Buku Saya: 100 Soal Jawab Agama: Isu-isu Kontemporari & Pendekatan Wasatiy, bersama pengantar bertajuk Kaedah Wasatiy Menjawab Kemusykilan Agama: Satu Perspektif

book-cover-fron-n-back-finalAlhamdulillah, saya dan sahabat saya Ustaz Mustazah baru sahaja menerbitkan buku ini.

Buku ini mengumpulkan jawapan bagi kemusykilan agama oleh kami berdua.

Sebahagian darinya adalah kemusykilan agama yang kami kendalikan bagi pihak dan untuk terbitan BH/BM. Sebahagian yang lain adalah jawapan yang kami berikan bagi kemusykilan yang kami terima secara peribadi atas kapasiti peribadi kami sebagai ustaz.

Buku ini juga diterbitkan dengan tujuan mengumpul dana pembangunan semula Masjid Alkhair. Oleh itu, Masjid Alkhair adalah pengedar dan penjual utama buku ini. Oleh kerana penerbitan yang ada ini adalah versi khas untuk pengumpulan dana, harganya lebih tinggi dari harga biasa buku yang sama.

Bagi sesiapa yang berminat untuk membelinya sambil menderma untuk pembangunan semula masjid, sila hubungi Masjid Alkhair di sini.

Di dalam buku ini, saya ada menulis artikel bertajuk Kaedah Wasatiy Menjawab Kemusykilan Agama: Satu Perspektif sebagai salah satu pengantar bagi buku ini dan saya dedikasikan untuk semua rakan-rakan asatizah. Bagi menarik minat untuk membeli buku ini, anda boleh baca artikel ini di sini.

Moga bermanfaat dan sila sebarkan.

Moga Allah menerima usaha kecil ini sebagai amal soleh di sisiNya dan dijadikan wasilah untuk shifa’ bagi anakanda-anakanda yang sedang sakit.