Kemusykilan Agama – Bagaimana mencari redho Allah?

(Nota: Dipetik dari ruang Ask_Ustaz di rantauan.com)

Soalan

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Ustaz yang dirahmati Allah SWT
Gimana untuk saya ikhlaskan diri, redho dan fokuskan diri hanya pada Allah SWT…tapi saya tak abaikan tanggungjawab saya pada suami tersayang, saya ingin meraih cinta Allah dan kasih Rasulullah SAW seperti Rabiatul Adawiyah…
Adakah cara2 khusus untuk saya mencapainya…
Harap Ustaz dapat memberikan panduan…
Jazakallahu khairan kathiran

————————————————-
Jawaban

Salam

Pertama, ikhlas, redho dan fokus hanya kepada Allah bukan dicapai hanya dengan melakukan ibadah khusus untukNya.

Keredhaan Allah boleh kita perolehi dengan melakukan perkara-perkara lain yang Allah anjurkan juga, termasuk menunaikan tanggungjawab kepada suami, jika kita niatkan ia sebagai satu ibadah yang dilakukan kerana Allah.

Cubalah lakukan perkara berikut:

1. Usahakan apa jua yg kita buat dilakukan dgn niat utk mencari keredaan allah = satu ibadah = toksah rasa rugi kalau kita lakukan sesuatu pekerjaan yg bukan ibadat khusus kerana jika kita niatkan perkara itu ikhlas kerana alah dan sesuai dgn ajarananya = ia akan menarik keredhaannya.

2. Jangan lupa kewajiban utama kepada tuhan  i.e. solat, puasa dll dan elakkan dari dosa-dosa besar.

3. Peruntukkan sedikit dari kelebihan masa yang ada untuk ibadah tambahan i.e. tilawah quran, zikir, hadiri majlis ilmu, menyumbang pada kerja kemasyarakatan.

4. Jauhilah dari menyakiti sesama makhluk seboleh mungkin.

Wallahu A`alam