Kemusykilan Agama – Beberapa kemusykilan mengenai haji dan umrah

(Nota: Dipetik dari ruang Ask_Ustaz di rantauan.com)

 

Soalan 1

 

Ramai orang bercakap kalau nak ke tanah suci nih nak kena tunggu seru. Seru tu agaknya “jemputan dari Allah”. Tapi ada pulak yang saya dengar dari yang sudah pernah pergi beberapa kali ada yang berkata “nak ke tanah suci dan ke rumah Allah, bukan boleh pergi begitu, mesti ada seru biarpun you ada beribu ringgit dan mampu kesana”. Saya rasa keliru sedikit dengan statements orang-orang yang sudah kesana nih.

Jadi kalau kita dah berhajat nak kesana beramai-ramai bersama keluarga ataupun dengan teman-teman, tapi kalau tak ada seru tu, tandanya tak boleh pergi ke? Walaupun kita berhajat bukannya kita nak pergi macam tu, tapi kena jugalah belajar, sebab bukan boleh setakat melawat aje, harus beribadat dan tau apa yang harus kita buat.

Lagi satu ustaz, ada keluarga terdekat ke tanah suci sekarang, telah disuruh belajar bagaimana nak mendapatkan haji mabrur semua, tetapi si polan ni katanya dia tak ada masa nak belajar, kemudian ahli keluarga yang lain cakap “alah, tak payah nak belajar-belajar, ikut aje orang lain, kalau orang tu buat yang itu, awak buat”. Jadi ustaz, kalau tak belajar, rasanya “rugilah” ke sana tanpa ilmu didada.

Harap Ustaz dapat beri penjelasan.

 

Soalan 2

 

Jika kita ada tenaga, masa, takda halangan physically dan emotionally tapi takde that much money, (tapi ada monthly savings yg cukup) Boleh tak kita pakai or apply loan scheme to pay for the umrah or haji 1st?

Soalan 3

Bolehkah kita guna wang cpf untuk tunaikan haji?

Soalan 4

Soalan saya seperti berikut:

1.Jika orang tu seorang gadis, belum berumahtangga, tapi dia ada 2 pilihan samada berkahwin atau menunaikan haji, yang mana harus didahulukan?

2.Bagaimana pula antara umrah dan haji mana diberatkan? Patutkah orang yang hendak pergi haji itu pergi umrah dahulu (survey) baru tunaikan haji?

3.Bagaimana pula bagi wanita yg sudah berumahtangga, patutkah dia pergi seorang diri (walaupun mendapat keizinan suaminya) atau dia patut tunggu dan kumpul duit bersama suaminya barulah dia tunaikan haji bersama suami?

———————————-
Jawaban 1

Salam

Seruan untuk menunaikan haji telah lama diserukan oleh Allah kepada manusia.

Sesiapa sahaja yang sudah mempunyai kemampuan kewangan dan tubuh badan dan tiada halangan, wajiblah dia menunaikan haji.

Kewajiban menunaikan haji bukan kewajiban yang mesti ditunaikan segera, ertinya walaupun sudah mampu, boleh ditangguhkan ke satu waktu yg lain.

Namun, menyegerakan menunaikan kewajiban lebih disukai kerana kita tidak tahu samada umur kita panjang untuk menunaikan kewajiaban itu.

Di sinilah letaknya bahaya menangguhkan kewajiban tanpa alasan yang kukuh kerana nabi bersabda sesiapa yang mati dan tidak menunaikan kewajiban haji sedangkan ia mampu dan tiada halangan, maka mati dia itu mati seorang yg tercela.

Atas dasar ni, pandangan perlu ada seru juga walaupun sudah mampu, adalah pandangan yang tak ada dasarnya dalam Islam.

Islam adalah agama yang menganjurkan kita beramal atas dasar ilmu bukan ikut-ikutan. Walaupun, haji boleh sah jika orang yang kita ikuti betul amalannya tetapi mereka yang berpendapat seperti yg dinyatakan itu lebih bersikap meremehkan amalan agama. Ia seperti sikap seorang yang malas, mengambil mudah dan asal boleh sahaja sahaja. Kalau kita tidak suka sikap sedemikian ada dalam pekerja kita, bagaimana kita boleh bersikap seperti itu dalam menunaikan tanggungjawab kepada Allah taala?

Jawaban 2

Kalau tiiadk duit simpanan yang cukup, ia bermakna tiada kemampuan, walaupun tiada halangan pada aspek-aspek yang lain. 

Tidak perlu meminjam kerana hendak menunaikan haji dan amat tidak digalakkan yang sedemikian itu. Menjadi terlarang jika pinjaman itu melibatkan pinjaman konvensional yang dikenakan faedah (interest).

Jawaban 3

Wang cpf yg telah/boleh dikeluarkan boleh diguna untuk tunaikan haji kerana ia adalah wang simpanan kita.

Jawaban 4

1. Tiada jawaban yang straight forward dalam masalah ni. Terpulanglah pada pertimbangan dirinya untuk fikirkan mana yang lebih bermanfaat. Bagi sesetengah orang dan keadaan, kahwin dulu lebih utama, ada pula haji lebih utama.

2. Haji adalah wajib. Umrah adalah sunat. Oleh itu, haji pasti lebih utama. Sememangnya, menunaikan umrah dulu akan memudahkan haji kemudian kerana ia memberi pengalaman. Tapi dalam konteks hari ini yang mana kos menunaikan umrah agak mahal, kadangkala tidak praktikal untuk ajar orang buat umrah dulu baru buat haji. Untuk orang yg duduk dekat dengan Saudi, bolehlah. Cuma bagi jenis individu yang banyak duit, bolehlah buat umrah dulu.

3. Kerajaan Saudi tidak akan membenarkan visa bagi mana-mana wanita yang ingin menunaikan haji atau umrah tanpa diiringi mahram, tak kira samada diizin suami/mahram atau tidak. Sila tanya syarikat pengendali haji dan umrah.

salam

132 komentar untuk “Kemusykilan Agama – Beberapa kemusykilan mengenai haji dan umrah”

  1. salam ustaz, kawan saya kata siapa yg byk duit, eloklah p buat umrah dulu kerana untuk timba pengalaman utk buat hj sbb ada satu kes dimana seorang jemaah semasa pergi ke sana tidak dapat menjalankan umrah nya dengan betul jd kawan sya khuatir apabila smpi d mekah nnti dia takut kejadian seumpama ini akan berlaku dlm waktu hj dan jadi satu kerugian pd sangkaannya,sy kata klu kita mati dulu sblum hj,matinya dlm keadaan tercela tapi dia kata kita dah niat buat yang baik (umrah) bolehkah?saya jadi musykil sbb ramai orang trend buat umrah dulu br hj..

  2. Salam,

    Ia hanya satu pendapat. Ada kebaikan pada pendapat itu, tapi agama tidak menetapkan mesti menimba pengalaman dari umrah sebelum haji.

    Ramai jugga yg berhaji tanpa umrah dahulu dan dapat lakukan dengan baik. Oleh itu pengalaman org itu tidak boleh dijadikan sebagai satu-satu sandaran kita.

    Jika anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mempersiapkan diri, tawakallah pada tuhan. Tiada yg sempurna kecuali tuhan. Sedikit kekurangan dalam ibadah tidak semestinya membatalkan ibadah kita. Tuhan maha pengasih dan maha pengampun akan kekurangan hambanya yg telah berusaha sebaik mungkin.

    Hari ini, umrah haji bukanlah murah dan bukan semua orang mempunyai kemampuan kewangan untuk berumrah dahulu sebelum haji.

    Moga bermanfaat, salam

  3. Assalam ustaz, mohon pandangan ustaz tentang kewajipan menunaikan haji thdp ibu saya.
    Utk makluman ustaz, nama ibu saya telah disenarai hitam (blacklist) berikutan hutang lapuk yg belum dijelaskan (pinjaman konvensional). Kini setelah saya bekerja, saya mempunyai sedikit kelapangan rezeki dgn diberi elaun percutian/pelancongan. Saya pernah membawa ibu menunaikan umrah sblm ini & berhasrat utk memberikn elaun percutian tsbt kpd ibu utk menunaikan haji (cukup utk seorg shj). Walaubgmpun, tdpt kekangan spt berikut: 1.hutang lapuk ibu perlu diselesaikn dahulu 2.sykt tidak mbenarkn elaun percutian digunakan sekiranya sy tidak turut serta. 3.simpanan sy utk tunaikn hj masih blm mencukupi. Mohon pencerahan ustaz. Tkasih

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      mengenai hukum menunaikan haji bagi orang yang berhutang, boleh dilihat di sini http://haniff.sg/kemusykilan-agama/berhutang-tapi-berumrah-berkali-kali/

      nota tambahan dari saya:

      1. jika hutang itu perlu dibayar secara tunai, maka wang yg ada perlu digunakan utk bayar hutang dahulu kecuali si pemiutang memberi izin utk tangguhkan pembayaran hutang dan membenarkan wang yg ada diguna utk pergi haji. tanpa izin, tidak boleh kerana org yg berhutang wajib meminta izin pemiutang hatta utk berjihad sekalipun. kecuali jika hutang itu bersifat ansuran seperti hutang kereta dan rumah, jika wang yg diguna utk pergi haji tdk menjejas pembayaran ansuran, hukumnya boleh. jika menjejas pembayaran ansuran hingga jadi hutang lapuk, maka ketika ini, wajib utamakan pembayaran hutang lapuk dan dianggap org berkenaan belum ada kemampuan menunaikan haji.

