Bersama Memimpin, Bukan Mengikut

Rakan-rakan seperjuangan!!! Ingatlah bahawa kepimpinan adalah satu pertanggungjawaban bukan penghormatan. Kemuliaan pada kepimpinan hanya wujud jika dituruti dengan pelaksanaan tugas dan tanggungjawabnya. Pelaksanaan tugas kepimpinan hanya berjaya jika ia diwarnai dengan nilai-nilai berikut;

 

1.       Ikhlas Dan Tidak Mencari Keredhaan Selain Dari Mardatillah. Iaitu;

 

·         Faham bahawa tiada istilah ‘merajuk’ dalam kamus para pendakwah.

·         Ingat bahawa dengan keikhlasan sejati pintu barakah dari Allah akan terbuka untuk kita.

·        Selalu ingat bahawa mencari sanjungan hasil dari kerja yang kita lakukan bukan kemuliaan di sisi Allah taala.

·        Yakin bahawa manusia itu pelupa tetapi Allah taala tidak sekali-kali lupa jasa yang kita lakukan.

2.       Berwawasan. Iaitu;

 

·         Lakarkan satu gambaran keseluruhan terhadap apa yang akan ditempoh dan dicapai oleh ahli-ahli dan organisasi pada masa akan datang.

·         Wujudkan matlamat dan nilai bersama.

·         Wujudkan pemikiran aktif tentang hasil dan kesudahan yang akan dicapai.

·         Kemudi proses perubahan secara matang.

·         Bina budaya kerja berprestasi tinggi.

 

3.       Membina Keyakinan Dan Kepercayaan. Iaitu;

 

·         Jadikan diri sebagai seorang yang ‘transparent’ dari segi wawasan, aspirasi dan cita-cita.

·         Jadi pendengar yang berkesan terhadap pengikut dan ahli-hali lain.

·        Jadikan diri sebagai seorang yang boleh diduga (konsisten) dari segi pendirian dan tindakan.

·         Buka ruang seluas meungkin bagi ahli mendampingi kita.

 

4.       Memobilisasi Pelibatan.

 

·         Gerak dan janakan potensi ahli-ahli.

·         Bina pemuafakatan dan perkongsian.

·         Pupuk persekitaran kerja sepasukan dan kerja berpasukan.

·         Anjurkan rasa pemikiran di kalangan ahli-ahli.

·         Wujudkan semangat mengejar kejayaan dan kemenangan.

 

5.       Meneruskan Pembelajaran Dan Pelajaran.

 

·         Pupuk ‘penemuan baru’ diri pemimpin.

·         Kenal kekuatan dan kekurangan diri.

·         Kuasai proses dan peranan menjadi ‘mentor’.

·         Gugah ruh dan minda ahli.

·         Bina kelompok yang ingin terus belajar.

 

Ahhhhh!!! Sememangnya tugas kepimpinan ini payah dan sukar tetapi ingatlah!!! Ganjaran yang besar dari Allah taala hanya ada pada tugas yang besar. Syurga Allah taala bukan percuma bahkan mahal harganya. Bayarlah harganya dengan penyempurnaan tugas kepimpinan kita. Semoga kita dapat merenung dan berfikir.

 

Sebahagian dari kandungan tulisan ini dipetik dari buku Menempatkan Misi Pengislahan Dalam Tranformasi Arus Perdana oleh Saari Sungib.