Sehingga hari ini masih ada lagi dari kalangan ahli masyarakat kita yang mahu percaya dan belajar agama dari “guru” yang muncul dalam diri seseorang melalui proses “menurun”.
Sebahagian mereka ini adalah golongan bijak pandai dan terpelajar.
Perkara ini ada dibahaskan secara panjang lebar dalam buku Noktah Ajaran Sesat Di Singapura, terbitan Muis (lihat imej bagi muka depan buku).
Di sini, dilampirkan bahagian yang membincangkan perspektif Islam tentang perkara “menurun”.
Bahagian ini diambil dari artikel yang bertajuk Masalah Tahdir Al-Arwah (menghadirkan ruh) yang membahas panjang lebar isu “menurun” dari perspektif sains (samada ia sesuatu yang boleh berlaku) dan agama (samada ia dibenarkan oleh agama). Klik di sini untuk membaca artikel yang penuh di muka surat 453-503.
Bagi membaca dan memuat turun keseluruhan isi buku, sila klik di sini.