(Nota: Dipetik dari ruang Ask_Ustaz di rantauan.com )
Salam Ustaz,
Kalau seorang perempun sudah berkahwin, dia menjadi tangungjawab suami dia. Kalau tak nak kerja nak duduk rumah je pun boleh as long as suami dia boleh menangung semua keperluan keluarga.
Tapi apahal dengan mak bapak si perempuan? Jika anak-anak mereka semua perempuan and semua dah kahwin and all decided not to work, who is responsible to take care of them in their old age. No work = no hasil to give their parents every month. Ada pun tak banyak setakat apa yang mereka mampu je = tak cukup untuk buat perbelanjaan bulanan ibu bapa kerana mereka mahu tinggal di rumah mereka sendiri.
Ada tak guideline Islam yang boleh kita gunakan megenai hal ini ?
Kalau mereka ada 3 anak perempuan ada tak guideline yang menyatakan bahawa anak perempuan yang sulung mempunyai tangungjawab yang lebih dari numbor 2 and 3 dan sebagainya.
————————————
Jawaban
salam
Perkahwinan seorang wanita dengan seorang lelaki tidak memutuskan hubungannya dengan ibubapanya dan tidak pula menghilangkan tanggungjawab dia kepada ibubapa.
Perkahwinan adalah penambahan kepada tanggungjawab yang sedia ada bagi lelaki dan perempuan, dan bukan pengurangan. Yang kekal ialah prinsip menunaikan tanggungjawab ikut kemampuan kita.
Ramai berpendapat, kalau wanita kahwin, tanggungjawab utamanya pindah kepada laki, dan bukan ibubapanya = tangungjawab menjadi ibubapa terkebelakang.
Saya tidak bersetuju dnegan pandangan yang seperti ini kerana 2 para pertama di atas.
Saya berpendapat seorang suami yang soleh pastinya tidak akan menuntut isterinya taat kepadanya sehinga mengabaikan tanggungjawab kepada ibubapa i.e. tak jaga, takde nafkah dll.
Sebaliknya, suami yang soleh hendaklah berusaha agar isterinya faham akan 2 para pertama di atas, dan membantu dia untuk menunaikan tanggungjwab kepada ibubapanya, walaupun dari segi “analisa kos”, dia sendiri harus membuat pengorbanan.
Dalam senario keluarga yg dinyatakan, jika si wanita tidak mahu bekerja, kerana suami mampu tanggung segalanya:
1. dia hendaklah peruntukkan sedikit wang bulanan yang dia perolehi dari suaminya untuk ibubapanya. Berapakah kadarnya? Ia bergantung pada keperluan ibubapa dan bagaimana ketiga beradik itu berkongsi tangggungjawab terhadap ibubapa mereka.
2. jika wang yang diberi suami kurang mencukupi untuk membuat sumbangan yang diperlukan, bolehlah dibincangkan dengan suami untuk minta dipertambahkan atau dibuat financial analysis bagi menjimatkan perbelanjaan yang tak penting. Dalam hal ini, si suami hendaklah mempunyai ihsan i.e. jangan menolak penambahan yang diminta kerana merasa ia bukan sebahagian dari kewajibannya kerana dengan itu dia sendiri menjadi penyebab isterinya tidak berbuat baik kepada ibubapa. Tambahan pula keberadaan isterinya dirumah sepenuh masa juga bermanfaat bagi dia dan keluarganya.
3. jika mmg si suami tidak mampu untuk memberi wang yang lebih, maka isteri bolehlah berusaha untuk mencari wang tambahan agar dengan itu ia berupaya untuk membantu dari segi kewangan ibubapanya. Ini tidak semestinya dilakukan dengan bekerja sepenuh masa. Masa terluang sebagai suri rumah, boleh dimanfaatkan dengan pelbagai cara bagi mendapat wang tambahan untuk menunaikan tanggungjawab kepada ibubapa. Namun, jika harus bekerja bagi tujuan ini, si suami haruslah memahami hakikat ini dan bersedia untuk memberi kebenaran.
Kesimpulannya, tiada sebab bagi orang pompuan nak berkata “saya tidak dapat bantu mak ayah, pasal sekarang ini saya sudah berkahwin. Tanggungjawab saya yang utama pada suami”, silap juga bagi suami untuk berkata “awak tidak perlu buat itu semua kerana tanggungjawab awak kepada saya dan keluarga kita dulu. Saya kata awak tak boleh kerja, jaga anak kat rumah, maka tak boleh kerja lah.”
salam
haniff