Mindset Dalam Pelayanan Dakwah

Mindset petugas dakwah dalam menawarkan pelayanan mereka boleh dikategorikan kepada kategori berikut

 

1.      Asas (Basic Service Mindset)

 

·         Apabila petugas dakwah tidak endah akan ‘pelanggan’nya. Bahkan mereka tidak peduli apa-apa kecuali hanya untuk menjalankan tugas yang diberikan sahaja atau mendapat gaji dari tugas itu.

·         Apabila petugas dakwah tidak mempunyai kefahaman yang jelas mengenai program, produk atau maklumat berkenaan organisasi dakwah yang ia bekerja dengannya. Mereka tidak terlatih dan tidak matang.

2.      Yang Dijangka (Expected Service Mindset)

 

·         Apabila petugas dakwah mewujudkan hubungan mata (eye contact) dan memberi salam apabila menyapa ‘pelanggan’nya. Di telefon, mereka memperkenalkan dirinya dengan menyatakan nama organisasi dan nama mereka.

·         Apabila petugas dakwah mengucapkan ‘Terima Kasih’ di akhir urusan dengan ‘pelanggan’nya. Mereka bersedia menolong jika ada pertanyaan yang dikemukakan.

3.      Yang Disukai (Desired Service Mindset)

 

·         Apabila petugas dakwah menunjukkan penghargaan yang tulen. Mereka mengingati nama ‘pelanggan’nya dan mengalu-alukan kedatangan ‘pelanggan’nya secara peribadi. Di telefon, mereka menggunakan nama ‘pelanggan’nya dalam perbualan.

·         Apabila petugas dakwah secara ikhlas mengucapkan terima kasih kerana berurusan dengan mereka. Jika terdapat kemusykilan dari ‘pelanggan’, mereka dengan gembira akan membantu.

4.      Yang Menakjubkan (Surprising Service Mindset)

·         Apabila petugas dakwah mengenali ‘pelanggan’nya dengan sangat baik dan memahami keperluannya. Mereka mengucapkan tahniah atas kejayaan ‘pelanggan’nya dan sentiasa memberi idea-idea baru agar mereka terus berjaya.

·         Apabila petugas dakwah amat gembira untuk menjawab soalan yang dikemukakan. Mereka berusaha untuk mendapatkan maklum balas dari ‘pelanggan’nya untuk menjadikan pelayanan menjadi lebih baik dan berkesan.

·         Apabila semangat petugas dakwah memberi kesan yang besar sehingga ‘pelanggan’nya akan sentiasa menghubungi organisasi berkenaan kerana para petugas itu sentiasa menceriakan hari-hari dalam hidup mereka.

5.      Yang Sungguh Mengkagumkan (Unbelievable Service Mindset)

 

·         Apabila petugas dakwah sentiasa menjangkaui lebih dari apa yang diharapkan oleh ‘pelanggan’nya. Mereka sentiasa berusaha mencari jalan untuk menggembira dan menyeronokkan ‘pelanggan’nya.

.         Apabila petugas dakwah berdedikasi secara peribadi untuk membantu ‘pelanggan’ membina hubungan dengan organisasi. Dalam tempoh tertentu, petugas dakwah itu menjadi teman dan sahabat bagi ‘pelanggan’nya.

 

Islam adalah agama yang menganjurkan ihsan dalam kehidupan. Oleh itu, pelayanan dakwah kita tidak harus berpada hanya pada Yang Asas, Dijangka dan Disukai semata-mata.

 

Diubahsuai dari Up Your Service, oleh Ron Kaufman.