Kemusykilan Agama – Memancing ikan sebagia hobi atau sukan

(Nota: Dipetik dari ruang Ask_Ustaz di rantauan.com)

Soalan

Assalamu’alaikum wrwb Ustaz.

Kebelakangan ini, banyak kolam memancing yang dibuka kepada orang ramai di Singapura yang gemar memancing. Saya dan keluarga tidak ketinggalan turut serta dalam “trend” memancing sebagai salah satu kegiatan keluarga.

Bolehkah Ustaz berikan pandangan tentang kegiatan memancing dari sudut agama Islam? Adakah ia serupa dengan kegiatan memburu yang dilakukan sebagai hobi? Adakah memancing untuk ‘suka-suka’ sahaja dibenarkan atau ianya tidak dibenarkan kerana ia satu penyiksaan bagi ikan-ikan ini?

Saya harap Ustaz tidak keberatan menjawab kemusykilan ini.

Terima kasih, Ustaz.

Wassalam.

—————————–

Jawaban

Salam

Hukum memancing sebagai satu sumber pencarian seperti para nelayan adalah dianjurkan di sisi agama kerana mencari rezeki adalah sesuatu yang dipuji.

Hukumnya sebagai satu hobi atau sukan hanyalah harus sahaja, tapi jika dilakukan sebagai satu aktiviti untuk membina hubungan keluarga ia adalah sesuatu yang dipuji juga.

Allah memang mencipta ikan untuk dinikmati oleh manusia. Hakikat ini telah dinyatakan dalam Al-Quran (An-Nahl:14) dan memancing memang satu kaedah yang sudah diterimapakai bagi menangkap ikan untuk dinikmati.

Hanya satu sahaja masalah, jauhilah aktiviti memancing yang menggunakan mata kail yang apabila ikan ditangkap, ia dilepaskan semula untuk dipancing lagi kerana ia seperti menyiksa binatang itu. Kalau ditangkap, lalu dilepaskan untuk bebas ke laut atau sungai, tidak mengapa.

Kalau tidak mahu makan ikan itu kerana tidak sampai hati, berikanlah kepada jiran atau sesiapa sebagai sedekah = insyaallah dapat pahala.

Kalau memancing, tapi tidak mahu makan ikan dan tidak mahu beri pada sesiapa, hanya untuk suka-suka sahaja, baiklah cari hobi lain :)

Selain itu janganlah kegiatan memancing sehingga melalaikan akan kewajiban dan menjadi kemaruk (obsession), sehingga lebih banyak masa dan wang yang dibelanjakan untuk hobi ini dari sesuatu yang lebih utama bagi keluarga.

Lihat jawaban seumpama di
http://www.eramuslim.com/ustadz-menjawab/hukum-mancing-ikan.htm
http://www.ustsarwat.com/search.php?id=1139206938
http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/p=190775.html

Hukum membeli tiket untuk memancing
http://www.harianbangsa.com/index.php?option=com_content&view=article&id=388:hukum-membeli-karcis-memancing-ikan-&catid=31:islam-sehari-hari&Itemid=60

Salam
haniff