(Nota – Dipetik dari ruang Ask_Ustaz di rantauan.com)
Soalan
Assalammua’laikum Ustaz.
Mengapakah orang Melayu kalau ziarah kubur selalu mereka akan menaburkan bunga bunga dan disiramkan air diatas kubur dari atas ke bawah. Adakah ini dibolehkan dalam Islam atau hanya adat melayu sahaja ? Apa logiknya ?
Ada satu ceramah saya dengar (tak ingat bila dan dari siapa) yang mengatakan
bunga-bunga ni semua adalah dari adat Hindu yang masih kuat pengaruhnya di kawasan Asia.
Apa pandangan Ustaz mengenai perkara ini? Ada tak sunah Nabi yang mengatakan perkara ini boleh atau tidak boleh dilakukan.
Terima Kasih.
—————————-
Jawaban
Salam
Amalan menggunakan bunga dalam ritual agama di kalangan orang melayu memang banyak dipengaruhi dari budaya lain, tapi itu bukan bermakna dalam semua keadaan ia adalah salah dan terlarang.
Di dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim ada dinyatakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah melalui satu kubur dan dia diberi pengetahuan bahawa ahli kubur itu disiksa. Kerana sifat kasihannya, beliau mencucuk satu pelepah kurma di atas kubur itu dan berkata selagi pelepah kurma itu segar, tasbih darinya kepada Tuhan akan meringankan azab bagi ahli kubur itu.
Atas dasar inilah menanam pokok kecil di atas kuburย diamalkan di kalangan orang Melayu.
Saya tidak pasti apa sebab sebenar amalan menabur bunga di atas kubur. Namun, pada agakan saya ialah adalah sikretism antara amalan penggunaan bunga dari budaya lain yang memang sudah dipegang oleh orang Melayu kerana pengaruh hindu/buddha lebih dahulu berlaku dari Islam dan contoh dari hadits di atas, yang pada asalnya nabi menggunakan pelepah kurma. (yalah di sini mana nak cari pelepah kurma untuk dicucuk atas kubur. pelepah kelapa pun tak banyak disekitaran kubur )
Masalahnya, ramai orang kita yang melakukannya tanpa tahu sebab musabab, hanya setakat ikut sahaja perbuatan orang lain.
Kesimpulannya di sisi saya, adalah lebih baik ditanamkan pokok kecil atau rumput di atas kubur itu kerana ia lebih kekal. Jika ini telah dilakukan, tak perlulah tabur bunga lagi. Cuma kasihan pulak orang yang jual bunga kerana boleh terjejas bisnes mereka
Bagi rujukan, sila lihat http://www.nu.or.id/page.php?lang=id&me … s_id=16228
Salam
jual pokok pulak la ustaz…
ye tak ye heh .. bonsai ke.. kaktus.. ke… ๐
lama tak beli kopi he..he..he..
Bagaimana pula yang memacak payung diatas kubur atau memasang bumbung diatas kubur..?
adakah ini juga tidak digalakkan atau boleh dianggap sebagai pengganti pokok kecil tadi?..
..kerana saya pernah bertanya & dijawab sedemikian.
salam
payung dan bumbung tak termasuk dalam bab ni. hanya tumbuh-tumbuhan yg hidup.
meletakkan payung adalah satu pembaziran.
demikian juga membina bumbung. bahkan terdapat larangan nabi mengenai membina bumbung. sila lihat di sini
http://soaljawab.wordpress.com/2007/04/22/hukum-binaan-di-atas-kubur/
terimakasih Ustaz,
Saya rasa dengan penggalian semula kubur-kubur lama & tanam bersama ..lama-kelamaan..pembinaan bumbung-bumbung tadi akan…terkuburlah…
ye tak ye jugak… yg jadi tempat tikam ekor pun akan luput gak ๐
hehe…abis kedai ustaz asyik tutup jer kat multiply….
merepek je, datin ๐
tapi dah de kedai baru kat fb.. jadi sibuk sikit.. kopi pun banyak divert kat sana he..he..he..
Hmmm.. pencerahan yg tidak berbaur ketegaran dari seorang ustaz… sesuatu yg amat langka pada kala dan waktu ini… syabas…
@suhaimi.. terima kasih kerana melawat
terimakaseh kembali kerana memberi ketrampilan dn cara pengajuan dan penilaian pendapat yg terbuka…
salam, ustaz. blh x kita mengagungkan kubur orang2 soleh untuk meminta hajat(doa) dengan perantaraan kubur orang2 soleh. ad x dlilnya?
salam
masalah ini adalah masalah yg diperselisihkan oleh para ulama tentang boleh atau tidak.
bagi pendapat perbandingan, silal lihat
http://www.pesantrenvirtual.com/index.php/mozaik-fiqih/1085-hukum-berdoa-dengan-tawassul
bagi pendapat yg membolehkan sili lihat
http://www.nu.or.id/page.php?lang=id&menu=news_view&news_id=9993
http://majelisrasulullah.org/index.php?option=com_content&task=view&id=63&Itemid=12&lang=id
pendapat yang melarang, sila lihat
http://www.islam-qa.com/id/ref/3297
fahamilah pendapat2 ini, dan putuskan sendiri pendapat mana yg hendak dipegangi. apa pun, hormatilah pendirian pihak yg lain dan jauhilah dari mencela adan menyesatkan mereka yg berpandangan lain dalam hal ini.
salam