Beberapa tahun dahulu, saya pernah diamanahkan untuk mengisi ruang kemusykilan agama di dalam akhbar Berita Minggu.
Saya kirimkan disini koleksi kemusykilan agama yang sempat saya jawab untuk manfaat pembaca semua. Ada diantaranya yang sempat diterbitkan dan ada pula yang tidak.
Untuk membaca kemusykilan agama yang ada di bahagian ini, sila ke https://haniff.sg/category/kemusykilanagama/ atau klik tag kemusykilan agama di halaman utama.
Selain itu, anda juga boleh ke ruang Ask_Ustaz yang mengandungi isu-isu yang mungkin bermanfaat, khususunya bagi Muslim yang menetap di negara bukan Muslim. Sila ke http://www.rantauan.com/forum/viewforum.php?f=31
Ruang ini adalah sebahagian dari halaman web rantauan yang diwujudkan sebagai satu komuniti virtual melayu yang hidup di rantauan. Disebabkan suasana perkampungan dan kekeluargaan, kemusykilan agama yang ada dibicarakan dengan bahasa yang tidak formal dengan menggunakan bahasa campuran Melayu dan Inggeris.
Para pelawat boleh membaca posting yang dikirimkan tetapi hanya ahli sahaja yang boleh mengirimkan soalan atau melibatkan diri dalam perbincangan. Sesiapa berminat boleh mendaftar sebagai ahli.
Di bawah ini pula saya sertakan link bagi pelbagai fatwa yang pernah dikeluarkan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dan jawaban kemusykilan agama dari halaman web MUIS:
Fatwa http://www.muis.gov.sg/eServices/ReligousSvc/dg_Fatwa.aspx
Kemusykilan Agama http://www.muis.gov.sg/eservices/faqs/muis_faqmain3.asp?strItemChoice=2005329125753
Semoga bermanfaat.
Boleh saya bertanya kemusykilan agama disini ustaz?
Assalamu alaikum ustaz,saya nak tanya salah ke kami sekeluarga mengajak anak cucu kami baca yaasiin beramai-ramai,niat saya untok eratkan tali persaudaraan?
salam
baca di sini http://haniff.sg/kemusykilan-agama/kemusykilan-agama-hukum-bertahlil-dan-mensedekahkan-pahala-kepada-yang-telah-mati/
salam
bagus kalau dihantar dulu ke emel saya di ismhaniff@ntu.edu.sg
kalau sesuai, akan saya postkan ke blog saya.
salam
Insyallah ustaz, terimakasih…
Aslmkm ustaz..kalimah DA'FIN dlm sura rum ayat 54 boleh di baca 2 wajah menurut riwayat Hafs.Boleh ustaz tolong huraikan?wassalam.
obek, salam
dalam ayat tu ada banyak perkataan da'fin. yg mana satu? apa dia wajah bacaan yg lain?
salam
t kase atas reply ustaz.Dlm ayat tu terdapat 3 kalimah DA'FIN.menurut riwayat Hafs,ia bole d baca 2 wajah, iatu DA'FIN atau DU'FIN,bole ustz huraikan makne kalimah tersebut?salam
obek, salam
perbezaan bacaan itu hanyalah dari segi bahasa pertuturan, tapi maknanya sama.
bacaan dhu'fin (dari hadits ibn umar), dikatakan, ialah loghat quraisy. bacaan, dha'fin pula ialah loghat tamim. (sumber tafsir qurtubi dan ibn katsir)
makna asal keduanya ialah lemah. tapi mufassir mentafsirkan dha'fin pertama sebagai air mani dan dha'fin ketiga sebagai usia tua.
arapa sokong liberpul, obek! satu geng same carlsberg. tak champion pun
sokonglah man.united ha..ha..ha..
salam
Tima kase atas penjelasan ustaz..Tang liberpul tu,bule minat sejak tahun 70an.man united pulak, bule benci. taapi smenjak carlberg sponsor liberpul,bule boikot brg2 dia.bule takmu syubhat.cuma minat mase melekat lah ustaz.hehehe. SALAM
Assalamualaikum Ustaz. Nak tanya laa, bolehkah kita post gambar2 lama yg Tidak Bertudung (zaman jahiliah dulu hehe) di blog? Adakah ianya dianggap terdedahnye “aurat”??
Harap ustaz dpt jelaskan yee…ema acih eh…
salam,
nak post boleh. tapi hidelah. jgn bagi yg bukan mahram tengok 🙂
kalau bagi sumer org tengok, tak leh leeee
islam tak membenarkan kita mendedahkan kejahiliyahan masa dulu kita. kalau buat silap, tobat. pas tu, jgn bagi tahu org lain.
salam
haniff
Salam Ustaz
Laaaaaaaaaaa, if kena hide takyah laa nak susah2 buang masa post le hehe…
Even if decent foto w/o tudung oso tak bleh jugak eh???
