Soalan
Assalamualaikum
Saya telah mengalami masalah was-was sudah agak lama. Beberapa tahun dahulu saya pernah mengalami perkara yang sama sehingga saya berhenti solat (sekejap saja) sebelum saya mengatakan pada diri ssya lebih baik saya solat tak sempurna dari tidak solat langsung. Kemudian, lama-kelamaan was-was itu berhenti…..TETAPI kini sudah beberapa bulan, was-was itu datang lagi.
Saya sering mengambil air wudhuk atau mengulang solat berkali-kali kerana saya terasa mungkin saya telah terbuang angin, terbuang air kecil, terlupa sesautu dalam mengambil wudhuk, terlupa sesuatu dalam solat, terlupa membaca ayat, atau mungkin terbaca salah doa-doa dalam solat saya. Semua ini berlaku semasa saya mengambil wudhu’ atau solat sehinga saya akan berkali-kali mengulangnya atau saya akan baca Al-Fatihah berkali-kali. Sehinggakan, saya mengambil lebih kuran satu jan untuk menyempurnakan satu solat. Saya tidak dapat kawal perasaan saya. Semua yang saya fikirkan i.e. terbuang angin atau tidak adalah fikiran yang saya tidak yakin benar-benar berlaku tetapi, kerana takut Tuhan tidak sahkan solat saya, saya akan ulang lagi dan lagi.
Penyakit was-was ini kadangkala merebak ke perkara lain seperti saya was-was untuk pegang benda kerana takut kalau saya terpegang kulit babi.
Saya tidak mahu perkara ini berlarutan sehingga saya menjadi begitu was-was begitu rupa.
Saya sering takut untuk solat sekarang tetapi saya tidak suka akan perasaan ini. Saya mahu melakukan solat. Saya rasa part of my was-was is because saya takut Tuhan tidak akan terima ibadah saya dan membayangkan akibatnya di akhirat kelak.
Saya benar-benar harapkan nasihat.
———————————————————-
Jawaban
Salam
salam
 Berikut adalah nasihat sayaÂ
- Amalkanlah membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas 3x pada setiap lepas solat subuh, lepas solat asar dan sebelum tidur. Ini bertujuan untuk melemahkan setan yang menimbulkan was-was dalam diri dan memberi kekuatan kepada anda.
- Apa yang awak katakan adalah betul, lebih baik solat “kurang sempurna dari tidak solat langsung” dalam kes awak ni, jangan pedulikan sama sekali terhadap was-was tu. Sentiasalah menyalahi (contradict) was-was awak. Tidak mengapa kalau hakikatnya, apa yg awak was-was kan itu betul kerana awak sekarang sedang berada di peringkat hendak melawan sesuatu “penyakit”, bukan sengaja mahu mencuaikan ibadah. Insyallah, Allah akan mengampuni, jika judgment awak salah. Hanya dengan menyalahi was-was awak tu, awak dapat buang tabiat jahat berkenaan dan mengembalikan keyakinan diri.
- Masalah awak ni bukan hanya masalah agama dan gangguan setan tetapi juga masalah psikologi. Oleh itu, dapatkanlah juga khidmat kaunseling dan terapi psikologi. Hubungilah pihak yang pakar dalam persoalan ini untuk mendapatkan kaunseling dan terapi psikologi secara bersemuka.
- Cuna baca buku Talbis Iblis, lihat di http://kitaabun.com/shopping3/product_info.php?products_id=1499 Cuba lihat di Wardah Book Store di Bussorah Street atau tanya versi bahasa melayu di kedai buku Islam melayu, di Masjid Kassim atau kedai buku di Bukit Batok dekat Restoran Aliff, berdekatan Bukit Gombak MRT.
- Awak perlu mempelajari agama di masjid-masjid atau badan-badan rasmi secara sistematik dan berterusan. Oleh itu, carilah kelas agama yang membolehkan awak memahami selok belok hukum beribadat agar tidak mudah di was-waskan, lebih yakin dalam beribadat dan tahu bagaimana nak mengatasi was-was, melalui fiqh.