      2. namun apa yg dinyatakan di atas berkaitan penggunaan harta si ibu itu sendiri utk guna pergi haji. jika pemergian si ibu ke haji atas belanja si anak, hukumnya harus kerana ai adalah hadiah si anak kepada si ibu. terserah kepada si anak utk menghadiahkan ibunya apa yg dia suka. tambahan pula bukan hutang itu bukan beban ke atas si anak. dia tiada kewajiban utk membayar hutang si ibu. walau bagaimana pun, saya berpendapat adalah lebih baik jika si anak gunakan wang itu utk membantu ibunya selesaikan hutang, dari membelanjakannya utk haji kerana tanggungjawab ke atas si ibu menyelesaikan hutang lebih besar dan berat dari kewajiban tunai haji. maka manfaat membantu si ibu bebas hutang atau kurangkan hutangnya lebih besar dari berhaji kerana islam amat memandang serius ttg soal hutang. lihat di http://haniff.sg/kemusykilan-agama/kemusykilan-agama-mati-dalam-berhutang-tidak-elok-di-sisi-islam-berita-harian-singapura-28-julai-2013/

      3. jika haji anda dan ibu dicover oleh elaun cuti syarikat sepenuhnya, maka tiada masalah apa2 menghajikan ibu anda dgn cara ini walaupun beliau berhutang kerana ia adalah manfaat dari syarikat yg jika tidak digunakan akan sesia2 sahaja dan tak boleh pula diguna utk tujuan lain. ia bukan harta si ibu yg sepatutnya diguna utk bayar hutang dahulu. tapi jika syarikat benarkan guna utk si ibu dgn syarat anda pergi sama dan kos anda pula perlu top up cash dari diri anda, maka hukumnya sama seperti no 2 di atas.

      wallahu a`alam.

  4. mak mentua ajak pegi umrah…sbb isteri nak ikut…..saya tak pergi dia tak bole pergi…..
    saya was2 nak pergi……saya ni solat pun masih tinggal2…..
    bagi saya mekah tu tempat yg sangat suci…..saya tak mahu pergi sana mcm vacation….balik masih lagi buat perkara lagha….saya tak faham org lain tak ada perasaan mcm saya……
    .bagi saya baik saya lengkapkan ilmu …sempurnakan ibadah kat sini dulu……
    sudah la umrah ni mak mentua yg sponsor….saya rasa mcm nak kata…..suatu hari saya ada rezeki saya pasti akan sampai dgn izinNya….mak offer le pada kawan2 mak yg teringin sgt nak pergi…..atau bersedekah untuk pahala yg lebih berpanjangan daripada sponsor sy yg ntah apa hasil kat sana nnti…..t

    tp sy tak cakap apa2 lagi…sy bingung 🙁

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      agama tak suruh kita sempurna dan bersih dari dosa, baru boleh pegi umrah.
      sebaliknya kerana sedar berdosalah, kita dianjurkan berumrah sbg salah satu jalan sucikan dosa.
      oleh kerana umrah tu atas belanja ibu mertua, awak boleh terima dan boleh tak terima.
      awak boleh lihat ia sebagai peluang utk ubah hidup awak kepada lebih baik (takkan awak nak terus2 hidup dalam keadaan solat masih tinggal2 lagi dll. selagi awak tak kata pada diri sendiri utk ubah, selagi itulah awak akan kekal begitu dan hanya akn menanti “seru” utk ubah.)
      mungkin sahaja tawaran umrah ini adalah seruan tuhan utk awak berubah dan peluang tingkat diri.
      tapi, seperti yg saya kata, kalau awak tak mahu terima pun tak salah di sisi agama.
      cuma awak tetap perlu ubah diri dari abaikan kewajiban agama.
      lakukan penilaian diri secara jujur sebab2 mengapa awak masih abaikan kewajiban dan ambillah tindakan bagi mengatasinya.
      luangkan masa untuk belajar agama dan berdamping dengan guru agama yg baik agar awak sentiasa dibimbing.
      jangan sampai, diri tidak berubah, umrah pun tak dapat.
      berwaspada.. setan akan halang kita buat baik dgn pelbagai alasan.
      antara alasannya ialah “kau belum baik lagi”, “belum cukup ilmu lagi”, nanti bila dah baik dan cukup ilmu baru buat.
      dia tak kata jangan buat, tapi dia pujuk tangguhkan dulu.. lain kali baru buat.

      moga bermanfaat.

  5. Assalamualaikum Ustaz, saya ada soalan yang hendak ditanyakan pada Ustaz. Tahun hadapan insha allah suami saya akan mengeluarkan duit KWSP nya tidaklah banyak cuma lebih kurang hampir dua ratus ribu. Suami saya berhasrat pergi menunaikan haji atau mungkin umrah. Beliau berkata kalau dia dan saya pergi haji mengikut swasta akan habis lebih kurang Rm50K tapi sekiranya hendak ke Umrah sahaja dia berhasrat untuk membiayai abangnya dan isterinya juga abang saya untuk sama-sama ke Mekah. Maka kami berdua akan buat umrah sahaja disamping membantu saudara2 yg tidak mampu untuk ke Mekah. Apa pandangan Ustaz. Mana perlu di dulu kan. Terima ksih Ustaz sekiranya dapat membantu kami.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      1. yg pertama perlu dibuat ialah keluarkan zakat 2.5% dari wang yg diperolehi itu, sebagai tanda syukur, penyucian harta dan moga berkat.
      2. hendaklah diketepikan utk pergi haji bagi diri sendiri dan anda kerana haji adalah wajib apabila sudah mampu dan perolehan wang kwsp itu biasaanya memampukan utk pergi haji kecuali jika ada byk kewajiban2 harta yg lain i.e. hutang, nafkah keluarga. soal berapa rm kena belanja soal kedua kerana ia sudah jadi kewajiban. cuma kalau rasa rm50 tu mahal sangat, ketepikan utk tabungkan di tabung haji jumlah penuh utk pergi haji dan kemudian tunggulah giliran.
      3. bila ada lebih, baru boleh fikir utk pergi umrah sementara tunggu pergi haji atau guna utk bantu sesiapa yg patut.

      moga bermanfaat

  6. Salam Ustaz

    Saya nak minta penjelasan berikut.

    Saya ada protection policy yang premiumnye saya bayar tiap tiap bulan. Kalau saya surrender policy tu, duit yang saya dapat balek lepas tolak total premium yang saya telah bayar ada lebih $2,500.00. Boleh tak saya gunakan duit total premium yang saya bayar tu untok umrah dan $2,500.00 tu untuk bayar hutang credit card, road tax dan insurance kereta?

    Terimakasih

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      boleh berikan perincian insurans?? konvensional? life? endowment? ilp etc?

        1. Muhammad Haniff Hassan

          endowment pun tak mesti halal kerana mungkin wang yg dikumpulkan dilaburkan pada perkara2 yg tak halal = dividen yg diberi jadi datang dari sumber haram atau yg bercampur2

  7. assalam ustaz.suami saya ingin tunaikan umrah dgn ibunya yg mana kos ditanggung oleh ibu beliau.saya teringin nak ikut tapi kekangan anak2 masih kecil 4 org berusia 10- 1 thn.ibu saya x mampu jaga 4 org ini sekiranya saya ingin mgikut suami apatah lagi ibu pun uzur. jadi skiranya saya benarkan suami pergi tapi saya tinggal tp dgn perasaan campur baur apa hukumnya?boleh ke saya buat personal loan utk tmpung kos saya anak beranak ke sana?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      tidak patut ambil loan baik loan secara islam atau konvensional kerana utk tunaikan umrah kerana ia membebankan diri.
      berhaji pun tak patut berhutang.
      kalau takde duit atau ada halangan = tak wajib pergi.
      apatah lagi umrah.
      menjaga anak adalah kewajiban, umrah hy sunat.
      yg sunat tak boleh mengatasi yg wajib.
      jaga anak adalah tgjawab langusung ibubapa, tak boleh dipindahkan pada org lain, walau pun org berkenaan nak tolong.
      kalau yg nak tolong ibu yg dah tua dan lemah, lebih tak patut tgjawab tu dipindahkan.
      hari ini rezki suami utk pergi umrah dulu, biarlah.
      tambahan pula dia pergi sambil berjasa pada ibunya.
      keredaan anda dgn ketentuan allah bahawa itu adalah rezki dia dan rezki anda akan tiba di masa lain atau dalam bentuk lain besar pahalanya.
      kesabaran anda berpisah utk suami melakukan ibadah dan berjasa pada ibunya, besar pahala.
      kesemua itu mungkin sebesar pahala umrah kalau anda pergi.
      mungkin sahaja pahala suami puan turut dikongsi oleh puan kerana niat murni puan utk melakukannya tapi terhalang oleh kewajiban lain.
      tuhan bagi hamba2nya rezeki berbeza2 dari segi bentuk dan pada masa yg berlainan.
      tak elok kita rasa terkilan atas rezeki org lain, sama seperti tak reda dgn ketentuan tuhan gak.
      jgn kerana belum rezeki kita lagi, kita halang org lain utk buat yg baik.
      jgn pula kerana org lain dapat rezeki dari tuhan sedemikian, kita memaksa2 diri dan keadaan utk dapat yg sama.
      kewajiban agama perlu dilaksanaka secara rasional, bukan emosional.
      moga bermanfaat.

  8. Assalam ustaz..suami sy nk tunaikn umrah atas tiket tajaan. suami berhasrat nk bawa sy tp x cukup duit…bolehkah sy meminjam duit abg sy untk tujuan itu.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      jika hutang dikenakan interest, hukumnya tidak boleh.
      jika hutang itu tidak berinterest, hukumnya harus jika dari segi kewangan awak mmg berupaya utk melunaskannya pada tempoh yg munasabah. jika tiada kemampuan, hukumnya tidak boleh kerana ia akan membebankan sedangkan umrah itu hanya sunat sahaja.
      tidak boleh menunaikan haji yg wajib dgn berhutang diluar kemaampuan, apatah lagi umrah.

      namun yg afdal ia utk tidak berhutang dan bersabar sahaja dgn pemergian suami awak kerana islam tidak suka amalan berhutang. tambahan pula tak perlu berhutang utk melakukan umrah dan tak perlu berumrah jika tak mampu.
      suami awak pergi kerana sudah rezeki dia. umrah pun tidak ambil tempoh masa yg lama.

      moga bermanfaat.

  9. Salam ustaz. Saya ada kemusykilan. Saya ada masok endownment
    Saving for 21 years which tiap2 bulan saya ada bayar sejumlah wang yg tetap.
    The maturity period is tis year jadi saya ada niat nak buat umrah bersama suami menggunakan duit endownment saving itu. Blh tak saya menggunakannya?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      pertama hendaklah anda bayar zakat apabila mendapat wang itu iaitu 2.5%.

      setelah itu hendaklah diasingkan antara capital ie premium yg awak byr sepanjang tempoh simpanan dari dividen.

      capital ini milik penuh awak. bole guna utk umrah, haji dll.

      jika endowmen awak bukan syariah compliant kemungkunan wang awak dilabur dlm pelaburan2 yg tak 100% halal. mungkin ia bercampur dgn sumber tidak halal. oleh itu dividen yg awak dpt itu saya cadangkan dibersihkan lagi dgn mensedekahkan sedikit. berapa kadarnya terserahlah pd diri anda. anda boleh ikut kadar zakat sebagai panduan atau lebih.

      untuk makluman, sebahagian ulama berpendapat hy boleh ambil capital shj dan guna utk belanja haji dan umrah. manakala dividen hendaklah diberikan kepada baitul mal.

      jika kewangan awak baik dan bersedia ikut pendapat ini, pun tak mengapa.

      jika endowmen itu syariah compliant, tak perluah dibersihkan lagi dividen itu.

      moga bermanfaat.