So mcm gini takleh laa nak post foto zaman “anak dara” laa yee…..foto “mak dara” ni dah tak cun lagi le kahkahkah…
Ema acih yee..
laaaa.. kalau dah berpunya, buat pe nak tunjuk-tunjuk foto yg cun-cun kat org lain he..he..he..
kalu org berkenan, nak tackle pun tak leh kan 🙂
salam
Kan bagus kalau post je gambar baby. Tak haramkan, kan, kan. Hee hee hee
Kirim salam manis buat umi Kalsom ya.
Regards
Norita
salam
nak sampikan salam cam mana? tak tahu orgnya 🙂
Your umikan banyak kenalan. Kalau kasi tahu mungkin dia tanya kembali “norita yang mana satu?”
So katakan saja bekas anak muridnya yang dah berkurun lama tak belajar dengannya.
Inshaalah jika umur panjang dan sihat, mungkin nanti di jamuan walimatul urus kak Mimah saya akan jumpanya.
Thanks.
yelah tu 🙂
salam ustaz,
saya berkahwin dengan wanita indonesia berusia 20 tahun.
beliau bekerja sebagai GRO di Dumai,Sumatra.
Apabila saya kembali ke Sarawak,beliau tinggal di sana dan
meneruskan kerjanya di sebuah kelab malam diDumai tu.
Sepeninggalan saya beliau berlaku curang dan membuat hubungan
seks dengan beberapa lelaki lain.
Bila saya balik ke Dumai,dia melayan saya seperti biasa seolah2
saya tidak tahu kecurangannya.
1. WAJIBKAH SAYA MENCERAIKANNYA?
2. ADAKAH SAYA SAMA BERDOSA DI ATAS SEGALA MAKSIAT YANG DILAKUKANNYA?
atrash007
salam
jika anda tahu isteri anda melakukan sesuatu yg salah atau dosa, sebagai suami anda berkewajiban untuk menegur, menasihat dan mendisiplan dia pada batas2 kemampuan dan undang-undang sehinggalah beliau berubah.selama mana anda melakukan perkara ini, anda tidak dikira bersubahat dengan dosanya.
samada, beliau hendak beubah atau tidak. itu terpulang pada dia dan hidayah tuhan.
tuduhan terhadap siteri buat seks dalam islam adalah satu tuduhan yg serius dan memerlukan pembuktian i.e. empat orang saksi, yg memang sukar untuk didapatkan. adapun tuduhan curang, ia lebih mudah dan boleh didapatkan buktinya.
pertama pastikanlah yang anda ada bukti yg kukuh atau kecurangan isteri, walau pun tiada empat saksi atas tuduhan berzina.
kedua, anda hendaklah berusaha menunjukkan bukti itu kepada dia, utk beri dia peluang membuat penjelasan. ingat! kalau pun ada ada bukti, isteri anda mempunyai hak utk bela diri, sebagaimana di mahkamah.
jika beliau mengaku salah atau penjelasan beliau tidak menimbulkan keraguan pada bukti anda, anda boleh pertimbangkan perceraian (tidak wajib), setelah menasihati beliau.
perceraian dibenarkan atas alasan
– beliau curang, tidak berkelakuan yg sepatutnya utk menjadi isteri atau ibu yg baik
– disebabkan sifat dan pekerjaannya, anda mahu menjaga keturunan yg baik
– anda mahu pelihara dari risiko dijangkiti penyakit
– anda tidak mahu menanggung beban menasihatinya berterusan, kerana dia tidak mahu berubah
anda juga boleh kekalkan perkahwinan atas alasan
– memberi dia pelung utk berubah
– anda rasa mampu untuk terus membimbing dan menasihatinya sehingga berubah
pilihan adalah ditangan anda sendiri.
salam
Salam Ustaz,
Apakah hukumnya jika seorang isteri ingin berubah diri, pergi ke masjid mendengar ceramah syarahan tetapi sumai selalu tidak redha dan sering memaki hamun isteri dengan kata kata yang amat kesat. Si isteri telah berusaha tabah & kuat kan diri tetapi suami sering membuat demikian.
salam
jika perkara yg anda buat bukan sesuatu yg wajib i.e. pergi ceramah, solat berjemaah, anda boleh tidak melakukannya demi mengelakkan tindakan suami anda itu dan menjaga keharmonian rumahtangga.
ini tidak bermakna, anda tidak boleh terus lakukannya. untuk belajar agama, anda boleh dapatkan alternatif lain i.e. dengar ceramah di youtube, atau minta jiran anda merakamkannya dll. ini bukan ideal, tapi demi menjaga maslahat rumahtangga yg lebih besar.
dalam keadaan yg tidak menimbulkan kemarahan suami i.e. seperti di waktu dia tiada di rumah, lakukanlah secara munasabah dan hikmah.
utk lebih lanjut, sila pergi ke kemusykilan agama berkaitan suami tidak memberi nafkah zahir dan batin. anda akan mendapati banyak soalan dan jawapan yg saua berikan yg mungkin relevan bagi masalah anda.