Semoga Allah taala membantu dan memudahkan hidup awak dan memberi ganjaran atas kesabaran terhadap ujian ini.
Wallahu A`alam
yes.. saya pun kadang-ladang mcm tu, tapi cuma bab solat je. kalau pandang kat sejadah je mcm-mcm gambaran yg saya nmpk. So dgn jawapan ini saya lebih confident. thank u.
salam, kalo solat then rasa macam nak ulang balik solat sebab rasa macam pernah batalkan solat macam mana lak. perasaan ni selalu jadi. mmg penah kadang tu solat 2 kali sebab kdg2 was-was dh baca fatihah ke belum
salam
kalau solatnya sudah habis, tidak perlu ulangkan solat itu. dilawan sahaja perasaan itu. kalau di tengah solat, maka ia bergantung pada masalah. jika was-was mengenai jumlah rakaat, maka hitung yg kurang i.e. was-was dah buat 3 atau 4 rakaat = anggap baru 3. lalu lakukan sujud sahwi, sebelum tahiyat akhir, dan sebelum salam. kalau ragu2 terbatal wuduk, maka andaikan tidak terbatal dan teruskan solat kerana asalnya wuduk telah ada dan hukum asal ini tidak berubah semata-mata kerana was-was. kalau ragu2 terbatal solat, maka hukumnya juga teruskan solat kerana asalnya perkara yg membatalkan tidak ada kecuali ada bukti yg yakin.
salam
salam, kalo kerap (sentiasa) dalam setiap kali solat was-was dah tahiyyat awal ke belum, dah baca fatihah ke belum, dah buat rakaat sebelumnya ke belum.. sentiasa, bukan kadang-kadang.
saya ada rekod perlakuan solat saya dalam webcam, terbukti bila setiap kali was-was sebenarnya saya menambah benda yang dah cukup, bukan menampung kekurangan.
jadi dalam kes ni apa yg saya patut buat bila rasa diganggu. ambik yg kurang ke ambik yg lebih, maknanya kalo saya was-was dah berada pada rakaat ke 3 atau rakaat ke 4, maka saya ambik saya di rakaat ke -4.
saya ada baca di sini:
http://usrahzonpiasau.blogspot.com/2009/04/menghindari-dari-penyakit-was-was.html
Imam Malik punya pendapat ambik yg lebih.
boleh tak saya guna pendapat imam malik ni. isteri saya pun tegur saya solat Subuh sampai 3-4 rakaat.. sebabnya saya was-was yg severe(teruk)
salam
oleh kerana anda telah pun membuat pembuktian yg saintifik bahawa was-was anda sering condong membuat anda melakuakn berlebihan dalam solat, saya berpendapat utk kes anda lebih baik anda abaikan sahaja was-was tu setiap kali ia muncul = bila was-was, ambil yg kurang. hal ini kerana salah satu cara merawat was-was adalah dgn melakukan yg berlawanan dari tujuan was-was itu.
salam
Salam, nak tanya, mcm mne kalau kita mandi wajib, tp Ada perasaan x yakin. SAH x mandi wajib tu..?
salam
jika anda telah selesai mandi, hukumnya ialah sah dan tak perlu dilayan was-was itu.
melayan was-was itu akan membuka pintu pada penyakit was-was seterusnya.
jika perasaan itu timbul ketika mandi, maka basuh sahajalah tempat yg dirasakan belum terbasuh.
salam
terima kasih atas penerangan tentang permasalahan wuduk..boleh sy share di sini..
Masalah utama sy adalah penyakit was2..sy penah ikuti satu kes dlm blog tuan hampir same ngan situasi saya.. InsyaAllah sy sedang cube praktikkan tidak melayan was2 itu utk melawan penyakit tersebut..
sy ingin mengajukan pertanyaan mengenai wuduk..
