Kemusykilan Agama – Membenarkan teman lelaki/perempuan anak ke rumah, dari di luar

Soalan

Saya inginkan pandangan/nasihat ustaz,

Mengenai kata-kata seperti BIARLAH BUDAK LELAKI ANAK NYA DATANG KERUMAH, DARIPADA JUMPA ANAKNYA DI LUAR DARIPADA MEMBUAT PERKARA TIDAK BAIK.

1) di lihat duduk2 berdua2an
2) senda gurauan bersama

———————–
Jawaban

Salam

Meminta budak itu datang ke rumah bukan tidak boleh dan memang ada baiknya. Tapi itu tidak bermakna bila di rumah tiada batas-batas yang perlu dijaga. Berapa banyak ibu bapa yang benarkan anaknya sedemikian, tapi kemudiannya perkara sumbang berlaku di rumah sendiri pun mereka tidak tahu.

Yang lebih tepat ialah untuk ajar budak-budak itu nilai-nilai yang betul. Bukan memfacilitate sedemikian kerana dengan facilitate sedemikian tanpa nilai yang betul, ia tidak akan mencegah budak itu dari melakukan yang bercanggah agama di belakang kita.

Saya juga berpendapat jika seorang remaja itu masih jauh dari kemungkinan berumahtangga kerana faktor usia atau kemampuan, hendaklah ibu bapa memainkan peranan untuk tidak menggalakkan anak-anaknya mempunyai hubungan pacar kerana realitinya, sekiranya hubungan sedemikian telah terjalin, amat sukar sekali untuk dijaga dari melanggar batas-batas syara’. Paling tidak, mereka akan jatuh dalam banyak aktiviti yang membuang masa seperti bersembang-sembang dan berangan-angan untuk melayan ‘cinta monyet’nya itu. Bayangkan jika ini akan berleret-leret selama bertahun-tahun sehingga tiba masa yang sesuai untuk mereka berumahtangga, itu pun kalau hubungan berkenangan kekal.

Setakat mempunyai teman biasa seperti teman sekolah tidak mengapa asal sahaja dijaga batas-batas syara’nya.

Perasaan untuk mencint adan dicintai memang satu naluri remaja, tetapi adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa Muslim untuk membantu anak-anak mereka membina kekuatan untuk bermujahadah mengatasi perasaan sedemikian.

Wallahu A`alam