoalkan?

      1. Jangan le marah ustaz… sebenarnya saya makan je tadi dan buat bodo je… saya nak tanya pendapat ttg kes tu… Biasalah ustaz, saya tgh berusaha nak lupakan was was ni… saya ikut pesan dan saranan ustaz… Ada perubahan setakat ni alhamdulillah…

  182. Assalamualaikum,ustaz adakah sy perlu sertu tangan saya jika saya terpegang bulu babi dlm keadaan tangan sy kering?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      awak ni juga adalah fatimah dan fauziah kan, guna emel dsan nama lain utk tanya bernda yg sama?

  183. Salam.Saya ada beberapa soalan utk ditanya bagi mendapatkan kepastian yang sebetul-betulnya.

    1. Beberapa tahun lepas, kakak saya menghidap satu penyakit dan menjadi tidak begitu waras. Segala tuala wanita yang berdarah haid tidak dibuang sebaliknya dimasukkan ke dalam mesin basuh fully automatik. Apabila saya ternampak, saya berasa musykil tentang kebersihan pakaian2 yg telah dibasuh sejak dari itu hingga sekarang. Perlukah saya basuh semua pakaian atau biarkan sahaja kerana kejahilan saya dan kakak saya?

    2. Saya pernah terpijak air yang bernajis. Namun, saya lupa hendak membasuh kaki lalu masuk ke rumah dengan kaki yang basah. Selepas itu, emak saya hanya mengemop tempat itu hingga ke seluruh rumah. Sekarang, saya rasa musykil dengan kebersihan lantai seluruh rumah saya. Bagaimanakah hendak meneyelesaikan masalah ini ya?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      1. tak perlu cuci semula.

      2. tak perlu bersihkan semula kerana najis itu menjadi suci secara alami.

  184. Salam
    1)Ustaz adakah mandi wajib saya sah sekiranya saya terlupa mengalirkan air disesuatu tempat dan apabila saya siap mandi wajib baru sy tersedar tentang perkara itu dan sy segera mengalirkan air ditempat tersebut
    2)adakah kotoran yg sedikit dan sukar ditanggalkan dimaafkan ketika mandi wajib dan mengambil wudud?
    Terima kasih

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      1. apa awak buat betul. tak perlu ulang

      2. yg sedikit dimaafkan

      1. Maaf ustaz ,saya ada satu lagi kemusykilan …adakah getah buah mempelam yg terlekat ditangan dimaafkan dan sah mandi wajib saya..?saya baru menyedari perkara tersebut selepas beberapa jam sy mandi wajib

  185. Salam ustaz. Saya ingin bertanya berkenaan fidyah. Jika sesorang itu tidak sempat menggantikan puasanya hingga melangkaui Ramadan berikutnya. Contohnya 5 hari. Setelah dia menggantikan puasanya namun fidyah belum dibayar, adakah jumlah bilangan cupak beras akan berganda selagi dia belum menjelaskan fidyah tersebut mengikut tahun yang dilangkauinya. Terima Kasih

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      sila tanya jabatan agama di tempat anda kerana hukum ini boleh berbeza mengikut undang2 di negeri atau negara setempat.

  186. Assalamualaikum,

    Saya melalui rumput di padang bersebelahan masjid di dalam kawasan universiti. Kemudian terlihat Seketul seperti najis yang kelihatan kering. Saya tengok sekitar, ada satu lagi berdekatan / bersentuhan sedikit hujung seluar/kasut saya). Oleh kerana tidak dapat memeriksa dengan jelas, saya terus ke masjid dan berwudhu dan solat. Selesai sembahyang saya melalui kawasan yang sama dan benda tersebut memang seperti t@hi, mungkin t@hi anjing. Soalan saya, apa hukumnya seluar/kasut saya? Perlukah saya menyertu? bagaimana dengan solat saya? juga apabila duduk tasyahud, bahagian hujung kaki seluar akan bersentuh dengan bahagian punggung, adakah berpindah najis? Terima kasih tuan, Assalamualaikum.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      tak wajib sertu kerana awak tak tahu najis apa.
      solat ok, kerana kalo betul2 kena pun, ia dimaafkan kerana terlalu sedikit.

      1. jawapan tuan, tak perlu sertu sebab mungkin bukan najis anjing, tapi kalau najis kucing yang, kering, adakah seluar tu kena basuh? Saya assume tak perlu sebab tuan jawap solat saya pun ok.

        1. Muhammad Haniff Hassan

          ya, tak perlu.
          kalo kena cuci, taklah dinamakan najis dimaafkan.
          tapi lepas pakai, takkan baju tu tak dicuci kan?
          bila dah cuci, kira suci macam biasa.

  187. assalamualikum ustaz,
    1. ada anjing lari depan sy smbil air liur terkeluar, kawan sy kata anjing tersebut tidak bersentuhan dgn sy tetapi sy tidak pasti jika air liurnya terkena sy atau tidak. adakah sy perlu sertu?

    2. sy tidak pasti jika sy terpijak air liur anjing tersebut ketika berjalan di atas jalan tar (tak tahu tempat air liur anjing itu berada) sy juga mencuci kasut sekolah dan sy tidak pasti jika kasut sekolah itu yg dianggap terpijak air liur anjing tersebut. adakah sy perlu sertu tandas, baju sekolah kerana sy basuh dengan kasut sekolah tersebut.
    saya anggap bahawa sy tidak perlu sertu kerana ustaz sudah menyatakan kalau tidak pasti hukum menjadi suci. ttp sy juga was was. bagaimana?

    syukran uztaz!

  188. dan ustaz, sy ada masalah was was. sy cuba buka link yg ustaz sarankan bg jwpan org yg bertanya sebelum ni tp tk dpt bukak sbb remove dll. ada link lain tak ustaz? dan masalah was was ini buat sy rasa tertekan kerana sy masih remaja dan kkdg sy rasa yakin, ttb terfikir tu terfikir ni hingga jadi was was semula. sy cuba lawan was was itu kkdg ttp tidak boleh. sy nk beribadah dgn sesempurna mungkin hingga penyakit was was bnyk dtg. bantu sy ustaz! 🙁

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      awak dah tahu hukum dan jawapan bagi soalan yg awak tanya, tapi awak masih tetap tak mahu amalkannya dan ingin bertanya.
      ini petanda jelas bhw awak mmg sedang hidapi masalah was2.
      awak perlu rawatan dgn bertemu pakar psikologi, samada seorang kaunselor atau psikiatri.
      janganlah malu utk mendapatkan rawatan kerana skait ini sama seperti sakit fizikal yg lain i.e. darah tinggi, kencing manis yg memerlukan rawatan perubatan dan psikologi.
      link yg berkaitan yg awak maksudkan ialah

      http://haniff.sg/kemusykilan-agama/kemusykilan-agama-diserang-was-was/

      http://abahyasir.com/2014/01/26/petua-hindari-masalah-menurut-islam-kecelaruan-obsesif-kompulsif-ocd/

      http://husnuzzonloa.blogspot.sg/p/rawatan-ocd.html

      selain itu, cubalah ke kedai buku utk membeli buku belitan iblis oleh ibn al-qayyim, lihat di http://3.bp.blogspot.com/-lD0e_sjb1XI/UPe9n0Up2VI/AAAAAAAAA9k/ajf7EWew0Rw/s1600/belitan+iblis.jpg

      moga bermanfaat

  189. Assalamualaikum,
    Saya kembali bertanya. Tak lama dahulu, saya turun kereta di lantai car wash yang basah, ada serpihan najis warna hijau berdekatan kaki, tak pasti pijak atau tidak, tapi kawasan berair. Berdekatan situ (kawasan kering) ada najis warna hijau jugak tapi hijau lain sikit, tanya pekerja, mereka kata najis angsa dan memang ada angsa berdekatan. Saya juga pernah ternampak anjing di kawasan tersebut. Selepas mereka basuh kereta, lantai pun basah dan mungkin serpih najis tadi pun dah hanyut, saya naik kereta. Saya pun naik kereta dengan kasut basah.
    Masalahnya ialah baru2 ini hantar anak ke tadika, cikgu tadika sedang menjirus kawasan depan pagar, ada serpih najis hijau (warnanya macam yang saya lihat semasa turun kereta di atas), dan cikgu kata najis anjing. Soalan saya, bagaimana dengan keadaan kereta saya? Adakah tercemar dengan najis anjing? Sekiranya berjalan di kawasan berair, air akan terpercik ke belakang dan mengenai kaki seluar. Mohon pendapat Ustaz. (najis lain boleh dibasuh, najis anjing perlu disertu)

      1. Salam, balik ke soalan ini, oleh kerana ianya tidak pasti najis anjing, maka tak perlu sertu,
        (Asalnya kasut bernajis lalu di kawasan berair, air akan terpercik ke belakang kaki seluar, kemudian naik kereta, kaki/seluar bergesel dengan pintu/lantai/carpet kereta).
        Sekarang, bagaimana hukum seluar saya yang terkena pintu/lantai/carpet kereta? Dikira bernajiskah (mutawassitah)?
        Atau hanya kasut yang mula2 sahaja perlu dibasuh?

        1. Muhammad Haniff Hassan

          salam

          jika awak yakin seluar tu terkena najis, cuci biasa sahajalah kerana ia bukan najis anjing.
          pintu, lantai, karpet kereta nak dicuci buat apa? bukannya awak guna utk solat.
          lagi pun bila awak pergi cuci kereta, barulah cuci sekali benda2 tu.

          1. Tq. maksud saya, pintu bahagian dalam, carpet sisi sebelah kaki driver. Lantai carpet senang saja nak basuh. Soalan saya bukan mengenai seluar ketika kejadian itu (seluar tu dah basuh), tetapi seluar sekarang bila memandu, seluar bergesel dengan pintu dan bahagian tepi kaki driver’s seat. bahagian2 itu terkena dengan seluar dahulu (bahagian dalam kereta). mohon penjelasan. tq

          2. Muhammad Haniff Hassan

            kesemua itu kan kering. maka tak lah seluar awak bernajis kerana bergesel dgn kesemua benda2 tu. tambahan pula, tak pasti samada seluar awak benar2 terkena tempat yg bernajis di pintu dll. oleh itu, ada benefit of the doubt.

          3. Salam, sambungan; kalau seluar basah/lembap, contohnya lari dalam hujan, kmdn masuk kereta tu dan kemudian seluar gesel bhgn carpet sisi dan dalam pintu, bolehkah seluar tu diguna unutk sembahyang tuan? Inilah kemusykilan saya sebenarnya. terima kasih.

          4. Muhammad Haniff Hassan

            jawapannya adalah sama seperti sebelum ini = boleh guna utk solat kerana ada ruang utk bagi benefit of the doubt.
            sial lihat jawapan yg saya baru beri di atas.

  190. Salam. Ustaz, saya ada satu lagi kemusykilan berkaitan najis mughallazah iaitu khinzir. Masa sambutan raya cina Januari lepas, ade seorang kawan cina membawa biskut kacang dalam bekas dan diletakkan di atas meja di ofis. Dia tak beri staf Melayu makan biskut tersebut kerana dia mengatakan biskut tersebut tidak boleh dimakan kerana dimasak sendiri dirumah dan mendakwa menggunakan bekas dan alatan yang pernah digunakan untuk memasak khinzir. Soalan saya adakah perlu sertu tangan jika saya terpegang dan membuka penutup bekas makanan tersebut. Nasib baik saya belum termakan biskut tersebut. Sehingga sekarang saya masih was-was. Minta maaf ustaz, terima kasih.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      ringkasnya, tak perlu sertu kerana tak pasti kalau penutup terkena najis atau kamu benar2 pegang di bahagian yg terkena najis.

  191. Amaran Abu Bakar

    Salam Ustaz. Terima kasih atas jawapan diatas. Masaalahnya najis itu masih ada terlekat dibadan kereta dan tidak mengalir bersama dengan air hujan.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      tu hy menunjukkan tempat tu masih bernajis kerana najis burung tu masih di tempat situ.
      tapi tak bermakna tempat lain turut bernajis kerana air hujan kan tetap mengalir ditempat itu utk hilangkan air dari najis itu.

  192. Salam uztaz,saya kembali bertanya….hari tu ketika saya sedang berjalan ada seekor anjing di hadapan saya yang sama arah dengan saya,tidak lama kemudian saya terpijak bekas tapak kaki anjing yang lalu tadi dengan keadaan kaki saya basah..tapi saya tidak mengukur bekas tapak kaki anjing yang lalu tadi.. perlukah saya sertu uztaz?.mohon penjelasan uztaz agar saya dapat menjalani bulan Ramadan dengan tenang…

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      apalah kamu ni.. asal jumpa anjing je, was2 yg bukan2 🙂
      kamu perlu atasi masalah ini dgn dapatkan rawatan bukan terus bertanya sahaja. kalo tidak kamu akan terus bertanya itu dan ini setiap kali jumpa anjing, kerana bertanya hy hilangkan was2 utk insiden itu, bukan utk insiden lain.
      takde org biasa yg sampai perlu ukur tapak kaki anjing untuk tahu, kamu benar2 pijak bekas atau tidak.
      buangkan was2 yg tak munasabah dari kamu itu.
      saya katakan tidak munasabah kerana, org biasa tak fikir seperti kamu itu.
      kalau tak caya, cuba kamu tanya kawan2 kamu yg lain.

  193. assalamuaalaikum ustaz…saya ingin bertanya…saya dalaam keadaan hadas besar..dan dlam mase yng same sye juge terkena najis anjing…saya mandi wajib dahulu dan kemudian melakukan sertu..adakah sah mandi wajib saye..??

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      boleh seperti itu. lakukan secara berurutan i.e. lepas mandi wajib, kamu terus sertu pula.

  194. Ustaz, perlukah sertu anggota jika saya menggunakan tandas yang sama yang digunakan oleh rakan sepejabat muslim yang baru sahaja membeli air kopi yang dibuat oleh peniaga kedai makan cina yang ada menjual pau berintikan daging khinzir

    1. Muhammad Haniff Hassan

      dah buang tebiat ke 🙂
      kalau macam tu, sume tiang besi pemegang lrt di kl perlu disertu kerna dipegang oleh org cina yg makan babi masa makan tengahri atau dirumah.

