Kemusykilan Agama – Setan dirantai dan amalan sihir di bulan puasa

(Nota: Dipetik dari ruang Ask_Ustaz di rantauan.com)

Soalan

Salam Ustaz,

Ada satu kemusykilan…

Dulu semasa kecil Ustazah2 selalu beritahu kami yang dibulan puasa, setan setan kena rantai. Apakah ni benar? Bagaimana pula jika seseorang berniat tidak baik dlm bulan ini dan mendapatkan ‘khidmat’ SWAT team yang bertanduk ini untuk menganiaya org lain? Apakah ia boleh terjadi? Teori diatas tu bagaimana?

———————–

Jawaban

Salam

Memang ada hadits sahih yang menyebutkan secara literal bahawa setan dirantai semasa bulan Ramadan.

“Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi saw telah bersabda : “Apabila datangnya Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai/dibelenggu para syaitan.” (Wiwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Yang menjadi persoalan ialah samada pengertian hadits tu ialah sebagaimana yang tersurat secara literal atau ia perlu difahami secara allegorical. Dalam hal ni, terpulanglah pada kecenderungan masing-masing kerana ia bukan isu pokok dalam agama.

Pengertian secara literal tidak mustahuil kerana Allah maha berkuasa. Pengertian secara allegorical pun tidak semestinya salah, asalkan logik sahaja.

Mengenai “swat team”, cuba tanya kepada pengamal yang berkenaan, samada “swat team” dia berfungsi tidak masa bulan Ramadan??

Kejadian tidak normal pada manusia, bukan semestinya berlaku kerana gangguan makhluk asing, mungkin kerana sebab-sebab lain. Cuma kita sahaja yang classify ia sebagai gangguan makhluk asing.

Selain tu, bukan semua makhluk halus tu kafir, sehingga terikat semasa Ramadan. Jin juga ada yang muslim (lihat surah Al-Jin), maka wajib puasa jugak. Kalau terikat, macam mana diorang  hendak puasa :). Yang muslim pun, bukan semuanya baik-baik belaka. Macam manusia jugak. Jadi yang tidak betul tu, bila dapat upah besar, boleh buat benda tak betul jugak macam manusia.

Wallahu A`alam