Dakwah adalah satu tanggungjawab yang berterusan. Ia tetap merupakan satu kewajiban sehingga Hari Kiamat.
Hatta, sekiranya dengan izin Allah taala, kita mampu merealisasikan idealisme perjuangan dakwah kita – meletakkan Islam kembali dikedudukannya yang sebenar – bukan bermakna usaha dakwah akan terhenti. Dakwah tetap akan diteruskan untuk memastikan agar kesolehahan tetap berkekalan.
Oleh itu pendakwah bukan hanya perlu perihatin terhadap dakwahnya hari ini tetapi juga dakwahnya hari esok. Pendakwah bukan hanya perlu memikirkan mengenai pencapaian objektifnya tetapi juga penjagaan objektif yang telah dicapai.
Penerusan dakwah ini memerlukan usaha untuk mewariskannya kepada yang lain. Pendakwah perlu juga peka, perihatin dan berfikir siapakah yang akan mewarisi usaha dakwahnya di hari esok?
Hakikatnya Allah taala akan mewariskan perjuangan ini kepada sesiapa yang ia kehendaki tetapi Allah taala juga akan bertanya kepada kita apakah usaha yang telah kita lakukan untuk mewariskan perjuangan ini pada yang lain?
Mewariskan dakwah adalah sebahagian dari tanggungjawab menjayakan dakwah. Kita bukan hanya wajib menjayakan perjuangan dakwah tetapi juga mewariskannya.
Kalau sepasang suami isteri tidak dapat mewariskan zuriat bagi penerus keturunannya dipanggil mandul, bagaimana dengan pendakwah yang tidak mewariskan perjuangannya???? Malulah kita untuk menjadi pendakwah atau gerakan dakwah ‘mandul’!!!!
Siapakah yang sepatutnya mewarisi perjuangan kita???
Dengan izin Allah taala, mana-mana organisasi dakwah yang bekerja pasti mempunyai kumpulan sasaran yang tersedia (captured target groups). Mereka itu antaranya ialah;
· ibu bapa anak-anak yang mengikuti pendidikan di madrasah.
· orang dewasa yang sedang mengikuti kelas pengajian agama.
· orang dewasa yang telah mengikuti program yang lalu.
· anak-anak dan remaja yang mengikuti pendidikan di Madrasah.
· remaja yang menjadi ahli jabatan belia.
· pegawai sepenuh masa.
· dan mungkin ramai lagi.
Untuk mewariskan perjuangan ini, mereka memerlukan dampingan kita. Dampingan yang mengeratkan hubungan dan menjalin perkenalan yang kukuh.
Mereka memerlukan perkongsian pemikiran dan pengalaman bersama kita. Perkongsian bukan hanya antara seorang teman tetapi antara seorang pendidik dengan anak didik, antara seorang pendakwah dengan yang didakwahkan.
Atau mungkin lebih tepat untuk dikatakan bahawa mereka tidak memerlukan kita tetapi kita yang berkewajiban untuk mendamping, berkongsi dan membimbing mereka.
Apakah setelah usaha gigih sehingga hari ini untuk mengumpulkan mereka, kita akan membiarkan mereka terlepas begitu sahaja sehingga di satu masa mereka berdiri di hadapan Allah taala mendakwa bahawa kita tidak pernah berusaha untuk mewariskan perjuangan ini kepada mereka????
Ya, rakan-rakan seperjuangan! Dakwah bukan hanya menyampaikan pesanan tetapi dakwah juga memerlukan kita melaksanakan tugas bimbingan.
Dalam kesibukan hidup ini dan kecelaruan akal kita, mari kita merenung sejenak dan melihat di sekeliling kita, siapakah di antara generasi muda dan rakan sebaya kita hari ini yang tumbuh dalam saf perjuangan ini hasil dari bimbingan dan perkongsian kita??? Ramaikah mereka?????
Namun jangan lupa!!!!!!!!!!!! Yang lebih utama untuk mewarisi dan berkongsi perjuangan kita sebenarnya ialah isteri dan anak-anak kita.
Sungguh malang jika perjuangan ini diteruskan dan dikongsi oleh orang lain bukan anak-anak dan isteri kita.
“Ya Allah!!! Kurniakanlah kami isteri-isteri dan anak-anak yang menjadi penyejuk mata kami dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa. Ya Allah lahirkanlah dari kami isteri-isteri / suami-suami dan anak-anak yang soleh yang akan berkongsi dan mewarisi perjuangan ini, Amin”