Jika dibaca akhbar-akhbar tempatan kecuali Berita Harian dan Berita Minggu, terdapat laporan mengenai persembahan Thunder. Ia adalah persembahan tarian oleh beberapa jejaka tampan yang mana sasaran utamanya ialah para penonton wanita.
Sambil menari, jejaka-jejaka berkenaan akan membuka pakaian mereka satu persatu sehingga yang tinggal celana dalam jenis boxer sahaja sehingga menggembirakan para penonton wanitanya dan ada yang memekik histeria. Itu pun ada dikalangan penonton yang merakamkan rasa kecewa dan berharap celana boxer tu boleh dikurangkan lagi sehingga ke tahap g-string!
Dalam salah satu liputan yang dibuat oleh TNP (19 Feb 2009), salah seorang yang penonton yang ditemuduga ialah seorang wanita yang dari namanya memberi petunjuk yang kuat yang dia itu berasal dari keturunan Melayu/Islam. Dia datang bukan bersendirian tetapi dengan anak perempuannya. Menurutnya ia adalah hadiah (treat) bagi anaknya.
Hmmm… apakah poinnya??
Ia memberi gambaran akan perubahan nilai dikalangan sebahagian dari mereka yang berstatus isteri, ibu serta wanita, suami dan bapa bagi wanita dan anak gadisnya itu di kalangan masyarakat kita. Hendaknya ia menjadi bahan renungan dan tindakan mengenai bagi mereka yang ingin merenung.
Salam