Alasan-Alasan Di Jalan Dakwah

Bersama menyertai kafilah dakwah bukan satu perkara yang mudah. Tanyakanlah kepada sesiapa sahaja Mahukah anda bersama-sama saya melaksanakan tugas dakwah???

 

Seorang pelajar akan berkata “Nanti dahulu, saya ingin belajar dahulu kerana ia adalah kewajiban yang lebih utama…..Exam dah dekat…Banyak projek……Saya perlu pastikan kejayaan yang cemerlang agar orang tidak kata pelajar Islam tidak lembab atau malas. Sibuklah… Mak ayah tak izinkan……….Kalau saya sudah bekerja, saya akan menyumbang untuk dakwah”

 

Apabila ia telah lulus dan mula bekerja ia akan berkata “Saya baru bekerja….perlu masa untuk settle down…perlu masa untuk menyesuaikan diri. Saya perlu fokus kepada kerja saya kerana ia juga adalah fardu kifayah……kalau saya kerja tidak baik, nanti orang kata pekerja Islam tidak kompeten dan efisyen….Sibuklah….Nanti dululah.”

 

Setelah beberapa tahun, ia dinaikkan pangkat ia akan berkata “Jawatan baru, sibuk dan semakin besar tanggungjawab. Perlu tumpuan untuk menjaga nama baik orang Islam…perlu masa lagi untuk menyesuaikan diri….Sibuk….Nanti dululah”

 

Setelah itu ia berumahtangga, ia berkata pula “Baru kahwin…hidup baru memerlukan penyesuaian… Isteri aku kecik hatilah kalau aku tak spare masa untuk dia….keluarga pun penting, dakwah kepada keluarga dulu baru kepada orang lain…. Mertua aku bising kalau aku tak ada dekat rumah….(Kalau orang perempuan) Suami tak izinkanlah……Tanggungjawab utama orang perempuan di rumah….Sibuk…Nanti dululah”

 

Beberapa bulan berlalu, isterinya mengandung ia pun berkata “Orang rumah mengandung, kasihan nak tinggal-tinggalkan…….kena jaga hati dia, maklumlah sensitif……..orang rumah selalu tak sihatlah pasal mengandung, maklum anak pertama…..Kena ambil orang rumah dari kerja……kena hantar pergi klinik……kena hantar pergi shopping…kesian dia, perut besar, jalan sorang-sorang, kalau apa-apa nanti susah….(Kalau orang perempuan) Sakit…Tak sihat badan…..Baby dalam perut meragam……Masih sibuk…..Nanti dululah.”

 

Apabila isteri sudah selamat bersalin, ia pun berkata “Ada baby kecil, perlu masa lagi nak sesuaikan hidup sebagai bapa…….Kesian orang rumah jaga baby sorang-sorang…. Penatlah, malam tak cukup tidur pasal baby selalu nangis……Anak aku sakit……Anak tak ada orang nak jaga…….. Kena bagi perhatian pada anak, kalau tidak nanti dia ketinggalan dari anak-anak orang lain, malulah….Semakin sibuklah…..Nanti dululah.”

 

Kemudian isterinya mengandung lagi dan beranak dan mengandung dan beranak dan seterusnya. Setiap kali bila ditanya ia akan berkata “Perlu penyesuaian…sibuk…nanti dulu….Kena kerja lebih sikit untuk tampung keluarga….sediakan nafkah pun wajib jugak”

 

Apabila anak-anak sudah besar, ia berkata “Kena beri tumpuan kepada anak-anak, kalau tidak nanti dia nakal, bercampur dengan budak-budak liar, orang Islam juga yang malu…kena kerja lebih lagi kerana anak-anak nak pakai duit buat belajar di poly, di univerisiti dan lain-lain lagi.”

 

Apabila sudah mencapai pertengahan umur, ia berkata “Aku tak sihat…Doktor kata ada sakit jantung……darah tinggi…kencing manis….tak boleh buat kerja kuat-kuat…perlu banyak rehat…….badan tak kuat tenaga, dah tak ada…Nanti dululah.”

 

Apabila sudah pencen, ia berkata “Ini kerja orang muda-muda……korang orang muda-muda, korang buatlah…aku dah tua nak tumpu pada amal akhirat.”

 

Ada pula yang akan berkata “Malulah, buat kerja ni…Tak biasalah…….Tak cukup ilmu lagi macam mana nak ajak orang lain…..Keluarga sendiri tak betul, macam mana nak dakwah kat orang lain….”

 

Jangan tunggu masa lapang untuk berjuang, kerana kehidupan ini sememangnya tidak akan menyediakan kelapangan. Hidup ini dijadikan penuh dengan kesibukan. Orang yang menanti kelapangan untuk berjuang, samada ia tidak akan terjun ke medan perjuangan atau akan hanya menempel sahaja di tepi medan.

 

Manakah yang lebih baik – Seorang yang sentiasa berusaha keras mengatasi halangan dalam kehidupan atau Seorang yang hanya berhenti di hadapan halangan setiap kali ia menghalangi laluannya???