Kemusykilan Agama – Sambutan Hari Ibu Haram??

Soalan

Salam

Salam Ustaz,

Saya terima email mengenai Hari Ibu seperti di bawah.
Pada saya, nawaitu kita cuma untuk menyambut Hari Ibu. Tiada agenda disebaliknya. Cuma bila saya baca email yang saya terima nih, macam a bit “disturb” lah. Yery upset pun ada juga.

Cuba tolong jelaskan Ustaz.

“Kepada semua baca kisah asal usul pengertian “HARI IBU” yang sebenar. Kalau kita sambut hari ibu bermakna kita juga merayakan hari “IBU PADA TUHAN” yang menjadi amalan orang GREECE terdahulu. Ini semua sumber dari kristian dan sudah tentu memesongkan akidah kita. Kalau dulu saya juga terikut ikut merayakan hari ibu tapi sekarang bila dah tahu tak akan saya buat begitu lagi dan juga pada anak anak akan saya beritahu. Jadi kewajipan saya adalah untuk beritahu semua agar JANGAN SAMBUT HARI IBU, kalau kita kasih sayang dan ingat jasa ibu sebaiknya sentiasa mendoakannya tak perlu cuma pada hari hari tertentu saja, setiap hari mendoakannya adalah sebaiknya dan dituntut.”
————

Jawaban

Salam

Memang ada pendapat sesetengah ulama yang mengharamkan sambutan hari ibu kerana asal usul sejarahnya.

Namun, di Singapura pada pengamatan saya pendirian umum mengenainya di sisi asatizah ialah ianya harus. Banyak masjid-masjid di Singapura turut menganjurkan majlis dan program bagi menghargai ibu pada hari ibu. Jika sambutan ini dikira sebagai kemunkaran yang serius, pastinya Majlis Ugama Islam Singapura dan badan ulama akan mengeluarkan pernytaan untuk menegur masyarakat Islam. 

Alasan-alasan keharusannya, di sisi saya, ialah:

1. Amalan manusia tidak statik, ia selalunya melaluis proses evolusi. Apa yang bermula sebagai tidak betul, tidak semestinya kekal tidak betul sepanjang zaman dan apa yang mulanya betul, tidak semestinya sampai bila-bila tetap betul.

2. Dalam kes hari ibu, ia telah melalui evolusi yang pada hari ni sudah tiada kena mengena pun dengan mitos atau dewa orang Yunani. Hakikat ini tidak boleh dinafikan dalam menetapkan hukum. kalau tidak, hukum akan bersifat statik dan tidak tepat.

3. Sambutan hari ibu berbeza sama sekali dgn hari Valentine kerana pada hari ibu, kita tidak lagi memperingati dewa, simbol atau tokoh agama tertentu, tetapi yang diperingati ialah semua kaum ibu. Selain itu, menghargai jasa ibu ialah anjuran agama. Manakala, budaya hari Valentine umumnya ialah bersifat jalinan kasih antara pasangan yang bercinta yang melibatkan golongan yang belum kahwin, berunsur “romen-romen” dll, adalah sesuatu yang lebih dekat dengan larangan agama. Maka, eloklah ia dilarang untuk tutup pintu kejahatan.

4. Kalau diperhatikan, sebahagian dari nama-nama bulan-bulan tahun Gregorian ialah nama-nama dewa orang-orang Rom dan Yunani dahulu kala (sila rujuk mereka yang arif dalam hal ni) tapi kita tidak dengar pendapat para ulama yang mengharamkannya kecuali mungkin oleh golongan yang kecil (ultra-ortodoks) di kalangan umat Islam kerana penggunaan nama-nama bulan ni pada hari ni sudah hilang pada pemikiran umum sebagai pendewaan terhadap dewa Rom atau Yunani.

Salam

18 komentar untuk “Kemusykilan Agama – Sambutan Hari Ibu Haram??”

  1. dinginbayu, salam

    bila dikatakan harus, bukan bermakna mesti buat atau afdal dibuat.

    dalam islam memanglah berbakti pada ibu, tak perlu tunggu hari perayaan dan seorg muslim yg baik sepatutnya tak memerlukan hari ibu utk berbakti pada ibunya kerna cukup al-quran dan hadis nabi sebagai sumber motivasi.

    tapi adakah bermakna jika seorg tu nak menghargai ibunya pada hari ibu, salah dalam islam atau haram? bagi saya tidak kerna hukumnya harus. alasannya telah dijelaskan tadi.

    hanya kerna sesuatu itu dimulakan oleh org bukan islam tak bermakna semestinya ia adalah dilarang. dari manakah bermulanya sambutan hari asyura? tidakkah ia bermula dari tradisi org yahudi yg kemudiannya diendorse oleh nabi? (sila lihat dakwah@sunnah)

    kalau nak buat hari lain, tu terserah masing-masing.

    kaedah fiqh mengatakan “al-umur bimaqasidiha” – hukum sesuatu perkara bergantung pada niat dan tujuannya.. kira macam tepuk dada tanya imanlah 🙂 dan kaedah ni, pada saya, sesuai bagi persoalan ni.

    abih yg ni, tak de kopi kaw lah 🙂

    salam

  2. Ustadz,

    Yang penting adalah asal asul sambutan ini. Jika ianya dari mula lagi milik Kristian, kenapa mesti kita ambil alih pulak? Biar perubahan ape pun yang dunia alami, dalam agama tidak ada tolak ansur tentang hal ini.
    Sayangi lah ibu kite hari hari dan setiap waktu, itu yang Allah suruh, bukan setahun sekali beli hadiah belanja ibu makan.