  10. Salam. Just to double confirm, capital itu ada jumlah wang yg tiap2 bulan saya baya to the insurance company kan? Dan dividend is refering to its bonus or profit of that company is it? So the sum of money tat I received if exceed the amt of money tat I paid for 21 years, the extra is consider dividend kan? Maaf saya ni kurang faham ttg terms yg digunakan dlm insurance. Mohon penjelasan.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      ya betul. utk lebih jelas dan tepat boleh juga tanya atau rujuk agen anda atau syarikat berkenaan.

  11. Salam ustaz
    Sekiranya kita ada hutang dgn bank pula bagaimana? Seumpamanya kita bayar secara ansuran bagi pinjaman untuk renovasi.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      jika hutang itu mmg dibayar secara ansuran sebagaimana yg dipersetujui dan dalam perkiraan biasa awak berkemampuan utk membayarnya hingga habis mengikut jadual, maka hukumnya harus utk pergi haji atau umrah walau dalam keadaan masih berhutang kerana dalam situasi sedemikian hak pemberi hutang tidak berlaku.
      namun adalah lebih utama menggunakan wang yg ada utk lunaskan hutang dari berumrah yg sunat.

  12. salam saya nak tanya dan ingin meminta pendapat
    saya belajar di luar negara dan insya Allah tahun dpn sy akan menamatkan pengajian sy di sini . saya bercadang untuk pergi menunaikan ibadah umrah pd cuti soifi bulan 6 ni tetapi ibu saya berharap agar saya pulang ke malaysia .
    mana satu yg perlu sy turuti ?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      sebaiknya awak berbincang dgn ibu awak dan fahamkan dia kenapa awak ingin berumrah.
      mungkin awak boleh cari jalan tengah dgn membahagikan masa cuti awak untuk umrah dan bersamanya juga.
      tapi jika dia tetap mahukan awak pulang, maka lebih afdal utk awak pulang dan memenuhi hasratnya sebagai ibu.
      dalilnya ialah nabi s.a.w menuntut seorang anak lelaki meminta izin ibubapanya, hatta untuk berjihad dan nabi pernah suruh seorg sahabat pulang ke yaman dan tidak benarkan dia ikut berjihad kerana tiada izin ibubapanya.
      jihad adalah fardu ain ketika itu, manakala umrah hanyalah sunat bagi awak. maka mendapatkan izin ibubapa dalam kes awak lebih utama.
      janganlah awak rasa terkilan kerana tak dapat berumrah kerana pahala menggembirakan ibu awak lebih besar dan allah pasti akan gantikan utk awak peluang umrah yg lebih baik lagi.

      moga bermanfaat.

  13. Assalamu’alaikum wr wb Ustaz,

    Apa hukumnya seorang isteri yg telah mendapat keizinan suami, mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan tanpa suami. Si isteri pergi bersama sahabatnya yg juga telah diberi izin suami. Mohon diperjelaskan ustaz. Terima kaseh.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      assalamualaikum wr. wb.

      biasanya pihak saudi perlukan kehadiran mahram lain untuk memberi visa.
      jika ada mahram selain suami dan dapat visa, tidaklah ada masalah apa2 utk berumraah tanpa suami jika suami telah memberi izin.
      jika tiada mahram selain suami dan dapat visa dan suami pun izinkan, hukumnya jatuh dalam masalah orang perempuan bermusafir tanpa mahram.
      sebahagian ulama tidak membenarkannya, tapi ramai juga yang membenarkannya dengan syarat ada keyakinan bahawa perjalanan ada jaminan keselamatan dan tiada fitnah bagi wanita itu.
      lihat http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/wanita-musafir-tanpa-mahram-untuk-tujuan-ziarah

      moga bermanfaat

  14. Assalamualaikum ustaz,
    Suami saya baru mengeluarkan wang KWSPnya dan zakat kwsp pun telah di bayar. suami saya berhajat untuk menunaikan umrah. suami juga berhasrat untuk membawa ibunya bersama-sama mengerjakan umrah. tetapi saya dapati wang kwsp yang ada hanya cukup-cukup sahaja untuk perbelanjaan umrah bagi 2 org. apa hukumnya jika suami terus membawa ibunya mengerjakan umrah tetapi tidak mampu meninggalkan wang perbelanjaan saya dan 2 org anak yang akan ditinggalkan nanti?

    terima kasih

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      tidak boleh seperti itu kerana umrah adalah sunat sedangkan nafkah keluarga adalah wajib, kecuali jika keluarga yg ditinggalkan redha.
      haji yg wajib pun tidak boleh dilakukan jika ia menjejas nafkah utk keluarga.

  15. assalamualaikum ustaz,
    saya berumur 20 tahun dan saya masih belajar di peringkat diploma. sepanjang beberapa semester yg saya lalui, saya berasa sgt kesal dgn diri sendiri dgn sikap malas saya yg dah byk kali saya cuba ubah, tapi masih sama. malas solat, malas belajar sehingga keputusan semester saya yg terbaru ni sgt teruk. terlalu byk masalah yg saya fikirkan sehingga saya rasa mcm nak berhenti belajar. tp saya tahu itu akan merugikan saya sendiri. jadi, saya buat keputusan untuk tangguh belajar sbb saya takut kalau teruskan, saya masih sama mcm semester sblm ni. dlm masa tangguh belajar tu, saya nak kerja dan kumpul duit untuk buat umrah. dlm masa bekerja, saya cuba nak mematangkan diri dan inshaAllah kalau dpt pergi umrah, saya cuba utk berubah taknak jadi malas lagi. kos utk buat umrah 100% saya tanggung sendiri. family saya pun tak halang utk saya kerja dan kumpul duit utk buat umrah. boleh ke kalau saya buat mcm tu ustaz?

  16. sbb niat sbnr saya, nak kerja, kumpul duit, dan pergi bercuti ke korea. tp drpd pergi korea, saya fikir lebih baik saya pergi umrah.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      tidak mengapa utk awak berhenti belajar sekejap, jika memang tujuan awak ialah utk berumrah dan membaiki diri, bukan utk melancong ke korea.
      ia bukan soal halal atau haram, tapi soal baik atau tidak sahaja.
      yg penting awak mesti jujur iaitu benar2 melakukannya utk membaiki diri.
      ketika berumrah nanti hendaklah awak bermuhasabah utk kenal pasti sebba utama masalah awak.
      jika awak tidak melakukan muhasabah, bagaimana hendak ubah diri?
      jika awak tiada buat langakh perubahan, apa pula ertinya cuti dari belajar.
      ia akan hanya membuang masa sahaja.
      jika dalam muhasabah awak, awak kenal pasti bahawa sebab kemalasan awak ialah perskeitaran i.e. kawan2, maka tinggalkanlah persekitaran itu dan carilah persekitaran baru.
      tapi jika ia memang kelemahan diri awak semata-mata, dapatkan seoranhg kaunselor yang dapat membimbing awak secara langsung bagi kenalpasti kelamahan ini dan cara mengatasinya.
      tanpa bantuan, pakar mungkin sukar bagi awak lakukan sendiri hingga usaha awak menjadi kurang berkesan.

      moga bermanfaat.

  17. As salam ustaz, Kakak saya dan suami dan ibu mertuanya bercadang untuk pergi mengerjakan umrah pada 28hb mei. tetapi pada8hb Mei, suami ibu mertuanya meninggal dunia. Adakah ibu mertuanya dalam eddah dan wajib postpone pergi umrah atau boleh terus ke umrah. segala perbelanjaan telah dirancang dan ditunaikan. kami benar benar dalam kemusykilan.

    Sila beri pencerahan

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      pandangan yg kuat ialah utk si ibu mertua menangguhkan umrah hingga lepas iddah.
      hatta haji wajib pun, perlu ditangguhkan, bagi wanita yg beriddah kerana kematian suami.
      bahkan ada pendapat yg memerlukan wanita berkenaan pulang, jika sedang berada dalam perjalanan haji wajib.
      adapun kakak dan suaminya boleh teruskan berumrah, jika mahu.
      boleh bincang dengan pihak agensi agar memberi konsesi atas dasar ihsan tentang soal penangguhan.

  18. Amelia Khairunisa

    Assalamualaikum Ustaz,

    Ustaz, saya ingin minta pendapat, berdosa kah saya dan suami tidak m membawa ibunya (ibu mertua saya) membuat umrah kerana saya rasa tidak perlu kerana ibunya telah pergi menunaikan haji. Saya dan suami manabung untuk pergi ke umrah dan tidak mampu untuk membayar untuk ibu mertua tetapi ibu mentua tetap berkeras ingin turut serta. Kami serba salah. Terima Kasih Ustaz. wsslm.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      jika anda memang tidak mampu, tidaklah berdosa kerana membelanjakan harta utk umrah ibu mertua bukan termasuk kewajiban nafkah bagi orang tua. tambahan pula, umrah itu pun hanyalah satu ibadah yang sunat, kecuali jika ibu mertua ada wang utk menafkahkan dirinya sendiri.
      tidak salah di sisi agama, jika anda hendak pergi juga tanpa membawa ibu mertua, walaupun ia akan mengecilkan hatinya.
      tapi jika anda berdua tangguhkan sahaja niat itu dulu kerana tidak mahu mengecilkan hati dia, mungkin lebih baik kerana jaga hati org tua amat dianjurkan agama dan umrah juga bukanlah wajib bagi anda berdua.
      anda berdua berumrah kerana ingin cari ketenangan dan kebahagian ruhani, tapi bila pulang anda mungkin terpaksa pula berhadapan dgn ibu yg berkecil hati dan timbul pula masalah hubungan yg lama.
      memang dari segi logik, sikap si ibu tidak munasabah. tapi orang tua memanglah gitu kerenahnya, sama seperti kita masa kecil2 dulu.

      moga bermanfaat

  19. Assalamualaikum ustaz sy nk tanya mcm mana kalau saya nk mengerjakan umrah tetapi sy ada hutang rumah,kereta dan hutang perniagaan boleh ke sy menerus kan ibadah umrah sy ?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      adalah lebih utama utk awak gunakan wang umrah itu utk melangsaikan hutang secepat mungkin.
      namun jika kedudukan kewangan awak baik iaitu pada perkiraan perancangan kewangan, pembayaran hutang2 tidak terjejas kerana berbelanja utk umrah sepanjang tempoh tahun kewangan sekarang ini, maka hukumnya adalah harus utk berumrah.
      jika tidak, tidak boleh.

