Kemusykilan Agama – Memelihara dan menjual ayam sabong

Salam

Saya ada satu kemusykilan. Apakah hukumnya kita memelihara ayam sabong? Saya telah menternak ayam sabong secara suka-suka. Oleh kerana terlalu banyak, saya telah menjual kepada beberapa kenalan saya, ayam tersebut telah dilagakan dalam pertandingan laga ayam.

Apakah hukumnya saya sebagai penternak ayam sabong tetapi saya tidak melagakan ayam tersebut, saya hanya menjual kepada orang yang melagakan ayam?

——————————-

Salam 

Memelihara dan menjual ayam sabong tidak haram. Ia menjadi haram bila

  1. dipelihara dengan niat untuk tujuan menyabong
  2. tidak pelihara dengan tujuan menyabong tetapi menjualnya kepada orang yang kuat sangkaan akan menggunakan ayam itu untuk tujuan menyabong  

Menyabong adalah haram kerana 1) menganiaya binatang, 2) berjudi, jika ada.

Hukumnya sama seperti hukum menanam dan menjual anggur. Jika niat kerana hendak buat arak atau tiada niat sedemikian, tapi menjual kepada orang yang buat arak, maka jadilah hukumnya haram. 

Lihat di sini http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Halal/4053.html#4.5.5