49 komentar untuk “Kemusykilan Agama – Mimpi basah ketika puasa (Berita Harian [Singapura], 26 Julai 2013)”

  1. assalammualaikum ustaz..saya ada beberapa soalan yg ingin ditanya tentang mandi wajib bagi perempuan..:-

    1. Jika perempuan haid/nifas/.., bolehkan hanya berniat ” sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah taala”.? Sah tak mandi wajibnya?.

    2. Sah tak mandi jika semasa mandi , kita terbuang air kecil?.
    3. Sah tak mandi jika kita mandi biasa terlebih.dahulu seperti shampoo rambut, sabun badan..kemudian setelah itu baru kita memulakanandi wajib.

    4. Umumnya kita tahu apabila wanita itu klimaks, farajnya akan kembang kemut dan terasa nikmat / sedap. Semasa saya sedang mandi WAJIB, saya ada menyentuh kemaluan dengan niat utk meratakan air. Semasa menyentuh kemaluan, terasa macam nak klimak tapi tak sampai ( faraj tidak rasa berdenyut & tidak rasa sedap ) mungkin ia hanya mukadimah shj. Sah tak mandi wajib saya jika saya YAKIN yg saya tidak klimak dan tidak leluar mani @ faraj tidak rasa berdenyut kembang kemut…

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      1. sah, itu mmg salah satu cara niat mandi hadas.

      2. sah, asal sahaja dicebok segera dan segera meneruskan mandi pula.

      3. sah, tak perlu mandi biasa kemudian mandi wajib. terus mandi wajib dan boleh guna shampoo dan sabun di awal, tengah atau hujung mandi hadas kerana eksemua itu akan dibials dgn air biasa.

      4. sah, org perempuan wajib mandi jika berhubungan seks dan keluar mani. kalau hubungan seks, tak klimaks tetap wajib mandi. kalau klimaks, tapi takde ejakulasi = tak wajib mandi. ini bezanya org perempuan dgn lelaki. lelaki ejakulasi dan klimaks berlaku serentak. lebih baik rujuk pada pada doktor perempuan dan ustazah utk kefahaman yg lebih baik dalam hal ini kerana ini masalah khusus orang perempuan.

      moga bermanfaat

      1. kalau keluar mani dengan syahwat semasa mandi wajib, perlu kah ulangi semula mandi wajib (mandi wajib sekali lagi)?

  2. sebelum mandi wajib, saya bersihkan najis anak saya dansaya pakaikan anak lampin..then saya terus ke bilik air utk.mandi wajib…saya dah sabun tgn saya supaya najis dan bau hilang…
    Soalan :
    1. sekiranya masih ada bau najis lagi di jari tangan saya semasa.mandi wajib, sah ke mandi wajib saya.

    2. sekiranya saya dah sabun dan yakin tiada lagi bau.najis dijari, sah tak mandi wajib saya…adakah dgn was was blh.sbbkan mandi wajib tidak sah?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      1. tak mengapa, kerana ada bau bukan bermakna ada ain najis. tambahan pula anda telah pun cuci tangan dgn sabun.

      2.mandi sah, anda perlu tinggalkan was2. jika tidak ia akan jadi lebih teruk.

  3. Salam ustaz…saya ingin tanya tentang air mani wanita:
    1. Ingin tahu adakah air mani wanita hanya keluar ketika berjimak shj? Adakah mani wanita boleh keluar jika wanita itu bermimpi?

    2. Ingin tahu warna,bau dan sifat air mani perempuan. Adakah sama aifatnya dengan air mani lelaki..

    3. Jika wanita bermimpi, dan apabila ia sedar dari tidur, ia melihat tiada air mani yg keluar dan yg keluar adalah keputihan biasa yg berketul.adakah ia wajib mandi hadas besar?
    Jika ia sgt YAKIN & PASTI yang air mani tak keluar, maka ua tidak mandi wajib..boleh ke begitu..

    Terima Kasih.

  4. Salam ustaz..nak tanya 1 soalan…semasa mandi wajib, keluar keputihan difaraj dan saya hanya ratakan air je di faraj…dan selepas saya selesai mandi wajib, saya lihat di faraj masih lagi ada keputihan di pintu faraj…
    Adakah sah mandi wajib saya..
    Adakah keputihan yg keluar semasa mandi wajib boleh menyebabkan mandi tidak sah..
    Terima kasih ustaz..

