Soalan
Apakah hukumnya membeli makanan dari penjaja muslim yang diketahui secara terang-terangan membeli nombor ekor? Adakah dikira bersyubahat?
Jawaban
Hukum bermuamalah dengan orang sedemikian adalah dibenarkan kerana Rasulullah s.a.w pernah berurusan dengan orang Yahudi dan juga orang bukan Islam yang mana dosa syirik dan kufur itu lebih besar dari dosa berjudi.
Namun jika anda secara psikologi tidak merasa senang, anda boleh memilih penjaja yang lain kecuali ia akan terlalu memberatkan anda dan Islam adalah agama yang tidak memberatkan. Allah taala berfirman yang bermaksud “Dan Allah mahukan kemudahan bagi kamu dan tidak mahukan kesulitan untukmu.” (Al-Baqarah : 185)
Wallahu A`alam.