(Dipetik dari ruang Ask_Ustaz di rantauan.com)
Soalan
Salam ust…
Saya ada kawan yang payah nak terima teguran. Apabila ditegur sahaja dia mesti lari. baru-baru ini, dia didapati mengalami barah paru-paru. Doktor kata jangka hayat dia cuma 3 tahun sahaja. Namun, dia tetap dengan cara sedemikian. Kalau boleh saya hendak sangat melihat dia berubah.
————–
Jawaban
salam
1. sesuatu kesalahan bukan semestinya diubah dengan teguran. gunakanlah pelbagai cara i.e. gurauan, bahan bacaan, filem yang sesuai. yang penting, ia dilakukan dengan cara yang hikmah i.e tidak memalukan dan menyakitkan perasaan. jangan lupa juga doakan untuk dia. nabi sering mendoakan orang yang dia mahukan hidayah.
2. jika kita sudah usahakan pelbagai cara yang terbaik, tapi dia tidak berubah. tidak usah putus asa atau terkilan. kita hanya disuruh untuk menyampaikan. hidayah itu di tangan tuhan. usaha kita walau tidak berjaya tetap dapat pahala.
3. kadangkala, kita bukan org yg terbaik untuk menangani masalah individu tertentu. oleh itu, cari orang yang sesuai atau tunjukkan dia orang yang sesuai selain kita.
4. adakalanya, nabi ubah seseorang dengan tidak menegur kesalahan dia. tapi dengan anjurkan kepada dia untuk banyakkan ibadah. dengan banyak ibadah, hati seseorang jadi lebih lembut = mudah berubah. oleh itu, kadangkala mengubah seseorg itu bukan dengan banyak nasihat atau berleter, tapi anjurkan dia berzikir, solat dll.