Situasi: Sy selalu mengambil masa agak lame kdg2 utk ambil wuduk..kdg2 berulang kali.. kdg2 sy terlupa.. Terutama samada wuduk itu smpai ke aggota yg dilakukan atau tidak.. contoh bahagian muka..kaki..celah kuku.. keadaan ni membuatkan sy menggunakan air yg banyak..ermm.. setahu saya sunat mengambil wuduk tiga kali.. Bagaimanakah cara utk saya menghadapi situasi ni..bila sy terlalu was2..
1)Jika terlupa,semasa berwuduk, bolehkah sy patah balik kebahagian yg sy yakin..amek yg kurang semula..cth sy sedang berwuduk di bahagian telinga then sy terlupa kepala sy da sapu atau tidak(was2). Atau tidak melayan teruskan shj??
2) Anggota wuduk..Tidak yakin ada bhgian yg xkena air..ambil masa terlalu lame utk lalukan..adkaah cukup tiga(3)kali shj..then xperlu sy melayan..dan bertwakal? kdg2 kalo diulang semula boleh juga terjadi lg..
Harap tuan sedikit sbyk dpt bantu sy..
hanifiyah wrote today at 10:18 PM
salam
sila baca jawapan bagi masalah yg sama di http://hanifiyah.multiply.com/journal/item/411/Kemusykilan-Agama-Diserang-Was-Was
oleh kerana anda sedang dilanda was-was yg kronik, huraian bagi anda mengenai masalah wuduk anda ialah utk tidak hiraukan sama sekali akan was-was anda itu dan sentiasa lakukan apa yg berlawan dgn was-was anda i.e. jika anda was-was samada sudah buat atau belum, maka tetapkan hati utk putuskan sudah buat = tak yah ulang2 lagi. ini adalah salah satu cara ubati was2.
moga bermanfaat, salam
masalah was was saya bukan lah di waktu solat dan ketika wudhuk kerana Alhamdulilah saya telah berjaya mengatasi masalah itu sebelum ini. Tetapi masalah saya adalah pada air mutanajis.
Saya pernah menunaikan solat subuh dan sebelum solat saya telah ke tandas untuk membuang air besar, semasa solat seluar saya agak basah dan saya solat tp dengan melawan perasaan risau sekiranya seluar dalam saya terkena najis. selepas solat saya melakukan sedikit riadah, kemudian saya mandi.ketika mandi saya, saya lihat ada sedikit calitan najis dan pada mulanya saya mengaggap ianya terkeluar ketika saya beriadah tetapi sejenak kemudia saya terfikir, saya rasa ianya mungkin terkeluar ketika saya sedang sola sebab saya baru pulang dari toilet sebelum itu. masalahnya seluar saya yang basah menyebabkan kain sembahyang saya juga basah. jadi saya basuhkan kain sembahyang dan juga sejadah saya. masalah sekarang ialah saya bersolat di atas karpet dan sejadah yang saya gunakan itu nipis seperti helaian kain sahaja jadi saya risau sekiranya air mutanajis terkena padanya (saya pun tidak pasti sekiranya kain sembahyang saya terkena kerana ada juga perasaan dalam diri saya ianya tidak sempat kena kerana solat sekejap sahaja. tambahan pula saya cuba berhati-hati semasa duduk di antara 2 sujud dan tahiyat kerana risau sekiranya najis akan keluar) saya memilih untuk mengabaikan sahaja yang di atas karpet tersebut atau sekiranya saya ada berjalan di atas lantai selepas itu. dan saya masih besolat diats karpet itu tetap menganjakkan posisi supaya kaki tidak berada diatas tempat saya solat dahulu. Perkara ini berlaku dekat setahun yang lalu.