  5. Soalan : Salam ustaz…saya mandi wajib guna shower dan shower tu rendah, hampir dengan kepala saya.
    Semasa saya mandi wajib, saya terlihat ada tompokan air pada permukaan shower yang tidak berlubang ( ruang yg tidak berlubang pada permukaan shower).Mungkin senasa saya mandi, air mandi terpercik pada permukaan yg tak berlubang pada shower tu.
    Macam mana dgn mandi saya tu ustaz? Adakah sah? Semasa mandi, air sentiasa mengalir. Risau juga jika jd air mustakmal.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      mandi itu sah. tak perlu lah awak layan was2 yg seperti itu. ia hanya akan menjadikan awak terjebak dalam was2 yg lebih buruk.

  6. Salam ustaz…saya mandi wajib guna shower..saya cangkung bawah shower sambil gosok badan…sah tak mandi wajib saya jika saya gosok kuku jari tangan dengan menjulurkan lengan tangan dimana air shower kena badan tapi tak kena kuku tangan …maknanya masa gosok kuku tu, air tak kena..kuku masih kering tak basah sgt…kemudian lepas tu saya cepat cepat kenakan air pada kuku tu…sah tak mandi wajib saya ustaz?

  7. Salam ustaz..nk tanya…selepas mandi wajib dan solat, dlm masa sejam saya tgk dibawah kuku jari tangan saya ada kesan hitam..saya tak pasti ia wujud semasa mandi atau selepas mandi. Sah tak mandi wajib saya yer ustaz? Sebab lepas solat, saya ada angkat baju dekat pagar, takut kuku tersentuh baju yg terdapat kesan hitam akibat terkena kesan hitam pada pagar… Saya tak pasti kesan hitam tu ada masa mandi wajib atau selepas mandi wajib..

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam tak perlu buat apa2 kerana boleh diandaikan benda itu hanya ada setelah awak selesai mandi wajib.

  8. Salam ustaz.
    Saya nk tanya, boleh ke semasa saya mandi wajib, saya lafaz niat mandi wajib dibibir dlm bahasa rumi/melayu seperti ni ” sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah taala”.
    Apa hukum nye yer ustaz bila saya lafaz niat manfi wajib tu dlm bahasa melayu dan telinga saya dengar semasa lafaz niat tu.
    Sebab saya ada baca kat web yg lafaz niat perlu dlm hati tak perlu lafaz.
    Sah tak mandi wajib saya ?

  9. Salam ustaz..saya hari ni hari ke 5 haid..
    Faraj hanya keluar cecair bewarna kuning cair…sgt2 kuning cair…
    B°oleh ke saya mandi wajib?

  10. Salam..saya wanita dan sudah berkahwin.
    Satu malam saya mimpi berjimak..setelah sedar dan bangun dari tidur, saya lihat seluar dalam tiada bekas basah (air mani)…dan difaraj cuma ada ketulan bewarna putih kekuningan dan cirinya seperti keputihan yg biasa saya alami.
    Perlu kah saya mandi wajib jika YAKIN tak keluar mani?
    Apa hukum jika saya YAKIN yg air mani tak keluar, yg keluar cuma
    keputihan biasa..

  11. Salam ustaz…
    Saya mandi wajib guna shower..
    Saya hanya mencangkung dan kadang2 berdiri dibawah shower supaya air dapat diratakan keseluruh badan..

    SOALAN :

    1. Bawah shower tu ada paip air…
    Bila saya mandi, sedikit air dari shower tu akan kena paip air tu dan sisa airnya terkena pada sikit pada badan saya..
    Sah tak mandi wajib saya? adakah ia jadi air mustaqmal? 
    lagipun air shower sentiasa mengalir..

    2. Semasa sedang mandi, dipermukaan shower yg tak berlubang ada percikan air..mungkin terpercik semasa saya sedang mandi..
    Sah tak mandi saya ustaz? adakah ia jadi air mustaqmal?
    air shower sentiasa mengalir..

    3. Selepas siap mandi, saya pun off shower tu dan badan saya terkena dinding bilik air / terkena sisi baldi yg basah akibat percikan air semasa saya mandi tadi…
    kemudian saya pun ‘on’ semula shower & ratakan air pada badan yg yerkena dinding td tp air shower tetiba slow dan terkena bahagian paip bawah shower tu…
    Adakah sah mandi wajib saya ustaz..

    Terima kasih.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      1. mandi sah.

      2. mandi sah.

      3. mandi sah.

      apa yg awak tanyakan itu menunjukkan simtom was2.
      nasihat saya ialah tinggalkanlah pemikiran ini sebelum ia menjadi lebih teruk.
      jika awak rasa sukar utn tinggalkan dan terus berulang dan mengganggu diri, dapatkan rawatan kaunseling segera kerana bertanya kpd ustaz tidak akan mengubah keadaan awak.

