Kemusykilan Agama – Berus cat dari bulu khinzir.

(Nota: Dipetik dan diubahsuai dari ruang Ask_Ustaz di rantauan.com)

Soalan

Assalamualaikum Ustaz,

Apabila datangnya hari raya biasanya ramai orang pun sibuk mengecat rumah. Tapi ada orang yang tak tahu berus cat yg dipakai tu diperbuat dari bulu (hog). Setelah cat kering cat di pintu atau dinding, najis tak kalau kita pegang cat yg dah kering tu. Atau kita kena sertu.

Terima kasih

———————————–

Jawaban

Salam

Hukum bagi soalan yang ditanyakan sememangnya diperselisihkan oleh para ulama. Umumnya para ulama di rantau ini yang condong kepada mazhab Syafi’ii akan melarang penggunaan berus cat dari bulu khinzir kerana sifatnya yang najis yang pastinya akan menajiskan cat yang digunakan.

Namun, saya condong pada pandangan yang sebaliknya iaitu membolehkan penggunaan berus dari bulu khinzir dan tidak perlu untuk menyertu benda yang terkena olehnya.

Lihat jawaban di http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503547980

Terserahlah kepada saudara untuk berpegang pada pandangan yang mana.

Wassalam