anda juga boleh pergi ke bahagian dakwah quran dan dakwah sunnah. anda akan dapati byk tips berdakwah bagi suami anda. sila ke artikel pendek di artikel bertajuk apabila ahli keluarga tidak soleh.
moga bermanfaat. salam
As salam ustaz
Wujudkah terma ” Gugur Syarak”
Sy x ingat dr mana sy dgr.. Tp yg saya faham ialah seperti org gila yg mana amalan mereka tidak boleh diukur melalui syarak. Betul ke pemahaman sy ni?
salam
apa yang dimaksudkan dengan gugur syarak ialah satu keadaan apabial seseorang mempunyai keuzuran yg diakui syarak yg menggugurkan sesuatu kewajiban agama, contoh gila atau hilang akal menggugurkan segala kewajiban solat dan puasa, sakit menggugurkan kewajiban puasa.
antara dalil berkaitan perara ini ialah hadis nabi yg berbunyi, “dimaafkan dari umatku apa yag dilakukan kerana tersilap, terlupa dan jika dipaksa.” (riwayat ibn majah)
Salam Ustaz
Adakah benar seorang wanita yang sedang hamil tidak boleh dinikahkan? Apakah hukumnya dan adakah dalil yang menyokongnya?
Saya pasti tidak ramai yang mengetahui ttg perkara ini. Lebih-lebih lagi zaman sekarang yang mana terdapt banyak kes-kes kehamilan yang berlaku sbelum bernikah. Ibu bapa mengambil jalan keluar dgn cepat-cepat menikahkan anak mereka bagi menutup malu. Bagaimana pula dengan kes sebegini? Adakah pernikahan tersebut sah? Jika tidak adakah mereka harus bernikah lagi? Bagaimana pula jika pasangan tersebut telah dikurniakan anak lagi? Adakah anak itu dikira sebagai anak luar nikah? Bolehkah anak-anak ini dibinkan atau dibintekan dengan nama bapa mereka?
salam
sila baca di sini http://haniff.sg/kemusykilan-agama/bernikah-setelah-terlanjur/
Assalamualaikum ustat,apa hukum guna serum
untuk lentikkan n panjgkan bulu mata? apa pula hukum
pakai maskara ,kesannya bulu mata lentik dan pnjg jg walaupun maskara da hilang.
cuma beza guna serum tdk kelihatan,guna lama baru
nmpk lentiknya dan pnjgnya,lau maskara nmpk jelas bulu
mata hitam dan lentik masa guna. kalau serum pula kesan lentik tu lebih lama atau kekal.
salam
pada dasarnya hukum memakai serum dan maskara utk melentikkan bulu mata bergantung pada dua perkara
1. kesucian serum dan maskara itu = jika ia tidak mengandungi apa2 bahan yg bernajis, maka dibenarkan
2. niat menggunakannya = jika ia digunakan untuk menghiaskan diri bagi menarik pandangan lelaki yg bukan mahram = ia buakan sesuatu yg disukai agama kerana islam memerintah lelaki tundukkan pandangan dari melihat wanita bukan mahram. oleh itu, tidaklah boleh wanita bersolek hingga menarik pendangan lelaki. selain itu, konsep hijab dalam islam bukan hanya soal menutup aurat sahaja. lihat link di bawah.
http://myibrah.com/hukum-memakai-bulu-mata-palsu
http://haniff.sg/wp-content/uploads/2007/08/artikel-hijab.pdf
ustat kalau pakai serum nak lentikkan n pnjgkn bulu mata,bole ke? sebb pakai tu tak nmpk sgt bhias,mcm biasa je. sbb serum tu mcm gel puti. sapu kat bulu mata. lau pakai maskara n bulu mata palsu nmpk sgt y kita pakai. bulu mata saya pnjg,cuma x lentik. lau guna maskara nmpk hitam2 nya.
perkara yg kamu tanya adalah hal ehwal org perempuan.
sebagai org lelaki saya kurang mengerti hal ini.
hingga kini pun saya tak tahu bagaimana rupa bentuk perempuan yg pakai serum ni.
sebaiknya tanya seorang ustazah yg lebih tahu hal ehwal orang perempuan utk dapatkan nasihat yg lebih baik dan tepat.
walau bagaimana pun, saya berpendapat sekiranya pun memakai serum ini tidak kelihatan seperti berhias sebagaimana guna maskara atau bulu mata palsu dan ia tiadk mengandungi najis, soal niat dan tujuan tetap perlu dijaga.
moga bermanfaat.
salam ustaz sy nak tanya haritu sy ada mendaki bukit / hiking kawasannya lembab sbb pg tu hujan dn tanah sgt lembik dan jd mcm tanah liat…so sewaktu mendaki di hadapan sy rupanya ada non-muslim hiking dgn anjing dia so sepanjang hiking kami ikot jln yg sama dan mmg ada kesan tapak kaki anjing tu di beberapa laluan. sbb jln hiking tu kmi jln di laluan yg sama jd apa hukum kat sini wajib sertu ke ustaz kasut sy?
trimakasih
salam
tak perlu sertu.