  12. Ustaz saya nak tanya. Semasa saya mandi wajib, saya membasuh baju. Saya belum mencuci kemaluan. Selepas habes membasuh baju, saya sambung mandi wajib dengan mencuci kemaluan sahaja. Sah tak mandi wajib saya?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      yg awak buat seperti tu pasal apa?
      jawapannya ialah sah mandi wajib itu.
      cuma lebih utama ia dilakukan secara berterusan dari mula hingga habis tanpa diselangi oleh apa2.

  13. Salam ustaz..
    Saya mandi wajib sbb berjimak dgn suami..
    Soalan saya ;
    1. Semasa sedang mandi, ada lendir keluar dari lubang faraj. Dah puas cuci tp masih ada.
    Sah tak mandi wajib saya?
    2. Semasa sedang mandi wajib, saya meratakan air di kemaluan dgn cara menggosok qubul & dubur shj..
    Saya hanya ratakan air di luar lubang faraj/ di permukaan faraj shj ..
    Saya tak masukkan jari kedlm faraj utk ratakan air, cuma saya ratakan bahagian luar(permukaan lubang faraj shj).
    Sah tak mandi wajib saya?..
    Tk

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      1. sah mandi wajib.

      2. tak wajib memasukkan air ke dalam lubang faraj ketika mandi wajib. ia tak termasuk dalam anggota yg wajib dibasuh. oleh itu, sah mandi wajib tu.

  14. Salam ustaz..nk tanya..
    Lepas selesai manda wajib..saya ambil wuduj dan terus solat…

    Saya perasan pada kuku ibu jari kaki saya ada setitik kesan coklat…saya tak tahu kesan apa sbb kaki tak ada kena cat,gris,gam dan sebagainya..
    Kuku saya dulu pernah kena cagu dan sekarang kuku saya mencengkam..

    sebelum mandi, saya ada potong kuku tu..lepas potong baru ada titik coklat tu..

    .ketip kuku mmg ada kesan karat pada sebelah dalam..tapi pada tempat pemotong kuku tu tajam dan tidak berkarat..bila saya lihat balik, mustahil boleh kena karat sbb masa potong kuku, kuku tak kena pada bahagian yg berkarat tu..

    Sah ke tak mandi wajib saya..perlu ke ulangi mandi wajib semula?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      tak perlu ulang mandi, wuduk dan solat tu kerana mungkin benda coklat tu ada hanya selepas wuduk diambil. lagi pun ia hy setitik sahaja, sikit yg sebegini dimaafkan.
      jauhi sifat was2.

  15. salam saudara..saya ada pnyakit was-was yg kronik..saya mndi wajib lbh kurg 4 jam..selepas itu..sy sudah ykin yg mndi sy sah..selepas 2,3 jam..saya merasa was-was kmbali..lalu sy pun cuci bhgian yg sy was-waa itu..saya belek2 kuku jari dan saya was-waa pula..dan saya cuci pulak jari tu..soalan sy..adakah mnd wajib sy yg prtama tdi sah kerana sy mlayan was-was dan mncuci bhgian2 tbuh bdan yg sy was-was bbrapa jam selepas mndi tdi?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      4 jam mandi dan awak masih tak yakin mandi hadas awak sah atau tidak
      sebagaimana yg awak akui, awak mmg diuji dgn penyakit was2 yg kronik (compulsive disorder).
      saya ikhlas ingin membantu awak.
      tapi awak harus ikhlas terima nasihat saya ini, jika tidak tiada guna saya bantu dan awak meminta bantuan.
      nasihat saya hanyalah segera pergi berjumpa dengan psikitri utk rawatan.
      tak guna saya jawab soalan awak ini kerana 2 – 3 jam kemudian awaak akan was2 kembali dan bertanya lagi.
      kalau tidak kpd saya, kpd ustaz2 lain.
      telah ramai org seperti awak yg bertanya masalah yg sama.
      percayalah, huraian utama bagi masalah awak ialah rawatan psikologi, bukan tanya ustaz.
      moga allah membantu awak.

  16. Assalamualaikum ustaz
    Saya mandi wajib semua dah yakin sah. Kemudian masa keringkan badan terasa macam ada air keluar dari faraj. Saya tak pasti sama ada itu air mani atau keputihan atau cuma air mandian. Soalnya adakah air mani boleh keluar tanpa saya memikirkan apa2 atau buat apa2 yg mendatangkan syahwat?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      tidak perlu anda layan was2 itu dan tak perlu ulang semula mandi berkenaan.
      air mani tak mungkin keluar tanpa syahwat.
      jika pun ada sesuatu yg keluar, tanpa syahwat, anda hanya perlu basuh sahaja kemaluan anda, tanpa perlu ulang mandi yg wajib itu.

