Kemusykilan Agama – Bernikah di 2 negara

(Nota: Diperik dari ruang Ask_Ustaz di rantauan.com)

Assalamu’alaikum Ustaz,

1) Jika sepasang mempelai dinikahkan di sesebuah negara (umpamanya, Malaysia) dan kemudian kerana sebab-sebab pentadbiran mesti dinikahkan sekali lagi di negeri pasangan (umpamanya, Amerika) – apakah hukumnya?

Kedua-dua upacara ini tidak berdekatan dan dilakukan dalam jurang masa beberapa tahun.

2) Jika bukan kerana sebab-sebab pentadbiran atau ‘legal’ reasons, adakah hukumnya berlainan?

—————————

Jawaban

Assalamualaikum

1) Tak de kesalahan apa-apa. Bahkan sebaiknya dilakukan sedemikian jika ia satu keperluan undang-undang kerana dengan me”legal”kan pernikahan dinegara berkenaan memberi banyak faedah antaranya hak setiap suami isteri terpelihara oleh undang-undang negeri e.g warisan jika berlaku kematian, pembahagian aset jika bercerai.

2) Tak pasti kenapa orang dah nikah, nak nikah lagi.. err mungkin nak renew nikah, macam orang zaman sekarang ni Smile

Saya rasa untuk reaffirm tali perkahwinan, banyak cara boleh buat. Tapi kalau nak buat macam mana orang sekarang buat, atuk dan nenek nikah perbaharui nikah, terserahlah. Cuma niat kena betul.