Namun, kemudianya saya mempunyai teman sebilik. teman sebilik saya yang tidak tahu akan keadaan karpet itu. jadi dia berjalan sahaja di atas karpet itu dan kemudian di dalam seluruh bilik. saya was was akan kebersihan bilik saya. jadi saya lap kawasan-kawasan tertentu iaitu hampir seluruh bilik. tetapi kemudian ketika saya mahu solat, dlm keadaan kaki yang sedikit basah saya terpijak bahagian yang saya tidak lap dan pada mulanya sy melawan perasaan itu dengan berkata jika ada sekalipun mutanajis itu, ianya terlalu sedikit dan tidak akan merosakkan ibadat aku. tetapi selepas beberapa kali bersolat, saya asyik berfikir, tidak mengapa kah?. jadi apa yang perlu saya lakukan? adakah say perlu lap semuanya sekali lagi dan basuh kain sembahyang saya, dan sejadah saya?.
Saya sgt mengharapkan bantuan di sini
lexus, salam
jawaban bagi masalah anad ialah jangan hiraukan segala was-was itu. solat anda sah dan tidak timbul soal najis pada kain, sejadah, karpet dan lain-lain.
oleh kerana anda tahu tentang kewujudan najis di seluar anda setelah berlalu tempoh masa tertentu di mana anda telah melakukan aktiviti lain seperti dan ini mewujudkan kemungkinan bahawa najis itu berlaku setelah solat dan ketika anda berriadah, maka anda boleh gunakan kemungkinan itu utk menolak was-was berkenaan.
kaedah fiqh berkata “sesuatu yg yakin tidak ditolak dengan sesuatu yg diragui” iaitu anda telah yakin membasuh najis, timbul keraguan kemudian. keraguan itu tidak boleh menolak keyakinan pertama.
atas dasar ini juga tidak timbul soal najis pada kain, sejadah dan karpet kerana telah diandaikan najis itu keluar semasa riadah.
kerana ia menolak was-was para ulama hingga menganjurkan kita utk memercik kan sedikit air ke seluar dalam kita setelah bercebok. tujuannya ialah jika timbul rasa seolah-olah ada air kencing terkeluar, kita ada peluang untuk menolak was-was itu dengan andaikan basah di sleuar adalah kerana air yg dipercik bukan kerana kencing.
moga bermanfaat.
salam
Assalamualaikum ustaz….saya ingin bertanya sebelum ini sy pernah menyentuh anjing, tapi perkara tu da berlalu 6 tahun yang lepas…tapi sy tidak samak..dn perlukah sy samak skrg ini walaupun perkara tu da lama berlaku?adakah perkara yg sy buad selama ini sah?
salam
tak perlu.
bukan semua ulama berpendapat perlu sertu.
oleh itu, utk masalah ini pendapat ulama dari mazhab lain boleh digunapakai = iaitu najis itu telah suci dgn basuhan biasa dan ibadah awak, insyaallah, semuanya sah.
hal ini sebagai kemudahan bagi anda kerana islam agama yg mudah dan praktikal.
utk lain kali, awak boleh bersertu jika pegang anjing kecuali mmg awak nak ikut mazhab lain.
lihat di http://haniff.sg/kemusykilan-agama/kemusykilan-agama-tiga-pendapat-tentang-anjing-berita-minggu-singapura-24-november-2013/
moga bermanfaat.
Assalamualaikum..
Saya ingin bertanya adakah perlu saya menyertu kaki,stokin,sliper yang sedang dipakai setelah dipijak oleh individu lain semasa di pusat membeli belah? Bila saya perhatikan, tiada najis & kaki kedua-dua pihak keadaan kering. Adakah wajar untuk saya abaikan perasaan was-was..
salam
ya abaikan was2 itu.
Salam. Saya nak bertanya. Saya ada perasaan was was ketika mandi wajib. Setiap kali saya mandi, saya merasakan ada benda keluar seperti buang air kecil dan saya akan hayal dan kdg kala terfikir benda-benda yg tidak harus fikir, soalan saya, adakah mandi wajib saya sah? Perlukah saya mandi lagi?
Dan adakah semua solat saya akan diterima jikalau saya tak mandi lagi? Terima kasih.
salam
tak perlu ulang mandi kerana ia hanya was2.
kalau pun betul awak terkencing, ia tak menybabkan mandi tak sah. hy perlu cebok je. lain kali kalo was2, awak cebok je utk hilangkan was2 dan teruskan mandi.
