Kemusykilan Agama – IVF bagi wanita belum berkahwin

(Dipetik dari ruangan Ask_Ustaz di rantauan.com)

Soalan

Salam Ustaz

Moga dalam keadaan sihat walafiat.

Apakah pandangan agama terhadap IVF bagi wanita yg belum berkahwin?

Pandangan ustaz amat dihargai.terima kasih.

salam…

———————————–
Jawaban

Salam

Hukumnya adalah haram. IVF hanya boleh dilakukan dengan menggunakan mani dan telur pasangan lelaki dan wanita yang telah berkahwin secara sah, apabila doktor pakar mengesahkan mereka sukar mendapat anak melalui cara biasa.

Mengenai IVF, sila rujuk
http://en.wikipedia.org/wiki/IVF
http://www.ivf.net/ivf/in_vitro_fertilization-o3870.html
 

Wallahu A`alam