Kemusykilan Agama – Diserang Was-Was

Soalan

Assalamualaikum

Saya telah mengalami masalah was-was sudah agak lama. Beberapa tahun dahulu saya pernah mengalami perkara yang sama sehingga saya berhenti solat (sekejap saja) sebelum saya mengatakan pada diri ssya lebih baik saya solat tak sempurna dari tidak solat langsung. Kemudian, lama-kelamaan was-was itu berhenti…..TETAPI kini sudah beberapa bulan, was-was itu datang lagi.
Saya sering mengambil air wudhuk atau mengulang solat berkali-kali kerana saya terasa mungkin saya telah terbuang angin, terbuang air kecil, terlupa sesautu dalam mengambil wudhuk, terlupa sesuatu dalam solat, terlupa membaca ayat, atau mungkin terbaca salah doa-doa dalam solat saya. Semua ini berlaku semasa saya mengambil wudhu’ atau solat sehinga saya akan berkali-kali mengulangnya atau saya akan baca Al-Fatihah berkali-kali. Sehinggakan, saya mengambil lebih kuran satu jan untuk menyempurnakan satu solat. Saya tidak dapat kawal perasaan saya. Semua yang saya fikirkan i.e. terbuang angin atau tidak adalah fikiran yang saya tidak yakin benar-benar berlaku tetapi, kerana takut Tuhan tidak sahkan solat saya, saya akan ulang lagi dan lagi.
Penyakit was-was ini kadangkala merebak ke perkara lain seperti saya was-was untuk pegang benda kerana takut kalau saya terpegang kulit babi.
Saya tidak mahu perkara ini berlarutan sehingga saya menjadi begitu was-was begitu rupa.
Saya sering takut untuk solat sekarang tetapi saya tidak suka akan perasaan ini. Saya mahu melakukan solat. Saya rasa part of my was-was is because saya takut Tuhan tidak akan terima ibadah saya dan membayangkan akibatnya di akhirat kelak.
Saya benar-benar harapkan nasihat.
———————————————————-
Jawaban
Salam
salam

 Berikut adalah nasihat saya 

  1. Amalkanlah membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas 3x pada setiap lepas solat subuh, lepas solat asar dan sebelum tidur. Ini bertujuan untuk melemahkan setan yang menimbulkan was-was dalam diri dan memberi kekuatan kepada anda.
  2. Apa yang awak katakan adalah betul, lebih baik solat “kurang sempurna dari tidak solat langsung” dalam kes awak ni, jangan pedulikan sama sekali terhadap was-was tu. Sentiasalah menyalahi (contradict) was-was awak. Tidak mengapa kalau hakikatnya, apa yg awak was-was kan itu betul kerana awak sekarang sedang berada di peringkat hendak melawan sesuatu “penyakit”, bukan sengaja mahu mencuaikan ibadah. Insyallah, Allah akan mengampuni, jika judgment awak salah. Hanya dengan menyalahi was-was awak tu, awak dapat buang tabiat jahat berkenaan dan mengembalikan keyakinan diri.
  3. Masalah awak ni bukan hanya masalah agama dan gangguan setan tetapi juga masalah psikologi. Oleh itu, dapatkanlah juga khidmat kaunseling dan terapi psikologi. Hubungilah pihak yang pakar dalam persoalan ini untuk mendapatkan kaunseling dan terapi psikologi secara bersemuka.
  4. Cuna baca buku Talbis Iblis, lihat di http://kitaabun.com/shopping3/product_info.php?products_id=1499 Cuba lihat di Wardah Book Store di Bussorah Street atau tanya versi bahasa melayu di kedai buku Islam melayu, di Masjid Kassim atau kedai buku di Bukit Batok dekat Restoran Aliff, berdekatan Bukit Gombak MRT.
  5. Awak perlu mempelajari agama di masjid-masjid atau badan-badan rasmi secara sistematik dan berterusan. Oleh itu, carilah kelas agama yang membolehkan awak memahami selok belok hukum beribadat agar tidak mudah di was-waskan, lebih yakin dalam beribadat dan tahu bagaimana nak mengatasi was-was, melalui fiqh.

Semoga Allah taala membantu dan memudahkan hidup awak dan memberi ganjaran atas kesabaran terhadap ujian ini.

Wallahu A`alam