  20. assalamualaikum..

    Bolehkah saya menggunakan duit yang diperolehi dari pinjaman peribadi untuk membiayai umrah ibu saya?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      boleh, tapi bukan sesuatu yang perlu dibuat dan tidak digalakkan oleh agama pula utk berhutang kerana nak berumrah, baik utk diri sendiri atau org lain.

      1. Sy nk tnya..sy bniat nk bw ibu sy prgi haji p’soalannya boleh kh dgn mgunakn duit insuran arwah suami sy & bolehkh sy pergi menunaikn haji tp belum mempunyai tanah @ rumah krn skrang sy menumpang di rumah ibu..

        1. Muhammad Haniff Hassan

          salam

          terserah pada awak samada nak guna duit itu untuk beli tanah buat rumah sendiri atau menunaikan haji bersama ibu.
          tak salah gyna wang itu utk beli tanah dan rumah kerana ia satu keperluan asasi dan kewajiban haji pula satu kewajiban yg boleh ditangguh.
          jika lepas beli tanah, awak dah takde duit utk pergi haji, tak lah mengapa kerana dianggap hilang kemampuan.

  21. salam ustaz,

    suami bercadang utk sama2 mengerjakan umrah bersama ibu dan ayahnya pd dec tahun ini. in shaa Allah dan berhajat utk mbawa sy (hamil 4bulan lebih pd ms itu) dan anak kami berusia 2 tahun 6 bulan. apa pendapat ustaz menunaikan umrah dgn anak kecil. skg kami masih berbelah bahagi kerana ayah sy sgt concern dgn niat kami utk mmbawa anak kecil yg mungkin akan letih,pjalanan jauh,jemaah ramai,mungkin xdpt beribadah dgn sempurna,dll..sy faham ayah sy concern dgn kami sekeluarga..harap ustaz dapat membantu..tq

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      dari segi agama, takde masalah apa2 utk membawa anak itu ke umrah selama mana anda mampu dan tiada isu keselamatan dan kesihatan.
      dari segi sosial, telah ramai yg pergi umrah membawa anak sekecil itu bahkan lebih kecil dari itu tanpa masalah apa2.
      nasihat saya dapatkan nasihat dari:
      1. mereka yg pernah ke sana dgn membawa anak2 kecil.. apa cabaran2 dan bg menanganinya.
      2. pegawai2 agensi yg berpengalaman dlm hal ini.
      3. doktor yg dapat memberi nasihat dr sudut kesihatan.
      berdasarkan maklum balas ini akan membantu utk anda buat keputusan dan persiapan2nya.

      moga bermanfaat.

  22. tq ustaz atas reply..bmana yer cr mudah nk xplain pd ayah sy..supaya dia xkecil hati..ayah sy br menunaikn umrah awal jan thun ini..sy faham die concern..

    1. Muhammad Haniff Hassan

      bila awak dah dapat input dr pengalaman org lain secara khusus, pegawai yg berpengalaman dak doktor…. kongsi dgn bapa awak supaya dia tahu bhw ia bukan pendapat anda semata2 dan ia pendapat yg berasas.

  23. Syed Jaffar Bin Syed Noh

    Salam, isteri saya warga malaysia dan saya warga singapura.
    Isteri saya dah daftar nama di Tabung Haji untuk menunaikan
    ibadah Haji. Bagaimana cara untuk saya pergi haji bersama isteri?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      maaf, saya tak tahu jawapan bagi soalan tuan kerana ia berkaitan administrasi bukan hukum.
      saya cadangkan sebaiknya tuan tanya pihak agensi haji di sg atau pihak tabung haji di malaysia.

  24. Asalamuaikum utaz.nak tanya apa hukum jika seorang itu pergi
    Menunaikan haji sedang kan anak2 mereka tidak bertegur sapa
    Antara satu sama lain.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      apabila seseorang itu cukup syarat kemampuan utk melakukan haji, wajiblah ia melakukannya sesegera mungkin.
      masalah anak2 tidak bertegur sapa bukan satu sebab yg boleh dijadikan alasan utn tangguh haji.
      ia juga bukan syarat penentu sah haji.
      kalau bebas dari dosa kecil, besar atau kekurangan2 seperti itu boleh dijadikan sebab uth tidak pergi haji atau sah haji, mungkin tak ramai dari manusia yg layak kerana sememangnya setiap org yg pergi haji tidak bersih dari ketidaksempurnaan.
      masalah anak2 itu mmg satu perkara yg tak baik dan perlu dihuraikan.
      namun tidak perlu tungu masalah tu diatasi baru boleh pergi haji.
      mungkin org berkenaan boleh guna kesempatan berhaji utk berdoa sungguh2 kepada tuhan agar tunjuk jalan utk selesaikan amsalah anak2 itu.

      moga bermanfaat.

  25. As salam,
    Saya & suami b’cadang ingin menunaikan Umrah. Persoalannya…bolehkan kami pergi dahulu padahal ibu bapa (suami) tidak pernah lg menjejaki ke Tanah Suci. Masalah juga kerana kewangan kami tidak mencukupi utk menampung kos ibu bapa. Dan adakah kami perlu mendapatkan keizinan dr mereka?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      boleh bagi anda dan suami utk berumrah dahulu, walau ibubapa suami belum melakukannya.
      umrah ialah ibadah individu, iaitu mana2 individu yg mampu, dialah yg digalakkan melakukannya.
      yang tak ada kemampuan, tiada galakan bagi dia dan hendaklah berusaha memampukan diri dahulu, atau bersabar dan redha sahaja.
      tak wajib bagi anak2 utk memberi wang hingga mereka mampu utk menunaikan umrah.
      jika dilakukan, ia hanyalah ibarat sedekah sunat sahaja.
      tidak wajib bagi anak utk minta izin ibubapa tunaikan umrah kecuali jika pemergiannya ke umrah itu menjejas hak ibubapa i.e tidak dapat menjaga mereka. dalam keadaan sebegini, ia jadi seperti berjihad, iaitu perlu pada izin ibubapa.
      namun, adalah menjadi adab yg baik di sisi agama utk memberitahu ibubapa akan niat utk berumrah sebagai tanda hormat dan utk menjaga hati mereka.
      selain itu, mereka juga boleh mendoakan agar umrah yg dilakukan berjalan dengan baik dan selamat.
      sepatutnya ibubapa yg belum berumrah tidaklah perlu rasa terkila jika anak2 mereka dapat ebrumrah sedangkan mereka belum lagi melakukannya kerana, a) tiada galakan ke atas mereka utk berumrah kerana tiada kemampuan, b) perlu redha bahawa setiap orang ada rezki masing2, dan c) tak elok memaksa anak2 utk umrahkan mereka dahulu kerana yag afdal ialah berumrah atas hasil usaha diri sendiri, bukan ihsan org lain.

      moga bermanfaat

  26. Salam
    Saya ada pertanyaan dan kemusykilan..
    Bapa saya menjadi penjamin..adakah tidak boleh menunaikan haji jika nama sudah blacklist?sekian
    Terima kasih

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      menjawab perkara ini bergantung pada banyak perkara:
      1. apa yg dimaksudkan dgn blacklist, siapa yg blacklist i.e. bank?
      2. kadar liability
      3. keupayaan kewangan bapa yg tangung liability
      4. constraint pihk yg blackliat ke atas si bapa
      5. jika perkara ini melibatkan undang2 yg mengekang perbelanjaan si bapa
      6. latarbelakang kes ini i.e. macam mana bapa boleh jadi guarantor dan bagaiman apula dia kena tanggung hutang tu?

      sebaiknya perkara ini dirujuk kepada pihak agensi haji atau peguam utk dapatkan penjelasan detail.

      namun secara umum, jika berbelanja utk tunai haji tidak menjejas kemampuan utk membayar liability yg dipikul sebagai penjamin sebagaimana yg dipersetujui atau yg diperlukan ke atasnya dan tidak dihalang oleh pemberi pinjaman, hukumnya adalah boleh di sisi agama.

      jika tidak, maka hukumnya si bapa itu tiada kemampuan dan tidak wajib menunaikan haji kerana wang yg ada perlu diutamakan utk selesaikan hutang yg ada.

      moga bermanfaat

  27. Assalamualaikum ustaz..
    Saya nak bertanya apakah hukum saya menolak tawaran mak saudara saya untuk sponsor saya pergi umrah pd tahun hdpan? Hal ini kerana,saya tidak mahu mak saudara saya mengungkit kemudian hari bahawa beliaulah yg sponsor saya pergi ke umrah dengan duit beliau…saya lebih senang untuk kumpul duit sendiri utk ke umrah suatu hari nnt..selain itu juga,beliau seolah2 memaksa saya utk turut serta juga ke umrah ni dan meminta saya bawa duit rm3k utk perbelanjaan di sana..blh saya tahu juga apakah hukumnya juga jika saya pergi umrah kerana trpksa kerana mak saudara saya?
    Terima kasih..

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      takde salahnya menolak tawaran itu kerana
      1. tak wajib terima hadiah atau sedekah orang lain.
      2. umrah hanya boleh dilakukan jika kita mampu dan sebaik2 kemampuan ialah dari usaha sendiri.

      tapi tak lah juga salah di sisi agama utk terima pemberian itu.

      kesimpulannya, terserah pada pertimbangan, baik buruk dari segi logik semata-mata.

      1. Salam ustaz saya nak tanye betul ke?berdosa kite semasa hidup tunai umrah tpi xsmpat tunai haji..yg sunat didahulukan

        1. Muhammad Haniff Hassan

          salam

          sudah dimaklumi, belanja menunaikan umrah lebih murah, masa utk melakukan umrah pula lebih panjang dan prosesnya lebih mudah (tiada kuota).
          oleh itu, memang umumnya, seseorang itu akan lebih berkemampuan dan berupaya utk melakukan umrah dahulu sebelum haji.
          maka, tak lah salah menunaikan umrah dahulu sebe4lum haji bagi yg memang belum berkemampuan dan berkelapangan utk tunaikan haji.

