Solat berjemaah dan bau badan

Ustaz

Di surau tempat saya bekerja itu bilik nya amatlah kecil. Boleh memuatkan antara 12 jemaah saja. Biliknya tidak bertingkap tetapi berhawa dingin.  

Masalah nya bukan pasal kelembapan sejadah atau pun telekong. Masalah nya ialah bau badan seorang jemaah yang menjadi perbualan jemaah yang lain.  

Jemaah berkenaan itu saya kenal tapi tak rapat. Setiap kali dia keluar, jemaah yang lain dgn cepat semprot pewangi.  and this has been going on for months. Tak seorang pun yang boleh menegur takut menyinggung perasaannya. Saya pun tak tahu macam mana nak beritahu. Saya rasa berdosa setiap kali kami semprot bila dia keluar.

Apakah cara untok kami untok memberitahu nya dgn cara tidak menyinggung perasaan nya. Atau mungkin ada hadis (mengenai kebersihan) yang boleh saya tampal di dalam bilik surau itu.

Saya berharap ustaz dapat menolong kerana kami dah tak boleh tahan lagi dan ini mengganggu sistem pernafasan kami sewaktu bersolat : C

Saya amat2 berharap ustaz dapat tolong saya menyelesaikan masalah bau ni…stress jugak seh.  

Ustaz, pakai REXONA haram ke?

——————————-

Jawaban

salam

Allah menilai seseorg atas dasar kesolehannya dan antara tanda kesolehan ialah rajin bersolat. Muslim yg soleh yang badannya berbau, lebih mulia dari muslim yang wangi, tapi tak soleh seperti malas solat.

Seseorag mempunyai bau badan, bukan semestinya kerana dia pengotor. Mungkin kerana keadaan biologinya macam tu, yang Allah taalah dah jadikan dia macam tu atau kerana penyakit. Manusia yang macam ni sepatutnya disimpati. 

Kalau tak boleh, tahan. Datang solat waktu lain dari dia aje lah. Apa yang susah sangat.

Semprot air refresher tu, tak salah dan bukan bermakna kita menghina dia. Cuma baik dilakukan di belakang dia, agar dia tak kecil hati.

Mengumpat saudara kita tu boleh jadi lebih busuk di sisi Allah dari bau badan orang yang kita umpat.

Namun eloklah juga bagi sesiapa yang ingin menghadiri solat berjemaah agar memeriksa dirinya dan memastikan agar ia jauh dari bau i.e bau badan, bau rooko atau apa jua yang boleh mengganggu jemaah yang lain. Ada sebuah hadis yang nama Rasulullah s.a.w melarang sesiapa yang makan bawang dari menghadiri solat jemaah di masjid beliau kerana mengelakkan gangguan ke atas jemaah dari bau bawang. Kalau bau bawang, perlu dielakkan, maka samalah juga bau badan kita.

Pakai rexona, harus asal sahaja berpada-pada dan niat untuk menghilangkan bau badan. Tapai kalau pakai sampai satu bas boleh bau atau niat masih lagi nak menarik perhatiana jejaka.. alahai.. memang tak baguslah.