  195. assalamualaikum wbt. saya ingin bertanya. najis ini terbahagi kepada dua hukum. yakni najis aini dan najis hukmi. aini adalah najis yg masih jelas lagi bau warna dan rasa. hukmi pula najis yang sudah tidak nampak seperti air kencing bayi yg kering disebabkan matahari. persoalan sy, adakah najis anjing di padang/ tepi jalan yang telah hilang disebabkan air hujan, sudah dikira hilang najisnya dari segi hukmi nya? aini nya memang sah sudah hilang. tapi dari hukmi nya bagaimana ya ustaz?

  196. tambahan, bukankah najis mutawasittah mesti disucikan dgn air mutlak? manakala najis mughalazah perlu kepada sertu baru hilang kenajisannya? jadi bagaimana ya ustaz?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam..
      kalo di padang dan jalan, najis perlu dibersihkan sama seperti kalau ia kena di baju kita, macam mana dengan org yg kerja kebun dan ladang yg dimana2 terdapat najis lembu, kerbau, anjing, kambing, dll? takkan nak tunggu hujan baru suci? abih kalo hujan tak turun seminggu atau sebulan atau di negara2 yg jarang turun hujan? 🙂
      ada perbezaan menghukumkan penyucian najis yg terdapat di padang, jalan, dan tempat2 yg mmg sukar nak lakukan penyucian melalui aliran air.
      inilah kemudahan dalam agama.

  197. Tapi ustaz, bukankah minuman yang dibeli sudah bercampur dengan makanan tidak halal? saya bimbang jika dia menggunakan tandas di ofis, najis tersebut berjangkit pula. bukan begitu ke ustaz?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      mana ada macam gitu.. tak ada ulama kata tahi dan kencing cina yg makan babi sama najisnya seperti babi???
      ini cuma putar belit syaitan dalam akal kamu, supaya menyusahkan hidup kamu.

  198. maafkan saya ustaz, tapi saya masih was2. tapi yang beli minuman tu muslim. lagi satu soalan saya, bolehkan beli minuman di kedai tersebut sedangkan diketahui peniaga menjual pau berintikan daging khinzir?tapi dia hanya menjual pau sahaja

    1. Muhammad Haniff Hassan

      sila baca jawapan saya kepada taufiq yg baru sahaja saya jawap.
      masalah kamu sama.
      tak ada masalah utk beli minuman di kedai itu.
      ada ribuan ustaz2 di malaysia yg opernah beli minuman di kedai cin yg umumnya makan babi.
      pernah kamu dengar mereka kata tak boleh minum atau beli barang2 dari kedai itu kerana takut terkena najis babi?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      was2 bukan hanya kerana gangguan syaitan ia boleh berlaku akibat psychological disorder.
      was2 kerana masalah psikologi akan berlaku, ada atau taidak ada syaitan tu.
      selain itu, bila syaitan dah membiasakan kita dgn was2, tanpa dia pun kita akan was2 kerana ia dah menjadi tabiat burut, ibarat org yg dah ketagih sesuatu.

  199. Salam ,
    ustaz adakah saya perlu mandi wajib sekiranya saya buang air kecil dan semasa saya basuh kemaluan saya keluar cecair ….saya keliru adakah itu air wadi,mazi atau mani sehinggakan kadang kala saya akan mandi wajib sekiranya berlaku perkara tersebut.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      apa yang keluar ketika anda kencing biasanya bukan air main. oleh itu, hanya perlu cebok sahaja.
      mani biasanya keluar ketika mencapai kemuncak syahwat seks. ia boleh berlaku semasa hubungan intim atau disebabkan perbuatan sendiri seperti masturbasi.
      bagi wanita pula, mani lebih sulit keluar dari lelaki kerana faktor2 biologi. bahkan ada wanita yg tidak keluar mani walaupun boleh mencapai orgasme.
      oleh itu, amat sulit utk diandaikan cecair yg keluar semasa kencing atau pada keadaan yg bukan disertai kemuncak kepuasan seks adalah mani.
      oleh itu, juga ia tidak mewajibkan mandi, hanya cebok sahaja.

  200. assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanya beberapa soalan:

    1) jiran bersebelahan rumah kakak saya membela seekor anjing, di mana bulunya gugur dengan banyak dan sering akan berterbangan ke rumah kami dan melekat pada pakaian yang disidai. Saya pasti itu adalah bulu anjing tersebut kerana tiada kucing di situ, tambahan pula memang banyak anjing yang dibela di kawasan perumahan tersebut. Masalah ini tidak memang tidak dapat dapat dielakkan lagi. Jika tidak melekat di pakaian pun, pasti bulu-bulu tersebut akan berterbangan di mana-mana dan melekat di karpet, kusyen, sejadah dan sebagainya. Sebahagian pakaian yang dipakai pun masih terdapat bulu anjing yang melekat. Kadang-kadang di sejadah dan telekung yang kita sedang solat pun ada bulu anjing tersebut. Pendek kata bulu-bulu anjing tersebut ada di merata-rata dalam rumah dan pakaian dan saya dah tak tahu nak buat macamana kerana pasti akan bersentuhan juga dengan bulu-bulu tersebut samada ada dalam keadaan lembap/kering.

    Saya dapati mazhab hanafi dan maliki berpendapat bahawa anjing hanya najis pada jilatan dan air liurnya sahaja. Maka adakah ia bermaksud bahagian selain itu termasuk bulu, tahi dan air kencingnya tidak najis? Adakah kami sekeluarga boleh beramal dengan mazhab maliki atau hanafi untuk masalah ini? dan bolehkah ustaz berikan dalilnya?

    Saya amat berharap ustaz dapat membantu kerana masalah ini sudah berlarutan dan menyebabkan kami sekeluarga tidak dapat menjalani hidup dengan tenang terutama dalam bersolat.

    2) Saya pernah menyertu pakaian-pakaian saya yang terkena bulu-bulu anjing tersebut. Apa yang mengecewakan ialah apabila sudah kering dan hendak dilipat, didapati masih terdapat lagi beberapa helai bulu yang masih melekat pada beberapa pakaian. Ini kerana memang ia susah nak dilihat kerana saiznya yang halus. Perlukah saya sertu semula pakaian tersebut termasuk pakaian-pakaian lain yang turut telah disertu disebabkan sudah bercampur di dalam satu baldi sebelum disidai?

      1. Terima kasih ustaz, bagaimana pula dengan orang yang berkunjung ke rumah kami, di mana mereka mestilah mengguna pakai mazhab syafie dalam konteks ini, sedangkan mereka tidak mengetahui masalah kami. Perlukah kami memberitahu mereka ustaz?

        1. Muhammad Haniff Hassan

          tak perlu bagi tahu kat mereka. apa yg mereka tidak tahu, di maafkan. sebagaimana al-quran tak galakkan bertanya ttg perkara yg akan menyusahkan diri kita bila diberi jawapan, maka samalah juga dgn memberi tahu org lain perkara yg hanya akan menyusahkan mereka sahaja.

          1. Jadi tak menjadi masalah lah jika kami berkongsi pakaian dan sebagainya.Sebenarnya saya tidak tinggal di rumah tersebut, namun saya sering pulang ke rumah tersebut pada masa cuti. Sama juga seperti adik-beradik saya yang lain, kami kerap ke rumah kakak saya itu kerana mak tinggal bersamanya. Jadi perlukah saya beritahu semua adik-beradik saya sahaja supaya berpegang kepada mazhab hanfi/maliki ini untuk memudahkan dan menenangkan hati walaupun sebahagian daripada mereka tidak pernah tahu pun mengenai masalah ini.

          2. Muhammad Haniff Hassan

            ya… tak perlu bagi tahu keluarga akan masalah yg ada, maka tak perlulah suruh mereka ikut mazhab lain.
            apa yg mereka tak tahu, tak berlaku hukum walau mereka beramal ikut mazhab syafi’ii.

  201. Salam…ustaz sy nk tanya,saya sering mengalami masaalah otak membayangkan sesuatu sebelum berfikir..saya sering terbayangkan rupa allah yg kita sendiri tidak tahu bagaimana dan sebagainya,puas sy mengendahkan perkara tersebut tp ianya hanya sementara,lama kelamaan ianya akan muncul semula .banyak lagi perkara yg sy terbayangkan…lepas satu,satu lagi masaalah yg akan timbul..sebelum ini sy ada masaalah was2 tp selepas sy sudah tidak ada masaalah tersebut muncul pula masaalah ini …..sy sering merasa tidak tenang…dan yang menjadi persoalan sy sekarang adalah,
    1)adakah sy dianggap murtad dan berdosa ?
    2)apakah rawatan yg terbaik untuk saya dari masaalah tersebut?
    Terima kasih

  202. Salam ustaz…sy nk tanya beberapa soalan
    Haritu sy garu blkg bdn sy and kebetulan ada butiran kecil seperti jerawat…lepas sy garu tu sy ras pedih…kemudian sy check la pada baju sy kut2 ada darah..sy perasan ada satu tompokan kecil warna oren pada baju saya tu…betul2 kat tempat sy garu blkg sy…sy berasa syak yang tompokan tu adalah darah…

    Pastu sy pun baringlah atas tilam dengan baju tu dan kebetulan bdn sy berpeluh…so adakah peluh sy tu menyebabkan najis tu berjangkit kat cadar dan tilam sy tu…

    Lagi satu bila saya basuh baju tu,kesan tompokan tu tak hilang walaupun sy dh berkali-kali memberus kesan tu…adakah baju tersebut masih lagi bernajis?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      darah itu terlalu sedikit dan dianggap sebagai najis yg dimaafkan, tak kira samada kat baju atau cadar, dibasuh atau tidak.

  203. terima kasih banyak-banyak ustaz. jadinya, kalau pun hari ini kita nampak dan tahu ada tahi anjing di tepi jalan raya yang biasa kita lalui(jalan kaki), dan keesokannya sudah tiada hanya disebabkan matahari/hujan/dikutip oleh pekerja2, maka kita masih boleh melalui jalanraya di situ dan boleh juga solat di situ sebab sudah hilang kenajisannya kan? sy tinggal di luar negara dan kadang-kala terpaksa solat di tepi jalan.

  204. semoga Allah membalas kebaikan ustaz. sy kagum dengan ustaz yang sudi menjawab semua persoalan2 seperti di atas. bukan mudah nak jumpa ustaz yang sudi melayan pelbagai soalan pelik yang diajukan. semoga Allah murahkan rezeki keluarga ustaz ya. amin 🙂

    1. Muhammad Haniff Hassan

      terima kasih, panda 😉
      doakanlah, allah bagi saya kesabaran yg tinggi 🙂

  205. takpa ustaz. benda ini boleh jadi ladang pahala untuk ustaz. Allah nilai segala kesabaran dan usaha ustaz untuk tolong semua orang yang ada masalah ocd ini. sy pun tengah usaha nak keluar dari kepompong ocd ini. nak hidup normal macam biasa. so, hanya dengan ilmu dan bertanya pada orang yg arif sahaja, masalah berkaitan ilmu fekah ini dpt diselesaikan. bukankan syaitan ini lebih takut pada orang yang berilmu berbanding orang yang banyak buat ibadat kan ustaz? 🙂 moga2 Allah terus menerus kurniakan kesabaran yang tinggi. amin ya rabbal alamin!

  206. Salam ustaz..adakah hati kita blh gelap kalau tengok salib? Sy jadi musykil sbb biasanya kalau sy tengok kisah2 org putih nie diaorg kdg2 ade yg pakai bende tu..mohon penjelasan ustaz,tq

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      takde larangan dalam islam bagi org islam utk melihat salib.
      baca bible pun dibenarkan, nikan pula lihat salib.
      kalau awak memandang salib sahaja rasa iman terancam, tu petanda sesuatu masalah psikologi atau ilmu dalam diri sendiri bukan kerana salib itu sendiri.
      percaya bahawa salib boleh memudaratkan kita baik tubuh atau iman adalah khurafat sama seperti percaya pokok dan batu boleh memberi mudarat dan manfaat kepada manusia.

  207. Salam ustaz. Berdasarkan semua jawapan ustaz di atas, bila kita tak tahu and tak pasti bulu tu daripada bulu binatang apa, ianya tetap suci kan ? tapi saya nak tanya satu soalan. walaupun bulu tu memang daripada bulu anjing, tapi kita tak yakin dan tak pasti bulu tu bulu apa, adakah ianya tetap dianggap suci ustaz ?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      kalau kamu nampak bulu binatang di baju kamu, kamu tak tahu bulu itu bulu apa, dan tiada bukti utk dihukumkan bulu itu bulu anjing, maka hukumnya adalah suci bagi kamu (walaupun pada hakika sebenar ia mmgbulu anjing).
      kamu tidak bersalah kerana menghukumkan bulu itu suci (walau pun hakikatnya kamu salah), kerana kamu tidak dibebankan atas apa yang kamu tidak tahu dan kamu tidak menyelidik dalam2 utk tahu hakikat itu kerana mmg agama sendiri yg suruh sedemikian.
      oleh itu, perbuatan kamu yg bersalahan dgn hakikat sebenar yg kamu tak tahu termasuk dalam perkara yg dimaafkan agama.

  208. Ustaz, saya ada lagi satu soalan. Longkang di belakang rumah saya (di dapur) terdapat bekas babi kubang, cari cacing. Kemudian, tempat tersebut juga merupakan tempat ayam-ayam kampung cari makan seperti sisa makanan dari dapur. Bolehkah saya makan daging ayam tersebut dan telurnya. Bukankah hasil dari perutnya dah tercemar dengan najis? Yang saya tahu jika bekas tanah makhluk itu pijak kemudian kita pijak, tak perlu sertu, tapi ini bekas dia kubang.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      keraguan awak itu sesuatu yg tak munasabah.
      kalau macam gitu, maka byk tanaman dan sayuran pun tak leh makan kerana serap najis dari baja dan tahi haiwan yg buang merata2 di kebun dan ladang.
      bukan hanya, ayam itik, lembu dan kambing pun tak leh makan gak pasal diorang makan rumput di ladang2 yg berkecah najis mereka sana sini.
      pegang cina pun tak leh, pasal diorang makan babi.
      bekas babi pula bukan bermakna mesti ada najis babi di situ kerana najisnya mungkin dah hilang disebabkan faktor alam.
      kalau binatang tu pijak pun, lama2 najis tu akan hilang sendiri sebelum disembelih.
      toksah lah awak menyusahkan diri dgn obsesi terhadap najis babi dan anjing seperti yg byk berlaku di atas tu.
      ada perkara penting dalam agama ini yg lebih penting dan patut awak ambil tahu, belajar dan fokuskan dari hy soal najis babi.
      tinggalkan segala was2 yg tak munasabah tu dari diri awak atau dapatkan rawatan baginya.

      moga ramadan ini lebih membantu anda utk berubah.

