Kemusykilan Agama – Mengeluarkan mani

Soalan

Salam..

1 – ustaz saya nak tanya jika seseorang itu megeluarkan air mani tanpa menggunakan tangan ataupun alat2 yang membolehkan keluarnya air mani  tetapi menggeserkan bahagian kemaluan di atas benda seperti di atas tilam.Apakah hukumnya.

2- bagaimanakah untuk berhenti melakukan onani selain daripada berpuasa?

————

Jawaban

Salam 

  1. sama hukumnya dengan menggunakan tangan. ia satu tabiat yang tidak baik yang sepatutnya dijauhi. 
  2. pergilah bertemu dengan kaunselor/psikiatris atau doktor muslim untuk mendapatkan nasihat yang lebih baik kerana masalah ini bukan hanya boleh ditangani dengan hukum dan pandangan keagamaan sahaja.
  3. beberapa tips
    – selain berpuasa, perbanyakkanlah ibadah-ibadah lain. Sertakan dengan doa kepada tuhan agar dia membantu dalam menangani masalah ini
    – elakkan dari bersendirian
    – sibukkan diri dengan bersenam dan kerja kebaikan
    – jauhi teman-teman yang condong kepada perkara-perkara yang lucah, kawal penggunaan internet
    – mungkin perlu wujudkan diet yg baik – tanya pakar pemakanan bentuk2 diet yg relevan dan sesuai
    – jika amalan ini telah menjadi habit yang lama, ubahlah ia dengan secara bertahap-tahap i.e. dengan mengurangkan kadarnya dalam tempoh tertentu sehingga ia berhenti atau berada pada kadar yang terendah yang mampu
      

semoga Allah membantu anda.