Niat Yang Baik, Jalan Yang Salah
Sering kali aktiviti judi sah dijalankan kerana peranan ‘positif’nya kepada pembangunan dan kemajuan ekonomi. Judi sah menyumbang bilion dolar kepada banyak pemerintah dari segi cukai dan membantu kos penyelenggaraan program-program sosial. Judi sah menyediakan peluang kerja dan pendapatan. Dari pendapatan berkenaan dikutip pula cukai pendapatan dan faedah-faedah lain.
Begitu lumayan sumbangan judi sah pada kemajuan ekonomi sesebuah negara, maka tidak hairan jika ia dapat mengaburi kesan-kesan buruk dari aktiviti judi. Pihak berkenaan akan berfikir sepuluh kali bukan untuk membatalkan judi sah tetapi hanya untuk membataskannya sahaja.
Sehingga judi sah yang pada mulanya bertujuan untuk menangani persoalan judi haram dan sindiket judi yang banyak berkaitan dengan kumpulan jenayah yang lain berubah menjadi satu hiburan dan permainan alternatif bagi masyarakat umum. Jumlah judi haram dapat dikurangkan tetapi kadar yang berjudi semakin meningkat melalui judi sah. Kumpulan judi dapat dihapuskan tetapi menghasilkan syarikat judi monopoli yang tidak tersaing kedudukannya. Pihak tertentu yang sepatutnya berperanan sebagai pengawal aktiviti judi menjadi pihak yang bersubahat secara langsung atau tidak dalam membudayakan amalan berjudi dan mempromosinya dalam masyarakat.
Judi Membangun Ekonomi??
Robert Goodman dalam bukunya bertajuk The Luck Business (Martin Kessler Book, 1995) telah membuat kajian selama tiga tahun mengenai sumbangan judi sah dan kesannya dari segi ekonomi di Amerika. Beliau menulis di dalam pengantar bukunya
“A model of economic development that relies on gambling and chance to replece the jobs lost in produvtive industries is at least a sdisturbing for our future as the losses suffered by unsuccessful bettors. The shift in the role of governments from being watchdog of gambling to becoming its leading promoters is also troubling. They have taken on the schizoprenic role of picking up the tab for the increase in problem gambling while, at the same time, spending even more to promote its causes. Instead of serving the needs of their citizens, these governments are becoming predators upon them.”
Dari segi ekonomi, judi turut memberi kesan buruk seperti berikut
· Sumber wang yang boleh disalurkan bagi barangan dan khidmat pengguna yang dapat membangun industri yang lebih bermakna. Wang yang mengalir untuk judi adalah sumber yang hilang bagi pemilik restoran, barangan runcit dan hiburan yang lain.
· Kos menampung tugas polis, penjara, mahkamah dan lain-lain bagi kes-kes yang berakibat dari amalan judi.
· Sumber wang yang hilang kerana hutang yang tidak terbayar.
· Masa yang terbuang dalam aktiviti judi merupakan kos yang hilang bagi aktiviti ekonomi yang lain.
Apa Kata yang Lain??
Di sisi masyarakat Kristian judi juga dianggap sebagai perbuatan dosa yang dilarang. Ia dilarang kerana ia bertentangan dengan ketentuan tuhan bahawa manusia hendaklah memperolehi sumber hidupnya melalui penat lelah (Genesis : 3:19). Ia adalah dosa menyebabkan kerana ia menyebabkan seseorang itu berhutang sehingga hilang tempat tinggal, pekerjaan dan keluarga. Ia menyebabkan ketidakjujuran bagi memperolehi wang yang banyak, ia menyebabkan ketagihan, membunuh inisiatif seseorang untuk berusaha keras dan ia juga satu aktiviti yang mengambil harta orang lain banyak hanya untuk segelintir manusia.
Ajaran Kristian mengajar bahawa aturan tuhan tidak membenarkan falsafah ‘something for nothing”. Manusia tidak boleh menghisap hasil usaha mereka yang bekerja (II Thesalonians 3:10-14, Ephesians 4:28). Memperolehi sesuatu melalui eksploitasi ke atas orang lain adalah salah (James 5:1-4).
Walau pun tiada satu perintah dalam Injil yang mengatakan ‘kamu tidak boleh berjudi tetapi terdapat banyak ayat-ayat yang memberi petunjuk akan pengharaman judi seperti dalam Matthew 7:12. Corinthians 8:1-13, Romans 14:13-21 dan Colossians 3:1-3. Rujuk www.studythebible.com/question/topics/gambling .