  209. Maafkan saya ustaz sebab banyak bertanya. Tapi, kawasan rumah saya tu tak berpagar, rumah kampung. Jadi, hari-hari ada babi hutan yang cari cacing dekat belakang rumah dan hari-hari ayam kampung cari sisa makanan. Saluran longkang di belakang rumah saya pun tidak disalurkan dengan baik, jadi air dari singki dapur akan terus mengalir ke tanah. Di situlah tempat makhluk tersebut kubang cari cacing dan ayam cari sisa makanan. Apa yang memusykilkan saya ialah bekas kubang makhluk tersebut turut dimakan oleh ayam. Bolehkah saya makan telur atau daging ayam tersebut. Terima kasih ustaz.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      kan saya dah jawab. kalau keraguan awak tu tak munasabah, maknanya janganlah diikut = makanlah.

  210. assalamuaalaikum usatz…saya pernah brtnya kpda ustaz tntang jika kita ada 2 keadaan dalam satu masa iaitu xmndi wajib dan sertu…ustaz kate boleh mandi wajib dulu..tapi baru2 nie saya ada tnye rakan saya tntang masalah ini…katanya wajib sertu dahulu kerana terdapat najis berat yng perlu dibasuh dengan air tanah dahulu…barulah boleh mandi wajib…jika tidak xsah mandi wajib itu kerana xsertu lagi..betull ke begitu ustaz??..mohon pencerahan..terima kasih..

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      hukum islam adalah luas. umumnya sesuatu masalah terdapat pelbagai pendapat ulama mengenainya. hal ini bertujuan supaya memudahkan manusia yg pelbagai.
      apa yg dinyatakan oleh teman awak betul. begitu juga apa yg saya beritahu kamu. kedua2nya boleh digunapakai. terserah pada kamu utk pakai yg mana satu.
      tugas seorg ustaz bukan hanya menyampaikan hukum, tapi juga menyampaikan hukum yg memudahkan org yg bermasalah kerana islam menganjurkan memudahkan manusia, bukan sebaliknya.
      saya menjawab sedemikian kerana kalau saya gunakan pendapat teman kamu itu, mandi wajib kamu jadi tak sah dan ini bukan hanya menuntut kamu ulang mandi semula, tapi juga memberi kesan pada ibadat2 yg lain selepas itu.
      ramai org yg menjadi stres kerana memikirkan perkara sebegini. kamu boleh baca pelbagai soalan di atas utk mendapat gambaran.
      kesimpulannya, adalah lebih baik lain kali, sebelum mandi wajib, kamu sucikan dulu najis dari badan.
      tapi kalau terlupa, teruskan sahaja, lalu sucikan pula najis.

      moga bermanfaat.

  211. assalam ustaz..saya tinggal di kawasan yang non muslim..bulan lepas saya dapati kakak saya balik rumah guna beg roda..masa turun dari kereta tu dia tarik beg roda tu sampailah kat blok flat kami..masa sampai kat rumah saya cek roda beg kakak saya tu takut ada najis anjing yang melekat..saya pun mula rasa was-was sebab kat roda beg tu ada kotoran macam pasir ke najis ke apa saya tak pasti.. saya amik kertas basah dan lap roda kat beg tu..masalahnya sekarang perlu ke saya samak tangan saya sebab saya pegang roda beg tu..sebab saya tak pasti kalau roda tu terkena najis kering yang terdapat kat atas jalan tu ke tak..saya ada perasaan was was dari 2tahun yang lepas dan perasan was was ni buat hidup saya tak tenang..

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      kalau kamu tak tahu benda tu apa, tak timbullah soal najis.
      hanya kalau kamu yakin dia tu najis, maka berlaku hukum najis.
      benda ni simple je. yg menyulitkan, bila kamu melayan was2.
      tu sebablah islam suruh jgn layan was2 kerana bila dilayan lama2 ia jadi obsesi dan mengganggu hidup kamu.

      1. ustaz lagi satu soalan..jadi saya tak perlu samak la kan ustaz ??sebab saya taktahu tu najis ke apa and saya pun taktahu samada roda tu kena najis ke tak sebab tak berlaku depan mata..saya buat andaian je..saya minta maaf ustaz sebab banyak tanya..terima kasih ustaz..

          1. assalam ustaz..walaupun ustaz dah bagi keterangan saya masih lagi was-was..perlukah saya beritahu keluarga saya tentang masalah was-was yang saya hidapi..tapi saya malu sebab takut dorang mentertawakan saya..saya baru berumur 18 tahun..saya mempunuyai was-was terhadap najis..setiap kotoran yang berwarna coklat mahupun najis yang berwarna coklat semua saya anggap sebagai najis anjing walaupun saya tidak pasti tentang perkara tersebut..dalam kepala otak saya asyik fikir tu najis anjing..kadang-kadang saya takut dan elakkan untuk keluar dari rumah kerana ingin mengelakkan perasaan was was saya terhadap kekotoran kat luar sana..perasaan was was buatkan saya selalu meninggalkan ibadah seperti solat kerana takut solat saya mahupun ibadah lain yang saya lakukan tak diterima Allah..benda ni buat saya tertekan dan kadang kala macam nak bunuh diri..saya cuba lawan perasaan was was saya tetapi tak lama kemudian perasaan was was tu datang balik..apa yang patut saya buat ustaz 🙁

          2. Muhammad Haniff Hassan

            salam

            saya dah jawab soalan ini byk kali.
            tak guna saya ulang lagi kalau awk sendiri tidak mahu atau malu bertindak.
            awak sakit, kalau malu dirawat, awak tak akan sembuh atau masalah awak tk akan hilang.
            pergilah jumpa kaunselor atau psikitri, dan minta bantuan ibubapa awak juga.

  212. Assalamualaikum ustaz…saya sgt buntu skrg..sy telah pergi tinted cermin kereta baru2 ni di kedai milik non muslim…time masukkan kereta dlm kedai tu baru sy perasan ada pekerja wanita dan memiliki anjing peliharaan ….selepas selesai dan balik rumah, sy terperasan tiga helai bulu dlm bonet belakang dan xpasti itu bulu anjing milik kedai td atau tidak….utk pengetahuan ustaz…semasa sy masukkan kereta dlm kedai..anjing tu dibawa masuk dlm bilik sebelah tp terbuka dan hanya duduk distu sehingga selesai serta tidak memasuki kereta sy…cuma pekerjanya sahaja memasuki kereta sy dan sy xpasti dia menyentuh anjing atau tidak semasa memasuki kereta sy…

    Persoalan sy :
    1) adakah sy perlu sertu kenderaan sy kerana pekerja dia keluar masuk dan duduk dlm kenderaan sy
    2) bagaimana peralatan yg digunakan seperti tools dan tuala yg digunakan utk lapik dashboard dan kerusi serta tuala yg digunakan utk lap cermin kereta sy.
    3) bagaimakah status bulu yg dijumpai dlm bonet kereta sy kerana sy selalu terpikir takut2 bulu anjing tu melekat pada tuala yg digunakan utk lapik kenderaan sy

    Minta jasa baik ustaz utk menjawab…sy sgt2 buntu memikirkan ibadah sy tambahan pula dibulan ramadahan yg mulia ni…

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      awak tak perlu buat apa2 kerana
      1. awak tak pasti bulu tu bulu apa
      2. cina yg pegang kereta awak tak menyebabkan ia menjadi najis hy kerana dia pelihara anjing. kalo macam tu, semua cina akan dihukumkan nani skerana dia pegang dan makan babi. ni bukan hukum agama kita.

      1. Terima kasih ustaz kerana menjawab…kedai tu sebenarnya kedai pertama yg sy kunjungi selepas beberapa hari membeli kereta…sebab tu timbul syak pada status bulu tersebut..

  213. Para ulama menegaskan bahwa najis yang kering jika bersentuhan dengan sesuatu yang juga kering maka sesuatu yang disentuh tersebut tidak menjadi najis. Namun ia tetap dalam kondisi suci. Sebab, najis hanya bisa berpindah jika dalam kondisi masih basah.

    Ibn Jibrin berkata, “Jika najis yang sudah kering menyentuh badan atau pakaian yang juga kering, maka ia tidak membuat badan dan pakaian tadi bernajis. Sebab najis hanya berpindah jika dalam kondisi masih basah.”

    Demikian pula bila najis yang kering menyentuh sesuatu yang basah, menurut kalangan Maliki dan Hanafi, benda yang basah tadi tetap suci; tidak terkena najis.Namun menurut kalangan Syafii benda basah jika terkena najis kering maka menjadi najis pula.

    soalan:
    adakah kita still kena berbalik pd konsep asal yakni, kalau kita pijak tahi burung contohnya dgn sengaja sekalipun dalam keadaan basah/kering, as long as tak nampak warna/bau/rasa, then still kasut kita tak bernajis? sebab secara logiknya macam mana kita nak hukumkan kasut kita bernajis sedangkan tiada kesan pun kan?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      ya.. kembali ke asal kerana boleh diandaikan telapak kasut itu tak terkena najis berkenaan, walaupun pada pandangan mata kita dia berada di atas najis itu, disebabkan keadaan yg tidak rata.

  214. assalamuaalaikum ustaz…begini cerita saya..saya ada terpijak najis anjing..selepas itu saya masuk kedalam kelas…didalam kelas…ade tertumpah serbuk smart coco(seperti milo) selepas itu saya memijak serbuk itu menggunakan kasut xdi…semasa saya pijak serbuk itu..serbuk itu jadi basah mngkin kerana tekanan udara..selepas itu pula,saya memijak tempat xdi yang dipijak kasut xdi itu munggunakan tapak kaki saya kerana saya telah mencabut kasut saya…persoalanya..adakah perlu saya sertu tapak kaki saya..??terima kasih ustaz..

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      kamu ni nak buat citer lawak ke?
      jawapannya tak perlu sertu kecuali kamu gi test tapak kaki kamu dan dikompemkan ada dna anjing.

      1. tidak makdud saya..kan kite hndklah sertu jika najis itu basah..semasa saya pijak tahi anjing itu tapak kasut saya lembap dan saya ade najis melekat di tapak kasut saya tuu…lpstuu kan saya pijak serbuk itu dn serbuk itu mnjadi basah(serbuk itu bnyak) pstu secara x sngaja saya terpijak tmpat xdi yang saya pijak gunbe kasut xdi..tapi saye pijak dgn tapak kaki tnpe mnngunakan kasut kerana saya terlupe..kire serbuk uu melekat di tapak kaki saya..jadi adakah perlu disertuu ustaz..??saya masih belum yakin…minta maaf ustaz..

        1. Muhammad Haniff Hassan

          kamu tanya, saya jawablah.
          saya bagi jawapan, kamu tak yakin.
          masih nak layan was2 kamu.
          kalau kamu nak yakin sangat, sertu je lah.
          bukan susah mana pun.

          1. ouh…mintak maaf buat ustaz susah…terima kasih ustaz..jadik kita tidak payah sertu laa kan meskipun ade cebisan tahi anjing melekat di serbut koko tersebut laa kan..??

          2. Muhammad Haniff Hassan

            kerana tak jelas koko yg kamu pijak tu mmg koko yg kena najis
            pape pun, najis tu terlalu sikit = dimaafkan je

  215. so sekarang ini, andaian untuk lantai yang tidak rata sahaja ke? 🙁 boleh tak kalau sy nak berpegang pd prinsip asal, yakni tak kisah basah/kering, kalaupun kita terpegang/terpijak sesuatu yang najis, dan kalau tak nampak warna, bau dan rasa, kita yakinkan diri saja yg tangan/kaki kita bersih? 🙂 maaf ustaz. sy banyak tanya pula.. hehe

    1. Muhammad Haniff Hassan

      bukan macam tu.. maksudnya walaupun nampak macam kaki di atas najis, tapi tak bermakna ia memijak najis atau menyentuh kerana mungkin ada ketidakrataan baik pada lantai atau kasut = najis tak kena kasut

  216. dan sy tak faham la ustaz. kenapa orang tua-tua dulu cakap pada sy najis akan berpindah-pindah? mcm ada orang cakap kat sy, kalau kita pijak tahi yg basah, dan bila kita berjalan kat seluruh lantai itu, maka seluruh lantai tu jadi bernajis? padahal hanya kt kaki je yg ada tahi. tp kat lantai, takda pun nampak kesan tahi itu. so, kenapa kita nak susahkan diri cuci lantai itu pula kan? kalau salah, tolong betulkan ya ustaz 🙂

    1. Muhammad Haniff Hassan

      manusia macam tulah .. bermacam ragam. ada yg lebih berhati2 dan konservatif.
      para ulama pun cam tu jugak.. bukan semua sama pendapat dalam sesuatu isu

  217. jadi macam mana ya ustaz? kalau ustaz jd sy, ustaz akan cuci seluruh lantai itu ke walaupun tak nampak pun najis itu berpindah ke lantai? hahaha.

    ustaz tolong lah terangkan pada sy. konsep macam mana sy perlu ambil bila bab najis ini? sy tahu ustaz akan cakap, kena jumpa pakar psikologi ke kan? tapi bagi sy, once sy dah dapat keywords or ilmu basic itu, insyaAllah akan okay 🙂

    1. Muhammad Haniff Hassan

      nabi apabila diberi pilihan antara dua perkara, dia akan pilih yg lebih mudah.
      maka pilihlah pendapat yg memudahkan, iaitu tak perlu cuci seluruh lantai.
      kalau pun najis berpindah ke tempat lain di lantai, ia menjadi suci apabila hilang berlalu masa kerana faktor alami.

