(Nota: Dipetik dari ruang Ask_Ustaz di rantauan.com)
Soalan
Assalamu’alaikum Ustaz,
Apa kah hukumnya jika ada sesaorang tu yang membaca wajah seseorang saperti mana membaca garisan tapak tangan. Adakah ini boleh dicategorikan ‘menelek’ dantermasuk dalam syirik?
————————————
Jawaban
Assalamualaikum
Membaca wajah dan tanda-tanda pada tubuh ialah satu kemahiran yang sememangnya ada dan ilmu yang kadangkala dianugerah oleh Allah taala kepada hamba yang Dia kehendaki tetapi ilmu ini tidak boleh digunakan untuk menentukan nasib seseorang atau masa depan kerana tiada yang dapat tahu akan qadha dan qadr dan masa depan kecuali Allah sahaja. Yang seperti ini termasuk dalam menilik yang dilarang.
Adapun menggunakannya untuk tujuan seperti mengenal peribadi seseorang atau keturunan adalah harus. Itu pun harus diterima sebagai indicative sahaja bukan absolute truth.
Wallahu A`alam
Assalamualaikum ustaz..
saya tak tau lah kalau soalan saya ni ade kena mengena dengan blog ni ke tidak, tapi ustaz mesti boleh tolong jawabkan.betul tak?ok lah ni soalan saya, saya ada tengok banyak orang-orang bukan islam ni terutamanya penganut agama christian ni,terlalu banyak sangat cakap benda-benda yang tak pernah berlaku dalam sejarah islam.macam apa yang saya baru tau hari(6/2/2010) ini orang christian ini cakap yang Nabi Luth A.S sanggup menggadaikan maruah anak-anaknya bagi melindungi 2 para malaikat yang turun ke dunia untuk menemui Nabi Luth ni…saya tau benda ni memang tak betul langsung…jadi soalan saya, macam mana saya nak lawan apa yang mereka cakapkan ni atau macam mana saya nak nasihatkan mereka ni??saya kena dapatkan jawapan secepat mungkin sebab api kemarahan saya tengah menggelegak ni…
Assalmualaikum ustaz..
saya nak tanye sikit..boleh ke seseorang bawah umur 18 tahun menyampaikan dakwah??
ahliislam, salam
cerita yg anda katakan itu mmg kita tidak bersetuju dengannya, tapi anda perlu faham bahawa ia adalah cerita yg mmg ada dalam bible. sebagai org kristian, mmg seharusnyalah mmg beriman dgn apa yg ada dalam bible mereka. itu hak dan kewajiban mereka. tak semestinya mereka ceritakan sedemikian kerana nak hina nabi kita.
kalau kita tak bersetuju, kita hanya katakan versi kita sahaja. oleh itu, tak payahlah awak nak lawan cerita mereka atau nak marah2. kalau diorang nak percaya versi kita, alhamdulillah . kalau tak, tak mengapa. asalkan mereka hormati versi kita sebagaimana kita hormati versi mereka = ok.
jangan biarkan diri anda dikuasai oleh marah. dan kalau marah, jangan sama sekali terlibat dalam perdebatan dan perbincangan kerana anda mungkin akan buat lebih banyak mudarat dari kebaikan. malah diam tu lebih baik.
asalkan sahaja seseorang tu sudah baligh, boleh dia lakukan ekrja dakwah. cuma:
1. sampaikan apa yg anda pasti tahu dan benar. yg tak pasti dan tak tahu, jangan memandai2.
2. buatlah ikut kemampuan anda.
3. carilah sasaran yg sesuai dgn kemampuan anda
4. libatkan diri dalam badan-badan islam atau masjid kerana lebih selamat, organised dan berkat.
salam