Pada tahun 1992, The Salvation Army (United Kingdom) mengeluarkan satu keputusan bahawa judi adalah buruk bagi moral dan rohani seseorang. Sebahagian dari kenyataan itu berbunyi
“Since all gambling is motivated by selfishness, it runs counter to the Christian expression of love, respect and concern for others. Often it begins in an apparenty harmless way, but its continued practice tends to undermine the personality and character of the gambler and frequently leads to grosser excesses. Official sanction and public acceptance of this evil is, in the opinion of the Salvation Army, contrary to the Christian principles to which it subscribes and therefore opposes any extension of the provision of facilities for gambling, whether by government agencies, charitable organisations or commercial interests.” Rujuk www.salvationarmy.com
Kristian bermazhab Anglican pula telah mengeluarkan resolusi dari Konvensyen 1954 yang mencela amalan judi dan melarang penganut Kristian dari berjudi. Pada tahun 1974 pula dilaporkan bahawa gereja Anglican mengeluarkan resolusi yang membantah judi sah dalam bentuk kasino di New Jersey dan pada tahun 1995 pula membantah permainan judi mesin loteri di New Jersey, Amerika. Rujuk www.newark.anglican.org/gambling.html
United Church of Canada, sebuah organisasi gereja Protestan terbesar di Kanada, pada tahun 1998 dalam usaha menentang amalan judi menyeru pemerintah pusat agar menubuhkan sebuah jawatankuasa yang akan membuat penilaian terhadap kesan judi sah, judi haram dan judi kebajikan dari segi sosial, ekonomi dan perundangan. Sebahagian dari kenyataan itu berbunyi
“By calling for a federal inquiry, the church hopes to raise the stakes in what should be a national debate on gambling as a queastion of public social responsibility and not as a question of moral condemnation.” Rujuk www.uccan.org/news/980429.htm
Gereja Presbyterian juga tidak ketinggalan dalam menentang amalan berjudi. Vernon S. Broyles III, seorang paderi gereja berkenaan di Amerika dan editor Majalah Church & Society berkata
“From the very earliest days of United States history, Presbyterian General Assemblies have condemned gambling in all its forms”
Rujuk www.horeb.pcusa.org/churchsociety/marchapril1999/intro.htm
Judi pasti juga bertentangan dengan ajaran Buddha dan Hindu kerana inti pati ajaran itu sendiri yang menuntut penganutnya agar meninggalkan nafsu syahwat dan keduniaan untuk keluar dari sengsara dan mencapai darjah tinggi sebagai manusia seperti mencapai Nirwana.
Bersama Memadu Tenaga
Pelbagai penyakit dan masalah sosial cuba ditangani dalam masyarakat melalui pelbagai kempen, program pendidikan dan dana.
Kita ada kempen anti dadah, kita berkempen anti rokok, kita mendidik masyarakat agar tidak memandu dengan mabuk, kita juga berkempen bagi menangani masalah sampah maut bahkan kita menghukum pesalah sampah maut berkenaan. Begitu bersungguh-sungguh masyarakat kita untuk mewujudkan satu masyarakat yang berdisiplin, kita berani untuk melancarkan kempen-kempen seperti flush tandas, jangan berludah, larangan dari menjual chewing gum, walau pun ada yang mentertawakan kita dan memandang perbuatan sedemikian secara sinis dan remeh.
Kita mendidik masyarakat agar berbudi bahasa, sanggup berkorban untuk yang lain melalui derma ginjal dan organ yang lain. Bahkan kita mendidik masyarakat bagaimana mengguna telefon bimbit dengan bertimbang rasa.
Kita ada pelbagai agensi dan institusi bagi pelbagai tujuan kemasyarakatan seperti National Kidney Foundation, National Volunteer Agency, National Council for Social Service dan lain-lain.
Namun persoalan judi sebagai satu penyakit sosial yang diterima oleh ramai pihak, seolah-olah seperti terabai. Sekali sekala kita terbaca mengenai tangkapan yang dibuat terhadap pesalah judi haram. Namun kita tidak pernah mendengar satu usaha dan kempen yang bersungguh-sungguh untuk mendidik masyarakat keburukan judi dana keperluan untuk menjauhinya.
Mungkin ada sangkaan bahawa masalah judi di Singapura tidak serius. Tapi apa dasar bagi sangkaan ini? Adakah pernah satu kajian menyeluruh mengenainya dibuat dan dilaporkan kepada umum? Kalau kita telah bersetuju bahawa judi adalah buruk, apakah perlu untuk menunggu sehingga masalah judi menjadi serius baru satu usaha pendidikan awam dibuat?
Oleh itu, mugkin penting untuk dipertimbangkan secara serius langkah-;langkah yang lebih bersifat pro aktif dalam menangani judi dalam masyarakat. Pembayar cukai yang membenci amalan judi pastinya berhak untuk meminta sebahagian dari wang cukai mereka digunakan bagi membiayai program anti judi.