  28. Aslm ustz…
    Sya nak tanya.. Suamu sya nk ke umrah tanpa brbincang gan sya …tarikh, visa smua da buat. Tp brbincanf gan sya belum…sya tau dia nk pegi dri adik ipar..sangat sedih n kecewa..Apakh hukum dia ustz jika sorg isteri x redha suamimya pegi umrah…hutang byk sna sni hutang..duit sya dia guna janji nk byr x byr…hati sya sngt buntuh..memang sya x redha suami p..sebab
    1- pegi tanpa berbincang gan isteri
    2- hutang gan sya blm brbyr n sya sering tringt pasal hutang tu
    3- hutang bank

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      1. sebaiknya awak tanya dia dan minta penjelasan dari dia sebab dia berkelakuan sedemikian. mungkin ada sebab2 nya dan dia bukan tidak mahu memberi tahu, cuma maklumat dah bocor dahulu. kalau pun dia tiada sebab yg munasabah, adalah lebih baik awak bebrincang dah luahkan perasaan kepadanya, dari kepada org lain. bagi tahu dia, bahawa awak kecewa dan sebab kekecewaan itu supaya dia tahu. kalau tidak, akan sentiasa berlaku, bila bermasalah satu pihak adu kan org lain dan satu pihak tak sedar akan kesilapan dia dan terus melakukan perkara yg sama. jika awak tak boleh cakap, tulis kepada dia utk dibaca rasa hati awak tu sebagaimana awak tulis soalan.

      2. walau bagaimana pun, perbuatan suami ingin berumrah tanpa bincang atau memberi tahu isteri adalah satu sikap yg tercela, kecuali jika ada sebab2 yg munsabah. hal ini adalah kerana islam mementing permesyuaratan dalam urusan rumah tangga. islam suruh suami bebrincang dalam soal penyusuan anak dengan isteri yg diceraikan lihat surah al-talaq: 6 dan al-baqarah: 233). kalau soal menyusukan anak dan kepada wanita yg telah diceraikan pun disuruh buat berbincang, pastinya dalam soal2 lain dan kepada isteri lebih dianjurkan. suami yg merasa, kuasa ditangan dia tak perlu utk dia berbincang dgn isteri atau minta pandangan isteri, sebenarnya tidak faham konsep kepimpinan yg dicontohkan oleh nabi s.a.w.

      3. org yg berhutang tidak seharusnya pergi umrah selagi ada hutang yg terpikul dibahunya kecuali jika pemberi hutaung itu memberi izin dan tidak menjejas pembayaran hutang yg telah dipersetujui.

      4. namun umrah suami tanpa izin isteri dan dalam keadaan masih menanggung hutang tetap sah, jika memehuni syarat2 umrah.

  29. Assalamualaikum wbt. Ustaz
    Saya ada kemusykilan di mn ibu mertua sy akn menunaikan umrah pd awal disember nanti bersama 2 org ank perempuan dan keluarga masing2. Soalan sy…bapa mertua sy sedang terlantar sakit sudah hampir 5 tahun. Apakah keutamaan atau pandangan Islam yg perlu diberi keutamaan oleh ibu mertua saya….umrah atau menjaga suami yg sakit.
    Jazakallahu khayran kathira in advanced ustaz.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      keutamaan terletak pada menjaga suami yg sakit kerana ia adalah kewajipan, manakala umrah hanyalah sunat sahaja.
      demikianlah juga hukum bagi suami jika isterinya yg sakit.
      dalam hal ini hak manusia perlu diutamakan dari hak tuhan.
      namun, jika si suami merelakan dan kebajikannya dapat dipelihara oleh org lain yg ambil alih tugas menjaganya, tidaklah mengapa utk ibu mertua anda pergi bersama ahli keluarga yg menemaninya itu.

  30. Assalamualaikum..
    Saya nak tanya ustaz…mak suami saya menyuruh suami saya temankan umrah dengan adik perempuannya. Semua perbelanjaan mak mertua saya yang tanggung…kemuskilan saya…bolehkan suami saya menolak untuk teman adik perempuannya..sb anak2 saya ada 4org dan semuanya masih kecil dan baby…saya bekerja..dan urusan penjagaan anak2 kami berkongsi setiap hari..berdosakah suami saya jika dia menolak pemohonan ibunya untuk meneman adiknya..
    Bolehkah suami pergi umrah atau haji dengan meninggalkan isteri dan anak2nya yang masih kecil..maksud sy wajibkah dia meneman adiknya..
    Sb saya dah susah ati memikirkan urusan kerja dan penjagaan anak2..kerana sekarang kami berkongsi tugasan menguruskan anak2 yg kecil ini setiap hari untuk ketempat kerja..

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      hukum umrah adalah sunat.
      manakala hukum mengurus anak dan isteri adalah wajib.
      tidak boleh lakukan yg sunat hingga mengabaikan yang wajib.
      maka jika menemani adik ke umrah boleh menjejas kewajiban terhadap anak-anak dan isteri, tidaklah wajib suami awak lakukan tugas itu walau diminta oleh si ibu.
      tapi erplulah diberitahu dgn cara yg baik.
      namun jika persoalan jaga anak dan isteri boleh diurus dgn baik selama suami awak menemani adik ke umrah dalam tempoh 1 – 2 minggu dan awak rela dgn niat utk berkongsi pahala juga, tidaklah mengapa. hal ini memerlukan anda utk membuat pertimbangan baik-buruk secara logik melalui perbincangan dgn semua pihak.

  31. Assalamualaikum..
    Boleh ke sponsor org lain (ibubapa) pergi umah atau haji sedangkan diri sendiri belum pergi kerana belum bersedia?

  32. assalamualikum..
    saya nak tanya ustaz boleh ke saya nak ke umrah memajakkan gelang emas untuk menambah bayaran umrah yg belum cukup.. apakah hukum nya?

  33. Assalamu’alaikum ustadz,

    Suami saya baru meninggal dunia. Saya teringin sekali pergi menunaikan umrah tapi tidak berkesempatan utk pergi bersama almarhum suami saya. Oleh kerana masa menunggu yg terlalu lama utk mengerjakan haji, saya bercadang utk menunaikan umrah dahulu. Bolehkah saya menunaikan umrah selepas iddah saya bersama2 anak2 perempuan saya yg berumur 13 dan 8 tahun? Saya berumur hampir 50 tahun.

    Bolehkah saya mengerjakan umrah utk almarhum suami saya?

    Bagaimanakah cara utk menghajikan almarhum suami saya?

    Terimakasih.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      ya, puan boleh menunaikan umrah setelah iddah tamat.
      persoalannya ialah samada pihak saudi mahu memberi visa kepada puan, jika tiada mahram lelaki bersama puan.
      oleh kerana ini masalah administratif dan bukan hukum, sebaiknya puan bertanya pada pihak agensi mengenai perkara ini kerana mungkin ada kelonggaran bagi wanita yang seusia dengan puan.
      tidak perlu mengumrah utk suami. yang eprlu ialah menghajikan suami puan, jika dia belum menunaikan haji.
      ini boleh dilakukan dengan mengupaha haji badal.
      hubungi pihak agensi yg mengurus haji bagi mendapatkan khidmat haji badal.

  34. assalam ustaz.. sy berniat nak kumpul duit utk pegi umrah kerana kos yg murah dari haji. Dan sy juga masih belum berkemampuan utk pergi haji.. Boleh ke sy pergi umrah dahulu, kemudian baru kumpul duit utk pergi haji? Dlm masa yg sama sy juga ada simpan duit tiap bulan dlm tabung haji.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      saya telah jawab soalan yg sama pada november 12, 2015.
      sila lihat di atas jawapan kepada azwan.

  35. Assalammualaikum ustaz…
    Ustaz… hari-hari saya selalu tidak lari terfikir andaikata kalau saya dapat melihat sndr kota Mekah dan Ka’bah… teringin sangat melakukan ibadah umrah dan haji… tapi saya tau kewangan saya tidak begitu baik…..
    Alhamdulillah.. tidak disangka-sangkakan, suami mengajak saya melakukan ibadah umrah tidak lama lagi… syukur, tak sabar-sabar menunggu hari yang di nanti…
    Segala persiapan 80% sudah saya selesaikan… agen yang akan membawa kami pun sudah kami pilih dan membayar deposit ..
    Visa juga tidak sabar-sabar untuk saya ketahui boleh ke tidak untuk saya ke sana…
    Ye lah… saya pernah terdengar.. ada juga yang betul-betul hendak pergi, berduit tapi bila tiba masanya belum di panggil, belum juga lah rezeki untuk dia….tiba-tiba semuanya tidak jadi… itu semua kuasa Allah swt… saya takut, hari-hari saya terfikir andaikata di penghujung hari yang dinanti rezeki saya tak ada…..
    1 sebab ustaz.. segala perbelanjaan saya ke sana 100% di tanggung suami…
    Sepanjang usia perkahwinan kami kerap begaduh mengenai kewangan, sampai tekeluar ayat-ayat mengungkit ….
    Saya takut ustaz… sebab saya pergi tidak pakai duit saya…. saya takut , kekadang rasa serik bila pakai duit orang…..
    Puas saya cuba bersihkan hati untuk menerima semua ni dengan ikhlas.. tapi kalau benda ni orang lain yang tak ikhlas 1 hari nanti bagaimana dengan ibadah kami?
    Alangkah seronok kalau ibadah umrah akan datang ni menggunakan duit titik peluh saya sendiri…. tapi belum lagi ada ustaz… semua duit suami.. saya pernah lafazkan saya tak nak pergi lagi sebab saya takde duit sendiri.. tapi suami berpesan ini memang niat dia nak pergi bawa isteri… tapi andaikata di ungkit bagaimana… pengajaran bagi saya sebab sudah kerap terjadi dalam rumahtangga kami.. jadi saya terus berhati-hati takut akan jadi perkara di ungkit dan tidak ikhlas….