Terima kasih atas balasan nye. Kalau saya rasa was was dalam hal mandi wajib, kdg2 rasa merasakan air tidak rata di seluruh badan, saya tak ingat saya dah baca doa ke blm atau saya hanya mandi sekali ke ape, saya perlu saja elak dari rasa was was tu?
ya
Salam.. saya juga turu mempunyai mengalami penyakit ini. Namun kadangkala saya tidak menghiraukan pun kerana saya tahu benda ini boleh mendatangkan dosa, kerana berlebih-lebihan. Namun kadangkala saya tidak mampu menahan emosi dan sering memikirkannya. Saya sering mengambil alternatif menjadi imam agar saya lebih yakin, namun was-was tetap hadir. saya seirng lupa adakah saya sudah duduk antara dua sujud atau tidak. Disebabkan saya menjadi imam, saya tidak menghiraukan was-was tersebut.. Apakah pendapat yang boleh diberikan? adakah saya perlu ulang semula solat yang saya imamkan atau pun membiarkan sahaja?
salam
umumnya jika anda was2, hendaklah anda jgn ikut rasa was2 itu iaitu lakukan apa yg sebaliknya.
jika anda imam, jika anda silap makmum akan tegur. jika makmum tidak tegur, maka anggaplah perlakuan anda betul dan tinggalkan was2.
Salam ustaz,saya sering was selepas mandi wajib saya rasa mcm belum mandi wajib..ia membuatkan saya mandi wajib berulang kali. Saya takut saya belum mandi wajib lagi..mohon pertolongan
salam
nasihat saya ialah:
1. awak jangan layan was2 itu sama sekali. setiap kali awak was2, awak tolak sekera2nya dan yakinkan diri bahawa tiada masalah apa2 pada mandi wajib awak itu dan ia telah sempurna, atau
2. awak pergi jumpa kaunselor atau psikologist utk rawatan, atau
3. lakukan dua2 perkara di atas sekali.
awak mesti bertindak, jika tidak ia akan melarat dan lebih teruk.
tak guna setiap kali masalah ini berlaku away tanya sana sini.
ia tidak akan hilangkan was2 anda. bahkan ia akan memburukkan lagi.
hanya jika awak bertindak seperti yg saya nyatakan di atas awak akan terlepas dan pulih.
Assalam ustaz..
saya ade pertanyaan dimana semasa saya mendukungbayi perempuan(11bln) selepas mandi dan suami saya mendukung bayi saya dan selimutkan dengan tuala..tetapi semasa suami ambil bayi tu saya nampak ada air yang meleleh turun di kaki anak saya..tp sblum sy serahkan pada suami saya basuhkan kemaluan bayi..saya tak pasti samada itu air basuhan ataupun air kencing bayi..saya asyik duk terfikirkan hal tu sampai hari nih..tolonglah saya ustaz…
salam
boleh diandaikan sahaja air tu adalah air mandi dan bukan kencing. tak wajib utk selidik utk kepastian.
yg dah berlalu tu sudah, tak payah nak difikir2kan lagi.
Alhamdulillah..lega saya membaca jawapan ustaz..terima kasih ustaz ats pnjelasan ustaz ini..
Ustaz, adakah mandi wajib akan diterima kalau ada rasa was was, walaupun mandi wajib itu dibuat dengan baik dan sempurna? saya yakin dengan niat dan juga meratakan air ke seluruh tubuh ketika mandi wajib. Lepas saya selesai mandi wajib, saya selalu fikir (24/7) tentang mandi wajib tersebut dan Alhamdulillah saya masih yakin. Adakah dengan asyik memikirkan tentang mandi wajib, saya dikira was was? Orang kata kalau ada was was dlm mndi wajib….even kita dah ratakan air ke seluruh tubuh pun….mandi kita tu tak sah, betul ke ustaz? Saya sangat berharap ustaz dpt memberi huraian kpd masalah saya.
mandi wajib awak tu sah dan tak perlu ragu2 lagi.