  17. Salam ustaz,
    Waktu mandi wajib tu ada terfikir benda bukan2 dan terus beristighfar sbb x nak fikir. X sempat pun keluar apa2 air mazi atau mani dsb. Sah x mandi wajib tu?

  18. Salam ustaz. Saya sering dilanda was-was terutama melibatkan mandi wajib. Adakalanya saya mampu melawan, adakala saya gagal. Contohnya baru-baru ni setelah selesai mandi wajib dan solat, saya teperasan satu tompokan putih dilengan, saya andaikan ianya kulit kering dan mengelupas apabila digaru . Tetapi terdetik mengatakan ianya kesan sabun berlebihan yang melekat dikulit. Tetapi saya sejukkan diri dengan ‘Keyakinan tidak akan hilang dengan syak’ iaitu apabila kita yakin ianya kulit kering, maka ianya adalah kulit kering. Bolehkah macam tu ustaz, jikalau ianya benar2 kesan sabun berlebihan. Terima kasih ustaz

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      sila dapatkan rawatan dari pakar psikologi atau psikitri, jika awak nak atasi masalah ini.
      menjawap soalan2 sebegini bukan huraian bahkan akan memburukkan lagi masalah awak kerana ia melayan was2 awak itu yg akan terus berlaku.

  19. Soalan
    1. seseorang bertanya saya…..sekiranya seorang yang keluar mani wajib mandi …(samaada bersetubuh atau onani) soalan dia.. wajib mandi juga kah jika dia mencapai kepuasan(onani) tapi tak keluar mani..
    2. Seorang gadis mencapai kepuasan sex dengan cara berkhayal dan memegang kemaluannya….tanpa memasukkan sesuatu ke dalam faraj….wajib mandi juga kah?
    3. Adakah wanita juga keluar mani?…bagaimana untuk membezakan air mani dengan air mazi?

  20. Assalam ustaz
    soalan: 1) selepas saya mandi wajib ,saya pon off shower , kemudian saya ambil towel dan lilitkan di pinggang , selepas itu saya terlintas yang saya masih belum berkumur , saya pon terus berkumur , adakah sah mandi saya?

    2) adakah saya perlu mandi wajib sekiranya bermimpi tapi tiada kesan basah pada pakaian saya?

  21. Salam ustaz.. saya bermimpi basah ketika dlm waktu haid yg ke lima hari.. haidnya masih belum kering.. haruskah saya mandi hadas besar atau tunggu hingga haid saya kering/habis..? Terima kasih ustaz..

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      tak wajib mandi.
      hal ini sama seperti isteri yg haid bermadu kasih dgn suami, tanpa penetrasi, hingga orgasme dan keluar mani.
      sebab diwajibkan mandi junub membolehkan wanita beribadah.
      oleh kerana ketika haid dia tidak boleh beribadah, maka tak perlulah bermandi junub.
      mandi wajib apabila haid berhenti akan menutupi mandi junub.

  22. Salam ustaz,

    Saya ingin bertanya adakah sah puasa seseorang itu sekiranya saki baki air mani keluar tiba2 walaupun sudah mandi wajib dan adakah sah solat seseorang sekiranya ia berlaku ketika solat?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      puasa tetap sah.
      solat batal. perlu berisitinja’, ambil wuduk semula dan ulang solat.

  23. salam ustaz,

    dulu, saya pernah was was dalam solat , mandi wajib , dan berwudhuk,. Alhamdulillah sekarang saya dapat melawan was was tersebut dalam solat dan berwudhuk tetapi kurang dlm bahagian mandi wajib . setiap kali lps mandi mesti saya akan terfikir fikir jika ada bahagian yg tidak mengalir air ,boleh ustaz tolong terangkan bagaimana cara untuk menghilangkan perasaan ini?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      bagaimana awak atasi was2 dalam soal solat dan wuduk, begitulah juga caranya utk atasi was2 dalam solat.
      mungkin perlu masa yg lebih, tapi harus istiqamah.
      sebaiknya juga dapatkan rawatan kaunseling kerana was2 adalah masalah kejiwaan.

      1. sah tak mandi wajib jika terdapat tahik mata selepas selesai mandi tersebut?
        saya dapati tahik mata tersebut setelah 2 jam selepas selesai mandi wajib

Komentar ditutup.

Scroll to Top