  218. ouh. faktor alami itu seperti angin dan matahari kan ustaz? kalau lantai di rumah pun sama la kan ustaz. sebab sy ingat lagi ustaz ajar pada sy, kalau kt padang, najis mutawasittah tak perlu kita sucikan dengan air mutlak asalkan dia hilang sebab faktor alami mcm angin/matahari. baru sy tau rupanya kalau kt dalam rumah pun sama. hehe. mekasih banyak2 ustaz! 🙂

  219. assalamuaalaikum ustaz..saya ingin bertanya satu soalan kpd ustaz tnttng mandi wajib…kita sering mndngar jika mandi mnggunakan shower hndklah niat ketika air smpai di mana2 bhgian tubuh bdan kan..tapi boleh ke tidak kita membuka dahulu shower,dn slepas itu baru kite knakan badan kita ke air tersebut dan niat..adakah sah jika mandi wajib begini ustaz..??

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      tak perlulah teknikal sangat dalam amal agama hingga perkara remeh2 pun jadi isu hingga hilang logik.
      tak kisah samada awak buka shower dulu, kemudian niat atau niat, dulu kemudian shower. kedua2nya sah.
      kalo awak buka shower dulu kemudian niat, mungkin air pertama sebelum shower tak dikira mandi wajib tapi kan air seterusnya yg mengalir akan cover balik. mana ada org shower, pastu niat pastu shower tu jatuh kat tubuh lain pulak?
      niat pun bukan mesti baca lafaz seperti yg buasa diajar.
      bila awak masuk tandas kerana nak mandi wajib sahaja di situ sudah terpasang niat. sebab tu, soalan awak tu dah jadi tak relevan.

      1. ouh begitu..tapi maksud saya ustaz..semasa saya buka shower tuu..saya mengelakk drpda terkena air itu..setelah air dibukak..,,barulah saya kenekan kepala saya ke air tersebut sambil niat mandi wajib..??

        1. Muhammad Haniff Hassan

          tak kisah..takde bezanya.. sama kalo awak mandi di sungai, nak niat sebelum masuk atau selepas masuk sungai, takde masalah apa2.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      ini bukan mazhab pegangan majoriti umat islam di rantau ini.
      ia adalah mazhab rasmi di saudi.
      terserah pada mereka utk berpegang pada mazhab itu.
      tapi tak perlu utk kita di rantau ini.
      namun tak perlu pula kita menyesatkan mereka itu kerana tidak semua perbezaan menjurus pada kesesatan.
      islam pun tak suka sikap sesat menyesatkan.
      biarlah soal berdebat dgn mereka diserahkan kpd para ulama dan penguasa agama.
      org awam baik fokus pada mempelajari ilmu sahaja.
      moga bermanfaat.

  220. Masalah saya ialah saya pegang container yang berisi biskut kacang. Biskut kacang itu dibawa oleh rakan cina dan dimakan di ofis. Dia tidak beri rakan muslim makan kerana dikatakan ‘tidak halal’ oleh sebab dimasak sendiri di rumah. Memang kami tahu yang dia memasak daging khinzir di rumah. Dia juga mengatakan ‘tidak halal’ kerana bimbang bekas2 yang digunakan untuk masak khinzir juga digunakan untuk membuat biskut kacang tersebut. Biskut itu pula diletakkan di atas meja dia di ofis dan rakan India ada juga yang makan biskut tersebut. 1)Soalan saya ustaz, adakah perlu sertu tangan jika terpegang container tersebut disebabkan sudah banyak kali dia memegang dan membuka container itu untuk ambil biskut tersebut saya bimbang jika biskut tersebut terkena pada container itu 2)Adakah terpegang biskut tersebut perlu sertu? sebab ada seorang ustaz menjawab : “Jika nampak atau dirasa pada tangan spt minyak dsbnya, baru wajib disertu. Jika tak nampak atau tak dirasainya, tak perlu sertu krn dia mengambil hukum tiada”. Jadi saya fikir memang makanan jadi najis berat jika masak makanan yang tak ada bahan khinzir tapi bekas dan peralatan pernah digunakan untuk masak khinzir

    1. Muhammad Haniff Hassan

      kan saya dah kata, awal tak boleh nak layan2 perasaan ni.
      tak abis2 jadinya.
      perkara ni pun dah saya jawab banyak kali di atas.
      awak sebenarnya faham dan tahu, tapi awak hanya nak layan je perasaan tu.
      seorang ustaz dah jawab pun, tapi masih nak tanya kat saya.
      lepas ni nanti tanya kat ustaz lain pula.

  221. Assalamuaalaikum ustaz..saya ingin bertanya..xsalah saya jika kita xnmpak sesuatu najis itu tidak prlu sertu kann..tapii knp dlam pngertian sertu ade ejnis iaitu nmpak dn tdak nmpak(najis hukmi)..ape mksud najis hukmi ini ustazz..??

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      ya, kalo tak nampak najis, hukumnya tiada najis.
      tapi kalau kamu tahu dgn yakin satu tempat tu sudah terkena najis, cuma sifat bau, warna dan rasanya telah hilang kerana faktor tertentu, tetap perlu menyucikannya utk dihukumkan suci. contoh ialah tilam budak kecik yg terkena kencing, apabila sifat2 kencing itu hilang kerana dijemur bawah panas matahari = perlu dibasuh utk menjadi suci.
      maka najis hukmi ialah najis yg ada pada sesuatu tempat yg kita tahu dgn yakin cuma sifat bau, rasa dan warnanya telah tiada, tapi ketiadaannya bukan kerana dibasuh.

  222. Ouh begituu..tapi ustaz saya baca soalan drpd hmba yang lemah tntng die pijak kaki di tmpt yng same die pijak di atas serbuk koko itu..bukankan dia juga perlu sertu kerana dia sudah tahu tempat itu. Sudah terkena najis anjing..??

  223. ustaz jangan marah..maaf minta kalau saya buat ustaz marah..jadi kalau najis yang kita tidak pasti kita buat taktahu je boleh kan..walaupun kalau tu najis anjing tapi kita tak pasti tu benda apa sebenarnya kita tak payah samak tak payah sertu kan ustaz kan..??sorry tanya banyak kali ustaz..lepasni saya tak tanya lagi..terima kasih ustaz..moga Allah bagi ustaz kesabaran yang tinggi 🙂

    1. asalam ustaz..bila saya fikir-fikir balik baik saya tak payah layan perasaan was was saya ni..sebab macam membodohkan diri saya je..sebab saya tidak pasti dan takde bukti dan tak nampak roda tu beg tu kena najis ke tak..entah-entah kotoran biasa atas jalan tu je..dan saya taktahu pun benda apa kat roda beg tu..ustaz cakap kita tak boleh hukumkan sesuatu tu najis kalau hanya andaian,was was dan takde bukti kan..saya rasa kalau saya tak layan was was saya ni haritu kan senang..benda kecil pun saya nak besar besarkan..

  224. Salam ustaz,

    kemusykilan saya, saya membela ibu saudara yang alzhimer.. pernah beberapa kali beliau tidur dan kencing tilam. saya ada baca, untuk sucikan, kita kene jirus air atas tempat yang kene kencing tu. & saya jemur sampai kering. tapi masa nak alihkan tilam tu ke balcony, air basuhan tadi meleleh kebalcony dan dipijak saya. soalan saya, air tu najis tak, bila saya berjalan satu rumah dengan kaki yang terpijak air tu, kene bersihkan mana kawasan yang terpijak tu tak.. terima kasih ustaz..

    1. Muhammad Haniff Hassan

      air itu dikira tk najis kerana najis telah dianggap hilang oleh aliran air sebelum ini. maka yg tinggal tu bukan lagi yg bernajis.

      salam

  225. Salam ustaz, saya hendak tanya. jika saya pergi ke kedai yang ada kasut bertapakkan kulit babi tapi saya tak pasti pon diperbuat drpd kulit babi kerana di situ tidak tulis apa apa. cuma kawan saya beritahu kasut di kedai itu yg mana ada tanda titik tiga menandakan kulit babi cuma dia tak tulis. semalam saya ke kedai itu. saya menghampiri bahagian kasut di situ dan saya dapati memang ada kasut yg tanda titik titik tu cuma tak pasti pon kulit babi atau tidak kerana tidak tulis di situ ttp saya tidak tahu info mana kawan saya dapat tu. hati saya agak yakin memang saya tak sentuh kasut tu tetapi saya risau tangan kanan saya yg sebelah terkena mana mana bahagian kasut jika saya ada tidak perasan ke apa walaupon saya memang tahu saya tidak pegang kasut tu. perlukah saya samak ? adakah sah solat dan ibadat saya yang lain? lagi pula sayang memang mengalami was was sejak mei yg lalu dan sedang dalam rawatan islam. saya sudah bersamak berkali kali menggunakan sabun taharah walaupon saya tahu ada yg mengatakan kandungan sabun itu ada lah kurang. saya tidak jumpa tanah dan saya memang merasakan saya tidak pegang kasut itu.cuma benda ni menyebab kan saya fikir fikir sehingga tiada kesudahannya..perlukah saya bersamak ?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam
      awak sendiri tak pasti kulit tu, benar2 kulit babi.
      awak sendiri tak pasti samada awak pegang atau tidak kulit tu.
      awak sendiri tahu awak ada masalah was2.
      tapi awak tetap nak layan was2 tu dgn terus berfikir ttg masalah itu dan bertanya.
      sedangkan dah dijelaskan byk kali was2 tak boleh dijadikan sandaran hukum bagi menentukan adanya najis dan cara nak ubati was2 ialah utk tidak melayannya dan lakukan yg sebaliknya.

  226. salam ustaz,semalam semasa sy baring d ruang tamu tiba2 ada anjing masuk dn berdiri d depan pintu rumah saya.sy halau dn terus cek permukaan lantai jubin d depan pintu itu.(junin putih petak2 yg biasa tue) x ada sebarang kesan d atas nya dn sy yakin anjing itu kering.sy bgtau kawan tp dorg mcm ragu2,padahal x da kesan pn dn kedua2 (lantai dn anjing) berada dlm keadaan kering.perlu tak sy sertu kwsan lantai itu?terima kasih ustaz.

  227. Salam ustaz. Soalan ini sudah banyak kali dijawab. Kadangkala saya mampu melawan perasaan was was saya namun kadangkala perasaan was was datang juga sekali sekala. Untuk makluman ustaz , persekitaran tempat saya bekerja iaitu kawasan industri terdapat banyak anjing berkeliaran dan saya sentiasa menjauhi tempat yang saya andaikan terdapat najis anjing. Namun baru2 ini sewaktu melalui ruangan pejalan kaki dihadapan pondok pengawal terdapat sesuatu seakan2 najis anjing namun tidak dapat dipastikan . Saya lalu berdekatan benda tu tapi tak pijaknya cuma saya khuatir jika ada cebisan najis yang saya terpijak namun apabila diperiksa tiada apa yang melekat di kasut saya. Saya menyakinkan diri saya bahawa itu bukan najis kerana ruangan tersebut tempat kawasan pengawal 24 jam. Tetapi saya khuatir mungkin ianya dibawa oleh tayar kenderaan atau najis yang melekat dari kasut sesorang. Bolehkah saya abaikannya, tetapi terdetik dihati sebab saya khuatir saya berada dalam keadaan bernajis. Terima kasih

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      sebagaimana yg awak kata. soalan ini dah byk kali saya jawab dan tiada jawapan baru yg saya boleh bagi. saya yakin awak pun dah tahu jawapannya cuma awak sahaja je nak melayan was2 awak tu.
      tinggalkan was2 itu.
      kalau awak sedar dia sentiasa berulang, pergilah dapatkan rawatan.
      100 kali awak tanya, dan 100 jawapan diberi pun tidak akan berguna selama awak masih nak melayan was2 tu.

      1. Bukannya apa ustaz, kadang bila soalan ini diajukan kepada sesetangah ustaz, jawapan yang diberikan berlainan. Mereka mengatakan ambil jalan selamat, buatlah sertu. Percambahan jawapan kadangkala buat kita keliru.

        1. Muhammad Haniff Hassan

          masalah2 ranting sebegini, mmglah akan menatijahkan perbezaan pendapat.
          semakin banyak awak tanya, semakin byk pendapat berbeza yg awak dapat.
          yg sebabkan pening, bila seseorg itu tak mahu ambil keputusan utk dirinya, iaitu bila dia harapkan ustaz buat keputusan utknya.
          ustaz beri hukum ikut ilmu yg dia ada, bukan buat keputusan utk pihak yg bertanya.
          yg bertanya perlu buat keputusan sendiri, nak pakai pendapat mana.
          kalau tak nak pening, senang je = tanya kat guru yg mmg benar2 telah kenal dan dipercayai = ikut sahaja cakap dia, tak yah tanya 2nd atau 3rd opinion.
          nilah namanya taqlid.

          tapi bagi diri awak, persoalannya ialah awak bertanya bukan kerana awak tak tahu, tapi kerana awak was2 (berdasarkan kata2 awak sendiri).
          kalau masalah was2, penyelesaiannya bukan bertanya, baik pada seorang atau ramai ustaz, kerana ubat bagi was2 bukan bertanya.

          1. Saya akui kata ustaz itu dan terima kasih. Sebaiknya kita mempercayai hati kita dan mengetepikan was was itu lebih2 lagi tiada ain pun yg kelihatan. Tempat itu juga bukan tempat yang disyaki bernajis. Saya menyakinkan diri saya yang kita tak pijak pun benda tu dan mungkin juga itu benda lain. Bila khilaf ini timbul kita ambil penyelesaian yang mudah je. Abaikan saja kan ustaz. Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu dan melayan. Semoga Allah yang membalas kebikan ustaz

  228. salam ustaz nak tnyela mcm mne ye kalau tekak saye kerap berdarah doktor kte disebabkn jangkitan…maslah saya masa saya solat kdng2 terasa saya telan darah padhal before tu dah bnyk kali sya kumur2…saye teruskn jugak solat saya sebab saya tse penat sgt nak ulang alik pegi toilet utk kumur…solat saya sah tak ustaz..dan darah ni boleh dimaafkan ke maksudnye kalau kene baju boleh ke bwk solat sbb selalu sgt keluar…

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      menelan darah dari luka di dalam mulut tidak membatalkan solat kerana ia bukan termasuk dalam makan dan ia termasuk dalam sesuatu yang dimaafkan agama.
      kalau kadarnya sikit i.e. titik2 kecil, ia juga termasuk dalam najis yg dimaafkan dan sah untuk dibuat solat seperti darah dari nyamuk yang dipukul.

      moga bermanfaat.

