(Nota: Dipetik dari ruang Ask_Ustaz di rantauan.com)
Soalan
Assalamualaikum
Saya ingin mengetahui butiran lebih lanjut tentang Sembahyang Menghormati Waktu iaitu;
a. Bilakah boleh sembahyang tersebut dibuat?
b. Bagaimana dan apakah syarat2 yang perlu dilakukan?
c. Sekiranya sampai dalam waktu atau luar waktu di destinasi, adakah kita perlu gada sembahyang?
d. Lafaz niat sembahyang Menghormati Waktu dan sembahayang waktu tersebut apabila sampai di destinasi.
e. Lain-lain maklumat yang difikirkan perlu untuk pengetahuan para pembaca.
Sekian, terima kasih, mudah2an sama-sama kita menafaatkan pengetahuan tentang agama kita.
Wassalam.
———————————
Jawaban
Salam
Apa jua keadaan yang tidak dapat membolehkan seseorang untuk melakukan solat dalam keadaan biasa, ada jalan keluarnya di sisi para ulama i.e. jika tidak boleh berdiri, lakukan secara duduk; jika tiada air, bolehlah bertayammum; jika tidak boleh menghadap kiblat, menghadap ke arah yang boleh sahaja. Kalau tidak boleh ikut mazhab syafi’i, mazhab yang popular di kalangan orang Melayu, boleh ikut pendapat mazhab lain disebabkan keadaan berkenaan.
Oleh itu, pada pandangan saya, hampir tiada keadaan yang memerlukan seseorang melakukan solat kerana menghormati waktu sahaja jika kita menerima alternatif penyelesaian untuk menghadapi keadaan berkenaan dari pandangan ulama mazhab lain.
Solat menghormati waktu ini umumnya adalah amalan mereka yang ingin beramal berdasarkan mazhab syafi’i sahaja. Jika anda, tidak selesa untuk beramal dengan pandangan mazhab lain hatta ketika dalam keadaan yang memerlukan, ikutlah pandangan yang menganjurkan solat hormat waktu.
Untuk memahami konsep solat menghormati waktu, sila lihat pautan di bawah
http://www.e-zakat.com.my/baru/ibadah/solat_musafir.asp (scroll di bawah sekali)
http://www1.bharian.com.my/Misc/HajiUmr … 1215094445 (lihat sub topik cara mengerjakan solat dalam kapalterbang dan menghadap kiblat)
http://soaljawab.jais.gov.my/index.php? … &Itemid=59
http://ustazazhar.com/v1/ibadah/kaifiya … waktu.html
Wallahu A`alam