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      memang lebih baik guna duit sendiri utk berumrah, tapi harus utk pergi umrah dgn perbelanjaan org lain, terutama suami.
      asalnya, kita digalakkan menerima hadiah dari org sebagai penghormatan terhadap org itu dan tanda budi bahasa kita.
      islam juga anjurkan kita berbaik sangka dan bersikap memaafkan org lain, terutama kepada suami sendiri.
      jika awak tolak pemberian suami pun ada risikonya, sebagaiman ajika awak terima.
      terserahlah kpd awak utk buat pertimbangan apa yg terbaik.
      namun pada pendapat saya, eloklah awak terima pemberian itu.
      soal dia nak ungkit, itu urusan dia dgn tuhan.
      awak boleh bagi syarat atau minta suami berjanji dgn cara terbaik bhw pemberian ini tidak seharusnya jadi bahan ungkitan di masa depan.

  36. Salam.
    Suami sy ade daftar nak pergi umrah pd Bulan dpn. Ini semua atas ajakan rakan nya. Suami sy telah pergi kursus serta membeli kelengkapan utk ke sana. Duit deposit telah dibayar. Malangnya selepas itu duit makin tidak mencukupi. Cukup utk kmi anak beranak meneruskan hidup tp tak cukup nak bayar duit utk baki pembayaran ke umrah. Rakan suami sy telah menawarkan utk memberi pinjaman kpd suami sy dan suami sy menerima tawaran itu. Hati sy macam x gembira bila dengar dia akan ke sana. Bahkan bukan menggunakan duit dia sendiri. Tidak mengapa ke ustaz jika dia terus kan hajat utk menunaikan umrah? Berdosakah sy sbb macam tidak redha mendengar dia akan pergi menunaikan umrah?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      berhutang utk tunaikan umrah tidak haram di sisi agama tapi ia juga bukan sesuatu yang disukai agama kerana jika seseorang itu tidak ada wang yang cukup, tidaklah sunat baginya untuk menunaikan umrah.
      bahkan haji yang wajib pun tak perlu ditunaikan dengan berhutang.
      tambahan pula islam tidak menggalakankan berhutang, apa tah lagi bagi mereka yang berpendapatan rendah yg bermasalah utk mencukupkan perbelanjaan hidup seharian kerana hutang itu hanya akan menambah beban dan amanah sahaja.
      sebagai isteri, wajarlah anda memberi nasihat dan pendapat.
      tapi terserah kepada dia utk terima atau tidak.

  37. Assalamualaikum ust..
    Sy nk tanya, blh x kalau saya gunakan duit insurans dan duit simpanan arwah anak tunggal saya untuk menunaikan umrah.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      berkaitan duit insurans, jika awak adalah pihak yang dinamakan sebagai penerima (nominee) wang insurans itu, maka wang itu adalah milik awak sebagai satu pemberian. awak boleh gunakan utk menunaikan umrah. jika awak bukan pihak yang dinamakan sebagai penerima, wang itu dianggap sebagai harta warisan yang perlu dibahagikan kepada waris2 berdasarkan hukum faraid. hanya setelah awak mendapat bahagian warisan, awak boleh guna utk berumrah.

      ada pun simpanan ia adalah harta warisan yg perlu dibahagikan mengikut faraid kepada waris2 yg layak terima. setelah awak dapat bahagian warisan iin, boleh guna untuk berumrah. untuk mengetahui perincian soal pembahagian harta warisan mengikut faraid, sila hubungi mahkamah syariah.

  38. Assalamualaikum ustad, Ada seorang ustad menyatakan bahawa kita wajib menunaikan haji jika berkemampuan untuk pergi, kalau anak-anak kita masih kecil lagi, kita mesti tinggalkan mereka, dan kita diwajibkan mengerjakan haji sebab menunaikan haji itu wajib.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      kalau pun seorang itu dah berkemampuan penuh utk menunaikan haji, dibenarkan dia menangguhkan menunaikan kewajipan ini dan tidak mesti fia tunaikan pada tahun itu juga kerana kewajipan haji dinanajan sbg kewajipan muwassa’ iaitu kewajipan yg mempunyai waktu yg luas. sgl kewajipan yg spt ini boleh ditangguhkan ke waktu yg lebih sesuai.
      cuma perlulah juga beringat2 agar tdk mengambil mudah krn tiada siapa tahu akan ajal kita.
      inilah mazhab kebanyakan ulama dalm hal ini.
      saya jufa berpendapat menangguhkan haj krn keadaan anak yg masih kecil dan tiada yg dpt menjaganya joka ana pergi haji adalah wajar.

  39. Assalamualaikum ustad..1.WAJIBKAH KITA MENGERJAKAN HAJI JIKA ANAK-ANAK KITA MASIH KECIL LAGI,
    2. NABI MUHAMMAD MENGERJAKAN HAJI CUMA SEKALI SAHAJA, TETAPI SEBAB APA KITA TIDAK IKUT NABI ADA YANG PERGI LEBIH DARI TIGA ATAU EMPAT KALI. SAYA PERNAH MENDENGAR USTAD KATA BERILAH PELUANG KEPADA ORANG YANG BELUM MENGERJAKANNYA.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      1. haji tidak wajib ke atas kanak2 kerana dia belum lagi baligh. tidak salah membawa kanak2 menunaikan haji hanya ia bukan kewajipan dan tidak melepaskan dirinya dari kewajipan itu apabila dia mencecah umur dewasa dan berkemampuan.

      2. ya, benar nabi muhammad s.a.w menunaikan haji sekali sahaja sebagai rahmat bagi kita. kalau dia tunaikan banyak kali, ia akan menjadi sunnah yg membebankan. namun, tidak salah menunaikan haji beberapa kali. cuma dalam konteks hari ini yg mana kos haji adalah amat mahal dan terdapat keperluan lain umat islam, seseorang itui perlu membuat pertimbangan yg baik ttg di mana yg lebih baik ia belanjakan wang yang ada – samada menunaikan haji kali ke 2 atau 3 atau menyumbang pada keperluan2 lain agama.

      3. berkaitan memberi peluang pada yg belum menunaikan haji, setahu saya ia mmg satu polisi bagi pigak penguasa dalanm urusan haji utk memberi keutamaan kepada yg belum pernah menunaikan haji dari yg pernah menunaikan haji. sila tanay kepad apihak yg berkuasa.

  40. Assalamualaikum ustad, MINTA MAAF USTAD, SOALAN SAYA, ADA USTAD MENYATAKAN BAHAWA JIKA KITA ADA ANAK-ANAK YANG MASIH KECIL LAGI, KITA MESTI TINGGALKAN MEREKA DI SINI, DAN KITA WAJIB MENGERJAKAN HAJI.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      anda boleh pergi umrah dengan atas tajaan itu kerana tajaan itu adalah hadiah dari pihak lain, bukan wang simpanan anda sendiri.
      namun, elok anda beritahu rakan-rakan yang memberi hutang supaya mereka tidak salah faham.

  41. Assalamualaikum ustaz
    Boleh ke suami saya menunaikan haji padahal ibunya belum pernah menunaikan haji atau umrah.
    Soalan saya adakah wajib suami menghantar ibunya dahulu menunaikan haji ataupun beliau boleh menunaikan haji dahulu.sebelum ibunya.
    Sekian terima kasih

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      jika suami awak berkemampuan, dia boleh menunaikan haji walau pun ibunya belum pernah melakukan haji atau umrah.
      haji adalah kewajiban individu.
      mana individu yang berkemampuan, dia lah yang wajib pergi.
      siapa yang tak mampu, tak wajib pergi dan tak wajib orang lain membantu dia utk pergi.
      berdasarkan prinsip-prinsip ini, jika si ibu mmg tiada wang atau kemampuan utk pergi haji, tidaklah wajib bagi dia menunaikannya.
      tidak wjiab pula bagi anak2 utk membelanjakan harta peribadi mereka utk menghajikan si ibu.
      ia hanya satu anjuran (sunat, bukan wajib) sahaja atas dasar ihsan dan sedekah – sebagai bakti kepada ibu yg telah banyak berjasa.
      jika si anak mempunyai kemampuan pula dan kemampuan itu hanya memadai utk salah seorang sahaja, sepatutnya dia menggunakan wang itu utk dia menunaikan kewajiban ke atas dirinya dahulu sebelum membantu si ibu utk menunaikan kewajiban haji kerana menunaikan haji bagi dirinya adalah wajib, sedangkan membantu ibunya hanyalah sunat sahaja.
      si ibu atau ahli keluarga tidak seharusnya berkecil hati dalam hal ini.
      namun tidaklah salah juga jika dia mahu utamakan ibunya dari dirinya.
      ia adalah kebiasaan masyarakat kita di sini.
      moga kebaikan dia menafkahkan simpanannya utk si ibu menunaikan haji diganti oleh allah pula dgn harta lain hingga dia berkemampuan lagi utk menunaikan haji.

  42. Assalamualaikum. saya ada kemuskilan. semasa menunaikan haji semasa berada di muzdalifah saya pergi mandi ditandas. masalahnya semasa mandi tu saya tidak ingat ada memakai kain pelekat yang tidak berjait atau bogel. kalau bogel adakah saya dikenakan dam. sekiranya dikenakan bagaimana saya hendak membayarnya setelah selesai haji kini berada ditanah air. Satu soalah lagi sahkah haji saya

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      jawapan dari teman ustaz yg lebih arif dalam sekok belok haji

      “Mandi ketika ihram adalah perkara yang harus. Cuma perlu berhati-hati agar tidak menggunakan bahan-bahan yang berbau wangi seperti sabun dan shampoo kerana ia termasuk dalam pantang larang ihram.
      Mandi dalam keadaan memakai kain pelekat yang tidak berjahit atau tidak berpakaian langsung juga harus ketika dalam ihram selagi mana dia mandi di dalam tandas yang tertutup.
      Dam tidak dikenakan ke atas mereka yang mandi dalam keadaan tidak berpakaian ketika ihram kerana ia bukan termasuk di dalam senarai pantang larang ihram.
      insyaAllah haji yang dilakukan sah.”

  43. Assalamualaikum ustaz
    Bolehkah saya membantu ibu saya menabung utk tabung haji ibu bagi haji, sedangkan saya sendiri belum lagi menunaikn haji. Apakah hukumnya? Makna disini setiap bulan saya buat tabungan utk ibu saya

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      tiada masalah selama mana anda melakukannya secara sukarela (bukan dipaksa).
      hukumnya sama seperti bersedekah atau memberi hadiah kepada keluarga terdekat.
      moga allah membalas kebaikan anda kepada ibu dgn balasan yg terbaik.