  229. urm kalau telan darah tu air liur kte yg selepas tu jd najis x ustaz??trima kasih ats respon sbb kdg2 trganggu jgak time solat dlm keadaan mcm tu..

    1. Muhammad Haniff Hassan

      tak mengapa. apabila sesuatu itu sukar dielakkan dah sedikit pula, ia dimaafkan sama seperti kalau kita berus gigi hingga keluar darah digusi dan tertelan sedikit darinya ketika komor2.

  230. salam

    saya ada dua pertanyaan ustaz :

    1) kalau kita tak pasti najis yang kita pijak tu najis anjing atau najis dari kucing perlu tak sertu atau samak..??lagipun tak pasti sama ada saya pijak ke tak

    2)betul ke kalau kita tak tahu sesuatu benda tu apa samada najis atau tidak maka tak timbul soal najis dan berdosa tak saya jika saya tak sertu sebab tiada kepastian benda tu serpihan najis yang telah kering(tak pasti najis anjing atau kucing) atau kotoran di yang ada di atas jalan macam debu,pasir dan sebagainya..was was saya dbuatnya ustaz..

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      1. tak perlu sertu

      2. ya, tak perlu sertu dan buat cucian

      kedua2nya dah banyak kali saya jawab di atas tu.

  231. Salam Uztaz,saya ada 2 soalan…1. Hari tu sya pergi berurut…di rumah tukang urut tersebut ada seekor anjing,sebelum saya mula diurut pak cik tu cakap dia nak bagi anjing dia makan dulu…saya malas nak tengok dia memberi anjingngnya makan kerana takut terlihat dia memegang anjing tersebut…selepas dia bagi anjingnya makan,dia pun mengurut saya dengan minyak…perlukah saya sertu kerana dia mengurut saya dengan tangannya yang baru sahaja memegang anjing?? 2. Tak lama dulu saya pergi kekedai menaiki motor…dalam perjalanan ,ada seekor anjing lau di hadapan saya…apabila saya balik dan ingin mengunci motor,saya terpegang tayar motor saya dalam keadaan tayar tersebut basah…perlukah saya sertu kerana tayar tersebut basah dan pernah melalui tempat anjing lalu?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      1. tak perlu sertu kerana tak pasti yg dia pegang anjing

      2. tak perlu sertu jugak kerana melalui tempat laluan anjing bukan bermakna pasti telah kena bekas anjing.

      sila baca jawapan2 yg seumpama di atas.

  232. salam ustaz…soalan saya kalau saya jln di mana2 kdg2 ada tahi burung yg kering di laluan tersebut..kt tangga pon ada juga..adakah kalau kite pijak tahi tu die akan
    merebak…takpe ke kalau pijak??sebab saya tengok org lalu lalang die pijak je..najis tahi burung tu boleh merebak ke kalau kite pijak?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      tahi burung yg kering tidak menajisi kaki yg memijaknya.
      jika ia dipijak gunakan kasut atau selipar, tak wajib ia disucikan kerana alas kaki itu menjadi suci apabila ia bergesek di tanah dan jalan hingga menghilangkan najis berkenaan.

  233. salam ustaz ada lagi satu soalan..beberapa tahun yang lepas masa saya sekolah menengah saya ternampak kawan pijak najis..masa tu tak terfikir pulakk tu najis anjing..baru sekarang terfikir..then masa tu tak terfikir pulakk nak cek tapak kasut kawan samaada dia pijak najis tu banyak ke sikit..perlu ke saya sertu diri saya kalau saya pernah pegang kasut kawan saya tu..??perlu tak saya samak barang barangyang saya dah pernah pegang and barang yang digunakan masa sekolah dahulu contohnya beg sekolah yang saya masih simpan sampai sekarang..??perlu tak saya suruh kawan saya sertu tangan dia..??manalah tahu kot-kot dia terpegang tapak kasut dia ke masa nak pakai kasut..benda ni dah lama berlaku tapi tak tahu entah macam mana boleh terfikir..boleh tak kalau saya buat tak tahu je bena ni ustaz sebab masa tu memang saya tak terfikir tu najis anjing..saya tahu benda ni tak logik dek akal tapi saya cuma nak kepastian dari ustaz..sebab bukan saya pegang najis tu pun..saya takut kalau terpegang..sebelum ni saya banyak kali masuk masjid..tak berdosa ke saya kalau masuk masjid ustaz..??

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      soalan sebegini telah saya jawab banyak kali di atas.
      jika awak baca, saya pasti awak tahu jawapan soalan awak itu.
      bahkan awak sendiri kata yg awak boleh agak jawapannya apa, tapi awak tetap mahu tanya kerana dorongan was2.
      saya bukan tidak mahu melayan soalan awak, tapi telah saya katakan, jika awak telah dihidapi was2, memberi jawapan bukan penyelesaiannya.
      lagi pun, awak dah tauh pun jawapannya apa- awak sendiri kata soalan tu tak logik.
      huraian sebenar bagi masalah awak ialah jangan sama sekali melayan was2 itu dan dorongan utk bertanya.
      oleh itu, selepas in jika awak rasa tak puas hati dan terdorong utk bertanya, katakan sahaja tidak, jangan ikutkan was2 itu dan jangan peduli pada dorongan yg suruh awak tanya, baik di isni atau kepada ustaz2 lain.

      moga bermanfaat.

  234. assalam ustaz..baru2 ini semasa hujan kereta saya ada terlanggar lopak air yang mana di sekitarnya ada najis anjing…adakah saya perlu samak kereta saya tetapi kereta saya dalam masa yang sama sudah terkena air hujan

    kedua..semasa membawa motorsikal..saya seperti terlanggar tahi anjing kemudian tersa ada percikan daripada tayar terkena kaki saya..adakah kaki saya dianggap bernajis?

  235. assalamualaikum ustaz..macam manakah cara membasuh kusyen kereta yang telah kena kencing kita..?? 2 thun lepas saya amik adik sedara saya kat asrama then dlm perjalanan balik tu fia cakap dia terkencing sbb dia ada maslah kencing tak lawas..jadi camne sye nak basuh seat kereta saya tu ustaz sebab saya takut kencing adik sedara sye tu kena seat kereta saya..xbyk pun mesti kne skit punyelah sebab dia oakai bju kurung sekolah masa tu..blh x sye lap je seat kereta saya ustazs..??perlu x sye lap semua seat kereta sye sbb kjdian ni dh lme..cnth:klu sseorang naik kereta sye and dduk kat tmpst seat yg prnah adik sedara sye duduk tu pastu org tu pindah ke seat lain..saya ingatkan klu dah kering tak payah basuh..

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      saya berpendapat tak perlu buat apa2 kerana
      1. tiada kepastian kencing itu terkena sofa. ia hanya andaian dan agakan awak sahaja. awak pun tak lihat dgn mata kepala. terdapat kemungkinan ia tak kena sofa.
      2. ia telah berlaku 2 tahun lalu. kalau pun, terkena sofa, najis tu dah hilang secara alami.

      walau bagaimana pun kalau sofa kereta terkena kencing seperti kencing bayi, cara memberishkannya ialah
      1. jika cover sofa itu kulit, hanya perlu renjiskan air ke tempat yg kena, lap dan ulang beberapa kali.
      2. jika ia dari kain, boleh pergi hantar bengkel cuci kereta utk memberishkan sofa itu. bukan dgn mencuci hingga basah, tapi boleh guna kaedah memberishkan sofa sama seperti membersihkan karpet i.e. guna kimia atau wap dll.

      moga bermanfaat.

  236. As salam..
    1)Adakah perlu disertu jika membasuh sesuatu najis mughallazah dan kemudian air basuhan tersebut terpercik kepada badan atau pakaian kita..perasaan mcm kena
    2) ustad ada menyebut bahawa kita bule mengikut mazhab yg lain dlm kes najis anjing ini yg mana tak perlu sertu cukup menggunakan sabun shj…adakah kita dibulehkan dgn sewenang wenang nya berpindah mazhab semata mata hendak ambik hukum yg mudah
    Pencerahan dari ustaz amat dihargai
    Terima kasih

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      1. saya berpendapat selagi awak hanya perasan selagi itu bia bukan hukum yakin. walau bagaimana pun, percikan air sertu tidak menajiskan pakaian jika terkena.
      2. berpindah mazhab dibolehkan tapi bukan cara sewenang2nya. yg nak pindah mazhab perlu tahu dalil2 mazhab yg nak dia pindah dan yakin dalil itu lebih baik. atau jika ada maslahat yg lebih kuat seperti jika seorang yg dihidapi penyakit was2 yg terus, atau berada dalam situasi yg sukar utk amalkan mazhab asal.

  237. Terima kasih ustaz
    Maknanya air percikan sertu bukan dikira najis walaupon air tersebut terkena najis sebelum percik kepada kita

    1. Muhammad Haniff Hassan

      umumnya.. seorg tak tahu air yg percik itu benar2 yg kena najis atau yg bukan. atas dasar itu, diberikan benefit of the doubt.
      lainlah kalau mmg benar2 yakin i.e kita nampak air yg mmg terkena najis melantun ke baju kita. namun tak perlu utk kita selidik atau pastikan perkara hingag begini.

      1. Betul ustaz..hasil penerangan ustaz sebelum ni adalah difahami sesuatu itu dikira najis jika benar jelas ia terkena pakaian atau badan kita
        Tapi kadang2 terlintas dlm hati dengan jarak kita dgn benda yg nak dibasuh yg terlalu dekat kalau ikut hukum logik memang akan terkena …perasaan mcm ni menyebabkan saya was2..
        Akan bermain dlm pikiran apasal la aku tak cek betul2 masa tu kena najis ke tak…
        Masa ni mulala terpikir pakaian yg td bercampur dgn pakaian lain najis berjangkit ke tak…perlu sertu ke tak dan macam2 lg..
        Umumnya saya rase perasaan was2 ni ade pada semua orang cuma tahap nye yg berbeza beza..
        Kadang2 perasaan ni wujud bila kita terlalu memikirkan kesempurnaan dalam ibadat..walluallam

  238. Assalammualaikum ustaz..sebelum ni sy terlihat najis didepan ofis sy dan sy andaikan najis tu najis anjing berdasarkan beberapa faktor spt saiz sedikit besar, diatas jalan tar dan pernah terlihat anjing merayau di kawsan itu walaupun sy tak nampak dgn pasti anjing yg berak di situ..selang beberapa hari sy tak perasan dan terpijak najis tu..
    1) Adakah sy perlu sertu disebabkan sy sudah andaikan najis tu sebagai najis anjing berdasarkan beberapa faktor yg telah dinyatakan walaupun sy tak nampak anjing berak disitu..
    2) Adakah najis anjing yang sudah kering bila terkena hujan ia basah dan terkena kita perlu kite sertu?
    segala kerjasama dan tunjuk ajar dari ustaz amat sy hargai..

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      1. tak perlu sertu kerana awak sendiri kata ia hanya andaian, walaupun kelihatan anjing merayau di tempt itu, keran itu hanya korelasi, bukan bukti hakiki.
      2. ya.. jika najis jenis berat dan awak pasti mmg terkena dan cuci biasa sahaja, jika bukan najis berat.

  239. maksud ustaz hilang secara alami..??jadi kiranya kalau saya tak basuh seat tu pun takpe la..??mcam tu ke maksud ustaz..??

    1. Muhammad Haniff Hassan

      ya.. kan ada udara, cahaya matahari dll yg menyebabkan najis itu lama2 hilang.
      cuba ambil sapu tangan, kenakan kencing sedikit, letak kat luar rumah selama 2 tahun. tengok apa jadi? 🙂

  240. terima kasih ustaz..tapi kalau tangan atau sesuatu benda yang basah pegang seat tu kan ustaz,berpindah tak najis tersebut..??

    1. Muhammad Haniff Hassan

      tak perlu lah fikir sampai cam tu kerana ia hanya membuka pintu was2.
      apa2 pun. tangan yg basah kena benda2 tu bukan bermakna kena tepat ditempat yg bernajis. boleh bagi benefit of the doubt.

  241. Betul ustaz..hasil penerangan ustaz sebelum ni adalah difahami sesuatu itu dikira najis jika benar jelas ia terkena pakaian atau badan kita
    Tapi kadang2 terlintas dlm hati dengan jarak kita dgn benda yg nak dibasuh yg terlalu dekat kalau ikut hukum logik memang akan terkena …perasaan mcm ni menyebabkan saya was2..
    Akan bermain dlm pikiran apasal la aku tak cek betul2 masa tu kena najis ke tak…
    Masa ni mulala terpikir pakaian yg td bercampur dgn pakaian lain najis berjangkit ke tak…perlu sertu ke tak dan macam2 lg..
    Umumnya saya rase perasaan was2 ni ade pada semua orang cuma tahap nye yg berbeza beza..
    Kadang2 perasaan ni wujud bila kita terlalu memikirkan kesempurnaan dalam ibadat..walluallam

  242. As salam ustaz haniff…. saya ada satu kemusykilan. Rakan2 pejabat yg berbangsa cina ada membawa bekal dr rumah dan ada yg makanannya dihantar oleh pekedai cina. Kami berkongsi sinki yang sama. Di tepi sinki ada sabun basuh pinggan dan span. Satu hari saya dgn tidak semena mena menggunakan span dan sabun utk mencuci pinngan saya. Kemudian saya rasa ragu2 mungkin sabun dan span itu juga digunakan oleh kwn2 berbangsa cina utk membasuh pinggan mereka yg mungkin memakan khinzir. Bagaimana ustaz hanif…perlukah sy sertu pinggan…sudu..tangan saya?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      tak wajib sertu kerana ia hanya andaian sahaja.
      boleh gunakan benefit of the doubt.