  3. salam

    tak perlu utk kita semua bersepakat dalam hal ini dan tak perlu juga nak berkeras utk tidak bersetuju.

    jika asal usul sahaja menjadi sandaran ttg boleh dan tak boleh, lihat hadits di bawah. Rasulullah membaik dan menyesuaikan, dan bukan meninggalkan. salam

    Dari Ibnu ‘Abbas, ketika Nabi Muhammad saw. tiba di Madinah dia melihat orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Nabi saw. bertanya: ‘Apakah ini?’ Orang-orang Yahudi berkata: ‘Ini hari yang balk. Pada hari inilah Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuh mereka, maka Musa a.s. berpuasa pada hari itu.’ Kata Nabi saw.: ‘Aku lebih berhak terhadap Musa daripada kalian.’ Maka Nabi pun melakukan puasa dan menyuruh orang untuk melakukannya juga.” (Riwayat Al-Bukhari)

    Maksudnya : “Ketikamana Rasulullah saw berpuasa pada hari ‘Asyura dan baginda mengarahkan para sahabat untuk berpuasa hari hari tersebut. Para sahabat berkata kepada baginda : “Wahai Rasulullah, sesungguhnya hari ‘Asyura ini adalah hari yang dibesarkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani.” Lalu Nabi saw bersabda : “Apabila sampai tahun hadapan, insyaallah kita akan berpuasa bermula hari ke sembilan.” Seterusnya Ibn ‘Abbas menceritakan : “Belumpun sampai tahun hadapan (yang nabi berazam untuk memulakan puasa pada hari ke sembilan), baginda telah diwafatkan oleh Allah.” (Hadith riwayat Imam Muslim)

  4. macam2 orang kita ni.sambut hari ibu pun salah.sekarang ramai budak2 yang tak ingatkan ibu.since,ada mothers day,mereka ikut2 orang,tak salah kan mereka mengingati ibu,daripada tak ingat langsung,kerana sesungguhnya syurga di bawah telapak kaki ibu.at least something kan.dan kita nak menghalang?wajar kah begitu?

  5. islam itu mudah.jadi jangan memberat-beratkan.be flexible.have an open mind.nanti insya Allah ramai yang akan menganut agama kita yang tercinta ni

  6. ” Bukankah Nabi SAW dah pesan melalui sabdaan nya ;
    “Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum”.
    Bermaksud : Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka) (iaitu kaum berkenaan). “

    yg ni saya copy dr blog org. mcm mana ni ustaz? apabla kita menyambut hari ibu, kita akan terdiri dr kaum2 berkenaan?

  7. salam

    sebagaimana dalam isu-isu lain, para ulama berbeda pendapat akan erti menyerupai sesuatu kaum; di tahun 50an dan 60an… memakai baju kemeja, seluar panjang dan tali leher pernah dianggap sebagai menyerupai orang kafir, tapi hari ini, pendapat sedemikian sudah hampir tidak digunapakai lagi. ini hanyalah sebagai contoh.

    yg dipersetujui ramai ialah larangan menyerupai dalam aspek ritual. adapun, sambutan jari ibu hari ini, saya tidak berpendapat ia sebagai satu ritual agama dan saya jelaskan dgn ringkas dalam jawaban saya.

    apa pun, ia mmg isu yg tiada kesepakatan = tiada keperluan utk bersikap keras terhadap org lain yg tidak sependapat.

    salam

  8. Sebenarnya boleh diraikan , Asalkan tidak melebihi perkara terebut :

    -Melakukan sesuatu yang boleh membuatkan anda syirik.
    -Menyambutnya hanya hadiah kepada ibu yang telah melahirkan kita.

    Saya rasa inilah perkara yang betul , Kerana Islam bukanlah mengharamkan benda yang elok.Seperti anjing anjing yang di blog MKI dan Mykittun . Macam macam jenis Comment lah ada . Haram lah Najis lah apa lah.Yang najis tu Air liur je tapi bukan lah sampai darajah HARAM

  9. mudah saje jika ingin kan anak mengingati ibu dan menyayangi ibu sentiasa…didik anak dengan cara islam bukan hanya hantar anak mengaji cara islam…ibu jadi panduan utama dalam membimbing anak…kasih anak pada ibu tak akan luput jika kita benar -benar membinmbing dan mendidik cara islam…jangan lupa didik anak-anak tentang kasih sayang insyaallah mereka akan jadi insan yang soleh solehah.

  10. mudah saja jika ingin kan anak mengingati ibu dan menyayangi ibu sentiasa…didik anak dengan cara islam bukan hanya hantar anak mengaji cara islam…ibu jadi panduan utama dalam membimbing anak…kasih anak pada ibu tak akan luput jika kita benar -benar membinmbing dan mendidik cara islam…jangan lupa didik anak-anak tentang kasih sayang insyaallah mereka akan jadi insan yang soleh solehah.

Komentar ditutup.

Scroll to Top