Satu lagi inisitif Masyarakat Islam Singapura menangani masalah pelampauan

Satu dokumentari bertajuk Sesat Dalam Nyata terbitan bersama Taman Bacaan Singapura dan Penguasa Pembangunan Media Singapura.

Empat siri akan ditayangkan oleh saluran Suria pada 23 Jun 2010, 30 Jun 2010, 7 Julai 2010 dan 14 Julai 2010.

Sinopsis

Episod Satu:   Mengenali Ancaman Pengganasan   

Menreka membunuh atas nama agama yang menggalak keamanan dan perdamaian. Niat para pengganas ialah mencipta semula aturan dunia menggunakan fahaman Islam yang sudah diputar belitkan. Apakah urutan sejarah perkembangan kumpulan-kumpulan pengganasa seratau seperti Jemaah Islamiah di Singapura dan rantau ini. Apakah yang menjadi dasar ideologi mereka adalah diantara isu-isu yang disorot dalam episode pertama. 

Episod Dua: Bagaimana Ia Tersebar 

Ideologi pihak pengganas yang memutarbelitkan beberapa konsep Islam secara am ditolak oleh arus Islam perdana. Namun beberapa sekolah agama atau pesantren seperti Al-Mukmin telah dikenalpasti sebagai sarang pengganas. Apakah peranan pusat-pusat pendidikan Islam atau pesantren dalam penyebaran fahaman radikal? Apakah pesantren patut dipersalahkan? Selain itu episode dua turut menyorot peranan media baru seperti internet dalam penyebaran fahaman radikal.

Episod Tiga: Kepercayaan Yang Menyeleweng

Jihad, Bai’ah, Al Wala Wal Bara adalah diantara konsep konsep Islam yang diputar belitkan kumpulan pengganas untuk mengesahkan niat jahat mereka. Bagaimana pihak radikal memutar belitkan beberapa konse-konsep agama menjadi teras utama episode ke tiga. Turut di paparkan ialah usaha umat Islam sederhana yang semakin aktif melawan suara-suara radikal yang telah mencemar nama baik kesucian agama Islam

Episod Empat: Tugas Yang Belum Selesai

Ancaman pengganasan tidak akan luput meskipun beberapa tokoh tokoh utama mereka telah dibunuh atau ditangkap. Usaha melawan suara pengganasan harus diteruskan. Episod keempat memaparkan usaha jangka panjang yang perlu dilakukan untuk menhentikan penyebaran fahaman pengganas