  243. assalam

    ustaz,saya nak tanya..kat alas kaki kereta saya terdapat kesan tompok seperti najis..tapi tak tahu najis apa..nak kata najis kucing takde bau..nak kata najis anjing pun takde bau..so saya basuh jelah alas kaki kereta tu seperti biasa lalu air je..pelik jugak mana datang benda tu..perlu tak saya sertu tangan saya sebab pegang alas kaki tu masa basuh..??baru perasan sebab takde pulakk bau najis pun dalam kereta..kalau najis anjing macam mana ustaz..??hati saya asyik cakap tu najis anjing je walaupun saya taktahu tu najis apa sebenarnya..ke ni permainan syaitan nak kasi saya was was ustaz..??boleh ke kalau saya abaikan je hal ni..??kalau najis anjing mesti bau kan ustaz..??

    1. Muhammad Haniff Hassan

      saraseera
      salam

      awak selalu bertanya benda yg hampir sama dan jawapannya pun sama.
      awak pun tahu yg awak bertanya semata2 kerana was2 dan permainan syaritan.
      awak harus berhenti dari melayan was2 dan bertanya masalah seperti ini.
      jika tidak, awak akan terus diselubungi oleh was2 dan menjadi semakin teruk.
      abaikanlah was2 ini dan yang seterusnya.

        1. Muhammad Haniff Hassan

          leaps ni kalo awak tanya masalah yg sama, saya akan buat tak tahu sahaja.
          dah tahu pun, masih nak tanya.

  244. Salam ustaz
    Seorang peniaga telah memegang tali pinggang kulit babi dan kemudian melipat baju yg sy beli di kedai tersebut. Perlukah sertu bj itu?

  245. assalamualaikum ustaz ari tu saya terpijak tahi kucing then mse jalan air drpd tapak kasut tu terpercik kat kaki saya…dan saya lupe nak basuh kaki saya dan terus solat…macam mne dgn solat saye ustaz?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      takde masalah apa2 kerana tak jelas samada air tg percik tu dari bahagian yg kena najis atau tidak.

  246. Assalamualaikum ustaz
    Bagaimana kiranya tayar kereta merempuh takungan dari air basuhan pinggan mangkuk restoran cina yang memang diketahui ada makanan dari khinzir. Kemudian terus selepas itu seorang kawan memegang tayar tersebut dan terus dia memegang tempat lain dengan tangan yg belum dibasuh.Adakah jadi najis tempat yg beliau pegang dan perlukah disertu? Terima kasih

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      tak perlu buat apa2.
      walaupun restoran itu ada menjual khinzir tapi tiad abukti yg yakin bahawa air yg bertakung itu mmg pasti dari sumber yg dicemari oleh najis.
      masih ada ruang utk mengandaikan ia bukan dari yg terkena najis.
      oleh itu hukum kembali pada asal = suci.

  247. Slam Ustz,sy ad 2 soalan:
    1.klau sy naik motor n ad anak anjing yg jarakny mcm sehasta lbih krg mnggeleng2kn n mngibas2kn kpalany,tp sy xrasa pape mcm percikan air,etc. Kna pd kaki,bolehkah sy gunapakai benefit of doubt dgn mgatakn ianya suci sbb xrasa pape kna?mgkn ada kna tp dsbbkn sy pakai suar pjg n kasut jd xrasa,n klau adapun dsbbkn sy xrasa,kira xtaw so dmaafkn?sbb salu klau kucing wat mcmtu bila sy duduk dkat dy akn ada rasa bnda percik dr kucing tu…jd bolehka sy xsertu?
    2.jika telefon sy trjatuh atas jln n kt atas jln tu ada cebisan bgkai,sy leh guna pkai benefit of doubt tu kn ustaz,lgpon sy xtaw bgkai apa n apatqh lg kering sama kering…klau anjing pny cbisan pon dmaafkn kn sbb bgkai tu xjelas dh n tggl kcik je,jd kira xpasti.so dmaafkn?betul x ustaz?

  248. Salam.. Ustaz, saya ingin bertanya 2 soalan yg saya rasa musykil…
    1 : Jika ada najis anjing dekat simen rumah dan ianya telah kering, adakah kita kena samak tempat yg trkena najis itu dengan 1kali air tanah dan 6kali air bersih?
    2 : Sy pernah mnghadiri jamuan open house dirumah kawan bukan islam.Masa sy langkah masuk kerumah kawan sy, sy memijak alas kaki dan terasa mcm lembab alas kaki tu. Lepastu sy terpandang ada anjing dalam rumah kawan sy. Sy jadi was2 kalau2 anjing tu terkencing atas alas kaki yg sy pijak sbb ianya terasa lembab. Sy jadi muskil sehingga ke hari ini. Harap ustaz dpt jawab soalan sy.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      1. ya, kalau awak mahukan ia suci. kalau awak rasa tak perlu utk sucikan tempat itu kerana tiada keperluan i.e. ia bukan tempat yg digunapakai selalu dan tak timbul masalah akan menajisi tempat lain, mak tak perlu lah disucikan. biarkan sahaja ia hilang dgn sendiri.

      2. tak perlu buat apa2 kerana tiada bukti yakin bahawa air itu najis. ia hanya was2 awak sahaja = tak boleh dijadikan hukum. ia boleh diandaikan pelbagai air2 lain yg suci.

      1. Terima kasih kerana jawab soalan saya. Maaf ustaz, cuma satu lg sy nk tnye dan btl2 pastikan tentang soalan sy no.1 tu. Habis kalau najis anjing yg ade kt simen memang tak sampai air hujan sebab tertutup dengan bumbung rumah tp ianya kering, jadi kena samak tak tempat tu sebab sy jarang ada dirumah. Sebab time sy nampak ada najis tu sy tk sempat cuci kerana ada kerja diluar kawasan. apabila 2mnggu saya balik kerumah najis itu pn dah kering sndiri.. Jadi sy kena samak ke tk simen tu?

        1. Muhammad Haniff Hassan

          seperti saya kata, ia bergantung pada awak. kalau tempat tu di sudut rumah yg tak selalu digunapakai dan tak ditakuti akan menajisi sesiapa atau benda lain, keperluan utk mensucikannya taklah tinggi, walaupun tempat tu tak kena matahari kerana lama2 udara dan lain2 akan menghilangkannya juga. tapi kalau awak rasa tak begitu menyusahkan utk sertu, lakukanlah sahaja. bagi yg duduk di rumah teres atau banglo yg berhalaman tanah, pastinya bukan suatu yg sukar sangat nak sucikan tempat tu.

  249. Salam ustaz,sy ni seorg yg was2 n was2 sy ni slaluny pasal najis n sy rasa jika ustaz dpt mnjwb soalan sy ni,insyaAllah was2 sy tu sbhgny akn hilang lps trima jwpn ustaz nnt:
    1.klau tgn mmegang atau mnyentuh bnda najis,kmudian tgn tu pgang bnda2 lain pula,adakah najis kt tgn tu leh bpindah ke bnda lain pula?contoh tgn pgang taik cicak,atau najis lain cnth air mazi,dll..kmudian tgn tu pgang suis…adakah klau pd suis tu xnmpk ksan najis boleh kira suci wpun tgn yg mmegang tu br lpas pgang bnda najis?tmbhn lg mcm mazi mmg keadaan dy jrnih jd mmg susah nk nmpk scara kasar?atau bnda yg bernajis ni x menajiskan bnda lain,maknanya najis tu tetap pd pemegang pertama,bnda lain yg dpgang lpas tu xnajis mlainkan nmpk ksan yg jlas,klau xnmpk scara jelas kira sikit or xde n dmaafkn biarpun najis tu fizikalny jrnih?mcmna ustaz?nib trmasuklah klau tgn y pgang najis tu basah ustaz masa pgang najis,kmudian dy g pgang suis lak,tp pd suis xnmpk ksan pape,cmne ustaz?
    2.klau keadaan mcm lantai,tingkap,dinding yg dicuci,dimop dan dicat,klau dlm tgh cuci tu ada taik burung n taik cicak klau dilap
    ,dcuci n dcat je tnpa buang dulu adakah telah mnajiskn sluruh pmukaan dinding,lantai n tingkap suma,klau nk ikut mcm mnyusahkn plak n xlogik plak,n adakah klau dmasa depan klau kita pgang tgkp dinding lantai yg kita cuci atau cat skali dgn najis tu dh mnajiskn tgn kita pula?
    3.mcm jwpn ustaz,sgala kmungkinan najis n x pasti boleh kita abaikn dan anggap suci,adakah ni tpakai klau contoh bawak motor n lggr bgkai n ada rasa serpihan trpelanting n kna kaki,bolehka diabaikn jga ustaz atas sbb x pasti?sbb klau ikut possibilityny agk tggi gak utk mngatakn yg tu dr bgkai yg dlggar tu

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      jika awak baca jawapan2 saya yg lalu, saya yakin awak pasti dapat buat kesimpulan sendiri akan hukum masalah2 awak yg simple.
      cuma awak tak mahu buat keputusan sendiri kerana awak melayan was2 awak.
      tiada jawapan yg dapat hilangkan was2 awak itu selama mana awak sendiri mahu melayannya.
      jika awak rasa tak berupaya utk lawan was2, dapatkan rawatan segera, bukan harapkan jawapan seorg ustaz utk selesaikan was2 awak kerana ia bukan penyelesaian.
      kalau say abagi jawapan pun, besok2 pasti awak akan was2 lagi dan akan tanya lagi atau tanya ustaz lain pula.

  250. Assalamualaikum ustaz,
    Saya nak tanya, saya terlanggar anjing dengan kereta saya pagi. Kemudian no plat dan lampu signal yg bahagian tertanggal. Saya cuba pasang semula dan ikat menggunakan tali lampu tersebut. Adakah saya perlu sertu tangan saya dan bahagian kereta berkenaan?

    Mohon bantuan ustaz untuk penjelasan.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      tak perlu buat apa2 kerana anda tak pasti samada najis anjing tu benar2 (yakin) kena bahagian kereta yg rosak hingag menajisi tangan anda pula.

  251. As salam ustaz….
    Saya pergi pasang cermin kereta dekat bengkel cina. Mereka membuat kerja sambil memakan pau yg dibeli dari kedai cina yang kebiasaanya mengandungi minyak babi dan inti dari daging babi. Soalan saya perlukah saya menyamak bahagian yang dipegang dan bertanya mereka adakah pau yg dimakan berinti daging babi?
    Mohon pencerahan dr ustaz..t kasih

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      tak perlu buat apa kerana awak tak ppasti dia makan pau apa. kan bukan semua pau cina intinya babi?
      tinggalkan lah was2.

  252. As salam Ustaz.

    Saya memang pengikut tegar blog Ustaz dulu kerana saya jenis was was. Tapi selepas baca blog ni dan teguran serta pandangan Ustaz, alhamdulillah ada perubahan dalam diri saya. Syukur dan semoga kehidupan Ustaz dirahmati Allah sentiasa di atas bantuan.

    Namun, baru-baru ni jadi balik pula ustaz. Tak tahu mana silapnya. Saya ternampak ada tanda kencing pada rim kereta saya. Dah kering pun cuma ternampak tanda tu yang menjadikan citer tu. Fikir bukan2 pula. Saya terus fikir mungkin anjing kencing ke. Tapi mungkin juga kucing pasal sikit je. Pastu saya perasan masa dah balik kg dan rumah saya gated dan rumah yg saya ziarah semuanya ada kucing je. Cuma satu rumah je yg mungkin ada anjing berkeliaran pasal kawasan taman perumahan. Terfikir berlaku masa tu. Lepas tu terfikir pula nanti kalau cuci kereta tu bila dah basah mesti tukang cuci tu lap kain kena badan kereta. Terkena plak pemegang pintu. Susah betul la ustaz.

    Tu yg terpanggil nak luahkan dan citer pada Ustaz ni. Terima kasih ustaz.

    ***Saya cuba guna link ‘Hubungi Saya’ utk bertanya tapi tak boleh.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      tak mengapa untuk meluahkan hati dan keraguan.
      oleh kerana ia hanya luahan, saya tak akan menjawab.
      lagi pun saya yakin jawapannya awak sudah tahu.
      janganlah hiraukan segala bisikan2 ttg najis berkaitan masalah ini.
      semoga allah membantu saudara mengatasi masalah ini.

  253. ustaz, bagaimana jika kita sedang membasuh tayar kenderaan yang terkena najis mughallazah, air terpercik ke badan kita. adakah perlu sertu ataupun basuh sahaja?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      buat apa awak nak sertu tayar tu?
      bukannya awak beribadah guna kereta = perlu suci dari najis.
      kalau awak tak sertu pun, ia akan suci sendiri apabila tayar itu bergeser di tanah.
      tak perlu cusi kerana terkena air yg percik kerana tak pasti samada air tu benar2 kena bahagian tayar yg bernajis.

  254. Ustaz, nak tanya. Tadi ada bekas tapak kaki anjing atas simen laluan saya. Tapak tu macam bekas tapak yg dah kering mungkin pasal masa simen tu belum kering ada anjing lalu situ. Saya rasa was was. Cuma saya tak pijak tapi saya tengok kawan saya pijak dan mungkin saya pijak bekas tapak kasut kawan tu. Apa hukum najis tu ustaz? Perlu lakukan apa apa? Ada baca thread atas tak dapat nak kaitkan. Minta tolong ustaz jelaskan supaya lega hati saya.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      dah banyak kali saya jawab soalan yg sama di atas tu.
      camne boleh tak dapatkan kaitkan lak?
      awak tak pijak dan awak pun tak pasti pijak bekas tapak kawan awak, cuma mungkin sahaja.
      nak hukum najis camne?
      yg ada pun cuma BEKAS tapak anjing kat simen yg dah lama, KERING dan dah kena hujan dan tanah berkali2.
      masih tak boleh simpulkan hukumnya? 🙂

      1. Maksudnya takda apa lah kasut saya ye ustaz? Bekas tapak kasut kawan saya tu yg sebabkan was was saya ni. Bekas tapak kaki tu yg melekat terus pada simen tu. Ada tanda lekuk bekas tapak anjing tu pada simen tu.

