Soalan
Assalamualaikum
Berikut adalah nasihat saya
- Amalkanlah membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas 3x pada setiap lepas solat subuh, lepas solat asar dan sebelum tidur. Ini bertujuan untuk melemahkan setan yang menimbulkan was-was dalam diri dan memberi kekuatan kepada anda.
- Apa yang awak katakan adalah betul, lebih baik solat “kurang sempurna dari tidak solat langsung” dalam kes awak ni, jangan pedulikan sama sekali terhadap was-was tu. Sentiasalah menyalahi (contradict) was-was awak. Tidak mengapa kalau hakikatnya, apa yg awak was-was kan itu betul kerana awak sekarang sedang berada di peringkat hendak melawan sesuatu “penyakit”, bukan sengaja mahu mencuaikan ibadah. Insyallah, Allah akan mengampuni, jika judgment awak salah. Hanya dengan menyalahi was-was awak tu, awak dapat buang tabiat jahat berkenaan dan mengembalikan keyakinan diri.
- Masalah awak ni bukan hanya masalah agama dan gangguan setan tetapi juga masalah psikologi. Oleh itu, dapatkanlah juga khidmat kaunseling dan terapi psikologi. Hubungilah pihak yang pakar dalam persoalan ini untuk mendapatkan kaunseling dan terapi psikologi secara bersemuka.
- Cuna baca buku Talbis Iblis, lihat di http://kitaabun.com/shopping3/product_info.php?products_id=1499 Cuba lihat di Wardah Book Store di Bussorah Street atau tanya versi bahasa melayu di kedai buku Islam melayu, di Masjid Kassim atau kedai buku di Bukit Batok dekat Restoran Aliff, berdekatan Bukit Gombak MRT.
- Awak perlu mempelajari agama di masjid-masjid atau badan-badan rasmi secara sistematik dan berterusan. Oleh itu, carilah kelas agama yang membolehkan awak memahami selok belok hukum beribadat agar tidak mudah di was-waskan, lebih yakin dalam beribadat dan tahu bagaimana nak mengatasi was-was, melalui fiqh.
Semoga Allah taala membantu dan memudahkan hidup awak dan memberi ganjaran atas kesabaran terhadap ujian ini.
Wallahu A`alam