Kemusykilan Agama – Fermentasi makanan, halal?

(Nota: Dipetik dari dari ruang Ask_Ustaz di rantauan.com)

Soalan

Salam

Bilakah fermentasi dalam makanan menyebabkan ia menjadi haram?? Banyak makanan yang kita makan seharian terhasil dari proses fermentasi seperti tapai dan tempe.

Terima kasih

—————————–
Jawaban

Salam

Pada pendapat saya, apa makanan yang mengandungi alkohol disebabkan natural fermentation tidak menjadi haram selama mana kandungan alkohol tu tidak sampai kepada tahap yang pada adat kebiasaan average people memabukkan bila dimakan/minum.

Kalau kerana ada alkohol sahaja, menyebabkan haram, pastinya, banyaklah benda yang tidak boleh makan. Contohnya gula pasir yang sememangnya mengandungi alkohol.

Ada sesiapa mabuk kerana makan roti banyak-banyak kerana ia dibuat menggunakan bahan yang terhasil dari fermentasi (ragi/yeast)?? (ha..ha..ha). Sebab itu makan roti tidak haram.

Adakah umumnya orang menjadi mabuk kerana makan tapai ubi?? Jika jawabnya tidak, maka tidak haram. Tapi kalau ada individu tertentu yang makan sikit pun mabuk, maka haramlah ke atas dia tapai ubi.

Kalau mahukan maklumat yang lebih tepat lagi, bertanyalah kepada food technologist mengenai standard kadar dan jenis alkohol yang mengikut industri pemakanan boleh dikategorikan sebagai boleh memabukkan atau alcoholic.

Salam