  255. salam ustaz mcm mne ye hukumnye kalau dkt lantai bilik air penuh dgn tahi cicak…dan org pijak bawa satu toilet…kalau air dari lantai tu terpercik di kaki dan dibawa solat sah ke?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      saya berpendapat tahi cicak tidak najis kerana cicak adalah binatang yg tidak mempunyai darah mengalir.
      namun, yg menjadi persoalan ialah kenapa dibiarkan bilik air dipenuhi tahi cicak? kenapa tempat tu banyak cicak hingga tahinya berlambak?
      kalau pun tidak najis, ia satu kotoran dan islam satu agama yg utamakan kebersihan.
      jika itu bilik air rumah anda, buatlah tindakan.
      jika ia tempat awam, adukan ke pihak bertangungjawab.

  256. terima kasih ustaz…tapi tu bkn bilik air rmh saya…bilik air tmpt saya belajar…tapi ada yg brpndpt tahi cicak tu najis mcm mne ye ustaz?mcm ustz azhr ckp ia najis…jd bolehla sya gyne pndpt tahi cicak tu tak najis?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      ya.. seperti masalah2 ranting yg lain, mmg ada pendapat lain di sisi. tapi pendapat saya ini tidak terkeluar dari pendapat mazhab syafi’ii.
      jika awak nak ikut pendapat lain itu, boleh gak.
      tapi awak kena tanya ust azharlah camen nak selesaikan masalah awak ni.

  257. redzuan bin mohamad

    Salam Ustaz:
    Apa pandangan ustaz tentang air kencing anjing yang diyakini ada disatu kawsan tanah dan berumput tetapi sudah terbiar selama 3 hari,hari yang ketiga hujan turun dengan lebat dikawasan tersebut sehingga menjadi takungan air.Jika terpijak kawasan takungan tersebut perlukah sertuan dilakukan?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      islam suruh bersihkan najis anjing hanya dengan 6 jirusan air biasa + i jirusan air tanah.
      cuba awak fikir.. berapa banyak jirusan air biasa dan tanah kena tempat itu apabila hujan lebat selama setengah jam sahaja?
      masih tak suci lagi ke? masih perlu sertu lagi?

  258. As salam ustaz…Ape pendapat ustaz sekiranya saya membeli barang dari non muslim (chinese) cth barang elektronik..dikhuatiri barang tersebut yang berada dalam rumah yang mempunyai anjing dan disentuh dari tangan yang menyentuh makanan dr babi…kebiasaanya mereka tidak membasuh tangan mereka dan terus memegang barang elektronik(media player) tersebut. Apakah hukumnya saya memegang barang tersebut dan adakah perlu disertu (..tgh fikir camne nak sertu..:) )
    Mohon pencerahan ustaz..t kasih

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      dah banyak kali saya jawab soalan yg sama di atas tu.
      tak perlu sertu kerana apa yg awak nyatakan itu cuma andaian sahaja. fikiran seperti itu penyebab was2 dan bisikan syaitan.

  259. Assalamualaikum ustaz, saya ade kemusykilan…
    Ade satu ptg tu hujan. Kemudian ade anjing lalu merentasi hujan tersebut dan berteduh di bawah kedai. Saya nampak anjing tu lalu kt mana. Lps tu saya x perasan terpijak laluan anjing tu. Mmg nmpk tapak kaki dia. Kemudian saya redah hujan dan berjalan di atas jalan yg basah.Persoalannya, saya terpegang tali kasut saya yang saya x pasti samaada tali tersebut kene atau tidak pada tapak kasut saya kerana tali kasut itu terlerai. Adakah jalan yang saya lalu ketika hujan itu telah membersihkan tapak kasut saya yg terkene tapak kaki anjing itu? Adakah saya kene sertu kasut dan tangan saya yg tersentuh tali kasut itu?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      saya dah jawab banyak kali soalan yg hampir serupa. sila baca jawapan2 di atas.
      jawapn ringkas ialah tak perlu sertu apa2.

  260. Salam, saya yakin anjing terlanggar saya tadi tetapi saya tidak pasti kering atau tidak. Sekarang saya on the way pulang ke rumah, dan saya perlu solat dalam perjalanan. Sah kah solat saya jika saya solat dengan pakaian yang terkena anjing tadi?*untuk pengetahuan,saya tidak membawa pakaian lain dan perlu solat di dalam kereta api.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      tak perlu sertu dan sah ibadah kamu kerana awak tak pasti anjing tu basah atau kering. ia cukup utk memberi keringanan atau alasan utk tidak sertu kerana asalnya awak tak bernajis kecuali ada dalil yg amat yakin.

  261. Assalamualaikum ustaz,
    Saya Ada satu pertanyaan,seperti yg ustaz katakan seandainya Anjing pernah
    Lalu di sesuatu kawasan itu Ada airliurnya meleleh disitu lalu ia kering Oleh faktor
    Alam maka tak perlu disertu.seandainya seekor Anjing lalu di hadapan rumah saya
    Lalu berhenti dan air liurnya meleleh di atas pagar rumah saya,perlu kah disertu atau
    Cukup sekadar membasuh dgn air biasa.

    Terima kasih

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      tak perlu sertu.
      nanti dia suci sendiri kerana faktor alam.
      bukannya pagar tu awak guna utk tempat ibadat.
      bukan pula awak pegang2 tempat pagar gate yg kena najis tu.
      tapi kalau awak nak sertu gak dan tak menyusahkan, tak salah jugaklah.

  262. Assalamualaikum,
    Tuan, saya mengidap kencing tak lawas. Bola hendak tidur saya kencing, dan akan ada setitik dua yang akan terkeluar selepas itu sewaktu saya baring. saya baring dengan kain sarung. Semasa tidur, saya akan bergolek2. Soalannya, apakah hukumnya lemek/toto/narita yang saya gunakan itu? Sekiranya pada waktu siang, saya pijak atau pegang toto tersebut, perlukah dibasuh tangan saya? Toto nipis boleh dibasuh, tetapi tilam nipis (lemek) sukar dibasuh. Sekiranya anak saya turut tidur di toto tersebut, adakah badan mereka juga bernajis? Terima kasih.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      saya berpendapaat tak yah buat apa2 dengan benad2 tu semua kerana bila awak tidur pastinya awak pakai seluar atau kain.
      kencing sedikit yang keluar tu hanya kena di seluar atau kain je.
      kalau pun dia terkena sikit ke benda2 tu, dia akan kering.
      bila awak atau anak awak pakai kemudian, pastinya badan kering.
      oleh itu, tak berlaku perpindahan najis ke badan awak.dari masa ke semasa, awak boleh jemur atau cuci, ama-mana yang patut dan sesuai.

      moga bermanfaat.

  263. Salam ustaz, saya ade soalan, saya ade mengunakan losyen bdn yg kemudian baru saya perasan mengandungi glycerin dprcayai dr lemak haiwan atau tumbuhan, saya tidak pasti losyen ini mengunakan lemak yg mana satu,tp andai kata ia dr lemak khinzir,perlu ke saya sertu badan saya dan adkh solat saya selama sebelom saya sedar tentang glycerin itu tidak sah?
    Terima Kasih Ustaz

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      tak perlu buat apa2 kerana ia boleh diandaikan dibuat dari lemak yg bukan najis.
      tidak perlu menghukumkannya dari lemak babi kecuali jika ada bukti yang konkrit, bukan atas andaian.
      selagi ada peluang utk mengandaikan tidak najis, boleh andaikan sedemikian.
      namun, utk masa akan datang, lebih baik gunakan produk yg lebih selamat sahaja.

      moga bermanfaat.

  264. As salam ustaz. Harap ustaz sihat seperti biasa. Saya ada satu kemusykilan. Tadi semasa bergerak dari kereta ke rumah saya ternampak setompok bulu dan sebenarnya saya pun tak pasti bulu apa di atas jalan tar. Masa tu baru je lepas hujan so tar tu basah. Maksudnya tompok yang macam bulu tu basah la juga. Kekhuatiran saya ialah kawan saya jalan depan saya tapi dia pijak dekat je dengan tompok tu. Masa saya lalu tu saya ternampak dan saya tgk tapi tidaklah saya telitikan cuma saya terfikir je mungkin bulu anjing pasal kawasan rumah kawan saya ni memang banyak anjing berkeliaran dan warna tompokan bulu tu macam warna haiwan itu. So saya ni sampai la ni terfikir ttg benda tu ustaz. Pasal kawan saya pakai selipar mungkin ada percikan air bila pakai selipar ke seluar atau kakinya dan kemudiannya di bawa masuk ke rumah. Dan saya pun pihak juga bekas tapak kaki dia yang basah tu. Dah la rumah carpeted. Adakah perlu untuk saya buat derkkk je ustaz? Stress pikir.

  265. Salam ustaz.sy ada sedikit kemusykilan. saya membeli rumah yg penghuni sebelum ini memelihara anjing.menurutnya,anjing tersebut hanya berada di dalam sangkar diluar rumah.semasa penghuni asal ini keluar dr rumah ini(menjual kpd sy)dia telah membersihkan keseluruhan rumah tersebut (dalam dan luar) tanpa sebarang najis anjing.persoalannya,adakah sy perlu samak keseluruhan rumah tersebut,atau samak hanya di tempat sangkar anjing tersebut dan sekitarnya?
    Soalan kedua,andainya ada sebahagian rumah ini saya renovate dan lantai rumah ini telah ditukar.bkn lg lantai asal.perlukah saya samak juga?
    Harap ustaz dpt menjawab kemuskilan saya.
    terima kasih

  266. Assalamualaikum ustaz .. sy nk tanya .. tadi saya jalan nk pergi kolej .. tiba2 saya terpijak something mcm tahi .. kawan sy ckp tu tahi anjing sebab dh bnyk hari dia nampak dan bau .. sy tergesa gesa nak naik bas.. sy cuma sapu kasut tu dekat rumput n pasir je.. then pergi kolej.. sampai kolej sy basuh kasut tu .. then ada lg sisa.. cari tanah dekat sini xda sbb duduk apartment ,pokok pon x tanam .. so, mcm mana eh perlu ke sy buang je kasut tu?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      tak perlu buang kasut tu. memadai dicuci seperti biasa sahaja.
      selagi awak atau kawan awak tu tak nampak sendiri bahawa anjing yg berak di situ dan tahi tu mmg dari anjing itu, ia boleh diandaikan najis bukan anjing = cuci cam biasa sahaja.

      moga bermanfaat

  267. 🙂
    saya ade kemusykilan..dekat ofis saya ade tandas cangkung dan duduk..selipar disediakan..masalahnya lantai tandas sentiasa basah dan berbau hancing..setiap kali saya masuk,saya alirkan air disekeliling tandas cangkung sebelum buang hajat utk membersihakan dan mnghilangkan bau hancing..hasilnya lantai tandas jadi basah dan bertakung dan saya pijak dgn selipar tandas..ketika bersuci,berlaku percikan pada peha dan belakang badan dan ini tidak dapat dielakkan kerana kedudukan air mangkuk tandas cangkung yang tggi dan hampir dgn tubuh..ketika hendak keluar tandas,saya hnya mmbasuh bahagian atas selipar dan tidak membasuh tapak selipar..

    persoalan saya:
    1)apekah hukum percikan air basuhan istinja ke atas badan yg tidak dpt dielakkan spt percikan air dari mangkuk tandas ke bahagian badan yg sukar dibersihkan (belakang badan)?bagaimana dgn solat saya,sah x?
    2)apekah hukum selipar yg tidak dicuci tapaknya kemudian dibawa keluar tandas dalam keadaan basah tapaknya kerana sukar utk mengeringkannya?adakah ia menajisi lantai yg dipijak kerana umumnya tapak selipar kotor atau mungkin bernajis sebab pijak kawasan berbau hancing.
    3)apekah hukum rakan yang memijak kesan tapak selipar yg basah dan kemudian memasuki surau?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      semuanya tak najis kerana
      1. bau najis bukan bermakna najis ada dilantai. mungkin shj ia berasal dari lubang tandas.
      2. menghukumkan air2 tu terkena najis hylah spekulasi kecuali mmg nampak dgn mata kepala najis itu sendiri.
      3. tidak boleh hukumkan nasji atas dasar andaian dan spekulasi.
      4. islam suruh jauhi was2 dan pintu yg membukanya.

  268. Assalamualaikum Ustaz. Boss saya menggunakan iPad. Bahagian dalam cover iPad boss tu saya lihat ada tanda tiga titik seperti kulit babi. Cuma yang saya sedikit musykil tu macam mana kalau selama ini kami bersalaman atau internal memo yang telah disentuh dia dan diserahkan kepada kami di pejabat. Org yang lain mungkin tidak tahu, tetapi saya dah ternampak. Saya dah diserang was was secara tiba-tiba ini. Adakah kalau kulit babi perlu disertu juga sekiranya tersentuh dalam keadaan kering? So apa nasihat ustaz ttg perkara ini. Dan apa yang perlu saya buat? Syukran ya Ustaz.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      tak wajib awak buat apa2 kerana tanda titik tiga tu bukan bukti yg pasti ia adalah kulit babi.
      kalo nak pasti ia kulit babi kena hantar ujian lab.
      kalo lab kata kulit babi. baru berlaku hukum kulit babi.
      selagi itu, ada ruanmg utk beri benefit of the doubt, maka tak berlaku hukum.

  269. Tq ustaz. Apa pandangan ustaz adakah perlu saya hindarkan? Kalau dilihat, boss saya ni mmg religious sikit orgnya. Selalu ingatkan solat pada kami dan bagi nasihat semualah. Cuma, sekiranya boss saya tidak tahu atau tidak perasan bagaimana pula. Adakah saya kena bagitahu sebagai tanggungjawab atau tiada apa apa? Takut plak berdosa dan lagipun cover iPad tu bukan saya punya. Itu je ustaz soalan saya. Tak nak meleret sgt nanti syaitan lagi nak menyesatkan saya. Mohon istaz jawab utk leraikan kemusykilan saya.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      tak perlu dan jgn layan andaian2 tu.
      anggap je ia bukan kulit babi selagi tiada bukti yg konkrit.