  44. Salamah binti Hj Mohd Dom

    Assalam Ust..
    Saya menyediakn dana bgi saya dan suami menunaikan umrah bersama..namun suami saya menolak dgn alasan bahwa dia byk hutang ..sy merasa kecewa wlupun dia izinkn sy tunaikn umrah sendirian..bgaimana sy nk mengatasi nye krn amat sedih..sy berdoa agar suami mengubah fikiran..namun sy semakin stress & sedih..sdgkn masa utk tamat tempoh pendaftaran semakin hampir…dan sy dh pun daftar..mohon ust berikan pandangan.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      saya berpendapat tidak perlu utk puan rasa kecewa kerana
      1. umrah ni satu perkara yg sunat dan hanya bagi yg berkemampuan
      2. suami awak tiada duit sendiri. mak ahukumnya di sisi agama dia tidak mampu dan tiada anjuran utknya melakukannya.
      3. walau pun anda ingin membelanja dia berumrah, tapi tidak wajib utk dia menerimanya. apa yg tidak wajib di sisi agama, tidak boleh dipaksa.
      4. adalah lebih baik guna wang utk belanja dia berumrah bagi melunaskan hutang. itu lebih afdal dan besar pahalanya.
      5. dia telah pun benarkan awak utk berumrah, ertinya dia tidak memaksa awak tidak berumrah hanya kerana dia tidak mampu melakukannya. maka pergi sahajalah, atas dasar setiap seorang ada rezki masing2

  45. Assalamualikum Ustad, umur saya lebih kurang 60 tahun, masih belum lagi mengerjakan haji. Soalan saya ustad, semenjak saya bekerja tidak ada simpanan duit, sebelum saya kahwin atau pun selepas kahwin, sebab saya bekerja sebagai pembantu am (office boy), Tahun 90’an, saya telah membuka akaun Tabung Haji, dan memotong bulanan gaji saya sebanyak RM 50.00. Tetapi malangnya duit simpanan itu habis saya gunanya. Selepas saya kahwin (isteri saya tidak bekerja), dan mempunyai seorang anak masalah yang sama seperti di atas. Untuk pengetahuan ustad, saya difahamkan bahawa kalau kita dah membuka akaun Tabung Haji secara langsungnya kita dikira telah daftar untuk menunaikan haji, tetapi saya telah diberitau oleh rakan bahawa saya mesti mendaftar dengan bayaran RM 1,300.00. baru kita dilayak mendapat tempat untuk menunakan haji. Tetapi malangnya saya tidak mempunyai wang sebanyak itu.
    Pada tahun 2011, saya telah bersara wajib, dan mendapat duit ganjaran dan terus saya simpan wang saya dan terus mendaftar. Saya diberitahu pada tahun 2040 baru saya dapat mengerjakan haji.

    Masalah saya ustad, keluarga saya, adik beradik saya kawan-kawan berulang kali tanya kepada saya sebab apa saya tidak menunaikan haji, saya memberitahu alasan-alasan seperti di atas, tetapi mereka masih tidak percaya. Mereka mengatakan saya telah membuat dosa yang besar, sebab saya wajib mengerjakannya. Dan mereka berpakat untuk mengutip wang dan menyruruh saya mengerjakan haji. Tetapi saya menolak dan memberi alasan lebih baik memberi sedekah kepada orang miskin. Kalau boleh ustad bagitau kepada saya apa yang perlu saya buat, adakah dosa kepada saya. Maaf banyak-banyak terlalu panjang

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      haji adalah kewajiban antara awak dengan tuhan, bukan antara awak dengan manusia lain.
      tuhan tetapkan hanya yg mampu sahaja yg wajib pergi haji.
      jika awak tiada simpanan yg memadai, ertinya tiada kewajipan bagi awak.
      mmg nak capai kemampuan pergi haji perlu simpan duit.
      tapi ulama tak kata wajib simpan duit semata-mata nak tunaikan haji.
      maka tidaklah berdosa jika simpanan awak dahulu di tabung haji diguna utk perluan hidup yg bukan haram sebelum ia mencapai tahap kemampuan utk pergi haji.
      berbeza jika ia sudah sampai tahap kemampuan utk pergi haji kemudian awak dengan sengaja pula membelanjakannya dengan niat utk melengah-lengahkan menunaikan kewajipan haji tanpa alasan yg munasabah.
      setiap seorang ditakdirkan oleh tuhan dgn kadar rezki masing-masing.
      jika rezki kita tak mencukupkan kita utk tunaikan haji, tidaklah mengapa dan tidak wajib pun ke atas kita.
      status kita tak hina di mata tuhan hanya kerana kita belum tunaikan haji, selama mana tiada kemampuan atau berkemampuan kewangan tapi ada halangan2 yg diakui agama.
      oleh itu, kita tak perlu nak berkecil hati belum ada rezki utk tunaikan haji.
      org lain pula tak perlu nak menghukum kita atas ketidakmampuan kita.
      apa yg awak perlu buat ialah terus menabung di tabung haji, jika ada wang hingga mencapai jumlah yg mencukupi dan nombor awak dipanggil oleh pihak tabung haji.

      1. Assalamualikum ustad, saya berbanyak-banyak ribuan terima kasih kerana memberi jawapan yang terbaik dan saya faham sepenuhnya jawapan ustad untuk kebaikan saya.

        Terima kasih.

  46. Mohd Sulaiman ismail

    Assalamualaikom ustaz,

    Saya sangat teringin nak menunaikan haji atau umrah..Tapi saya miskin dan duit cukup cukup untuk keperluan harian..Kalau saya daftar kursus mengerjakan haji atau umrah,tapi tak pergi.. adakah berdosa?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      kalo tak ada duit, takde tuntutan utk pergi haji atau umrah.
      takde masalah utk hadiri kursus haji atau umrah walau pun tak pergi kerana ia termasuk dalam menuntut ilmu fardhu ain yang diwajibkan.
      islam tak kata belajar pasal haji dan umrah hanya kalau nak pergi haji. atau siapa yg pergi belajar ttg jaji dan umrah wajib pergi haji keran akalau tak = tak amalkan ilmu = berdosa.
      syarat pegri haji bukan hanya ada ilmu, tapi juga mampu dari segi kewangan dan lain2.

  47. Mencari hikmah

    Assalam ustaz.. saya nak tnya apa hukum pengarah syarikat (owner syarikat) menggunakan duit syarikatnya menunaikn umrah. Wlupun syarikat masih byk hutg pd supplier lain dan juga kritikal untuk gaji… harap ustaz boleh jwb

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      hukumnya bergantung pada samada, 1) penggunaan wang itu sesuai dengan hak beliau sebagai pengarah sebagaimana yang tercatat dalam kontrak atau dokumen rasmi syarikat yang mengatur soal hal dan perbelanjaan bagi pengarah, dan 2) penggunaannya sesuai dgn prosedur2 syarikat yg telah ditetapkan i.e ia telah melalui proses kelulusan yg telah ditetapkan.
      samada perbelanjana itu dianggap berhemah atau bijak dari segi kewangan dan keadaan ekonomi syarikat adalah isu yang lain.
      apa yg boleh dianggap sebagai kurang berhemah bukan bermakna salah di sisi undang2 atau agama.
      dari sudut hemah dan keutamaan, pada dasarnya, umrah adalah sunat dan menunaikan hak pekerja adalah wajib, maka sewajarnya diutamakan kewajipan dari yang sunat.

  48. Fakhrul razi zakri

    Assalam ustaz. Saya teringin nak ke makkah madinah ni. Duit simpanan saya ada sekarang inshaAllah cukup untuk buat umrah je. Soalannya, saya patut kumpul duit untuk buat haji atau saya patut pergi buat umrah je dulu. Umur saya 22 tapi kalau daftar haji nanti tak tau berapa puluh tahun kena tunggu giliran untuk ke sana. Mohon penjelasan ustaz.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      tidak ada masalah apa2 di sisi agama utk awak gunakan wang simpanan itu utk berumrah dahulu, walaupun ia akan mengurangkan simpanan awak utk menunaikan kewajipan haji kerana menyimpan duit utk pergi haji bukan satu kewajiban, walau pun ia satu keperluan bagi mememnuhi syarat kemampuan.
      tambahan pula, biasanya giliran tuk menunaikan haji ambhil masa yg lama = boleh simpan semula duit.
      jika seseorang sudah memenuhi wang simpanan yg cukup tapi giliran pegri haji belum tiba, tidak juga amsalah utk dia belanjakan duit tu dahulu utk perkara lain.

  49. Assalammualaikum,
    Saya akan menerima simpanan EPF pada tahun ini dalam jumlah +- 100ribu. Dengan duit itu saya berniat untuk membawa emak saya menunaikan umrah yang juga hasratnya sejak beberapa tahun lalu. Sebagai makluman, emak saya telah menunaikan Haji tahun 1999. Kemusykilan saya,
    1. Bolehkah saya menunaikan umrah dengan emak tanpa ditemani suami? (Suami mengizinkan tetapi belum bersedia dan tidak mampu dari segi kewangan)
    2. Saya terniat juga untuk membelanja suami mengerjakan Umrah kerana maklum dengan kemampuan kewangan yang terbatas tetapi berasa was-was kerana latar belakang sosialnya (takut beliau tidak berubah kearah lebih baik). Apakah hukumnya saya berfikiran seperti ini? Tolong nasihatkan saya yang cetek ilmu agama ini.
    Terima kasih Ustaz.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      1. di sisi agama boleh pergi umrah tanpa suami, jika dia izinkan. yg menjadi isu ialah samada awak boleh dapat visa jika tiada mahram lelaki. hal ini perlu awak rujuk kepada pihak agensi yg mengurus umrah di negara awak. umumnya, wanita pada usia tertentu boleh mendapatkan visaumrah tanpa mahram lelaki. berapakan usi itu, sebaiknya dirujuk kpd agensi.

      2. niat dan perbuatan itu terpuji di sisi agama. ia memberi pahala yg besar. soalan samada suami berubah atau tidak itu soal dia dgn tuhan. jika ia tidak berubah, insyaallah, ia tidak sedikit pun mengurangkan pahala bagi awak.

