Kemusykilan Agama – Berus cat dari bulu khinzir.

(Nota: Dipetik dan diubahsuai dari ruang Ask_Ustaz di rantauan.com)

Soalan

Assalamualaikum Ustaz,

Apabila datangnya hari raya biasanya ramai orang pun sibuk mengecat rumah. Tapi ada orang yang tak tahu berus cat yg dipakai tu diperbuat dari bulu (hog). Setelah cat kering cat di pintu atau dinding, najis tak kalau kita pegang cat yg dah kering tu. Atau kita kena sertu.

Terima kasih

———————————–

Jawaban

Salam

Hukum bagi soalan yang ditanyakan sememangnya diperselisihkan oleh para ulama. Umumnya para ulama di rantau ini yang condong kepada mazhab Syafi’ii akan melarang penggunaan berus cat dari bulu khinzir kerana sifatnya yang najis yang pastinya akan menajiskan cat yang digunakan.

Namun, saya condong pada pandangan yang sebaliknya iaitu membolehkan penggunaan berus dari bulu khinzir dan tidak perlu untuk menyertu benda yang terkena olehnya.

Lihat jawaban di http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503547980

Terserahlah kepada saudara untuk berpegang pada pandangan yang mana.

Wassalam

 

3 komentar untuk “Kemusykilan Agama – Berus cat dari bulu khinzir.”

  1. assalamualaikum ustat,
    Baru baru ni, saya baru beli berus gigi jenama yang dunia kenal.selepas saya beli saya terperasan belakang kotak berus gigi tu ada tulis perkataan Bristle saje tentang kehebatan productnya.Adakah semua perkataan Bristle didunia ini datang dari bulu babi? saya tak pasti bulu berus gigi sumber dari mana?bila saya check internet tentang sejarah product berus gigi yang saya beli tu ianya bertulis nylon bristle.mmg adakah bristle dari nylon?perlukah saya sertu semua tgn saya,mulut,dan seluruh benda yg saya telah pegang dirumah ketika basah?bolehkah minta tolong ustaz tolong jelaskan.?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      ya, bukan semua bistle dari bulu babi. biasanya yg diguna utk berus gigi adalah nylon. benda ini boleh dipastikan dgnmudah dgn pandanagn mata sahaja i.e. perbezaan antara bulu dan nylon.

      apa pun tak wajib utk selidik dalam2 samada berus itu bulu atau nylon. boleh diandaikan sahaja ia dari nylon. jika was2 ganti shj dgn berus lain tanpa perlu sertu apa2.

Komentar ditutup.

Scroll to Top