  270. salam ustaz,kalau tangan yang kita nak sertu tu termasuk tercelup sikit dalam air tanah yang nak buat sertu tu takpe ke sebab nak kasi tanah yang berketul tu hancur..masih boleh guna ke air tanah tu untuk sertu??lagi satu apa hukum jika kita tak pasti sesuatu tu najis??

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      1. tak mengapa guna air tu.
      2. apa yg tak pasti najis, hukumnya suci kerana asal sesuatu adalah halal = suci.

  271. Salam,

    Tiada restoran islam,atau hampir menyukarkan untuk pergi ke satu2nya restoran islam.

    atau satu2nya restoran islam tutup. makan di mana2 restoran tapi jelas di dalam menu ada menu babi.

    kami makan menu seafood, nasi, telor goreng contohnya.

    apakah hukum dan wajib samak atau tidak?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      yg wajib makan makanan yg halal.
      makanan halal tak semestinya yg ada tanda halal atau dijual oleh restoran islam. hanya afdla sahaja makan di tempat seperti itu, tak wajib.
      gerai muslim di restoran bukan islam, boleh dimakan selama mana tiada bukti yg makannya tidak halal.
      di tempat yg mmg susah dapatkan makanan jualan muslim atau bertanda halal seperti dikebanyakan negara bukan muslim, diharuskan makan makanan yg asalnya halal i.e. seafood, nasi goreng selama mana tiada bukti kukuh ada yg haram, walau tiada tanda halal, dijual oleh bukan muslim.
      tak wajib selidik dalam2 utk pastikan halal. memadai dilihat pada yg zahir sahaja.
      jika tidak, akan menyusahkan hidup sedangkan islam itu mudah.
      dengar penjelasan lanjut di http://haniff.sg/odio/odio-ceraman-halal-haram-dan-syubhat/

      moga bermanfaat.

  272. Salam,

    Ustaz saya nak tanya, saya terpijak najis anjing sewaktu dalam perjalanan ke pejabat.saya hanya sedar ketika di pejabat.dan saya telah sertu najis yang terlekat di kasut n kaki saya.masalah sakarang bilik pejabat saya ada carpet.dan najis itu telah lekat di carpet dan saya telah buang menggunakan wet tisu.saya menggunakan bilik pejabat untuk solat. adakah saya patut sertu carpet bilik saya atau bagaimana.carpet tu melekat di lantai dan memang pakai kasut atas carpet tu.

    Terima kasih

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      awak hanya perlu bersolat atas sejadah shj dgn itu, jika ada najis pun, tak mengapa kerana sah solat di atas sejadah yg suci walau dibwh sejadah itu ada najis.
      lama2 najis itu akan hilang sendiri dan carpet itu suci juga.

  273. assalamualaikum ustazd
    maaf logat bahasanya agak beda, soalnya saya dari indonesia
    saya mau bertanya masalah bagaimana hukumnya percikan air mengenai badan atau pakaian disaat kita membasuh kotoran/istinja

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      hukumnya suci kerana biasanya kita rak pasti samada yg terpercik itu memang dari yg terkena najis atau bukan.
      oleh itu boleh diandaikan ia dari yg bukan kena najis.

  274. jadi ustaz saya tak perlu sertu jika tak pasti ia najis kucing atau najis anjing?sebab saya tak dapat pastikan tu najis apa sebab ianya ialah tompokan seperti najis.

  275. assalamualaikum ustaz
    saya ada sedikit pertanyaan,bila anjing memijak rumput dan selepas itu kita melaluinya.
    Apakah sertuan perlu dilakukan,untuk pengetahuan ustaz tiada lagi laluan alternatif dan terpaksa memijaknya/melaluinya

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      tidak perlu.
      anjing lalu lalang dalam masjid nabi. nabi tak suruh tempat dan sesiapa pun seryu. sila cari hadisnya di atas.
      lagi pun mungkin anjing dan rumput tu kering.

  276. Assalamualaikum ustaz, sya ingin bertanya, adakah darah yg sedikit terdapat pda kain tuala itu menyebabkan tuala tersebut mnjadi najis. Sya telah mggunakan tuala itu utk mengelap bdn sesudah mndi. Tapi sebelum tu sya tidak perasan bahawa ada najis pada tuala yg digunakan. Lama jgk la sya mggunakan tuala tersebut. Tuala itu pda asalnya memang terdpt sedikit darah, cuma sya tidak perasan yg sya telah mggunakan tuala itu. Jika sya mengelap bdn mggunakan tuala tersebut adakah pada bdn sya juga ada najis? Lalu bagaimna pula setelah sya mgelap bdn sya terus pakai baju dan telekung utk solat. Terbatal tak solat sya? Dan bagaimna pula dgn tmpat2 yg telah bersentuhan dgn tuala tersebut, adakah turut mnjadi najis dan perlu dicuci semula?Seperti pakaian yg sya sangkut bersama tuala yg basah itu adakah mnjadi najis jgk dan tidak boleh dipakai lg utk solat? Ini kerana tuala tersebut sentiasa berada dlm keadaan lembab dan basah. Tetapi ada seorang sahabat mngatakan apa2 yg bersentuhan dgn tuala tersebut seperti pkaian, cadar dan sebagainya tidak mnjadi najis termasuklah bdn sya sendiri kerana najis pada tuala tersebut adalah najis yg dimaafkan. Dia juga mngatakan solat sya masih sah kerana sya cuma mgelap bdn sya bkn sya memakai tuala itu bersama telekung. Mohon pencerahan ustaz kerana sya masih ragu2.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      darah yg di tuala tu telah serap di benang2 tuala tu.
      oleh itu, ia tidak lagi berpindah ke tempat lain walau pun tuala tu basah.
      maka tidaklah bernajis badan awak jika menggunakannya.
      lagi pun darah yg sedikit di maafkan di sisi agama.

      1. Maafkan sya ustaz, tapi disebabkan tuala itu sentiasa dlm keadaan basah, apabila sya gosok bahagian yg ada darah itu, kesan darah pada tuala itu hilang. Jadi sya risau klau2 darah itu melekat pada tempat lain dan menyebabkan menjadi najis. Tak mengapakah ustaz?

  277. Assalmualaikum ustaz…saya ingin bertanya kepada ustaz apakah hukum najis yang telah lama ada pada tubuh kerana terlupa untuk membersihkannya….adakah najis akan merebak keseluru badan jika tempat tersentuh najis terkena pada anggota tubuh yang lain….jika hukumnya najis,bolehkah ustaz memberitahu cara untuk menyucikannya pula….

        1. Muhammad Haniff Hassan

          terdapat pelbagai pendaoat ulama ttg cuci najis mughallazah.
          jika awak mandi setiap hari, ia memadai utk mensucikan najis berkenaan dan segala ibadah awak tak perlu diulang berdasarkan pendapat dari mazhab lain.
          penyelesaian guna mazhab lain dalam hal ini adalah utk kemudahan bg org yg tak tahu atau terlupa.
          tapi di lain kali, berusaha agar tak ulang kesilapan atau kelemahan yg sama.
          selepas in pula, kembali guna pendapat yg biasa ttg najis mughallazah.
          kalau tidak atau nak ikut sgt mazhab yg sedia ada, awak sertulah anggota berkenaan.
          pastu kira berapa hari dah berlalu, pastu bayar sume solat2 yg tak sah tu 🙂

  278. Salam ustaz

    Dalam 3 minggu lepas di kg sy ada guna berus (tidak tahu status) utk basuh botol susu,dan baru ni di facebook terdapat post yang mengatakan berus yang saya gunakan tersebut adalah dari bulu babi,dan pihak penjual stopkan penjualan adakah sy perlu sertu tangan dan angota badan sy,dan macam mana pula dengan ibadat sy,sy memang tak tau yang berus tersebut dari bulu babi,mintak pencerahan ustaz,pekara ni menganggu kehidupan saya dan keluarga harap dapat membantu.

    Terima kasih ustaz

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      tak perlu sertu kerana ia masih berdasarkan khabar2 angin sahaja.
      syarikat yg menarik produk itu mungkin hy langkah berhati2. kan ada berus plastik yg tiada kesamaran statusnya.
      hy elok jgn guna berus itu.
      buat apa guna berus bulu utk cuci botol bayi? kan ada berus plastik yg tiada kesamaran statusnya.

      1. Betul ustaz,cuma dalam facebook tersebut memang tulis material dari white pig bristles,nylon,stainless stell dan bersertakan gambar berus serta berus tersebut dibeli di kedai DIY.mmg produk tersebut sama dn sahih,,sy sertakan web site tersebut,mintak pencerahan dari ustaz ya…pengunaan berus ini mmg tidak disengajakan..sblm ni mmg tak pernah guna ustaz..

        1. Muhammad Haniff Hassan

          saya berpendapat tak perlu sertu berdasarkan pendapat dr mazhab lain. buat carian berus babi di halam saya akan jumpa jawapan yg masalah yg sama.
          penggunaan mazhab lain dlm hal ini ialah utk memudahkan awak dan kerana awak tak tahu dan tersilap.

  279. Salam ustaz sy ada soalan berkaitan org bukan islam
    1. Boleh kah kita berkongsi mknanan dgn org bukan islam? Sedangkan kita tahu dia mmg mkn benda haram. Adakah saya kena sertu mulut sy?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      boleh krn seluruh tubuh badan manusia walau bukam muslim tidak najis walau pun dia maksn babi I.e mulut, air ludah, peluh dll.

  280. assalamualaikum..

    Masalah saya, saya dah cat rumah banglo saya pada dinding luar, dinding dalam, siling, dan percikan percikan cat juga terkena pada alat2 eletrik, kasut, dan lain .
    Selepas itu saya terfikir kes kes berus cat yang dibuat daripada bulu babi..masa cat rumah tu saya dah mula naik was was tentang kes berus cat babi ni, jadi saya tengok contoh berus cat yang saya guna tu dengan matlumat dalam internet tentang ciri2 bulu babi dan ianya sama.saya memang tidak sengaja menggunakan berus cat tersebut.perkara ni dah 1tahun lebih saya hendak mencari sesiapa yang boleh tolong jelaskan hukum kes ni.
    Bolehkah saya percaya matlumat bulat2 dalam internet tu tentang ciri ciri bulu babi?
    Apakah saya perlu sertu satu rumah banglo saya tu pada dinding luar, dinding dalam, siling dan lain2 dengan air tanah dan 6 kali air mutlak?(saya dah pening dah)
    Saya orang malaysia, bolehkah saya tanya hukum ni pada ustaz?

      1. maaf ustaz , saya masih tak faham bab perbezaan pendapat.
        ada saya belajar yg kita tak boleh suka suka tukar mazhab untuk mengambil jalan mudah…
        soalan saya, dalam kes saya itu, mmg dibolehkan ke tukar mazhab disebabkan hal yg tidak boleh dielakkan?maka rumah saya yg di cat menggunakan berus babi itu TIDAK perlu disertu kan?
        jikalau kes saya itu terjadi pada ustaz, apa ustaz lakukan.?maaf ustaz..banyak soalan.harap dapat saya terima jawapan….

        1. andaikata jawapan ustaz kata Tidak perlu sertu rumah banglo tu, maka saya boleh mula pegang dinding yang dicat tu berus babi itu dengan tangan yg basah la kan? tiada ragu ragu lagi la kan?
          tolong beri jawapan ustat, sebab saya ni masih jahil bab bab agama ,masih belum penuh lagi ilmu.maaf .

          1. Muhammad Haniff Hassan

            jawapan mudah dan ringkas ialah ya tak perlu sertu dan boleh dipegang semua dinding2 rumah tu.
            jika awak masih pening dan ragu2 atau ingin [enjelasan detail, saya nasihatkana wak bertemu dgn mana-mana ustaz secara bersemuka dan belajar agama secara bersmeuka juga.
            wadah online mempunyai keterbatasan. bukan semua masalah boleh ditangani secara online dan bukan semua org boleh belajar atau selesaikan masalah agamanya cara online.

  281. Assalamualaikum wbt

    Pagi tadi dalam perjalanan ke office saya terpijak najis anjing yang masih baru. Perlu ke saya buang slipper yg saya pakai tu atau samak saje. Saya pun tak pasti samada najis tu terkena pada kaki dan kain saya atau tidak. Tapi nampak macam tidak ada. Apa yang perlu saya buat ustaz?

  282. As salam ustaz. Apa hukumnya kalau kasut kita dipijak oleh selipar yg ada pijak bekas tapak kaki anjing dalam keadaan basah? Saya meletakkan kasut di lantai luar rumah saudara semasa menziarahi mereka. Semasa di dlm rumah terdapat anjing berkeliaran di lantai kasut tersebut dan meninggalkan bekas tapak yg basah dan bertanah kerana masa tu hujan. Bekas tapaknya sgt dekat dgn kasut kami dan byk di lantai itu. Setelah beberapa jam semasa nak pulang terdapat satu selipar di atas kasut saya dan juga berada di ruang utk memasukkan kaki. Kalau berdasarkan bekas tapak kaki anjing yg byk itu sudah pasti selipar itu sudah memijak tapak anjing tersebut. Adakah kasut saya yg dipijak oleh selipar itu dikira bernajis dan perlu sertu? Saya rasa berpasir di dlm kasut saya dan terfikir mungkin itu tanah bekas tapak kaki anjing itu. Apa yang perlu saya buat ustaz? Kalau bhgn depan mungkin tak kena kaki tapi yg ni mmg akan terkena kaki pasal di ruang masukkan kaki. Selepas itu nanti nak masuk rumah lagi. Kaki seluar tu lagi. Terima kasih ustaz.

        1. Muhammad Haniff Hassan

          jawapannya tak perlu sertu.
          perinciannya baca jawapan2 yg lalu bila berkelapangan dan memudahkan.

Komentar ditutup.

Scroll to Top