  50. Asslamualaikum Ustaz Ketika saya melakukanUmrah ada satu waktu saya menjadi keliru dan menjadi was-was dengan bilangan tawaf saya. Keluarga saya mengatakan pusingan tersebut masuk pusingan ke 7 dan saya pula berfikir masuk ke 6. Saya terus terfikir-fikir. Tetapi memandangkan keluarga mengatakan begitu saya akhirnya mengikut saja dan menyelesaikan kerja umrah hingga bertahallul kerana pada saya tak mungkin mereka yang silap. Namun begitu selepas bertahallul ada masanya saya terfikir juga tentang perkara itu.Pertanyaan saya

    1- Sahkan tawaf saya kerana perkara itu baru mengganggu saya sekarang (selepas dua tahun) sedangkan selepas kembalinya ke Malaysia saya tak lagi memikirkan perkara tu.

    2. Apakah berfikir-fikir tentang jumlah tawaf saya tu dikira lari dari niat tawaf kita.

    Harap dapat penjelasan dari Ustaz. Terima kasih.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      1. insyaallah, sah. jika awak2 ragu, mmglah patut ikut pendapat mereka yg yakin dan lebih ramai. hakikatnya sudah 2 tahun awak masih lagi terus terpikir dan rungsing adalah indikasi ttg was2 dalam diri. oleh itu, mmg patut ikut pendapat org lain dan perlu awak tangani sikpa awak itu atau ia akan menjadi melarat.

      2. tidak. hentikanlah dari terus berfikir perkara lalu yg tak boleh awak ubah. amal manusia mmg takde yg sempurna. tu sebab kita dianjurkan utk teru sberamal agar ia dapat menutup kekurangan yg lalu, bukan terus-terusan membebankan fikiran dgn masa lalu. move onlah dgn hidup awak.

  51. Assalamualaikum ustaz , saya inginkan penjelasan . apakah yang dimaksudkan berkemampuan ? sy mempunyai 12 orang adik beradik , sy pernah membincangkan kepada salah seorang dari mereka niat sy ingin mengumpulkan wang seorang sedikit untuk menghantar ibu saya mengerjakan umrah . tapi jawapan yang sy dapat ialah : 1) kalau belum sampai seru , duit sejuta pun belum tentu dpt pergi 2: seeloknye duit sendiri kalau mampu 3: kita belum tentu beri yang terbaik .. ustaz , ibu sy berumur 62 tahun , tiada epf . adakah dia mampu mengumpul wang untuk umrah diusia lewat begini ? adakah kami 12 beradik tidak boleh mengeluarkan wang untuknye mengerjakan umrah ? SY MEMOHON PENJELASAN USTAZ untuk kata2 adik beradik saya .. Sy cuba jadi anak yang terbaik , apa harus sy lakukan ustaz 🙁

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      1. umrah tidak wajib di sisi kebanyakan ulama, walaupun jika seseorang itu ada duit melakukannya.

      2. jika ibu awak tiada duit sendiri utk lakukan umrah, maka tidaklah timbul soal keperluan bg dia melakukannya dan tak perlu pula rasa terkilan kerana tidak dapat melakukannya berbanding org lain. setiap org ada rezki masing2. kedudukan seseorg juga tidak diniali oleh tuhan hy atas dasar dia pernah berumrah atau tidak.

      3. tidak juga wajib bg anak2 utk membelanjakan wang mereka bg mengumrahkan si ibu. namun jika mrk nak melakukannya, boleh dan dikira sedekah bagi si ibu.

      4. oleh kerana umrah tidak wajib bagi si ibu dan tidak wjaib pula bg anak2 utk belanjakan duit bg si ibu, perlulah dinilai kegunaan wang yg hendak disimpan itu dgn baik. jika ada perkara2 yg lebih penting dan wajib i.e pendidiakn anak2, nafkah ahli keluarga, maka sepatutnya perkara2 ini didahulukan. ertinya jgn sampai niat nak kumpul duit bg umrahkan ibu menyebabkan keperluan2 lain yg lebih penting terabai.

  52. As salam ustaz,
    saya seorg wanita yg saya rasa terlalu banyak buat dosa sebelum ini.. dosa besar, solat tak pernah cukup sehari 5x. puasa buat, tapi yang tinggal tak pernah berganti. pendek cerita baru-baru ini bapa mertua offer saya dan suami utk menunaikan umrah. tambang dia sponsor, belanja kami sendiri. betapa terkedunya saya saat itu. bila fikir saya banyak salah silap sebelum ni. persoalannya, layakkah kaki saya ini menjejaki rumah Allah itu ustaz.?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      sepatutnya awak jadi ini sebagai peluang dan undangan tuhan utk bertaubat dan pulang ke pangkuannya.
      andaian bahawa dosa awak menjadikan awak tak layak utk ke rumah allah hanyalah bisikan syaitan sahaja.
      di zaman nabi, org kafir yg baru masuk islam menunaikan haji dan umrah tanpa dilarang oleh nabi kerana dosa2 silamnya belum dibersihkan dulu.

  53. Assalamualaikum ustaz,

    saya sangat berniat untuk pergi menunaikan umrah bersama ibu bapa dan suami serta anak2. masalahnya sekarang saya terikat dgn masalah kene tipu/dianiaya dgn agent2/pengelola emas yg membuatkan saya kerugiaan beratus2 ribu ringgit dan sedara saya ada juga masuk program itu melalui saya, walaupun mereka juga tau saya tidak mengambil walau satu sen pun dr duit program yg kene tipu itu, tp sekarang mereka menyalahkan saya dan meminta saya mengantikan duit mereka itu. sebb saya menjadi mangsa org tgh/perantaraan mereka untuk msuk program itu.
    1, soalan saya, wajarkah saya menganti kan duit mereka itu walaupun saya tidak berhutang dgn mereka semata2 untuk menutup mulut yg sering menfitnah saya mengambil duit mereka sblm saya menunaikan umrah.
    2. ada sebilangan sedara mara telah saya ganti dgn duit hasil titk peluh saya sendiri tanpa saya redho duit itu dan disebbkan itu mereka yg masih tidak dpt duit itu menuntut duit mereka dari saya. harap ustaz dpt membantu menghilangkan kekusutan saya ini.
    terima ksih ustaz.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      1. ada melabur, mmglah ada untung rugi. kalo tak, jangan emlabur. jika mmg awak tidak bersalah dan tiada kewajiban di sisi undang2 utk memulangkan duit yg hangus, tidak salah di sisi agama utk awak lakukannya. tak kiralah apa org nak kata = tak mengapa juga utk teruskan iat berumrah. tapi jika awak mahu kembalikan atas dasar ihsan, tidak mengapa dan dapat pahala, walu pun jika menjejaskan niat utk pergi umrah.

      2. apa yg dah diganti, itu dikira ihsan dan sedekah. tak wajib ganti semua. ia bergantng pada budi biacaa awak sendiri. tapi kalo nak ganti, biar lah rela dan ikhlas, kalu tak ditakuti tiada pahala di sisi tuhan.

  54. Assalam ustaz…

    saya yanie dan berniat untuk menunaikan umrah dan sedang berusaha menabung. Ustaz saya tidak lancar membaca al-quran…boleh ke saya menunaikn umrah dan doa2 dibaca rumi…selain itu, saya juga sedang berusaha mengambil kelas untuk mengaji al-quran.

    terima kasih ustaz.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      bukan syarat umrah perlu tahu membaca quran dgn lancar dan tidak pelru tunggu hingga pandai baca quran utk tunaikan umtah.
      ibadah umrah tidak memerlukan seseorang utk membaca quran.
      memadai utk anda membaca zikir dan doa.
      mana2 zikir yang anda tahu dalam bahasa arab, lakukan dalam bahasa arab.
      manakala doa pula boleh dilakukan dalam bahasa melayu sahaja.

  55. Salam,

    Insyallah, kami suamai-isteri akan menunaikan umrah beberapa minggu lagi.
    Soalan saya, apakah hukumnya jika mengambil pendirian tidak mahu memberitahu sesiapa kecuali ibubapa sahaja akan hari keberangkatan? Kami bukannya hendak pergi holiday. Kami benar-benar mahu fokus untuk beribadah.

    Namun, kini, seluruh ahli keluarga baik yang dekat dan jauh telah tahu juga, menerusi ibu bapa kami. Mereka menyuarakan keinginan untuk menghantar ke airport beramai-ramai. Kami merasa amat kurang selesa. Bagaimana caranya untuk beritahu mereka tanpa menyinggung perasaan sesiapa?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      bukan satu kemestian memberitahu ahli keluarga sebelum menunaikan umrah.
      ia 100% terpulang pada budibicara anda.
      bagaimana nak lakukannya, bukanlah soal hukum yang dapat saya beri nasihat yang pasti.
      fikrikan lah atas pertimbangan mana yang lebih banyak kebaikan dari keburukan.

  56. Assalamualaikum Ustaz, abg sy akan mengerjakan umrah berapa hari lagi. Ibu ada blg sy yg kwn kpd isteri abg ingin mengajaknya pergi berlibur di seberang. Abg mintak pendpt ibu kami dan ibu ckp spt tak sopan kalau suami sdg mengerjakan umrah tp isteri pergi ke seberang tujuan utk suka2 je. Sy nak mntak pendpt wajar tak kalau suami sdg mengerjakan umrah tp isteri pergi ke seberang bersama kwn2 hnya utk bersiar2 tanpa suami di sisi.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      boleh atau tak boleh si isteri nak berjalan2 bersama kawan2 dia semasa si suami berumrah adalah terserah mutlak pada persetujuan suami. jika si suami tidak ada masalah apa2 dan izinkan = takde masalah di sisi agama.
      apa yang dinyatakan oleh si ibu hanyalah soal persepsi dan adat masyarakat semata-mata.
      dalam keadana tertentu, adalah munasabah bagi isteri berjalan2 pada ketika ketiadaan si suami kerana ia meringankan beban emosinya asal sahaja perjalana itu dilakukan dgn cara menepati syarak.

  57. Assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanya bolehkah sekiranya kami adik beradik berkongsi duit untuk melakukan badal haji arwah nenek.Terima kasih.

  58. Muhammad Haniff Hassan

    salam

    nasihat saya ialah awak laporkan kes dia ke mahkamah utk menuntut hak nafkah bagi awak dan anak-anak.
    jika awak tahu bahawa perkahwinan dia yang lain itu tidak dilakukan formal dan sah, adukan sekali.

Komentar ditutup.

Scroll to Top